Saturday, July 19, 2008

Ulasan Debat Anwar Shabrey


Selasa malam Rabu yang lalu,Mak saya yang dah umur menjangkau 60 tahun , menggagahkan matanya untuk menonton debat di TV 3 yang ditayang jam 11 malam,rumah kami tak de ASTRO,terpaksalah dia menonton siaran tertunda.Dia pun pandai mengulas.
"Sakit hati dengar wakil BN bercakap,orang nak dengar isu minyak,dia dok buruk kan Anwar",itu lah keluh mak saya waktu rehat di ladang sawit tadi.

Anak murid saya ,Nur Jannah anak orang Umno yang buta politik dan belum cukup umur untuk mengundi kirim sms kepada saya selepas selesai debat Anwar -Shabrey,"Ustaz,apa debat macam ni,nak bagi malu orang ke,DS Anwar cakap pasal minyak,yg menteri sorang tu dok ckp psl lain,tak faham ler".

Ulasan saya pulak,Shabrey ni orang cerdik masa bersama dengan PAS dan Semangat 46,tapi bila dah bergelar menteri Umno,dia jadi macam orang bodoh.

Tetapi walaupun macam orang bodoh (Sajak Dinsman,Macam Orang Gila) itulah mungkin menteri yang paling berani dan pandai di kalangan pemimpin Umno.Tetapi itulah tarafnya.

Kalau yang berdebat tu Ketua Pemuda Umno,mungkin banyak kali dia kena lap hinggusnya.

Seorang kawan saya punya ulasan yang kontra.Katanya,Shabrey saja buat bodoh untuk beri laluan kepada Anwar kemukakan hujahnya.

Agendadaily.com juga mungkin ada agenda sendiri untuk tonjolkan bakal PM Malaysia selepas Dolah.Cadangan asal debat tersebut ialah 3jam setengah!

Apapun pemimpin Umno cukup bijak dalam mengambil kesempatan untuk periuk nasi mereka.Dalam sibuk orang mengulas hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pendebat,pemimpin Umno yang berebut nak bertanding jawatan utama parti kapal nak karam itu ,sambil menyokong cadangan Shabrey Chik untuk menginstitusikan program debat turut mencadangkan supaya pemimpin-pemimpin Umno yang bertanding Naib Presiden dan Majlis Tertinggi diberi laluan oleh RTM dalam debat seumpama itu .

Agendadaily dipetik melaporkan,Ekoran kejayaan Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, wujud cadangan agar debat seumpamanya dianjurkan bagi mereka yang ingin bertanding jawatan penting dalam UMNO.

Malah Ahmad Shabery ketika ditanya mengenai perkembangan itu berkata, Kementerian Penerangan bersedia memberi ruang kepada calon yang menawarkan diri bertanding Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk berdebat secara langsung menerusi RTM. Katanya, perdebatan itu boleh memberikan ruang untuk perbincangan sihat, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai menilai sendiri pemimpin UMNO sedia ada.

“Saya tidak mempunyai halangan untuk membuka ruang kepada calon Naib Presiden mahupun MT untuk berdebat di RTM. Saya percaya RTM juga mengalu-alukan perkara ini supaya perdebatan sihat ini menjadi satu budaya di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Karyawan Muda di Angkasapuri hari Khamis.

Hari Rabu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mencadangkan supaya UMNO menganjurkan sesi debat bagi calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden supaya perwakilan dapat memilih calon yang benar-benar layak menduduki jawatan tertinggi parti.

Ke situ pulak perginya!Soalnya kalau Shabrey Chik bersedia membenarkan pemimpin Umno menggunakan saluran RTM untuk debat pemilihan parti tersebut,adakah parti-parti yang lain juga akan turut dibenarkan menggunakan ruang yang sama pada musim pemilihan parti parti mereka?

No comments: