Daripada 14 kuliah sebulan sebelum diambil alih Jawatankuasa masjid tajaan Umno,kini hanya 4 kali sebulan.Inilah nasib masjid yang ditadbir oleh Jawatankuasa yang tidak dipilih ahli qariah.
Menurut ahli Jemaah masjid Jengka 16,salah seorang guru yang disenaraikan menyampaikan kuliah seperti yang tertera pada papan kenyataan yang juga penceramah Umno tidak pernah pun menyampaikan kuliah di masjid ini seperti dijadualkan.Ini menjadikan jumlah kuliah hanya 3 kali sebulan.Lebih menyedihkan lagi dengan tiga kali kuliah sebulan,pengerusi masjidpun tak pernah nampak muka,hanya menghantar wakil saja untuk memantau kuliah kuliah tersebut.

Sepanjang Umno mengambil alih masjid-masjid di kawasan Jengka,kuliah kuliah agama di masjid telah banyak yang mati apabila guru-guru yang berilmu tinggi dihalang dari menyampaikan ilmunya.
Antara guru-guru yang disekat dari mengajar di beberapa buah masjid di kawasan Jengka ialah:
1.Ustaz Aris Hazlan Ismail(memiliki tauliah Jakim,lulusan Universiti Al Azhar,seringkali diundang berceramah di Jabatan kerajaan termasuk Kementerian Penerangan Malaysia)
2.Ustaz Shahril Azman Al Hafiz(Memiliki Master dari Universiti Abu Bakar,Pakistan,Pengarang Kitab Tafsir,Mudir Tahfiz)
3.Ustaz Hj Syarif Yusuf(Lulusan Universiti Al Azhar/bekas tenaga pengajar Maahad SAS,guru JQaf)
4.Ustaz Yusuf Embung(Lulusan UKM/bekas pensyarah /penyampaian banyak menggunakan teknologi IT)
5.Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man(Guru Agama kepada Tengku Mahkota Pahang,memiliki tauliah Sultan)
Apa yang nyata Umno lebih suka rakyat menjadi jahil supaya mereka mudah ditipu.Sepanjang ustaz ustaz yang disenarai hitam ini menyampaikan ilmu,mereka tidak pula berani untuk berdepan mengemukakan hujah menolak ilmu yang diajarkan seandainya bertentangan dengan syarak atau telah memecahbelahkan masyarakat.Ternyata mereka sendiri tidak mempunyai ilmu untuk berdebat tetapi lebih suka menggunakan kuasa untuk menghalang kuliah kuliah tersebut dari terus berjalan.
No comments:
Post a Comment