Monday, September 29, 2008

Muhasabah Di Hujung Ramadhan

Solat tarawikh saya di Masjid Jengka 16 malam ini adalah solat tarawikh terakhir untuk tahun ini.Hanya Allah saja yang tahu apa kah kita semua berpeluang untuk solat tarawikh lagi pada tahun hadapan.Barangkali ada yang puasanya pada tahun ini adalah puasa yang terakhir dalam hidupnya,wallahua'lam.

Orang-orang soleh sentiasa bersedih apabila Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.Kalau dipanjangkan usia sebelas bulan lagi baru kita bertemu kembali.

Apapun harapan kita segala amalan yang kita lakukan diterima Allah Taala.Tiada yang lain kita harapkan hanya redhaNya.Begitu juga segala coretan diruangan ini baik perbincangan kita soal agama,ekonomi,politik atau apa juga yang tercatat,niatnya untuk mengharap keredahaan Allah.

Tiada sebarang upah diterima untuk menulis,membongkar,membahas apa juga isu disini.Kalau ianya satu pembongkaran kebobrokan dalam masyarakat dan tanahair,ianya tidak lebih untuk membuktikan gagalnya manusia mengendalikan hidup tanpa panduan wahyu ilahi.Lantaran itu apa yang hendak kita simpulkan atas apa saja isu berbangkit,keyakinanya yang perlu ada pada diri kita ialah sesungguhnya hanya Islam sajalah jalan penyelesaiannya.

Sempena kehadiran Syawal ,lebih kurang 17 jam daripada sekarang sama samalah kita bermuhasabah atas segala amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan ini,apakah ianya sudah memadaai untuk dijadikan bekal mengadap Allah Taala.

Bagi memahami hakikat sambutan hari raya ,saya paparkan di sini catatan guru saya Al Fadhil Ustaz Yusof Embung dari blog beliau untuk tatapan pembaca:

Sempena menyambut hari raya ini, marilah kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik,(status hadith ini mintak sahabat yang pakar check semula).berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 masa:

1. Setiap hari dia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta dia tidak melakukan sebarang dosa, itu adalah hari raya baginya.

2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan

3. Hari menyeberang Siratul Mustaqim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka

4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka

5. Hari kita dapat menatap wajah Allah Ta'ala

Untuk tulisan beliau selanjutnya sila ke
http://www.yusofembong.blogspot.com/.

No comments: