Sunday, September 14, 2008

Di Sebalik Kekecohan Masjid Jengka 16

Semenjak sebulan lepas,Masjid Jengka 16 yang dulunya aman makmur kerana sentiasa diimarahkan oleh ahli kariah tiba-tiba menjadi kucar kacir dengan kehadiran Imam baru yang turun dengan 'payung terjun' untuk memimpin ahli jamaah mengadap Allah taala setiap hari,sedangkan dirinya sendiripun tidak mampu dipimpin ke jalan Allah.

Selepas PRU 2004,Masjid Jengka 16 yang dulunya dipimpin Hj Ismail lbrahim bersama Jawatankuasa yang dipilih ahli kariah telah diambil alih secara tidak demokratik oleh Umno Cawangan Jengka 16.Hampir semua jawatankuasa sedia ada digugurkan dan diganti dengan pendokong Umno yang amat jarang mengimarahkan masjid.Maka bermula lah berbagai kepincangan berlaku di bawah pentadbiran baru diketuai Zainal Abidin Mohammad.

Namun demikian walaupun berbagai kejadian tidak menyenangkan dibawah pentadbiran Zainal,ahli jemaah masjid masih mampu bersabar.Tetapi dengan terlantiknya Imam Baru ,Hj Syamsudin Anjam yang tidak disenangi ahli jemaah menyebabkan mereka tidak boleh bertolak ansur lagi.Tindakan Pengerusi Masjid yang membelakangkan ahli jemaah yang lebih layk diangkat menjadi imam telah mengundang padah sejak hari pertama Hj Syamsudin menjadi imam,apabila majoriti jemaah bertindak membentuk jemaah solat yang lain,ada yang solat sendirian dan ada juga yang pulang ke rumah .

Kemuncaknya pada solat terawikh minggu lepas,hanya lapan orang ahli jemaah yang bersama beliau.Manakala hampir seratus yang lain membuat kumpulan lain dan ada yang pulang.Di bawah ini adalah surat bntahan yang dihantar ahli jemaah kepada Tuan Kadhi Daerah Jengka.
Ahli Jemaah Masjid Jengka 16
26400 Bandar Jengka ,Pahang 1 Sept 2008

Kepada
Tuan Kadhi Daerah Jengka
Pejabat Agama Islam Daerah
26400 Bandar Jengka,Pahang

BANTAHAN KE ATAS PERLANTIKAN HJ SYAMSUDIN ANJAM SEBAGAI IMAM 3 DI MASJID JENGKA 16

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Kami,ahli jemaah Masjid Jengka 16 seperti nama dan tandatangan di lampiran ingin menyatakan bantahan dan menolak perlantikan Haji Syamsudin Anjam sebagai Imam ke 3 di Masjid Jengka 16 berdasarkan alasan yang bersandarkan Hadis Nabi Sallallhualaihiwassalam:

"Tiga golongan yang solatnya tidak diangkat oleh Allah dari kepala mereka:(salah satunya) seorang lelaki yang menjadi imam kepada satu kaum sedangkan mereka benci kepada imam itu." (Hr Ibnu Majah - hasan)

3.Berdasarkan hadis di atas kami kemukakan alasan utama kami menolak perlantikkan beliau sebagai imam adalah kerana:Haji Syamsudin merupakan seorang yang tidak dihormati oleh ahli jemaah masjid atas beberapa akhlaknya yang dipertikaikan dan menjadi buah mulut orang ramai sejak sekian lama seperti bukti dan contoh di bawah:

Beliau dikenali sebagai seorang yang mengamalkan amalan riba secara terang terangan sejak sekian lama.Masyarakat setempat amat mengetahui penglibatan beliau meminjamkan duit kepada jiran tetangga dan orang ramai yang kesempitan dengan mengenakan caj sebanyak 20 %.Beliau sendiri pernah mempertahankan urus niaga berasaskan riba dengan mengatakan “Bank Islam pun mengamalkan riba”.

Beberapa pekerja Indonesia yang berkerja di ladang sawit Felda Jengka 16 pernah memaklumkan bahawa Hj Syamsudin pernah mengambil dan menjual buah sawit dari ladang beliau yang telahpun diserahkan kepada Felda.Ini adalah satu perbuatan mencuri.

Beliau secara terang-terangan mempamerkan sifatnya sebagai seorang yang mempunyai kepentingan kebendaan walaupun dalam hal berkaitan agama.Seorang pegawai masjid telah mengesahkan bahawa Hj Syamsudin pernah berkata,”Saya tak sanggup jadi Imam kalau tak ada elaun”.Beliau yang telah tamat tempohnya sebagai guru KAFA di Sek Agama Rakyat Jengka 16 pada tahun lepas kerana melewati had umur sanggup berusaha untuk masuk kembali mengajar hingga terpaksa mengorbankan guru KAFA yang baru diambil bertugas

Suatu yang amat janggal sekali,walaupun beliau seorang qari dan Guru KAFA,tetapi beliau tidak pernah ditolak oleh makmum untuk menjadi imam ketika ketiadaan imam rasmi.Amatlah menghairankan orang seperti ini di lantik menjadi imam dengan mengenepikan ramai lagi ahli jemaah yang bukan hanya puluhan malahan ratusan kali ditolak oleh makmum menjadi imam.

Seorang imam wajarlah menjadi kelaziman menyampaikan kuliah-kuliah agama kepada masyarakat samada di masjid,surau,balairaya,atau diblok-blok.Tetapi amat malang Hj Syamsudin tidak pernah menyampaikan kuliah seperti itu selain dari hanya mengajar Al Quran kepada pelajar sekolah,ditambah lagi beliau juga bukanlah seorang yang berminat dengan majlis-majlis ilmu agama yang diadakan di masjid .

Beliau ternyata tidak mempunyai maruah diri apabila terus bertugas sebagai Imam dalam keadaan lebih 80% ahli jamaah sepakat bermufarakah setiap kali beliau naik menjadi imam.Ada di kalangan jamaah yang membuat kumpulan lain dengan imam lain,ada yang solat sendirian dan ada yang pulang semula ke rumah.

Beliau juga pernah dibatalkan perlantikannya sebagai Amil Kutipan Zakat setelah aduan mengenai akhlaknya diadukan kepada pihak yang berkuasa.

4.Dengan contoh-contoh dan alasan yang kami kemukakan,kami menganggap beliau amat tidak layak menjadi imam dan juga tidak layak untuk menjadi bilal(jawatan yang disandang sebelum ini).Apa yang jelas tindakan Pengerusi Masjid menghantar nama beliau sebagai calun Imam hanyalah didorong atas kepentingan politik kepartian semata-mata.

5.Sehubungan dengan itu kami mendesak supaya perlantikkan beliau dibatalkan segera demi untuk kemakmuran masjid Jengka 16.

6.Kami juga menegaskan bantahan ini dibuat tidak disandarkan kepada kepentingan politik kerana buktinya kedua-dua imam yang sedia ada tidak menjadi masalah kepada ahli jamaah walaupun kedua-duanya mempunyai pendirian politik yang berbeza.

7.Di atas kerjasama yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,kami dahulukan dengan ucapan Jazakallahhukhairan kathiira.

8.Sekian dimaklumkan.Terima kasih

Yang benar

Ahli ahli jemaah Masjid Jengka 16


Sk
1.Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Negeri Pahang




No comments: