Ternyata Pak Lah yang beraya pada 16 Ramadhan seperti posting saya sebelum ini dalam suasana penuh kebimbangan dengan serangan serangan terbaru benar benar menjadi kenyataan apabila bala terbaru turun kena tepat di atas kepala beliau dengan keluarnya SAPP daripada BN yang dianggap 'pengacau' oleh Pak Lah.
Dalam kepeningan beliau,tiba-tiba PM Dolah buat keputusan yang lagi pelik tak dibuat orang ,dia bertukar portfolio kewangan dengan timbalannya yang memegang fortfolio pertahanan.
Datuk Ron ,blogger yang pernah pimpin BNBBC di Parlimen dulu menganggap tindakan itu sebagai aneh dan penuh tandatanya.Persoalan yang timbul ialah:
Satu: Kenapakah serahkan portfolio kewangan kepada Najib sewaktu dunia di ambang kemelesetan ekonomi yang dahsyat? Adakah kerana Abdullah tidak mampu menangani kemelesetan ekonomi yang akan tiba dan mahu Najib menangani segala-galanya?
Dua: Kenapakah ambil portfolio pertahanan negara di waktu politik negara dalam keadaan kurang mantap? Adakah ini bermakna Abdullah mahu menggunakan ketenteraan untuk menangani sesuatu kemungkinan.
Bagi Mohd Sayuti Omar,pertukaran itu bukanlah suka sama suka tetapi Najib dipaksa menerima pertukaran tersebut.Mungkinkah Najib tersilap tafsir dengan pertukaran itu yang dirasakan sebagai langkah awal bagi merealisasikan pelan peralihan kuasa.
Namun tambah Sayuti,jauh disudut hati PM dia mahu melihat kegagalan akan dilalui oleh Najib yang tak pernah punya pengalaman menguruskan kewangan walaupun pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan.Maka semua bebanan kewangan negara selepas ini akan di letak di atas kepala Najib.
Najib pastinya bakal menerima nasib buruk yang pernah dilalui Anwar ketika memegang portfolio yang sama.
Ketua Penerangan PAS Hj Mahfuz Omar pula menganggap pertukaran tersebut sebagai usaha menyelamatkan dirinya dalam kemelut Umno yang semakin meruncing.Beliau melahirkan kebimbangan tentera digunakan oleh Abdullah untuk hadapi kebangkitan rakyat yang bersama dengan Pakatan Rakyat.
Walaupun Abdullah menganggap 16 September gagal tetapi beliau bimbang dengan perkembangan semasa yang sedang berlaku sangat tidak berpihak kepada Umno-BN.PM tidak lagi memikirkan kemahuan rakyat sebaliknya melakukan tindakan yang hanya untuk menyelamatkan kedudukan beliau.
Pak Lah yang dilihat kuat tidur dan lembik dalam mentadbir negara ternyata cergas dan licik dalam menghadapi seteru politiknya baik dari Pakatan Rakyat mahupun musuh dalamannya sendiri.Barangkali kerana beliau ada penasihat lulusan Oxford yang sanggup menjual negara demi survival politiknya.
No comments:
Post a Comment