Sunday, September 21, 2008

Jalan-jalan Maut Di Jengka

Telah beberapa kali saya hampir dirempuh kenderaan lain dari arah belakang ketika membelut masuk ke simpang kedua Jengka 16 dari arah Bandar Pusat Jengka.Terbaru beberapa minggu lepas,walaupun saya telah memasang lampu isyarat untuk membeluk ke kanan,tetapi sebuah motorsikal dari arah belakang terus memotong di tengah tengah simpang dan nyaris-nyaris merempuh saya.

Puncanya ialah kerana terdapat garisan memotong ditengah tengah simpang tersebut.Sepatutnya di persimpangan jalan mestilah terdapat garisan berkembar dan dibuat dua lorong,satu untuk lorong membeluk dan satu lorong untuk terus.Maklumat yang diterima,sudah ada aduan kepada pihak yang berkenaan tetapi alasannya,simpang tersebut bukanlah jalan yang di gazetkan.Apa pun alasan,nyawa cukup berharga .Simpang kedua Jengka 16 ini telah wujud dan digunakan sepenuhnya seawal tahun 1977 ketika Felda Jengka 16 dibuka.

Tindakan lanjut perlu dilakukan sebelum ada nyawa yang melayang.
Sementara itu selekoh merbahaya yang meragut enam nyawa serentak mei lalu yang menghubungkan Jengka 16 dan 17 masih tiada perubahan.Tiada sebarang papan tanda amaran diletakkan untuk mengingatkan pemandu ataupun usaha untuk meluruskan jalan tersebut.Mungkin pihak berkuasa masih menunggu angka-angka kematian yang boleh dimasukkan ke Malaysia Guineus Record ?Atau menunggu adanya kalangan pembesar tertentu yang melayang nyawanya,baru nak diambil tindakan.Fikir fikirkanlah!

No comments: