10/09/2008 5:50pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). -
Ahmad Ismail reda terima keputusan
10/09/2008 10:28pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menerima dengan reda keputusan menggantung haknya sebagai ahli seperti mana yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuarat khasnya hari ini.
Beliau yakin bukan mudah untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota MT memutuskannya kerana ia melibatkan satu tindakan yang berkemungkinan tidak berpihak kepada UMNO.
Bagaimanapun beliau percaya keputusan seperti itu terpaksa juga dibuat bagi memastikan keselamatan di negara ini terpelihara.
``Dasar kepimpinan Datuk Seri (Abdullah) adalah berasaskan kepada keselamatan selain kestabilan negara dan ekonomi.
``Oleh itu apa yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin tertinggi kita ini (Abdullah dan Najib) bersama anggota MT yang lain adalah untuk keselamatan negara walaupun keputusan ini mungkin tidak berpihak kepada UMNO,’’ katanya.
Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar khas yang diadakan di Tingkat 38, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebagai reaksi terhadap hukuman yang diterimanya. - Utusan
Pak Lah pada awalnya kata si Mamat ni tak salah,dia tak maksud menghina kaum Cina.Tapi kenapa digantung keahlian.Lepas digantung dijulang pula sebagai hero.Mamat ni diberi peluang buat kenyataan akhbar seperti seorang wira dengan diapit oleh SU Agung Umno.Tak sedikitpun dia mengaku salah.Pak Lah tak nak sumbat dalam ISA ke.
Kerajaan akan bertindak tegas - PM
Utusan Online 10/09/2008 10:18pm
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan bertindak tegas ke atas mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perdana Menteri berkata, ini berikutan situasi hubungan kaum yang semakin merosot hingga memungkinkan boleh berlakunya ketegangan.
Kata beliau, keputusan itu sejajar dengan ditetapkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini serta Jemaah Menteri yang telah membincangkan sama pagi tadi.
Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan
Sape yang mula isu perkauman?Sape yang akan kena ISA?Hati-hati Pakatan Rakyat,Operasi lalang bakal berulang.
1 comment:
Semua ahli umno buat lah segala bapak kurang ajar sekalipun, tak akan kena ISA, sebab mereka kebal....
Sepatutnya dalam isu ini, kerajaan harus bertindak tegas dan sumbat mangkuk ayun tu dalam ISA. Dan tindakan harus datang dari pihak kerajaan kerana isu ini melibatkan perkauman dan isu negara.
Bukannya tindakan ini di ambil oleh parti. Di sini sahaja dah boleh nampak kebodohan Pemimpin yang ada atau helah menyelamatkan kroni.
Post a Comment