Ke manakah hilangnya rasa kasih sayang seorang manusia bernama Abdullah Badawi dan Hamid Albar di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini?Seandainya terbukti Mat Shah benar-benar terlibat dengan keganasan mengapa mereka tidak berani mendakwa beliau di mahkamah terbuka.
Kepada kaum muslimin dan muslimnat yang sedang menghayati ibadah puasa tulus kerana Allah,anda sewajarnya dapat merasai penderitaan saudara seagama yang sedang dizalimi di Kem Tahanan Kezaliman Kemunting bersama dengan 70 lagi mangsa Akta Jakun terus terseksa bertahun-tahun tanpa kesudahan.
Cuba anda bayangkan wajah-wajah anak kecil yang dipisahkan dari bapa mereka tanpa sebab musabab.Hidup penuh derita bersama ibu mereka untuk mencari sesuap nasi.Ketika anak lain berbuka puasa disamping ibu dan bapa mereka dalam keriangan,mereka berbuka dalam kesedihan.
Ketika anak lain bersama bapa mereka ke masjid surau untuk bertarawikh,anak-anak ISA hanya mampu menemankan ibu mereka yang keuzuran,lemah longlai,sudah kering air mata menunggu kepulangan suami yang tak kunjung tiba. Tak terbayang di pagi Syawal nanti,betapa sedihnya anak-anak yang dipaksa hidup menderita oleh penguasa tak berhati perut.
Atas nama keselamatan negara ,kamu menghalalkannya semua.Tangkap tanpa bicara,siksa diluar batas kemanusian.SB SB berhati binatang,kamu tergamak kencing beramai ramai dan memaksa saudara kamu beragama Islam untuk minum kencing kamu(Pengakuan Malek Husin bekas tahanan ISA),syaitan jenis apakah kamu ini?Tidak cukuip lagi,kamu menyuapkan tahi anjing ke mulut saudara kamu yang kelaparan dan lemah tak mampu melawan!Syaitan,iblis dan firaun pun terkejut dengan tingkah laku kamu.
Kepada saudara-saudara kami yang sedang menderita,bersabarlah sebagaimana sabarnya Nabi Allah Yusuf ketika di penjara.Yakinlah pertolongan Allah sebagaimana Ibrahim yang tidak hangus dibakar,pedulikan cemuhan manusia sebagaimana Nuh di cemuh kaumnya kerana membina bahtera di atas bukit.
Buat penguasa yang zalim Abdullah Badawi,Hamid AlBar,SB2 dan semua tangan yang memberi undi sehingga kamu terus melakukan kezaliman,ingat lah apa kesudahan Firaun Ramsis yang yang angkuh dengan kekuasaannya,hanya musnah dengan air ,Namrud yang membakar Nabinya tewas dengan sang nyamuk,Abrahan yang mahu berperang dengan Allah Taala hancur dengan batu-batu dari neraka dan tentera burung.Apa sangatlah dengan kalian, hanya menunggu hari untuk diusung ke 'jirat'.Allahu Akbar,Hancur BN
Sila ke blog Puan Nurlaila untuk menyelami kisah duka mangsa ISA. http://lailagmi.blogspot.com/
Rencana di atas telah disiar oleh Tranungkite Online 19 Sept 08.Komentar boleh dilihat di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16317&mode=thread&order=0&thold=0
No comments:
Post a Comment