Saturday, September 27, 2008

Bendera Hijau Yang Mengganggu Tidur Pak Leman

Sesiapa yang melalui jalan besar dari arah Kg Awah menuju Bandar Pusat Jengka pasti akan melihat bendera gergasi bulan purnama yang berada di tepi jalan simpang masuk ke Jengka 15.Bendera hijau yang berkibar gagah adalah bukti PAS masih kukuh di kawasan Jengka walaupun calun PAS masih belum dapat menawan kembali DUN ini pada pilihanraya lalu.

Bendera hijau yang melambai-lambai ini terletak di UPU yang YB ADUN Jengka sendiri menjadi pengundinya.Wan Salman tentu masih ingat ,pengundi di kampung halamannya sendiri telah memberi malu besar pada dirinya ,apabila beliau tewas di kampung sendiri.

Abang Wan mesti masih ingat pada pilihanraya lalu,abang Wan selaku Ketua Pemuda Umno bahagian telah ditolak oleh majoriti anak muda di Jengka.Kesian abang Wan,hanya menang 4 saluran muda dari 13 saluran keseluruhannya.Tak pe lah tu,mudah mudahan pilihanraya akan datang abang Wan akan kalah pula di saluran orang tua..

Maaf saya dah tersasul ,bukan nak cerita pasal Abang Wan kita tu,tapi cerita pasal bendera besar tepi jalan kat kampung abang Wan tu.

Rupanya ramai orang tak boleh tidur tengok bendera besar tu.Ada yang terbawa-bawa ke dalam mimpinya.

Baru baru ini ketika Mesyuarat Umno di sebuah cawangan yang tak lah jauh sangat dari bendera besar tu,bisinglah seorang AJKnya,kalau tak salah ingat namanya Sulaiman Juara(Juara tu saya yang bagi gelaran,adalah pasalnya)

Apa yang Pak Leman ni bisingkan?Dia tak puas hati macamana orang PAS boleh pasang bendera besar di kampung YB,kenapa Umno biar je,tak de tindakan apa-apa ke?Itu lah Umno namanya.

Pak Leman,saya cuma nak beritahu,buat pengetahuan Pak Leman dan teman-teman Pak Leman yang sering diganggu hantu bendera tu,tanah tempat bendera tu terpacak adalah tanah milik ahli PAS.Tanah tu milik arwah Pak Shuib.Anaknya Hj Suhaimi dah izinkan,terpulanglah bendera besar mana nak di pacaknya,jangan sampai tutup jalan kat Jengka 15,sudahlah.

Kalau Pak Leman tak puas hati,Pak Leman pacaklah bendera gergasi lambang dacing ke,keris telanjang ke,jangan orang telanjang sudah lah depan rumah Pak Leman,selimut rumah Pak Leman pun tak pe.Nak beraya ni ,tak payah cat rumah!

Letih letih saya menulis bulan bulan puasa ni,Pak Leman baca ke blog ni.Apa ke bende blog blog ni ye!Tak pe ler kalau teman teman Umno ada yang baca,tolong print bagi kat Pak Leman ye!

Ok ,Selamat hari raya untuk Pak Leman seisi keluarga.AlFatihah untuk arwah Pak Suib veteran PAS Jengka yang berkibar bendera hijau di tanahnya.


No comments: