Salah satu tajuk dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang 24 Sept 08 seperti dalam gambar,adalah tajuk lama yang diulang-ulang setiap tahun.Kalau dulunya waktu saya kecil tajuknya "Peneroka dapat durian runtuh".Maka riuhlah mak sedara saya di kampung marahkan keluarga saya yang tak balik beraya padahal dah senang ,duit banyak dapat durian runtuh.
Mereka tak tau ,tu ler duit yang dipotong dari hasil yang dijual kepada Felda.Berbagai potongan dikenakan ke atas peneroka setiap bulan.Tak de satupun yang free.
Bila sampai hari raya dan nak pilihanraya cerita 'bersyukur' ni keluar lagi.Setelah Felda menjadi badan koperat besar ,nombor dua selepas petronas,masih ada peneroka yang baru boleh bernafas selepas habis hutang tidak kenal harga diri mereka sendiri.Mereka lupa yang merekalah telah membangunkan dan mengayakan Felda selama ini.
Tiba-tiba mereka boleh membiarkan diri mereka tidak dihargai Felda,mengiyakan apa yang Felda nak buat.Suka hati lah.
Pak Cik Ismail Jasin yang tanam semula sendiri begitu bersyukur sekali kepada Felda kerana dia dapat duit raya RM 200 ketika peneroka lain dapat RM 400.
Pak Mail kata,peneroka datang Felda dengan tangan kosong,jadi kena terima kasihlah kepada Felda.Pak Mail ingat peneroka ni macam peminta sedekah?
Pak Mail lupa ke cangkul yang Felda bagi,sabit yang Pak Mail guna untuk bersihkan ladang,parang panjang yang Pak Mail guna untuk berlawan dengan ular tedung,zink yang Felda bagi untuk Pak Mail buat bilik air,bongkah simen empat segi yang Pak Mail buat dapur(dapur kayu),rumah satu bilik yang Pak Mail besarkan anak-anak,ladang sepuluh ekar,jalan ladang,baja dan apa lagi yang Pak Mail dapat dari Felda...Pak Mail ingat free ke?Tak de satu senpun Felda sedekah kat pak Mail.Tahu ke tak tahu?

Kenapa saya nak marah pulak ni?Memang saya marah, saya marah pada Najib dan Yusuf Nor yang terajui Felda dan tak hargai peneroka.Saya juga marah pada peneroka yang rasa diri mereka macam peminta sedekah.Sebab apa nak marah nya?Marah sebab saya bukan anak menteri,saya anak peneroka,saya rasai kesusahan peneroka .Saya kenal mana satu pacat mana satu lintah,saya dah puas berlawan dengan nyamuk dan agas.Saya kenal mana satu kulat sisir mana satu pucuk paku seawal usia tujuh tahun.
Najib tahu pacat tu apa?Pernah makan kulat sisir?Dekat Monggolia ada tak?Nak ambil kulat sisir tak payah pakai C4.
Budak budak kilang pun ada KWSP,ada SOCSO,peneroka ada apa?Potongnya banyak tiap bulan,hasilnya Felda makan seorang peneroka boleh kuah.
Peneroka tanam semula persendirian dikatakan tidak membantu Felda,maka mereka dapat duit raya sikit pada peneroka yang serah pada Felda.Ayah saya yang tanam sawit sendiri tiap kali jual sawit,jual kat kilang Jengka Lapan,kilang tu sape punya?Monggolia punya ke Felda punya?Sawit dari ladang Felda pun hantar ke situ,Felda punya lah tuu..habis tu kenapa kata tak tolong Felda?Masa pokok sawit Felda belum keluar hasil,hasil sawit ayah saya dan rakan-rakannya yang tanam sendiri tu lah yang dok kayakan kilang Felda.Habis tu kenapa pulak Najib nak beza bezakan peneroka Felda dengan agihan duit raya.
Peneroka yang buat sendiri sepatutnya dipuji atas kerajinan mereka dan tak mahu hidup sentiasa bergantung pada kerajaan.Sesuailah dengan niat Tun Razak untuk lihat peneroka-peneroka ni boleh urus tadbir masa depan mereka sendiri setelah puluhan tahun bersusah payah mengusahakan tanah Felda.Tun Razak bukan nak peneroka bergntung selama-lamanya kepada Felda.Najib tau tak?Nak jadi Perdana Menteri macamana kalau tak tau ,sama dengan yang kuat tido jugak!

Untuk lihat komen-komen lain sila ke TKO ,klik http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16662
1 comment:
koi mmg anti Felda ler nih.
Koi kalau boleh nak berenti keje nak balik Jengka buat ladang...tapi tak yakin boleh...sebab koi tak pandai nak urus ladang...
masalah betul...
org lain boleh dapat 6/7/8K sebulan...mak koi dapat 1/2K je sebulan...
pening pikir masalah kat kg...
dengan pengurusan Felda pun ada masalah...
tak tahu la mana koi nak buat...
Post a Comment