Monday, December 24, 2007

Himpunan BERSIH di Jengka 16



Himpunan BERSIH 10 November tidak berakhir di hadapan Istana Negara,tetapi gelombang kuning terus merebak di mana-mana.Rakyat seolah-olah menjadikan t-shirt kuning sebagai satu jenama baru untuk ditonjolkan di mana-mana.

Di kenduri perkahwinan sdr Nasaie Ismail di Jengka 16,beberapa orang hadirin kelihatan mengenakan pakaian tshirt BERSIH termasuk tetamu undangan Sdr Saari Sungip,bekas tahanan ISA.

Dato Tuan Ibrahim bersama Unit Amal Terus Menabur Bakti Bantu Mangsa Banjir







Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,walaupun sibuk dengan berbagai urusan ,tetapi masih sempat meluangkan masa membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri Pahang.

Tidak ketinggalan Unit Amal Pemuda PAS,sentiasa siap sedia membantu,mangsa banjir.Kelihatan petugas Unit Amal bergerak dari rumah ke rumah mangsa banjir untuk mengagihkan makanan.

Monday, December 17, 2007

Berita Banjir Di Jengka


Unit Amal sedang melakukan kerja sukarela dalam Operasi Bersih di rumah mangsa banjir

Banjir di Pahang,PAS dan Unit Amal dahului semua pihak

Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas,PAS dan sukarelawannya dari Pasukan Unit Amal yang telah terkenal dengan jolokan


Tentera Merah mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.

Di Temerloh,Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Temerloh ,Saudara Syed Hamid mengakui pihaknya telah membelanjakan lebih RM 15 Ribu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Tambah Syed Hamid,lebih 700 keluarga yang terlibat dalam banjir terbesar sejak 30 tahun telah menerima sumbangan dari PAS Temerloh.

“Terdapat Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menghubungi saya mengakui PAS merupakan organisasi yang terkehadapan dalam membantu mangsa banjir:,ujar beliau.
Sementara itu PAS Kawasan Maran telah mengeluarkan belanja mencecah RM 10 Ribu untuk membantu hamper 500 keluarga yang terlibat dengan banjir.

Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Maran,Saudar Jaafar Mat Tam berkata,Chenor menjadi daerah teramai melibatkan perpindahan mangsa banjir.
PAS kawasan telah membuka bilik operasinya semenjak 10 Disember yang lalu.

Tambah Jaafar,selain menyalurkan bantuan beras ,air bersih menjadi keperluan utama penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Setakat ini Umno di kawasan tersebut belum menampakkan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir.

Sementara itu Yang DiPertua PAS Kawasan Maran,Tuan Guru Hj Mohd Baki Othman berkata sepanjang hamper 40 tahun mendiami Kampung Lanting,Chenor dan beberapa kali menjadi mangsa banjir,ahli-ahli PAS seringkali dianaktirikan oleh pemimpin Umno dalam pengagihan bantuan banjir.

“Tidak pernah sekali Tok Empat datang bertanya saya,tidak pernah sebiji beras,sesudu gula mahupun seekor bilis saya terima dari mereka setiap kali berlaku banjir,mereka memang cukup diskriminasi”,ujar beliau.

Bagi kawasan Felda di Jengka,banjir yang melanda pada 10 Disember lalu adalah di luar jangkaan penduduk.

Seorang anak peneroka Felda Jengka 15,Engku Nurzaman Engku Muhammad 38 tahunmendedahkan,sepanjang menetap di Jengka semenjak lebih 30 tahun lalu,inilah kali pertama banjir melanda seluruh Jengka.
Katanya,pada tahun 1988 pernah berlaku sedikit banjir yang menenggelamkan jalan raya menghubungkan Jengka 15 dan 16,tetapi hanya sekitar satu kaki sahaja.

etapi kata beliau,banjir kali ini hamper menenggelamkan hingga paras leher beliau.
Sementara itu Pengarah Amal Kawasan Kuala Krau,Ustaz Aris Faizul Ismail berkata walaupun tanpa persedian menghadapi banjir ,pihaknya bertindak pantas mengarahkan semua anggota amal menjalankan operasi bantuan sebaik saja banjir mulai melanda sekitar jam 9 malam.

Operasi Unit Amal yang pertama ialah memindahkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan di jalanraya Jengka 15&16 yang pertama ditenggelami air.

“Kami juga turut membantu mengeluarkan kenderaan yang tenngelam di dalam banjir di Matau Bandar Pusat Jengka.”.ujar beliau.

Pada malam tersebut juga Unit Amal telah mewujudkan Unit Kawalan yang meninjau kawasan-kawasan berpotensi dinaikki air.

Seawal5.30 pagi terdapat penyokong Umno yang menghubungi Unit Amal memohon bantuan memindahkan barang-barang kerana rumah dinaiki air.
Pada hari pertama banjir,Unit Amal bersama Pemuda PAS DUN Jengka telah menyediakan makanan untuk mereka yang terperangkap di dalam banjir.Bantuan makanan harian juga terus dilaksanakan hari ini.

Unit Amal juga sedang bertungkus lumusmenjalankan operasi pembersihan di rumah-rumah mangsa banjir.

Bagi penduduk Matau Bandar Pusat Jengka,sumbangan yang disampaikan oleh PAS MTD Jengka adalah sumbangan pertama yang pernah mereka terima semenjak beberapa hari menjadi mangsa banjir.

Seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk Matau,Encik Sabri berkata pihak kerajaan telah beberapa kali meminta senarai mangsa banjir daripada beliau tetapi hingga hari ini tiada sebarang sumbangan diterima.

Seorang pemimpin wanita Umno di Matau melahirkan rasa kecewanya kerana pemimpin yang mereka angkat selama ini tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk membantu mereka.
Beliau yang di kenali sebagai Mak Cik Odah mengakui selama ini di rumah beliaulah mesyuarat-mesyuarat Umno di adakan,tetapi ternyata sokongan nya kepada parti tersebut tidak mendatangkan hasil.

Thursday, November 29, 2007

Wat Budha Hantar Surat Ajak Berjudi?


Sebuah rumah ibadah bukan Islam di negeri Kedah dipercayaai terlibat menghantar surat mempromosi kegiatan judi nombor ekor kepada umat Islam di negara ini.
"Tahun ni saja dah lima kali saya terima iklan ajak berjudi dari pihak yang tak dikenali,ini dah melampau,tak jaga sensitiviti umat Islam",kata Ustaz Faiz yang telah banyak kali menerimanya.
Pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil alamat dari buku telefon untuk dikirim iklan judi tersebut.
Menurut Ustaz faiz,kesemua surat yang diterimanya beralamat di sebuah Wat Budha,di negeri Kedah lengkap dengan nombor telefon.
"Saya pernah call nombor tersebut,dan memang sampai ke sebuah rumah ibadah bukan Islam",kata beliau.
Namun demikian pihak yang dihubungi menafikan mereka yang mengirim iklan tersebut.
Bagaimanapun tambah beliau,apabila rakannya menelefon dan berpura-pura mahu mendapatkan nombor ekor,pihak yang berkenaan melayan dengan baik.Ini menunjukkan memang Wat Budha itu yang mengirimnya.
Oleh sebab itu beliau mendesak pihak yang berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut.
Pihak berkenaan juga sepatutnya menjaga imej agama mereka,jangan sampai di kata agama yang mengajak berjudi.
Beliau juga mengajak umat Islam jangan terpengaruh dengan usaha pihak berkenaan untuk mengheret umat Islam ke kancah dosa dan maksiat.

Wednesday, November 28, 2007

Masjid Tak Sedia Rumah Imam

Terasa hairan kenapa pihak pengurusan Masjid Sultan Ahmad Shah tak menyediakan rumah untuk imam di kawasan masjid.Khabarnya Imam 1,Ustaz Azri menyewa di Rantau Perintis,ceruk juga rumahnya.

Rumah yang ada di kawasan masjid untuk pegawai tertentu di Pejabat Agama.Rasanya elok lah pihak yang bertanggungjawab memikirkan keperluan mendirikan rumah imam di dalam kawasan masjid bagi kemudahan beliau dan juga kemudahan orang ramai untuk bertemu.

Hadapi Kenaikan Harga Petrol:Sahut Seruan Najib,Ubah Gaya Hidup


Bersedia dengan kenaikan harga petrol yang dijangka akan naik mendadak tahun depan,saudara Aris Faizul mulai menggunakan basikal bateri tanpa perlu habiskan duit mengisi petrol untuk perjalanan dekat.

"Saya menyahut seruan TPM,Najib yg menyeru rakyat ubah gaya hidup bagi menghadapi kenaikan harga petrol dan keperluan lain"'ujar beliau.

"Saya juga harap,TPM sendiri akan berbasikal ke Pejabatnya,dan lain-lain supaya tak dikata 'cakap tak serupa bikin'.",tambah beliau.

Tapi cara paling berkesan untuk hadapi kenaikan harga petrol menurut Aris lagi,tumbangkan saja kerajaan BN(Barang Naik) dalam pilihanraya akan datang.

Kenaikan haga petrol dunia sepatutnya tak menggugat ekonomi negara kerana kita pengeluar petrol.Dah banyak untung yang dapat kita kaut,kenapa tak boleh tambah subsidi untuk rakyat.Pak Lah boleh dapat subsidi,beli jet 200 juta,sedangkan sudah ada beberapa buah jet peribadi yang masih boleh digunakan.

Friday, November 23, 2007

Pelajar PASTI Celik Al Quran



Pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)celek Al Quran dalam usia 5 tahun.Itulah yang dapat disaksikan ketika Majlis Hari Pendidikan PASTI Nurul Iman Bandar Jengka yang diadakan di Tahfiz ArRahimiyah Rantau Perintis minggu lepas.
Syabas kepada guru-guru dan ibu bapa yang banyak berperanan.

Gambar 1:Pelajar-pelajar PASTI yang menamatkan pengajian mereka dan akan Tahun Satu pada sesi 2008 sedang membuat poersembahan Nasyid khas dituju kepada guru-guru.

Gambar 2:seorang pelajar PAStTi sedang memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran dengan cukup fasih.

Jika anda berminat untuk menghantar anak anda ke PASTI pada tahun hadapan anda boleh hubungi Pengerusi PASTI Kawasan Kuala Krau,sdr Roazman,0199611961.

Menurut beliau ,di daerah Jengka ada empat buah PASTI sedang beroperasi iaitu di Rantau Perintis,Jengka 15,18 dan 20.Pada sesi 2008 akan datang sebuah lagi PASTI akan dibuka di Jengka 17.

Nisa':Tabur Bakti dan dekati Remaja



Nisa' Kuala Krau sebuah NGO wanita dalam usia setahun jagung telah banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat.Mendekati golongan remaja menjadi tumpuan utama.Dengan berbagai aktiviti sukan yang berpandukan ajaran Islam,program motivasi pelajar,menziarahi pesakit di hospital dan lain-lain lagi dapat mengeratkan kalangan remaja dan masyarakat.

Puan Siti Zaleha Abu Bakar lepasan UiTM Jengka selaku teraju utamanya berkata,antara program yang telah dapat dilaksanakan ialah,Sukan Wanita yang diadakan di Padang Awam Jengka 16 pada Ogos lalu menarik minat masyarakat khususnya kalangan remaja untyuk mendekati Nisa'.

Lanjutan dari sukan tersebut,Nisa' Cawangan Jengka 16 berjaya menubuhkan Pasukan Kompang Nisa diketuai oleh Siti Salwa Abd Rahim.Ketika dilancarkan sempena sambutan kemerdekaan ke 50 yang dianjurkan bersama Unit Amal,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Krau berkenan menyumbangkan sepuluh biji kompang kepada kumpulan tersebut.Kumpulan Kompang Nisa Jengka 16 kini seringkali dijemput ke majlis-majlis kenduri kahwin untuk membuat persembahan.

Pada bulan Ramadhan yang lalu juga,Nisa Kuala Krau turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit di Hospital Jengka.Nisa' juga turut menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar Sekolah Menengah Jengka 16 yang menjadi mangsa rogol lima pemuda

Menurut Siti Zaleha,pihaknya mengalu-alukan penyertaan kalangan remaja samada masih bersekolah atau sudah bekerja untuk bersama dengan Nisa'.Pihaknya juga bersedia untuk membimbing mana-mana remaja bermasalah yang bersedia untuk berubah.Sesiapa yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 0139773108.

Nadi Kota:Nadi Maksiat


Sepasang remaja yang asyik melayan perasaan terkejut dengan kehadiran tetamu yang tak diundang di kaki lima sebuah kedai di Nadi Kota,Bandar Jengka.

Sejak kebelakangan ini kawasan perniagaan Nadi Kota sering menjadi tumpuan remaja membuat maksiat.Kawasan yang menjadi sasaran antaranya sekitar hadapan kedai Comel Handphone,depan Klinik Dr Ali,kawasan rehat berpayung berhampiran Hentian Bas Bandar Pusat,belakang Balora Mastika dan banyak lagi.Disamping kegiatan khalwat,bercumbuan dalam kereta ,adegan makan aiskrim pun ada.

Terdapat juga beberapa pondan sedang mencuba nasib di Nadi Kota.Pusat utama mereka ,kedai gunting sebelah Mak Mah Tomyam.Khabarnya mereka menyewa di tingkat atas.Ada yg bekerja kedai gunting,kedai ubat Hj Wahab(Penceramah Islam Hadhari) dan ada yang bekerja di UiTM.Kerja sampingan tak tahu ler pulak,tapi bila mereka keluar beramai-ramai,terjerit-jerit macam kat Zoo Negara,solek muka lebih pada betina.Tapi bila pandang lama-lama ,tekak rasa loyar perut rasa memulas..

Zaman Ustaz Raman jadi YB semua ada.Tapi kalau tanya pada dia,mudah aje jawapannya,'No komen",itulah jawapan yang di jawab kepada Shahidan Wartawan Mastika ketika temuramah beberapa bulan lepas.Malang orang Jengka dapat YB Serba Tak Tahu!.

Kepada Pencegah Maksiat yang dibayar gaji ,jangan dok goyang kaki eje,ronda rondalah waktu malam kat kawasan yang menjadi kubu maksiat,jangan tunggu bala Allah Taala turun.

Kepada Pasukan Unit Amal Malaysia yang terkenal dengan jolokan Tentera Merah,tahniah kerana sering ronda Bandar Jengka waktu malam dan nasihatkan para remaja yang tak ketahuan.Moga kerja ikhlas anda di teruma Allah.

Dua Remaja Nyaris Kahwin Free

Dua remaja nyaris berkahwin percuma beberapa hari lepas selepas di serbu Petugas Badan Anti Gejala Sosial ketika sedang berdua-duaan di hadapan sebuah kedai sekitar jam 11.30 malam 21 November yang lalu.Dua remaja terbabit yang masing-masing bekerja di Nadi Kota dilaporkan dalam keadaan mencurigakan.Bagaimanapun ketika diserbu kedua-duanya hanya sedang bersembang.Ketika di soal siasat ,mereka mengatakan mereka tak buat apa,tak bercium tak berpeluk,duduk aje.Mereka juga merayu agar tidak di bawa ke Pejabat Kadhi.

Namun demikian ,Ustaz shahril Azman yang mengetuai badan tersebut telah menasihati kedua-dua remaja ,tindakan duduk berduaan di tempat sunyi tetap menyalahi agama,ditambah lagi keadaan gadis tersebut yang berpakaian agak seksi menambahkan lagi fitnah.Setelah dinasihati kedua remaja terbabit mengakui kesilapan dan meninggalkan tempat tersebut.

Menurut Ustaz Shahril,gadis tersebut tinggal di atas kedai tempat kejadian,manakala si lelaki tinggal di sekitar Matau.

Tambah Ustaz Shahril lagi pihaknya telah beberapa kali membuat rondaan di sekitar Bandar Jengka terutama malam minggu bagi mempastikan kegiatan maksiat tidak bermaharajalela.Pihaknya akan meminta kerjasama pihak berkuasa agama untuk mengambil tindakan selanjutnya.Mereka hanya mampu memberi nasihat dan teguran kepada remaja terbabit.