Wednesday, July 10, 2013

Kenapa Berbekam?

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. 

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. 

"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...(Sumber http://www.terapialternatifislam.com/)

Monday, July 8, 2013

Berbekam Di Bulan Ramadhan,Batalkah Puasanya?

Kebetulan sekali saya ditaqdirkan Allah memulakan khidmat mengurut refleks dan berbekam menjelang datangnya bulan Ramadhan tahun ini.Maka timbul pertanyaan yang memang biasa didengar sebelum ini tentang hukum berbekam pada bulan Ramadhan.


Di sini saya nukilkan beberapa perbahasan ulama berkaitannya yang kebetulan saya temui dari laman webhttp://darulilmi.org.Moga ianya memberi manafaat bagi merungkaikan kekeliruan yang berlaku.
HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:
PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-
1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari
2.
رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”
PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL PENDAPAT INI:
1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”
Jawapan dr ULAMA JUMHUR
“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).
KESIMPULAN
Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:
أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.
“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”
Hadis sahih Bukhari.

Tuesday, July 2, 2013

Morsi Ancaman Siapa?


Oleh :Mohd Nasaie Ismail-Kaherah

Mengapa Mesir begitu penting kepada pihak yang cukup takut dengan pemerintahan Dr Muhammad Mursi? Samada kumpulan tamarrud atau kuasa-kuasa besar dunia. Elok kita lihat kelompok yang bangkit atas nama 'Tamarrud' sehari dua ini. Tiga tokoh utama Tamarrud ini merupakan orang yang berhajatkan jawatan Presiden Mesir pasca Mubarak.Hamdan Sobahi dan Amru Musa calon yang tewas dalam pusingan pertama pilihanraya Presiden. Manakala Muhammad Al Barada'ie pula bekas bakal calon Presiden yang tidak tercalon pun dalam pilihanraya tersebut. 


Sebelum revolusi, Barada'ie yang pernah berkhidmat dengan agensi PBB telah melancarkan kempen untuk pembaharuan Mesir dengan meletakkan beliau sebagai calon Presiden yang akan berlawan dengan Mubarak. Ketika itu beliau menjalinkan hubungan dengan Ikhwan dan Dr Muhammad Mursi menjadi timbalan beliau dalam Pakatan Politik tersebut. Harapan beliau Ikhwan akan memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Presiden. Malang bagi beliau apabila Ikhwan memutuskan untuk meletakkan calon Presiden iaitu Khairat As Syatir seorang dermawan yang banyak membuat kebajikan kepada rakyat. Manakala Mursi sebagai calon simpanan sekiranya pencalonan As Syatir ditolak. Maka hilang nama Barada'ie dalam senarai calon Presiden. Jadi asasnya tiga orang pemimpin Tamarrud ini adalah bekas calon yang tewas atau tidak tercalon dalam pilihanraya Presiden.

Manakala kelompok berikutnya ialah bekas-bekas kroni rejim Hosni Mubarak dahulu yang cukup bimbang jika kerajaan Mursi ini kuat dan mampi melaksanakan reformasi politik dan ekonomi, kedudukan mereka terancam akibat jenayah berat yang mereka lakukan dizaman Mubarak.Ibarat tali gantung atau penjara sentiasa terbayang di kepala. Sebab itulah dengan apa jalan sekalipun Mursi mesti dijatuhkan atau sekurang-kurangnya diganggu sepanjang masa agak pemerintahan menjadi semakin buruk.

Kelompok ketiga pula ialah sebahagian rakyat yang sememangnya marah dengan pemerintahan Mursi yang bagi mereka selama 1 tahun tiada perubahan seperti mereka kehendaki.Krisis petrol, sampah, roti sebagai makanan asasi, kemiskinan dan jenayah menjadi hambatan. Harus dilihat bagaimana dua kelompok teratas tadi yang memangkin kemarahan rakyat tersebut. Dengan kerjasama polis, gengster, hakim dan kakitangan kanan kerajaan yang setia dengan Mubarak dahulu, mereka tidak henti-henti melakukan sebotaj. Untuk menukar syarikat pembersihan sampah pun sukar dilakukan kerana sudah lama ia dikuasai oleh samseng-samseng yang besar rangkaiannya. Hakikat inilah yang melanda Malaysia juga khususnya di bandar-bandar besar. Ada kerajaan dalam kerajaan iaitu samseng yang mentadbir Chow Kit dan hampir keseluruhan lorong dalam Kuala Lumpur. Untuk berniaga tidak perlu bersusah ke PBT, cukup membayar kepada samseng yang menjadi 'penjaga kawasan' dan mereka akan selesaikan. Sebab itu kalau kita lihat kadang-kadang ada sebahagian perniagaan yang dijalankan secara salah sehingga mengganggu teruk jalan tetapi tiada tindakan.Sebab mereka sudah jadi raja setelah merasuah pihak berkuasa. 

Balai dekat dengan sarang pengedaran dadah, pelacuran dan judi di sesuatu tempat tetapi tiada masalah.Sebab Big Bos sudah bayar pada Jeneral. Anda tonton filem Gengster arahan anak Yusuf Haslam itu adalah sebahagian hakikat besar yang melanda negara.Hal yang sama melanda seluruh negara khususnya Mesir ini. Lebih hebat daripada itu mereka menguasai puluhan ribu stesen Petrol dan NGV dan telah melakukan sebotaj catuan petrol sehingga mendatangkan kemarahan rakyat. 

Mursi memerintah setahun tanpa Dewan Rakyat dan terbaru Dewan Senat pula dibubar oleh kroni Mubarak yang masih menguasai pemerintahan. Pihak polis yang tidak memberi kerjasama dan pelbagai kesulitan yang mereka wujudkan untuk mengganggu perubahan yang akan dibuat. Jika di negara dunia ketiga yang lain biasanya rakyat marah dengan permasalahan itu disebabkan pemerintahnya yang rasuah, membazir dan hidup dengan kemewahan. Sedangkan 1 tahun menjawat jawatan Presiden, Mursi hidup lebih susah dan bergaji lebih kecil daripada sebelumnya.

Negara-negara luar pula khususnya negara haram Israel cukup bimbang jika pintu sempadan Mesir dikawal oleh bukan kroninya di zaman Mubarak. Ia akan memberi kelebihan berganda kepada Hamas yang menguasai Ghaza. Begitu juga dengan kebergantungan ekonomi dan keperluan asasi negara haram ini yang terjalin erat dizaman Mubarak akan terganggu.Israel mengimport gas asli dari Mesir untuk kegunaan rakyatnya. Maka tidak hairan pemimpin Tamarud ini sanggup bekerjasama dengan Israel.

Hal yang terbesar bagi saya ialah kedudukan Terusan Suez yang merupakan laluan terpenting dunia duduk di dalam Mesir. Kapal-kapal daripada Barat mahupun Timur yang hendak berdagang antara sati sama lain mesti melalui Terusan Suez.Jika tidak menggunakan terusan laluan menjadi terlalu jauh berganda-ganda untuk sampai ke denstinasi masing-masing. Maka jika kerajaan yang tidak mesra Amerika mahupun kuasa-kuasa besar lain yang memerintah Mesir maka ialah suatu malapetaka besar bagi mereka. Sebab itulah melalui apa jalan sekalipun Mursi mesti ditumbangkan.Amerika boleh membiayai sebarang gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tersebut. Pentingnya Terusan Suez ini dapat dilihat ketika zaman Jamal Abdul Nasir menjadi Presiden Mesir, ketika beliau berusaha untuk memilik negarakan Terusan Suez, ia telah mengundang segera tentera-tentera bersekutu dari tiga ke empat buah negara hendak menyerang Mesir. Inilah hakikat yang penting.

Manakala yang terakhirnya, jika Mesir aman dan membangun dengan baik, ia menjadi ancaman kepada negara Barat. Dalam keadaan mereka sedang bergelut dengan kemelut ekonomi yang parah, tiba-tiba Mesir yang hanya dipisahkan dengan Laut Mediteranium itu membangun pesat. Kerana semenangnya potensi Mesir besar. Maka rakyat dalam negara mereka akan menonton kehebatan ini dan tidak mustahil mereka akan menukar anutan mereka selepas itu.

Harus diingat Islam datang bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyelamat, mensejahterakan dan mengangkat martabat manusia dan negara. Sepatutnya jika mereka ikhlas, mereka tidak bimbanh dengan perubahan Mesir.

Apapun kita berserah pada Allah untuk menyelamatkan negara Mesir ini. Begitu juga Syria, Palestin dan lain-lain.

6.38PM.Haiyi Asyir, Kaherah.