Tuesday, October 25, 2011

Pemuda PAS Bantah Konsert Elton John




Oleh:Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan penyanyi gay Elton John di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.


Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan Elton, 64, “top 10 artis paling terlaris dalam sejarah muzik” bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia November ini bertempat di Genting Highlands.

“Pihak berkuasa kena sedar bahawa budaya hedonisme atau berhibur secara berlebihan dan melampau kian menular, merebak umpama racun berbisa yang semakin menyerang remaja Islam.

“Sedangkan budaya inilah yang lazimnya membawa kepada kerosakan sebuah masyarakat seperti pergaulan bebas, gejala arak, berzina, anak luar nikah dan melekakan mereka terhadap tanggungjawab beragama selama ini.

“Ini ditambah lagi dengan kemunculan pengamal seks sejenis. DPPNP tidak dapat bayangkan bagaimana penerimaan golongan muda apabila pihak berkuasa tidak menyekatnya dari awal,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Tambahnya lagi, sedangkan akta yang digubal oleh jabatan agama peringkat negeri seperti kesalahan orang Islam memasuki premis judi nombor ekor dan meminum arak di khalayak awam pun gagal ditangani pada masa ini.

“DPPNP memandang setiap perkara yang boleh membawa kemudaratan mestilah disekat lebih awal dengan kuasa yang ada demi kemaslahatan umum dan ini tidak boleh dianggap sebagai tindakan yang menyekat hiburan.

“Oleh itu sama ada Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Bentong dan mana-mana pihak berkuasa, hendaklah menggembeleng tenaga supaya mencegah kemungkaran ini kerana gejala sosial dan kebejatan moral yang ada pada hari ini pun tidak mampu lagi ditanggung.”

“Jadi pihak penganjur tidak boleh berbangga dengan aktiviti yang mungkin dianggap membawa keuntungan tetapi sebaliknya merosakkan institusi mayarakat dalam jangka panjang,” menurut kenyataan tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.

Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California.


Sambutan 60 Tahun PAS Pahang Esok.

Sempena sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang esok,rakyat di negeri ini berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut perjuangan PAS khususnya di negeri Pahang melalui pameran dan tayangan yang disediakan pihak urusetia program sepanjang sambutan yang diadakan di Darul Hikmah Kerdau.

Sebanyak 22 kanopi disediakan untuk ruang pameran yang melibatkan 14 kawasan di Pahang,Dewan dewan dan PAS Pusat.Urusetia juga turut menyediakan gerai pameran koperat yang akan memeriahkan lagi sambutan 60 Tahun PAS di negeri ini.Sebahagian besar pameran yang akan dipamerkan melibatkan sejarah PAS di negeri ini.

Para pengunjung juga boleh mendapatkn khidmat rawatan percuma melalui Pengamal Perubatan Darul Syifa dan rawatan moden.

Majlis perasmian program akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu bermula jam 2.00 petang.

Sempena program juga,beberapa anugerah akan disampaikan oleh PAS Negeri pada malam esok.Antaranya ialah Anugerah Tokoh Sejarah,Anugerah Jasamu Dikenag,Anugerah Khas PAS Pahang dan Anugerah Gerai Terbaik.

Pemilihan Kerdau sebagai lokasi program amat bertepatan dengan sejarah PAS Pahang yang menyaksikan Kerdau menjadi tapak awal tertubuhnya PAS di negeri ini pada tahun 1954.

Semoga sambutan ulang tahun PAS ini dapat menyuntik semangat seluruh ahli untuk bekerja lebih kuat bagi menumbangkan Barisan Nasional di negeri ini pada pilihanraya yang kan datang.

Blogger Tukar Tiub Di Temerloh Petang Ini



Friday, October 14, 2011

Kursus Keusahawanan 5 Jam : Polis Jangan Bersubahat

Kenyataan Media Pemuda PAS Malaysia

Jumaat 14hb Oktober 2011

Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Superintendan Imran Abdul Rahman mengatakan bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan.

Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis kerana perkara-perkara berikut :

1. Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita. Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?

2. Pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM). Tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang.

3. Tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan. Mereka diberi perkhidmatan bas dan resort. Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?

4. Dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari rabu 12hb Oktober 2011. Sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama. Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka Rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus 5 jam sahaja(8 pagi – 1 tengahari).

5. Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik daripada Johor Baharu ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baharu sahaja. Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini.

Berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort maka Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

SUHAIZAN BIN KAIAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI

PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR.

Wednesday, October 12, 2011

Gempar:Tujuh Bas Warganegara Asing Ke Putrajaya Untuk Ambil I.C


Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kayat hari ini melaporkan berita gempar dari Putrajaya.Tujuh buah bas yang membawa warganegara asing dilaporkan bergerak dari Johor menuju pusat pentadbiran negara dengan diiringi sebuah kereta perdana yang membawa seorang Dato'.Mereka menuju Jabatan Perdana Menteri untuk mendapat IC bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya yang akan datang.

Ini sudah melampau.Walaupun berkali kali SPR dan kerajaan menafikan wujudnya pengundi hantu termasuk dari kalangan warga asing,tetapi bukti bukti yang terus terbongkar tak dapat ditutup lagi.Hanya orang orang orang yang taksub dengan Umno sahaja tak mempercayai cerita ini atau sengaja memekakkan telinga mereka.

Menjelang Pilihanraya 2004 yang menyaksikan BN menang besar dalam pilihanraya ,saya bersama dengan rombongan pimpinan PAS Pahang sempat menyelinap masuk ke sebuah perkampungan yang tiba tiba muncul menjelang PRU di sekitar Sungai Miang ,Pekan yang menempatkan warga Myanmar.

Aneh sekali kawasan hutan dara yang tidak pernah digazetkan sebagai kawasan penempatan tiba tiba bertukar menjadi kawasan perumahan yang menempatkan 500 keluarga dari Myanmar.Lebih aneh lagi mereka semuanya mempunyai Kad Pengenalan biru yang masih baru dengan alamat yang sama di Sungai Miang dalam Parlimen Dato Najib Tun Razak.

Mereka yang kami temui banyak mendiamkan diri dan dilarang oleh pihak tertentu untuk memberi apa apa respon kepada kami.Akhirnya bila berlaku pilihanraya umum ,Najib menang besar berbanding PRU ke 10 yang beliau hampir tewas.

Kini apabila beliau menjadi PM,hal yang sama diulang di seluruh negara untuk mengekalkan kuasanya.Para pencinta demokrasi harus bersedia untuk sekali lagi turun ke jalanraya mempertahankan demokrasi dan pilihanraya bersih dalam himpunan BERSIH 3.