Wednesday, December 19, 2012

Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang Sabtu ini.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga Felda bagi mempertahankan Felda dari pihak yang sedang berusaha untuk mengaut segala kekayaan  Felda untuk kepentingan peribadi dan politik Umno khususnya ,dua lagi siri Kembara Oren Selamatkan Felda akan diteruskan pada minggu ini iaitu pada hari Sabtu 22 Disember di Pahang dan esoknya 23 Disember di Negeri Sembilan.

Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan Felda khususnya di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusinya.

Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.

Mereka juga perlu diberi kesedaran bagaimana tanah Felda Plantation seluas lebih 360 ribu hektar yang sepatutnya boleh diagihkan kepada 80 ribu keluarga di kalangan generasi kedua yang tidak bertanah telahpun dipajak kepada Felda Global Vanture yang sekarang ini haraga sahamnya Bursa Malaysia sedang merudum.Sekiranya keadaan ini berterusan,tanahyang boleh dimanafaatkan oleh generasi kedua Felda itu juga bakal tergadai.

Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka,generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi  2 bilion ringgit.

Terdapat usaha jahat sedang berjalan untuk menggunakan dana KPF bagi menyelamatkan penyenaraain FGVH yang semakin merudum.Dengan didalangi seorang menteri kabinet,Mesyauarat Agung KPF Jun lalu telah diistiharkan tidak sah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam suratnya yang bertarikh 4 Disember lalu.Satu Mesyuarat Agung semula akan diadakan pada 27 Disember depan yang kemungkinan besar Tan Sri Isa Samad dan kroninya bakal menguasai KPF dan akan memudahkan lagi proses mencairkan asett KPF ke dalam FGVH.Sekiranya ini dibiarkan kemungkinan KPF bakal menerima nasib seperti Koperasi MIC Maika Holding yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik.

Kembara Oren Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu ini akan bermula di Felda Bukit Kepayang,Bera dan berakhir di Jengka 11 akan turut disertai bekas CEO Felda Plantation Encik Mohamad Said Jonet yang juga merupakan Pengerusi Task Force Tanam Semula Felda yang akan menyampaikan ceramahnya bersama pimpinan ANAK dan PAS Pahang pada majlis kemuncaknya di Jengka 11 pada jam 9.00 malam.

Pihak Urusetia Kembara Oren ingin menasihatkan pihak pihak yang cuba melakukan provokasi dengan menghalang laluan Kembara Oren bakal berhadapan tindakan undang undang.Tindakan menghalang laluan awam adalah satu kesalahan di sisi undang undang.Antara aktiviti Kembara Oren juga adalah bersama dalam jamuan rakyat yang disediakan di rancangan rancangan Felda yang akan diziarahi.Sehubungan itu amat bertentangan sekali dengan undang undang sekiranya ada pihak yang cuba menghalang.Kami juga akan turut disertai team peguam yang akan membantu di sudut undang undang.Pihak polis juga telah dimaklumkan semua jadual perjalanan kami dan sepertimana dua Kembara Oren sebelum ini di Perak dan Terengganu,pihak polis telah memberi kerjasama sebaiknya.

Semua warga Felda adalah dijemput hadir untuk bersama dengan Kembara Oren Pahang bermula jam 9.00 pagi  di Felda Bukit Kepayang dengan berpakaian oren .

Friday, December 14, 2012

Umno Kata ANAK Bohong Apabila.....

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno 
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda.
2.Umno kata ANAK bohong apabila: 
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
Akhirnya:
  • Selepas tamat bercuti,Dato Dzul benar benar disingkir daripada Felda .Jawatannya tak dikembalikan.Faizoul Ahmad yang belum layak ke jawatan itu dilantik sebagai Pengarah yang baru dengan mengenepikan pegawai pegawai yang lebih kanan seperti Ahmad Ibrahim,Tuan Hj Abidin dan lainnya.
 4.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Penasihat Ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH akan gagal mendapat sambutan pelabur asing kerana pokok sawit Felda Plantation yang dipajak kepada FGVH sudah pun tua dan menunggu masa untuk ditebang.

Akhirnya:
  • CEO FGVH Sabri Ahmad memberi alasan yang sama apabila saham FGVH merudum

5.Umno kata ANAK bohong :
  • Apabila.ANAK mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH bukan untuk kepentingan peneroka tetapi untuk kepentingan Umno dan pemimpin tertentu.

Akhirnya:
  • Prospektus FGVH mengesahkan Tan Sri Isa Samad memperolehi 180,000 unit saham tetapi peneroka hanya diperuntukkan 800 unit sahaja.
  • Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Abdul Ghafur Saleh menuntut kerajaan menjelaskan ,bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holdings  (FGVH) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

6.Umno kata ANAK bohong
  • Kerana mendakwa Felda Iffco jual minyak sawit padaYahudi

Akhirnya :
  • Dato Mukhriz Mahathir akui terdapat kapal Israel yang berlabuh diperairan negara membawa minyak sawit melalui pelabuhan Ashdud,Israel kononnya untuk dihantar kepada umat Islam Palestin!Munasabah ker?Baiknya Israel.. 
  • Invois jualan minyak sawit yang didedahkan secara jelas membuktikan ia dijual kepada Bunge Agribussines yang berpengkalan di Singapore adalah anak syarikat Bunge Limited sebuah syarikat Yahudi..
  • Terdapat Sijil  Halal yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Yahudi ke atas kilang sawit Felda Ifco di Pasir Gudang.