Monday, May 31, 2010

Kekejaman Israel:Ahli PAS Diarah Solat hajat

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengecam keras tindakan rejim haram Israel menyerang konvoi tersebut.

Menurutnya, tindakan biadap dan kejam itu diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS, tegasnya melihat tindakan tidak bermoral itu mencerminkan sikap angkuh rejim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut.

Katanya, tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segera perjanjian itu.

“PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dan membaca qunut nazilah agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

“PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya para pejuang ini menyemarakkan usaha membebaskan saudara kita di Gaza,” ujarnya.

Mari Berdoa Untuk Sahabat kita Di perairan gaza

Abang Jamal,Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia,kanan sekali berbaju hitam di Istanbul sebelum belayar minggu lepas bersama rakan yang lain dari JIM,Haluan dan lain lain.


Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib rakyat Malaysia dan lebih 500 yang lain di dalam kapal bantuan ke Gaza yang diserang Israel.Sejak dari tengahari tadi,saya cuba mencari info terkini keadaan di perairan Gaza.Astro Awani dan lain lain stesyen TV termasul Aljazeera semuanya terputus hubungan dengan wakil masing masing yang menyertai misi bantuan ke Gaza itu.Saya pasti sekali gelisah kerana bersama kapal tersebut ialah pimpinanj Yayasan Amal saudara Jamaludin Alias yang merupakan sahabat dan pernah menjadi guru kami ketika di INTIS.


Baru sahaja menonton rakaman temuramah beliau di ASTRO semalam.Beliau yang sentiasa tersenyum seawal saya mengenali beliau.Tidak suka marah marah pada kami.Namun jiwanya tetap kental untuk teruskan perjuangan hatta syahid sekalipun.


Mesejnya beberapa hari lalu ,memohon maaf salah silap andainya beliau terkorban.Apakah nasib beliau bersama rakan yang lain.Moiga Allah selamatkan mereka dan datangkan tenteraNya untuk memusnahkan musuh Allah Israel yang dijadikan teman oleh Umno.


Mari kita berdoa,solat hajat dan qunut nazilah setiap waktu moga dimusnahkan segera musuh laknatullah ini.


Jangan lupa,kita berhimpun di hadapan Kedutaan sahabat Israel,Amerika Syarikat Jumaat ini.




Tuesday, May 25, 2010

Peter Vanner, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Dari blog:Life Line 4 GAZA

Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Vanner 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wrights, England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.

Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.

Saturday, May 22, 2010

Program ANAK Terus Dapat Sambutan

Sebelum PRU 2008 saya beberapa kali mengatur ceramah dan dailog isu isu peneroka yang disampaikan saudara Mazlan Aliman,AJK PAS Pusat.Hampir setiap kali program yang saya susun ,kehadiran warga peneroka adalah ditahap sangat sederhana.
Walaupun isi ceramah beliau padat dengan fakta,tetapi poster dan hanbil yang disebarkan masih tidak mampu menarik kehadiran sasaran. Ketika itu majlis dailog beliau kadangkala hanya dihadiri sekitar 10-15 orang pendengar,kalau pun sesekali agak ramai,tetapi pastinya kurang daripada 30 orang.
Tetapi Tragedi Lembah Klau telah membawa satu perubahan.Akibat kezaliman melampau Pengurus Felda yang mengepung rumah Hj Borhan bersama anggota keselamatan,hingga akhirnya memaksa Mazlan bermalam di lokap polis IPD Raub,tiba tiba saja emosi peneroka berubah,dari sikap bertahan kepada bangkit mencabar,keangkuhan Felda.
Baru baru saja beberapa hari lepas,pejuang peneroka itu diraikan 200 anak muda generasi ke dua Felda di Tenggaroh yang dulunya buta maklumat,tetapi kini bergerak bersama ANAK.Semalam sahaja lebih 100 warga Felda memenuhi Markaz PAS Jengka 16 untuk mendengar ceramah dan berdailog dengan Presiden ANAK itu yang cuba diberi gambaran buruk oleh Felda khususnya MBFM.Apa yang menggembirakan saya,turut hadir dalam majlis dailog tersebut ialah anggota anggota Umno termasuk kalangan pimpinan di peringkat cawangan yang dulunya begitu eligik dengan PAS.Suatu kesedaran yang luar biasa.
Pastinya dalam perasaan marah saya kepada Encik Awang Sulung,Pengurus Felda Lembah Klau yang bertindak tidak cerdik kepada Mazlan,saya juga wajar mengucapkan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepadanya,juga kepada Felda,MBFM,Dr Yusof Nor kerana tindakan tindakan tidak cerdik itu telah dapat memberi promosi percuma kepada pejuang peneroka itu dan NgO ANAK yang dipimpinnya.

Wednesday, May 12, 2010

Pendedahan Penyelewengan GSA Di Jengka


Ceramah Isu Felda:Pendedahan'Rahsia Besar' GSA
oleh Peguam Wan Rahimi Wan Daud
(Peguam Peneroka Kemahang 3 vs Felda)

14 Mei 2010(Jumaat) 9.00 malam
Jengka 15

Wednesday, May 5, 2010

Belia Jengka 16 'Beramal' di Kubur

Gambar sekitar gotong royong membersihkan kawasan perkuburam Jengka 16 Ahad lalu oleh belia belia rancangan felda tersebut yang dianjurkan Persatuan Belia Jengka 16 di bawah kepimpinan baru yang dipilih February lalu.Program julung julung kali ini pastinya diluar jangkaan apabila sekitar 80 orang belia berjaya dikumpulkan untuk melakukan kerja amal ini.
Disamping bergotong royong,mereka juga sempat mengadakan tahlil dan mengikuti sedikit tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Aris Faizul selaku Ketua Biro Agama Persatuan tersebut.
Syabas kepada seluruh kepimpinan baru dan ahli ahli yang melakukan kerja amal ini.