Thursday, May 23, 2013

Takaful Khairat Dengan bayaran Serendah RM 15 Setahun

Ramai yang nak join insuran tapi tak mampu nak istiqamah bayar tiap tiap bulan.Saya ingin cadangkan anda sertai Pelan Takaful Khairat di bawah Takaful Malaysia yang dikendalikan oleh Pakatan Amal Sejagat.Anda boleh mencarum serendah RM 15 setahun dengan manafaat seperti di bawah.Paling penting ianya diluluskan oleh syarak dan dapat meringankan beban orang tersayang menguruskan jenazah anda.Maklumat lanjut boleh hubungi Perunding Takaful Pakatan Amal.Hubungi 0199855883.Penyertaan dibuka sepanjang masa.Pihak Pakatan Amal akan mendaftarkan sekali setiap bulan iaitu pada hari Jumaat minggu pertama.



Tuesday, May 21, 2013

'Lelaki Misteri ' Yang Menghuru harakan negara ini.

1.Zaman Reformasi sekitar 98-99 saya berada dalam satu himpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Orang ramai melaungkan slogan REFORMASI silih berganti.Seorang lelaki misteri bertubuh sasa dengan beg sandang menjerit jerit 'babi polis' berulang kali.Selang beberapa ketika FRU menyerang dan membelasah orang ramai.Lelaki lelaki bertubuh sasa dengan beg sandang mengeluarkan gari menangkap orang ramai.Setelah puas berlakon,lelaki misteri yang melaungkan 'babi polis' turut mengambil bahagian menjalankan tugas sebenarnya,menangkap peserta demontrasi.
 
2.Suatu malam di hadapan Masjid Kg Baru,K.Lumpur.Muncul seorang lelaki misteri juga dengan beg sandang ,menjerit jerit memaki hamun polis.Penyokong reformasi yang memeriahkan malam minggu di Kg Baru itu rasa kurang selesa.Petugas keselamatan,memegang lelaki tersebut dan meminta ditunjukkan kad pengenalan.Lelaki misteri enggan memberikan kerjasama.Dia cuba melarikan diri,orang ramai mengepungnya di tengah tengah jalan simpang empat berhampiran masjid.Tiba tiba dia mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan amaran ke udara.Dia berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah teksi.
 
3.Ketika Himpunan BERSIH,lelaki lelaki misteri yang menutup wajah mereka memprovok orang ramai untuk masuk ke Dataran Merdeka yang telah diistiharkan sebagai satu satunya 'tanah haram' di Malaysia yang siap berpagar dengan kawad berduri.Tiba tiba lelaki misteri ini muncul dengan pemotong besi,memotong kawad berduri.Orang ramai menyerbu masuk.FRU pun menjalankan tugasnya menembak pemedih mata ke arah orang ramai.
 
4.Di lokasi lain,sebuah kenderaan polis dipandu laju di tengah tengah peserta himpunan.Tindakannya mengundang kemarahan orang ramai.Kereta ini kemudiannya merempuh peserta himpunan.Terdengar jeritan,terdapat peserta himpunan tersepit di bawah kenderaan tersebut.Orang ramai menyerbu dan kereta itu diterbalikkan untuk menyelamat peserta yang dikatakan tersepit di bawahnya.Lelaki lelaki siap dengan kamera merakam kan gambar gambar tersebut.Esoknya terpampang di muka hadapan akhbar kononnya peserta demontrasi bertindak liar hingga terbalikkan kenderaan pihak keselamatan.
 
5.Sekitar tahun 2012,banyak sekali risalah risalah dan banner banner fitnah dan provokasi ditemui di merata tempat yang tidak diketahui siapakah yang memasangnya.Suatu malam di selatan tanahair.Para petugas keselamatan PAS berjaya mengintip kerja kerja khianat ini.Seorang lelaki berjaya ditangkap.Apabila pengenalan dirinya dikeluarkan ,amat memeranjatkan sekali,dia bukan lah aktivis mana mana parti,tetapi seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari cukai rakyat,yang tugas sebenarnya ialah 'menjaga keselamatan' dalam negara ini....Tetapi mereka ini menjadi pengkhianat!!
 
Sekadar secebis  kisah lelaki misteri yang menjadikan himpunan yang halal bertukar menjadi haram.Mereka ini lah yang telah menghuru harakan negara ini yang sepatutnya diusir oleh Menteri Dalam Negeri zahid Hamidi.Oleh itu berhentilah menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri dengan mengadu domba cerita yang membawa pertelagahan sesama rakyat dalam negara ini..