Alfaqirbillah dari bumbung cap keris melaporkan,Umno Kuala Krau telah mula mengadakan progam Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan ini dalam usaha mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno.
Khabarnya Jumaat lepas YB Ismail Said & Abang Wan dah turun ke Jengka 16 dan sempatlah makan nasi bersama pengundi dan bertanya khabar selepas setahun berlalu.
Tentulah gembira Pak Leman dan Mak Cik Kiah kerana dikunjungi YB.Tak habis lah seminggu becerita ke jiran taulan,sedara mara kat kampung pun habis le tau agaknya.Apa tak nya,bukan senang nak jumpa YB.
Menantu Pak Long Jengka 16,anak peneroka Jengka 15,pembantu setia Wan Salman sebelum menang dulu,tak cukup tiang barangkali dia panjat ,nak tampal muka abang Wan kat tiang.Tapi sampai sekarang tak merasa lagi nak jumpa YB.Abang Wan pun dah tak 'hello' kat dia lagi.
Untunglah orang Jengka 16,tak susah susah panjat tiang,YB datang jengok juga!Ada apa apa ke?Bila YB datang,lupa lah segala masalah.Tak teringat dah janji manis YB masa PRU dulu yang belum lagi tertunai.
Mak Cik Kiah yang masih tersengih sampai hari ni seronok sangat YB datang rumah telupa pulak nak tanya ,apa jadi dengan baki wang ses,RM 5000 belum bebayar lagi!Janjinya lepas pilihanraya nak bayar.Pilihanraya yang mana ye?
Mak Cik Kiah juga tak sempat nak tanya,apa cerita pemohonan anaknya nak dapatkan rumah generasi ke2 di Jengka 11.Senyap je!Masa sibuk kempen hari tu,tanah tu dah serodok.Dah setahun lebih,tiangpun tak nampak nampak.Tak tumbuh tumbuh ke?Lupa sungguh Mak Cik Kiah nak tanya.Dengar cerita kawasan rumah yang nak bina tu dah masuk air pula bawah tanahnya!Lepas pilihanraya lah agaknya,air tu mengalir masuk ke tapak rumah generasi ke2 tu ya!
Pak Leman pun apa kurangnya,sama lah gembira macam Mak Cik Kiah.Dah pekena berapa cawan kopi di Restoren Man Komando,tak habis juga cerita YB datang ke rumahnya diulang ulangkan.Pak Leman pun asalnya nak juga tanya YB,apa jadi dengan Takaful Felda yang Dato Najib lancar sebelum pilihanraya dulu.
Kenapa waris arwah Wak Dolah yang meninggal dunia bulan lepas dah tak dapat RM 10 ribu yang dijanjikan.Haji saad yang meninggal dunia beberapa hari nak mengundi dulu,dapat RM 10ribu kat warisnya.Kalau Wak Dolah meninggal masa pilihanraya tu kan bagus,tak payah ler jandanya berulang alik ambil upah menoreh getah di Kg Awah.
Lupa sungguh Pak Leman nak tanya YB ,sebab seronok sangat.
Alamak!matahari dah segalah naik,Pak Leman baru teringat getah sekerapnya diladang Felda Sungai Nerek tempat dia menambah pendapatan belum lagi dikutip.Nak bekejar pula ke sana,dah lewat ni.Kena pergi jugak.Ye lah,anak bongsunya kat UiTM Shah Alam baru je telefon minta bank in kan RM 500.Mana nak cari.
Kalau ada sawit sendiri,bolehlah tahan.tapi Pak Leman dah serah kat Felda ladangnya tu.Dapatlah RM 1500 sebulan.Tolak bayar pinjaman ,ada lah berbaki RM 53.25.Adoi ,nasib Pak Leman.Kenapalah tak tanam sendiri.Ramai pun yang bejaya.