Friday, October 31, 2008

Pengarah JPM di Indonesia Macam Budak Tadika Kemas

Dr Junaidi berbaju melayu coklat

Blogger Suara Anak Muda melaporkan dari Acheh,Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat ugutan kepada pelajar-pelajar Malaysia semalam supaya jangan terlibat dengan pembangkang.

Dlam pertemuan antara Duta Malaysia di Indonesia dengan pelajar pelajar Malaysia di Acheh,Dr Junaidi Abu Bakar Pengarah JPM itu mengancam akan menyusahkan mana mana pelajar yang menyokong pembangkang untuk mendapat pekerjaan sebagai guru JQaf.

Anak melayu kelahiran Kuala Krai itu juga berjanji akan menyusahkan pelajar pelajar berkenaan untuk mendapatkan visa dan permit izin tinggal di Indonesia.

Saya berharap beliau merupakan spesies Umno terakhir dari negeri Serambi Mekah yang berperangai mengalahkan budak-budak Tadika Kemas.Saya pun heran,masih ada juga pegawai kerajaan yang masih tak sedar diri walaupun Barisan Nasional dah ditolak rakyat Malaysia.Tak taulah pula kalau beliau terlalu lama tak balik Malaysia.

Beliau tak tau ke,Pakatan Rakyat dalam perjalanan menuju Putrajaya,cuma singgah sebentar di bangunan Parlimen.

Budaya ugut mengugut sepatutnya dah lama berakhir.Beliau bercakap di hadapan mahasiswa yang cerdik pandai,tak perlu diugut ugut.

Janganlah ketika ada kuasa belagak nak jadi malaikat Mikail,nak urus rezki manusia.Dr Junaidi kena belajar dari pegawai kerajaan Selangor zaman Khir Toyo yang dihantar ke Mesir untuk buat kacau kat sana.Apa nasib dia sekarang selepas 'Tokong' sembahan dia dah kehilangan kuasa.Selepas puas menzalimi anak Selangor di Mesir,kini beliau pula diseret ke muka pengadilan kerana seleweng duit zakat Selangor.dia juga dulunya pernah belagak jadi 'Firaun' robohkan surau dan masjid di Selangor.

Pesan saya pada Dr Junaidi janganlah nak menongkat langit.Berapa tahun saja lagi kamu nak bekerja,kemudian pencen dan seterusnya nak ke planet Marikh ke?Janganlah ganggu anak anak kami yang nak belajar.

Kepada adik-adik mahasiswa di Acheh atau dimana mana juga,usahlah bimbang dengan ancaman manusia,ancaman itu terlalu kecil berbanding ancaman Allah ke atas mereka yang melaku kezaliman.Teruskan perjuangan kalian.Ingat,STUDENT POWER!!

Najib Tak Lelap Tidur,Sedang Berdoa Sekarang!

Jam di komputer saya dah pukul 1.30 pagi.Dah dua hari saya di depan komputer rupanya.Beberapa minit lagi saya pun nak tidur.Tetapi mungkin ada orang yang tak dapat nak tidur malam tadi hingga pagi ini.

Antara yang tak boleh nak tidur tu ,mungkin lah bakal PM Mac 2009 nanti.Najib khabarnya sedang berdoa,kata MSO.Apa doanya?Klik kat sini.

Isu Matau:Penduduk Terus Dapat Perhatian Dato Tuan Ibrahim

Berita yang baru kami terima ,Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man bersama wakil penduduk akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Maran dalam waktu terdekat bagi mencari satu penyelesaian yang terbaik dalam isu Matau.

Walaupun tewas dalam Pilihanraya Umum ke 11 dan 12 yang lalu,bekas ADUN Jengka itu akan terus memberi perhatian sewajarnya kepada masalah yang menimpa penduduk Matau yang diarahkan berpindah sebelum April ini.

Sepanjang berkhidmat sebagai ADUN mewakili PAS dari 1999 hingga 2004,isu Matau yang berlarutan sejak sekian lama terus menjadi satu agenda terpenting dalam perjuangan beliau.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Al hafiz dalam satu kenyataannya petang tadi mendesak pihak berkuasa yang mengarahkan penduduk penduk itu berpindah supaya dapat mempastikan kebajikan mereka terus terjamin.

"Janganlah kerana hendak membangunkan kawasan perniagaan baru di Matau sehingga menginaya peneroka awal yang berjasa membangunkan Bandar Jengka yang kini dikenali ke merata pelusuk",ujar beliau.

Tambah beliau lagi,tempat perpindahan baru yang pernah di janjikan Timbalan Menteri Besar untuk penduduk Matau mestilah diserah segera kepada penduduk yang belum memiliki rumah.

Di samping itu katanya,mata pencarian mereka yang bakal terjejas kerana tidak disediakan kawasan perniagaan baru untuk mereka terus berniaga mestilah diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Thursday, October 30, 2008

Peneroka Awal Bandar Jengka Menunggu Hari Untuk Diusir.

Surau Matau
Rumah salah seorang penduduk yang serba dhaif
Gambar kenangan banjir 2007,Unit Amal Seremban dan Jengka membantu dalam operasi pembersihan di Matau
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendengar taklimat banjir 2007 dari wakil penduduk Matau

Selepas bertahun tahun melalui proses rundingan dan rayuan akhirnya 84 keluarga dari kalangan peneroka awal yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Jengka telah menerima arahan rasmi dari Majlis Daerah Maran untuk mengosongkan rumah masing masing di Pekan Matau,Bandar Jengka sebelum 1 April2009.

Penduduk yang seratus peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam yang telah meneroka kawasan tersebut sejak 4o tahun lalu kini berada dalam kebingungan kerana sebahagian besarnya tidak tau ke mana mereka hendak berpindah.

Maklumat yang sempat kami perolehi langsung dari penduduk tempatan mendapati hanya sekitar 20 keluarga sahaja yang mempunyai penempatan baru untuk mereka berpindah.

Mereka terdiri dari penduduk yang telah diluluskan untuk memiliki rumah teres kos rendah yang dibangunkan di Taman Jengka Impian.Manakala baki yang yang lain terdiri dari mereka yang tidak langsung dipanggil temuduga untuk memiliki rumah dan ada juga yang tidak diluluskan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

Bagaimanapun masalah paling besar yang menghantui mereka termasuk 20 keluarga yang telah memiki rumah ialah bangunan kedai yang mereka usahakan di Pekan Matau tidak disediakan tapak baru untuk mereka berpindah dan meneruskan perniagaan.

Pada masa kini terdapat lebih kurang 30 buah kedai yang menjalankan perniagaan barangan bundle,makanan,runcit,perabot,kilang keropok dan bengkel kenderaan.

Dalam tinjauan kami pagi tadi,penduduk tempatan masih mengharapkan terdapat ruang rundingan antara penduduk dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Apakah nasib seterusnya yang bakal menimpa peneroka awal yang telah berjasa membangunkan Bandar Jengka ini?Apakah mereka juga bakal menerima nasib seperti yang berlaku kepada penduduk Kg Baru Plentong,Johor beberapa minggu lalu?Sama sama kita saksikan episod selanjutnya di dalam tukulbesi.blogspot.com.

Wednesday, October 29, 2008

Lagi Info Berkaitan Ijtimak PAS Kuala Krau

Untuk info lanjut sila kunjungi blog PAS Kawasan Kuala Krau di sini

Tuesday, October 28, 2008

Ijtimak PAS Kuala Krau Sabtu & Ahad ini

Semua pimpinan dan ahli PAS daripada MTD Jengka,Jenderak dan Kerdau akan dihimpunkan dalam pada Ijtimak PAS Kawasan Kuala Krau pada Sabtu dan Ahad ini di Tapak Kompleks PAS Pahang bersebelahan Markaz Darul Hikmah Kerdau.

Program dua hari pada 1 dan 2 November itu akan bermula pada jam 8.30 pagi hari Sabtu akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man diikuti dengan acara sukaneka yang melibatkan semua peringkat umur,rawatan percuma dari Pengamal Perubatan Islam Darus Syifa serta rawatan moden.

Beberapa pameran dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat turut diadakan.Disamping itu orang ramai juga akan berpeluang untuk menderma darah,menyertai program korban di Kemboja anjuran Yayasan Amal Malaysia, pendaftaran ahli PAS,daftar pemilih,persembahan nasyid dan sebagainya.

Sementara itu pada sebelah malam 1 dan 2 November,beberapa pimpinan mewakili kerajaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sudah menyatakan persetujuan untuk hadir menyampaikan ceramah.Antaranya ialah Dato Husam Musa(Kelantan) YB Amirudin Hamzah(Kedah)YB Dr Hasan Ali(Selangor) Ustaz Misbahul Munir(Perak) Syamsul Iskandar(Wakil PKR) .

Kemuncaknya pada malam kedua,Tuan Guru Presiden PAS Dato Sri Hj Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ceramah dan menutup ijtimak tersebut.

Monday, October 27, 2008

Anak Melayu GLOKAL

Ish..ish! Budak lelaki ni anak sape?Orang Jengka cuba siasat sikit,kut mak bapak dia tak tau perangai anak dia ni!Nak tengok lagi gambar budak ni dan gambar ayah dia kat sini.Iras iras Altantuya!Ayah dia ni bakal segala bakal dan bekas segala bekas.


Thursday, October 23, 2008

Unit Amal Sedia Kerjasama Dengan Polis Untuk Cegah Jenayah


Unit Amal Kuala Krau bersama OCPD Maran Tuan Johari










Dalam menjalin kerjasama dengan pihak keselamatan untuk membenteras jenayah,pihak Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama IPD Maran di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pagi tadi.

Pasukan Unit Amal diketuai Saudara Aris Fezul Ismail disambut meriah oleh Ketua Polis Daerah maran ,Tuan Ahmad Johari dan pegawai yang lain.

Menurut Aris,kunjungan tersebut diharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara anggota Unit Amal dan pihak polis.


"Memang selama ini kita banyak membantu tugas tugas polis terutama dimajlis majlis ceramah dan perhimpunan,anggota Amal akan bertugas secara sukarela menjaga lalu lintas dan keselamatan orang ramai",kata beliau.

Tambahnya lagi,kegiatan Unit Amal mendekati golongan remaja juga dapat membantu usaha pihak keselamatan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja.

Menyedari masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing,pihak Unit Amal bersedia berkerjasama dengan semua pihak termasuk polis untuk sama sama membantu mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Dalam kunjungan sempena program Mesra Rakyat pagi tadi,Unit Amal berpeluang menyaksikan Demontrasi Cegah Jenayah Ragut yang dipersembahkan oleh pegawai pegawai polis dari IPD Maran.

Berbagai pameran juga turut diadakan.Hadir sama di program tersebut Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Krau saudara Engku Nurzaman Engku Mohammad,Pengerusi PKR Bahagian Maran saudara Bostamin,pelajar-pelajar PASTI ,pelajar sekolah,guru guru dan orang ramai .

PRK UPSI:Akmal Hj Madzir Berjaya Harungi Fitnah

Taktik kotor untuk meraih sokongan pengundi yang biasa diguna parti parti politik yang meminggirkan agenda Islam tidak hanya berlaku dalam suasana pilihanraya umum di negara ini,tetapi ianya turut merebak di kalangan pendokong kumpulan tersebut di institusi pengajian tinggi.

Pilihanraya kampus yang sedang berjalan sekarang ini menyaksikan kumpulan pelajar saikular turut menyebarkan berbagai fitnah kepada kumpulan lawan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Di UPSI Tanjung Malim,kumpulan Mahasiswa pro Kualiti yang mendokong aspirasi pemerintah telah menaburkan fitnah jahat terhadap calon calon mahasiswa Pro Kebajikan yang memperjuangkan supaya subjek Pendidikan Islam dijadikan subjek teras di UPSI.

Melalui blog cintaupsi.blogspot.com,blogger dikenali Dr Luv menaburkan fitnah mengaitkan calon calon utama Pro Kebajikan dengan berbagai penyelewengan yang direka reka.

Antara yang paling teruk menjadi mangsa serangan mereka ialah saudara Akmal Madzir bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Sains dan juga pernah menjadi ExcoPerpaduan Dan Kerohanian dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej,Kolej Engku Omar.

Ketika menafikan tuduhan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan ,Akmal Madzir menegaskan ,beliau tidak sedikitpun bimbang dengan fitnah yang disebarkan kerana sebahagian besar mahasiswa cukup mengenali diri beliau yang sebenar dan tidak mudah untuk terpengaruh dengan tuduhan yang dureka reka.

Bagaimanapun keputusan PRK telah berpihak kepada beliau.

Anak kepada Haji Madzir Hussin dari Taman Desa Jaya,Bandar Pusat Jengka ini berjaya memperolehi undi tertinggi mendahului calon calon lain yang berjaya.

Kepada saudara Akmal yang juga bekas pelajar SMK TAHAP Jerantut,warga Jengka mengucapkan syabas dan selamat memimpin mahasiswa.Hidup mahasiswa.

STUDENT POWER!!

Wednesday, October 22, 2008

Anak Jengka Menang Besar Dalam PRK UPSI


Saya menerima satu sms sebentar tadi yang memaklumkan seorang anak Jengka berjaya meraih undi tertinggi dalam pilihanraya Kampus UPSI Tanjung Malim hari ini yang melayakkan beliau menduduki kerusi YDP MPP Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) .

Akmal Madzir, Calon dari kumpulan mahasiswa Pro Kebajikan yang pernah memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains menang besar dengan jumlah undi tertinggi diperolehi mengatasi semua calon lain iaitu sebanyak 4124 undi .


Berita lanjut akan menyusul.InsyaAllah.

Tuesday, October 21, 2008

5 Soalan Panas Untuk Dato Tuan .

1. Dato dilihat seringkali ke luar negara, apa komen?
2. Pahang di bawah kepimpinan Dato', kelihatan bermain politik selamat dalam isu muzakarah dan muqabalah?
3.Dato' masih belum membebaskan diri dari gaya seorang pendakwah, benarkah begitu?
4.Jika PR mentadbir Malaysia, Apakah peranan PAS khususnya di Pahang?
5. Dato' sering didakwa oleh musuh politik di Pahang sebagai 'orang kelantan', apa komen?

Idola Kecil:Rancangan Realiti Terbaru Bakal Tambah Masalah Sosial

TV 9 yang menjadi popular dengan langkah awalnya memperkenalkan rancangan realiti TV Akademik Al Quran yang mendapat sokongan pencinta Islam kini beralih arah seperti stesyen TV swasta yang lain yang lebih mengutamakan keuntungan perniagaannya.

Baru saja selesai Akademik Nasyid yang melahirkan Azhar Atan dan lainnya yang diharap mampu melahirkan remaja Islam berakhlak dan bertaqwa,tiba tiba stesyen TV tersebut memperkenalkan pula rancangan realiti terbaru Idola Kecil yang akan bermula Sabtu ini.

Seperti yang didedahkan di MHI TV3 pagi tadi,rancangan tersebut akan mengetengahkan bakat terpendam anak anak kecil bawah 12 tahun dalam mempersiapkan mereka menjadi personaliti terkenal selepas ini.

Kesempatan melihat sedutan persembahan Shada dan Didi yang masih dibangku sekolah rendah menambahkan keyakinan gagalnya konsep Islam hadhari yang mahu melahirkan masyarakat bertaqwa.

Anak anak kecil yang dipakaikan dan dihiaskan diri mereka lagak seorang artis dengan make up,pakaian seksi,lenggang lenggoknya,stail rambutnya,lagunya yang tidak layak bagi seorang anak kecil pastinya hanya akan menambahkan lagi masalah sosial dikalangan remaja.

Tidak cukup dengan pelbagai kes yang dipaparkan media,terbaru pelajar perempuan membelasah guru mereka,stesyen TV yang mendedahkan cerita sebegitu tidak pula mengambil pengajaran untuk membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja khususnya.

Menonton rancangan Pidato Kanak Kanak(Pildachil) satu rancangan realiti TV di Indonesia mampu membasahkan kelopak mata mengikuti pidato kanak kanak seawal usia tujuh tahun yang mengingatkan penonton dengan azab Allah diselang seli dengan sedikit humor yang menyegarkan.

Berbeza sekali dengan rancangan TV di Malaysia yang hanya untuk bergelak ketawa,berhibur tanpa sempadan.Aksi tidak senonoh menjadi kebanggaan.Lihat saja Tom Tom Bak yang dikendalikan Aznil,Akademik Fantasia,Lu Pikirlah Sendiri Nabil,Jangan Tidur Lagi,Senario dan apa lagi ya..tak mampu saya nak senaraikan.
Kepada pemilik pemilik stesyen Tv yang beragama Islam,fikir fikirkanlah apakah natijah dari setiap program yang anda perkenalkan.Apa untungnya Islam dengan rancangan yang perkenalkan.Di saat seorang ibu atau ayah dalam keadaan nazak,apa kah graduat Idola Kecil,Tom Tom Bak dan lain lainnya dapat menyumbang sesuatu yang cukup berharga buat bekalan ayahbondanya mengadap Ilahi.Renungkanlah!

Sekitar Jamuan raya PAS Kuala Krau

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kuala Krau di Rantau Perintis,Bandar Jengka Ahad lalu seperti biasa menarik kehadiran lebih tiga ribu pengunjung.

Pada program yang bermula jam 2.00 petang itu PAS Kawasan turut meraikan anak anak yatim dari Darul Hijrah Paya Pasir.

Antara tetamu yang diundang dan turut memberi ucapan pada majlis tersebut selain Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Pengerusi PKR Pahang saudara Zakaria Hamid,Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman,YB Chong ADUN DAP kawasan Teras dan Ustaz Kamal Shaari bekas calon PAS Parlimen Kuala Krau.

Hadir sama di majlis tersebut,Ketua Muslimat Negeri Ustazah Azizah Khatib Mat,Bendahari PAS Negeri saudara Musannif Abd Rahman,YDP Pas Bera Ustaz Sulaiman,Pengerusi PKR Bera Cikgu Abbas Awang.

di majlis tersebut Dato Tuan Ibrahim dan isteri Datin Norain Hashim telah menyampaikan sumabangan duit raya kepada lebih 200 orang kanak kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka.

Semua tetamu disajikan dengan juadah lemang,nasi impit,mee goreng dan ayam goreng.



FELDA...Dulu Tolong,Sekarang Along!

FELDA...DULU TOLONG, SEKARANG ALONG adalah sebuah karya terbaru hasil kajian selama 15 tahun oleh saudara Mazlan Aliman.Penkisahan semula Felda,perjalanannya serta kegelincirannya daripada landasan awal yang digagaskan oleh Almarhum Tun Razak amat wajar diselami semua warga Felda baik peneroka,generasi keduanya dan amat penting juga untuk direnung oleh seluruh pentadbir Felda di semua peringkat.

Pastinya buku terbaru ini dianggap ancaman kepada pentadbiran Felda dengan pendedahan pendedahan yang dibuat,namun perlu diingat penulis adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang hidupnya secara langsung lumat di dalam kehidupan warga Felda yang pastinya apa yang dicatat bukanlah omongan kosong.

Penghasilan buku ini adalah untuk menyelamatkan Felda dan warganya bukan untuk memusnahkan Felda.Tentunya ruang yang ada ini tidak cukup untuk saya mengulas panjang berkaitan isi kandungan buku ini.Bagi warga Felda di Pahang segera miliki buku ini dari wakil Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) hanya dengan RM 10.00.Hubungi 0199855883 sekarang.



Monday, October 20, 2008

Bakal PM Baru Malaysia Terlibat Dengan Freemason

Penemuan menggemparkan,bakal Perdana Menteri baru kerajaan Malaysia adalah orang penting Freemason sebuah pertubuhan diasaskan Yahudi yang berhasrat untuk merampas bumi Palestin.

Selanjutnya di http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/eksklusif-manifesto-najib-razak-bakal.html

Bekas Pengetua SMKJP Kini Pemimpin PKR

Ketika jamuan raya PAS Kuala Krau di Rantau Perintis semalam,saudara Zakaria Abd Hamid Pengerusi PKR Pahang dalam ucapannya turut mengalu alukan kehadiran bekas Pengetua SMK JP(Jengka Pusat) yang kini menjawat jawatan Pengerusi PKR Bahagian Bera.

Saya sedikit terkejut,rupa rupanya lelaki berbaju kuning bersongkok yang duduk bersebelahan Mazlan Aliman itu ialah Pengetua SMKJP ketika saya Tingkatan Satu 1983.Tetapi ketika Zakaria menyebut namanya,lelaki berbaju kuning itu sudah meninggalkan majlis.

Cikgu Abbas Awang dulunya aktivis ABIM di kawasan ini bersama Pak Syeikh Nazri,Hj Maarof dan lain lain pada tahun 80 an.Kerana mempertahankan peraturan memakai tudung bagi pelajar perempuan di SMKJP,beliau telah ditukarkan ke sekolah cina di Mentakab,kalau tak salah ingatan saya.

Selepas pencen sebelum pilihanraya lalu,Cikgu Abbas memilih PKR untuk meneruskan perjuangannya.Selaku anak murid saya ucapkan syabas kepada beliau dan selamat berjuang.

Sunday, October 19, 2008

Umno Parti Pembuli

Berita Hairan 19 Okt 08

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegaskan Umno tidak pernah membuli parti komponen Barisan Nasional (BN), sebaliknya dakwaan itu dilakukan pembangkang untuk membentuk persepsi negatif di kalangan ahli dan rakyat terhadap pemimpin BN serta kerajaan.

Mungkin betul,Umno tak buli sesama komponen BN,tetapi Umno adalah pembuli parti parti pembangkang.

Lihat saja kesusahan yang terpaksa ditanggung kerajaan Kelantan dengan sekatan geran tahunan dan peruntukkan yang sepatutnya diterima semua kerajaan negeri.Begitu juga ketika PAS memerintah Trengganu,royalti minyak yang puluhan diterima negeri itu ditarik balik dan ditukar dengan wang ehsan.Peruntukkan yang sepatutnya diterima oleh ahli ahli Parlimen dan ADUN tidak diberi kepada wakil wakil pe,mbangkang yang menang.

Rakyat jelata turut menjadi mangsa buli Umno dengan perobohan rumah setinggan,masjid surau,sekolah agama.Umno juga sesuka hati menggunakan ISA untuk menangkap rakyat yang menentang mereka walaupun tidak dipersetujui oleh parti komponen BN yang lainnya.

Apa yang nyata Umno tetap pembuli!

Watak Utama VCD Lucah Kini Timbalan Presiden MCA

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sekali lagi membuat kejutan apabila beliau yang terpaksa melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran skandal video seks berjaya menewaskan tiga calon lain untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.


Bekas Naib Presiden MCA itu memperoleh 1,115 undi untuk mengatasi Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,001 undi), Datuk Donald Lim Siang Chai (209) dan Lee Hack Teik (10 undi)

Kemenangan Chua Soi Lek melengkapkan anggapan bahawa parti parti komponen BN adalah tempat yang layak bagi pemimpin pemimpin yang tidak bermoral sama seperti Umno yang hari ini mencalonkan Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno walupun Najib sedang menghadapi berbagai tuduhan yang mencalar imejnya sebagai pemimpin.

Pak Lah Lancar Perang Terbuka

Perang terbuka ke atas Muhyiddin Yassin oleh bakal Mantan Perdana Menteri sudah bermula apabila Pak Lah secara terang terangan membidas calon Timbalan Presiden Umno,Muhyidin Yassin yang disifatkan sebagai gelojoh dan tidak sabar untuk menjadi Timbalan Presiden parti.

Pak Lah dengan wajah dan suara yang membayangkan kesedihan dan kekesalannya mendakwa Naib Presiden Umno itu sebagai orang yang bertanggungjawab mempersoalkan pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku pada Jun 2010.

Muhyidin juga dianggap tidak menghormati keputusan terbaru yang menetapkan pelan peralihan kuasa akan berlaku pada Mac 2009.

"Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

"Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno," katanya.

Kenyataan terbaru Pak Lah ini membayangkan beliau semakin tersisih dari kepimpinan Umno,manakala pelan peralihan kuasa yang dipercepatkan tidak mampu lagi menyelamatkan Umno dari perpecahan.

Saturday, October 18, 2008

Hj Man Hilang RM 1000 Atas Penimbang Getah

"Hilang dekat seribu hari ini",luah Hj Man Abbas jiran saya yang menjual 365 kg skrap pagi tadi dengan harga RM1.90 se kilogram.Bayangkan getah sebanyak itu dengan harga sebelum raya ialah RM 4.20 sekilogram.Duitnya hilang bukan sape sape curi,tapi hilang atas penimbang getah kerana harga jatuh menjunam!Esok lusa berapa pulak ye?Pemimpin sibuk dengan rumah terbuka,penoreh getah nak buka apa?

Ketua Pemuda Umno:Mukhriz Terus Di hadapan

Mukhriz anak bekas Perdana Menteri Tun Mahathir terus mendapat pencalonan dari bahagian-bahagian yang bermesyuarat hari ini.Manakala kedudukan Khairy tidak banyak berubah.Berita TV 9 sebentar tadi memaparkan kedudukan terkini.

Mukhriz 55 pencalonan
Khairy 26 pencalonan
Khir Toyo 22 pencalonan
Zahidi 1 pencalonan

Friday, October 17, 2008

YB Umno Sungai Manik Tak Faham Bahasa Malaysia

Kenyataan akhbar Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak,
Ustaz Misbahul Munir Bin Masduki
16HB OKT 2008

Dukacita saya melihat dakwaan atau tuduhan yang sengaja dibuat-buat dan dilemparkan oleh UMNO iaitu oleh YB terhadap saya pada hari ini dengan melaporkan pada Badan Pencegah Rasuah kononnya saya telah menyalahgunakan kuasa. Lihat sini

Sayugia diingatkan bahawa tindakan itu hanya sekadar satu gimik politik murahan Umno, khususnya untuk mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, jika boleh dimanipulasikan untuk kepentingan diri.

Ia dibuat sekadar untuk menunjukkan beliau tidak berdiam diri (tetapi bekerja) dan sebagai manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berlaku sekarang.Sesungguhnya dalam kes surat saya kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, saya sesekali tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru.

Dukacita saya dapati YB begitu lemah penguasaan dan pemahaman Bahasa Malaysianya sehingga tiidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala dipohon bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan.

Jika didapati ia salah dan bertentangan dengan etika, maka ia tidak harus dilaksanakan oleh pengarah berkenaan.Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.

Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno.
Selanjutnya di blog Ustaz Misbah http://misabah.blogspot.com/

Wednesday, October 15, 2008

Jamuan Raya PAS Kuala Krau

Ybhg Ustaz Dato Tuan Ibrahim TuanMan
(YDP PAS Kuala Krau)
serta
Seluruh AJK PAS K.Krau
Mempersilakan Saudara/i Semua
Ke Majlis
Jamuan Aidilfitri
PAS Kawasan Kuala Krau
di
Markaz PAS MTD Jengka,Rantau Perintis,
Bandar Jengka
pada
19 Okt hari Ahad
Jam 2.00 Petang-5.00 Petang

Dinsman,Aktivis Reformasi Terima Anugerah Kehormat Dari UUM.

Penyajak Reformasi yang terkenal dengan sajaknya "Macam Orang Gila' yang dituju khas kepada Dr Mahathir di atas berbagai kezaliman yang dilakukan di zamannya bakal menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Dan Sarjana Persuratan dari Universiti Utara Malaysia di atas sumbangannya sebagai penggiat teater.

Dinsman atau nama penuhnya Syamsudin Othman yang juga abang kepada Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutpi Othman bakal menerima anugerah tersebut pada Konvokesyen ke 21 UUM pada 18 Oktober ini yang akan disampaikan oleh Baginda Sulatan Kedah Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah selaku Cancelor UUM.

Pada era Reformasi 1998 ,Dinsman muncul sebagai penyajak terlantang mengkritik Dr Mahathir atas tindakan zalimnya memecat DS Anwar Ibrahim.Beliau sering diundang membacakan sajaknya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Terbaru sajak terkenal beliau 'Macam Orang Gila'di bacakan kembali pada Himpunan PROTES di Stadium Kelana Jaya beberapa bulan lepas.

Berita lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Minyak Turun 15 Sen,Harga Barang Tak Turun Juga

Media-media propaganda BN tentu tak lepaskan peluang buat duit dengan berita gempar dan sensasi hari ini ,minyak turun lagi!

Tak sampai tiga bulan harga petrol turun tiga kali.Inilah buktinya kerajaan prihatin!Jaga kebajikan rakyat,sentiasa utamakan rakyat.

Itulah yang ada dalam benak kepala pemimpin Umno di cawangan-cawangan.Pembangkang ni memang tak pernah bersyukur!Bagi free pun depa tak puas hati jugak.

Tapi sabar dulu.Petrol tiga kali turun baru kurang 40 sen,beras turun berapa RM?Beras nak makan tiap hari.Tak turun turunpun.


Harga barang keperluan kata Ustaz Idris Ahmad macam umur manusia,bila dah bertambah tak akan berkurang dah.Kalau dah meningkat umur 50,walaupun belagak macam orang muda ,rambut belah tengah,tetap jugak 50 umurnya.Begitulah beras,tepong,gula ,kopi,minyak kelapa dan lainnya.


Sebab tu jangan dok rasa syok tak ketahuan dengan turun 15 sen harga petrol.Tiga bulan turun 40 sen,getah naik ke turun?Seminggu lepas raya getah dah turun seringgit!

Harga getah seperti yang dipaparkan pada Web RISDA pada 24 September RM 4.20 ,30 Sept RM 3.97, 3 Okt RM 3.91,10 Okt RM 2.91.Hari ni tinggal berapa ringgit?Datang pulak musim hujan.


Kepada penoreh getah,simpanlah dulu getah tuan tuan dalam batang getah ye!Tapi orang kelapa sawit tak boleh nak simpan,buat sawit tak kait pun dia keluar juga!Harga tinggal RM 330 setan yang sebelum pilihanraya mencecah RM 700 lebih.

Tolak upah loding,lori dll tinggallah RM 250.Dulu 4 tan boleh dapat dekat RM3000,sekarang tinggal RM 1000,hilang RM 2000 .Tak kan turun 15 sen hangpa jadi tak ketahuan,nak pangkah BN lagi!

Tuesday, October 14, 2008

Al Fatihah,Ibu Alias Meninggal Dunia

Al Fatihah
Ibu kepada saudara Alias Mohd Nasir Pengurus AlLias Agensi, meninggal dunia jam 3.30 tadi di hospital Temerloh.

Allahyarhamah Maliah dimasukkan ke hospital pada 3 Syawal yang lalu akibat tekanan darah rendah.Bagaimanapun beberapa hari lalu selepas kesihatannya bertambah baik,beliau kembali diserang penyakit dan koma sehingga hari ini.

Saudara Alias yang mengubungi Tukulbesi sebentar tadi memaklumkan jenazah ibunya akan dibawa pulang ke rumahnya di Block C Jengka 16 dan dijangka akan dikebumikan pada hari besok.

Allahyarhamah yang telah uzur sejak beberapa tahun lalu masih sempat memberi undi kepada calon PAs pada pilihanraya yang lalu.Beliau ialah isteri kepada bekas bendahari PAS Cawangan Allahyarham Hj Mohd Nasir Abdullah yang telah meninggal dunia selepas PAS menang di DUN Jengka pada PRU 1999.

Semua rakan rakan dipersila untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah di Block C Jengka 16.

Jamuan Raya PAS Jengka 16

Jamuan Raya PAS Jengka 16 yang diadakan hari Ahad lalu diharap mampu meningkatkan hubungan dengan segenap lapisan masyarakat di cawangan ini.

Dengan kehadiran penyokong-penyokong Umno dan anak anak muda yang selama ini tidak memperdulikan soal politik,PAS kini tidak lagi dilihat asing dengan masyarakat.

Jamuan raya yang dihadiri oleh lebih 500 penduduk setempat itu telah diadakan di perkarangan Balai Islam(Marakaz Baru) Jengka 16 yang masih dalam pembinaan.

PAS Cawangan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbangkan derma untuk program tersebut.

Sementara itu kerja kerja menyiapkan markaz baru yang mengandungi dewan utama seluas 30 kaki x 70 kaki telah disambung semula mulai semalam secara bergotong royong.

Sumbangan derma dan tenaga adalah dialu-alukan.










































































Monday, October 13, 2008

Parlimen Hari Ini:Dakwaan Anwar Sokong ISA,Batu Pahat Sasau!

Ahli Parlimen Batu Pahat disifatkan sasau apabila menuduh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim pernah mempertahankan ISA dan menganggap akta itu baik dan patut dilaksanakan sewaktu beliau dalam kerajaan.

Fuad Zarkashi yang mendakwa Anwar dalam satu forum di Arizona bersama Ustaz Abdul Hadi ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan mempertahankan ISA telah disanggah oleh Anwar di Parlimen sebentar tadi.

Anwar yang berucap panjang membahaskan belanjawan menegaskan beliau tidak pernah sama sekali mempeertahankan akta tersebut sebaliknya hanya pernah meminta akta tersebut diperbaiki.

Beliau turut menyindir Fuad yang dahulunya penyokong PAS tetapi beralih arah kepada Umno kerana kebendaan.

"Dulu daripada jauh lagi dia nak cium tangan Ustaz Hadi,sekarang kerana harta dan pangkat Ustaz Hadipun tah kemana',ujar Anwar disambut sorokan dari penyokong Pakatan Rakyat.

Anwar yang masuk kembali ke Par;limen selepas sepuluh tahun dinafikan,akan menyambung perbahasannya jam 10 pagi esok.

Tabung Azan UMNO Cheras,Cara Mudah Nak Buat Duit

Ketua Umno Bahagian Cheras yang melancarkan Tabung Azan semalam untuk disumbang kepada Utusan Melayu yang menghadapi saman fitnah oleh Teresa Kok menyifatkan tindakan Teresa menyaman akhbar tersebut sama dengan menyaman agama Islam.

Akhbar yang buat cerita bohong dan fitnah itu dibela oleh pemimpin Umno tersebut dengan membangkitkan sentimen agama .Begitulah cara mudah untuk buat duit dan cepat popular di musim musim pemilihan ini.

Membela pemfitnah dan bohong dirasakan sama dengan membela Islam,begitu jauh sekali tersasul Senator Syed Ali AlHabsyie dalam mengenali siapakah yang patut dibela.Tabung Azan yang diwujudkan itu 'kununnya' nak bantu Utusan dan juga untuk disumbang kepada masjid dan surau.Tetapi ,Umno dengan duit bak padi dengan ayam,mana boleh dok dekat.Berapa persen duit tu akan dapat kat masjid dan surau,berapa persen yang masuk poket pemimpin?

Apa pun janganlah melalut.Masa Ketua Umno Kota Bharu saman hudud di Kelantan,tak da seorang pun Umno yang tubuh Tabung Hudud,tapi bila Teresa saman Utusan yang fitnah dia,tiba tiba muncul Tabung Azan.Cepat betul ambil kesempatan!

Penternak babi kat Bukit Pelanduk Negeri Sembilan tentu masih ingat apa jadi dengan tabung tabung yang diwujudkan oleh MCA dan peruntukkan yang disediakan kerajaan Umno N9 zaman Mat Isa jadi MB dulu.Duit yang dikumpul ratus ribu untuk bantu ;penternak babi yang kerugian akibat babi babi mereka dimusnahkan kerana bawak virus JE,tak sampai pun duit tu ke tangan mereka,bocor di tengah jalan!

Lebih memeranjatkan,dalam senarai nama penternak babi yang patut terima duit pampasan,tiba tiba ada berpuluh nama orang melayu yang nak sebut kalimah 'babi' pun berasa loya.Datang dari mana nama-nama ni?Sape pulak yang tolong ambilkan pampasan untuk si Melayu ni?

Lelong! Lelong! Sekerap Hanya RM 2.30 1kg


Selepas seminggu berlalu,harga getah terus turun mendadak hari ini dari RM 3.65 Isnin lalu kepada RM 2.30 hari ini.

Menurut Roslan Mohamad seorang pembeli getah di sini,harga getah pada hari ini ada yang telah turun hingga RM 2.20

Menurutnya juga semalam disebabkan hari minggu , pembeli getah yang bimbang dengan penurunan harga getah hanya berani membeli dengan harga RM 1.80 sekilogram.

Bilakah suasana sebegini akan berakhir?Apakah penoreh getah perlu berehat dahulu dan menyimpan getahnya di dalam batang getah sehinggalah harga kembali pulih seperti biasa!

Jalan Sempit:Peneroka Hilang Sebelah Tangan

Masih baru lagi blog Tukul Besi mengingatkan tentang keadaan jalan yang sempit di kawasan Jengka.Pagi tadi seorang peneroka Felda Jengka 23 hilang sebelah tangannya apabila van yang dipandunya berselisih dengan sebuah traller.

Encik Jamil yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari Pasar Borong Bandar Jengka telah berselisih dengan traller panjang berhampiran Jengka 17 yang menyebabkan sebelah kanan badan vannya musnah bersama dengan tangan kanannya.
Tangan kanan beliau yang putus hampir ke paras bahu tercampak di atas jalan dan beliau terperangkap di dalam kenderaannya sehingga pihak bomba datang sekitar jam 8.15 pagi tadi.Beliau sekarang telah dibawa ke hospital Kuantan.