Buka yang tertutup,cerahkan yang gelap,pamer yang tersembunyi,cungkil yang terbenam,hanya kerana Allah.
Friday, February 26, 2010
Wardina:Artis Bukan Ikon!
Dari blog Al Qumairy
BOLEHKAH seseorang artis menjadi ikon dalam masyarakat? Apakah golongan yang kehidupan mereka menjadi sorotan lampu limpah itu patut diangkat menjadi contoh dan teladan untuk diikuti lebih-lebih lagi oleh generasi muda?
Tidak payah, tidak payah, tidak payah! Itu saranan berulang kali, ironiknya daripada seorang pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot ketika menjadi ahli panel dalam program bual bicara di ruang legar pusat beli belah KB Mall, Kota Bharu, Ahad lalu.
Wardina yang bercakap menerusi pengalamannya sendiri berkata dunia artis adalah dunia yang lebih banyak dipenuhi dengan keburukan daripada kebaikan dan banyak bersandarkan kepada keseronokan.
Katanya ada kalangan artis menghabiskan masa di kelab-kelab malam, mengambil dadah, minum arak dan terdedah kepada pergaulan bebas di luar batasan.Malah katanya, budaya tidak solat dan berpuasa adalah 'standard' biasa bagi kebanyakan mereka termasuk dirinya yang merupakan kaki kelab malam satu ketika dahulu.
Mengakui yang akhlak dirinya dahulu adalah umpama Britney Spears, Wardina meminta sahabat artis yang tidak bersetuju dengan tanggapannya agar tidak cuba menafikan sesuatu yang menjadi realiti sebenar kehidupan kelompok itu.
"Tak payah nak menegakkan benang yang basah, kerana saya tahu macam mana keadaannya dalam dunia artis itu. Jadi pada saya tak payahlah nak jadikan artis-artis ini idola anda semua, tak payah, tak payah.
"Nak ambil yang ciri-ciri positif sahaja boleh, tapi tak perlulah nak dijadikan idola," katanya kepada hadirin dan pengunjung pusat beli belah yang sebahagian besarnya terdiri daripada para remaja.
Wardina berkata dia bukan mahu mendabik dirinya sebagai yang terbaik tetapi dia sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya kerana dia adalah contoh dan idola untuk anak-anaknya sendiri.
Katanya, apa yang merisaukan dirinya tentang kehidupan artis di Malaysia hari ini adalah apabila ada di kalangan mereka yang sering mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama tetapi tiada yang menegur.
"Saya takut bila perkara salah yang artis lakukan tidak menjadi salah lagi, perkara yang salah tidak ditegur para ustaz dan ulama, artis-artis jahil dan mengeluarkan kenyataan bodoh mengenai agama. Tetapi tidak ada orang tegur, artis berbaju separuh bogel tidak ada orang tegur dan hiburan terlalu banyak dan melalaikan. Ini yang saya risau sebenarnya," katanya.
Program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu telah mengupas tajuk Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dan turut diundang novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy dan personaliti TV9, Farrah Adeeba Mohd. Ashraf sebagai ahli panel dengan dipengerusikan oleh pakar motivasi, Amin Idris.
Thursday, February 25, 2010
200 Wakil Peneroka Gegar Suhakam
Kehadiran 200 orang aktivis peneroka dari seluruh negara yang berkumpul di hadapan Pejabat SUHAKAM petang semalam berjaya menarik perhatian masyarakat awam dan pihak media yang tertanya tanya ,apa yang tidak kena dengan Felda?
Selamat ini agensi yang menguruskan pentadbiran tanah dan perladangan terbesar itu dilihat begitu gah sekali dengan kejayaan kejayaan yang digembar gemburkan kehebatan dan kejayaannya.
Tetapi semalam,bukan sekadar orang awam,pihak SUHAKAM sendiri bagaikan tidak percaya dengan aduan penyelewengan,salah laku dan penindasan pihak Felda ke atas peneroka.
Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Khalid Ibrahim yang mendengar aduan itu dalam responsnya mengakui tidak pernah mendengar sebarang aduan buruk berkaiatan Felda dan tidak menyangka terdapat banyak masalah yang membelenggu para peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Kumpulan Kerja Aduan dan Siasatan Suhakam itu berjanji akan membincangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya pada 8 Mac depan dan akan turut mendapatkan penjelasan daripada Felda berhubung aduan itu.
Beliau juga berkata, pihaknya akan mengkaji keperluan untuk mengadakan siasatan awam seperti yang dicadangkan Anak.
"Kami menerima memorandum yangakan diserahkan pada hari ini dan akan mengkaji seluruh aduan yang dibuat sebelum membuat keputusan samaada akan mengadakan siasatan awam atau tidak. Ini bukan lagi public inquiry, tapi national inquiry kerana melibatkan seluruh Malaysia," ujarnya.
Sementara itu Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengadakan siasatan awam terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana didakwa melakukan penindasan berterusan kepada peneroka.
Pengerusinya ,Mazlan Aliman berkata,untuk lebih adil, pihaknya meminta satu public inquiry (siasatan awam) dibuat untuk mendengar sendiri aduan peneroka dan perkara ini dipanjangkan untuk tindakan yang lebih lanjut.
Dakam himounan semalam Mazlan mengetuai kira-kira 200 peneroka tanah rancangan Felda dari Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam berkenaan beberapa perlanggaran hak asasi dan ketidakadilan pengerusan Felda ke atas peneroka setelah lebih 50 tahun ia diwujudkan.
Memorandum tersebut mengandungi empat aduan daripada peneroka termasuk mengenai Akta Kawasan Tanah Berkelompok (Group Settlement Act 1960) yang didakwa digunakan oleh kerajaan Umno/BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka.
Anak juga membuat aduan mengenai wang tanam semula yang dicarum peneroka yang sehingga ke hari ini tidak diserahkan kepada peneroka.
Selain itu, aduan dibuat juga berkaitan isu ladang Felda apabila pihak pengurusan Felda bertindak menindas peneroka selain mengenai kegagalan peneroka menguruskan sendiri kebun mereka walaupun telah melangsaikn hutang kepada Felda.
Friday, February 19, 2010
MBFM Jengka 16 Bacul !
Kira kira 50 orang belia yang hadir terdiri dari generasi ke 2 Felda Jengka 16 yang selama ini di pinggirkan pulang dengan rasa kecewa apabila mesyuarat dibatalkan begitu sahaja dan ditunda pada hari lain.
Pengurus Felda Jengka 16 yang diminta campur tangannya turut kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak amanah yang dilakukan Pengerusi dan Ajk MBFM Jengka 16 yang menunda sesuka hati tarikh mesyuarat agong tanpa makluman kepada belia di cawangan ini.
Beliau juga kecewa kerana langsung tidak dimaklumkan berkenaan mesyuarat tersebut.
Lebih kelakar apabila Setiausaha MBFM Jengka 16 yang merupakan anak perempuan Abdul Rahman Basri AJK MBFM cuba berlepas tangan dengan mengatakan tidak tahu menahu berkaitan mesyuarat tersebut.
Notis yang dikeluarkan hanyalah wayang semata mata kerana seperti lazimnya mereka selama ini tidak pernahpun mengadakan mesyuarat agong sudah bertahun tahun lamanya.Mereka pastinya menghantar laporan palsu kepada Pendaftar Pertubuhan dan kepada Majlis Belia Felda di peringkat Wilayah.
Seperti biasanya juga juak juak yang menaja penubuhan Majlis Belia ini sudahpun siap senarai Jawatankuasanya dan perwakilannya setiap tahun untuk dilaporkan ke pihak atasan.
Dengar khabarnya nama MBFM Jengka 16 ini begitu gah di luarnya ,hingga mampu menjadi tuan rumah Himpunan Belia Felda seluruh Pahang .Tetapi hakikat sebenarnya seperti kata budak budak sekarang 'hampeh' habuk pun tarak.MBFM Jengka 16 itu hanyalah dua tiga kerat pencatur termasuk yang sudah sampai tempoh 'pencen wajib'.Mereka inilah penentu siapa akan jadi Pengerusi,siapa akan jadi Setiausaha.Apa yang pasti semua projek mesti lalu di bawah ketiak mereka terdahulu.
Kehadiran 50 orang belia ke balairaya Jengka 16 malam tadi tentulah diluar jangkaan yang menyebabkan mereka begitu 'kecut' tidak berani berhadapan dengan belia yang sudah siap dengan soalan soalan panas untuk mereka.
Tarikh 21 February ini yang ditetapkan sebagai tarikh ganti untuk mesyuarat agong itu dijalankan perlulah dimanafaatkan sepenuhnya oleh anak anak generasi kedua Jengka 16 untuk memperjuangkan hak mereka supaya tidak terus dipinggirkan oleh 'penyangak mata wang' yang sering mengintai intai peluang membuncitkan perut mereka dan memuas nafsu serakah.Hidup G2 Jengka 16!
Thursday, February 18, 2010
Presiden PAS 'Juara Rakyat' Selamatkan Nyawa Mangsa Lemas
MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.
(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)
Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya.
"Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.
Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.
Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.
Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.
"Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai.
"Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.
Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau. Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya:
"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."
Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, (Gambar) bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.
Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.
dari harakahdaily.net
Pemuda PAS Kesal UiTM Jengka Jadi Seperti ‘Bangunan Umno’
Menurut Ketuanya ,Shahril Azman Abdul Halim,pihak UiTM Jengka yang telah mengizinkan intitusi tersebut digunakan untuk Konvensyen Umno bermula 19 hingga 21 February ini sebenarnya telah menjatuhkan martabatnya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati.
Tambahnya,ketika pihak UiTM
Shahril yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang berkata ,ini bukanlah kali pertama Umno dapat menggunakan UiTM Jengka untuk aktiviti mereka.
"Umno Bahagian Kuala Krau pun dah beberapa kali menjadikan UiTM seperti Bangunan Umno,mesyuarat bahagiannya dan lain lain lagi dibuat di sini",ujar beliau.
Pemuda PAS juga kesal kerana pihak pengurusan UiTM sanggup menyusahkan pelajar pelajar untuk mengosongkan asrama mereka semata mata untuk dijadikan penginapan peserta Konvensyen yang dianggarkan berjumlah 2000 orang.
Sementara itu di Kuala Lumpur,Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Hj Ahmad mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat status penggunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka sebagai lokasi program Konvensyen Umno Pahang
Katanya PAS juga mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat itu untuk program konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, konvensyen itu diadakan dari 19 hingga 21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 1974 yang tidak membenarkan program politik diadakan di universiti berkenaan.
Menurutnya, walaupun ada peruntukan ‘dengan kebenaran menteri’ tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik, apalagi membenarkan program politik di dalam kampusnya.
“Kalau dengan alasan sudah mendapat restu menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.
“PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk menggunakan fasiliti rakyat itu,” katanya.
Menurutnya lagi, sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam menggunakan fasiliti rakyat.
Malah pada tahun lepas, katanya Umno pernah diheret ke mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM218 juta semasa pilihan raya 2008.
“Apakah Umno menggunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan.
“Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno,” tanya beliau.
Beliau berkata, rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, di mana UiTM tanpa segan silu mengarahkan mahasiswanya menjadi petugas semasa persidangan Umno setiap tahun di PWTC.
Katanya, PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan.
Tuesday, February 16, 2010
Peneroka Felda Gegar Suhakam
Serah Memo Kepada Suhakam Berkaitan Penyelewengan Felda
Jam 2.00 Petang
Pejabat Suhakam,Jln Raja Laut,Kuala Lumpur
jom beramai ramai
Konvesyen Kebangsaan Peneroka Felda & Generasi 2
Tarikh:20 Feb 2010(Sabtu)
Masa:9.00 pagi hingga 6 petang
Tempat:Markaz PAS Jerantut(KIAS Temin)
Perasmi:YB Datin Seri Wan Azizah Ismail(Presiden PKR)
Pembentang:
1.Dr Syed Husin Ali(Tim Presiden PKR)
2.Sdr Mazlan Aliman(Presiden ANAK)
3.Wan Rohimi(Peguam Peneroka Felda Kemahang)
Anjuran:PKR dan PR
Semua warga Felda Di jemput Hadir
Rumah Musa Hasan Diserbu SPRM?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menyerbu rumah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan menemui sejumlah wang dengan nilai yang amat besar.
Mengikut Malaysia Today, serbuan itu diketuai seorang pegawai tinggi SPRM Negeri Sembilan pada Ahad dan SPRM kemudian mengambil keterangan Musa selama tiga jam.
“Musa memberitahu SPRM bahawa dia akan meletakkan jawatan pada bulan depan, bahkan sudah pun menyerahkan surat peletakan jawatannya.
“Dia kemudiannya merayu kepada SPRM supaya membiarkannya ‘bersara dengan aman’,” kata laman web terkemuka itu.
Menurut laman web itu, ramai pegawai polis di seluruh negara mengetahui berita itu dan kebanyakan mereka menggelar Musa sebagai ‘IGP Bodoh’.
Malaysia Today juga mendakwa selain cakap-cakap pegawai polis, laman itu juga ada ramai kenalan di kalangan pegawai polis yang menjadi orang dalamnya.
“Malah, mereka memperkatakannya dengan penuh semangat, seolah-olah ia adalah berita baik. Mereka seakan amat gembira bahawa bos mereka dah terperangkap.
“Ini mengisyaratkan kewujudan krisis keyakinan yang serius. Jika anak buah anda memandang rendah dan membuat komentar yang meremehkan anda, maka tak mungkin anda dapat terus memimpin mereka,” kata laman itu.
Malaysia Today juga mengingatkan pembaca bahawa 90 peratus khabar angin di Malaysia terbukti benar walaupun ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Laman itu juga meminta orang ramai menunggu perkembangan lanjut dalam tempoh terdekat dan tidak menolak kemungkinan SPRM membuat penafian dalam hal ini.
Wednesday, February 10, 2010
Awas Peniaga Melayu Bandar Jengka!
Tetapi ada beberapa kerat yang jadi hero melayu di Bandar Jengka cuba nak menafikan itu semua.Lebih kelakar lagi,hero melayu itu lah juga orangnya di belakang Cina MCA yang nak buka pusat snoker di belakang Balora Mastika suatu ketika dulu.Bila rakyat bersama PAS yang menang ketika itu gerakkan penentangan terhadap Pusat Snoker itu,si mamat ni pun buat bantahan juga.Dia jadi hero dalam semua keadaan.
Dengar ceritanya dia juga tak sabar-sabar nak tengok rumah orang Melayu di Pekan Matau tu di seredok burdozer.
Jadi hati hatilah peniaga peniaga Melayu semua.Jangan ,nak lari dari mulut buaya,terlepas ke mulut rimau pula.
Isu Perak:Khinzir Walau Disembelih Tetap haram
Rakyat Perak tak pernah bagi mandat pada Barisan Nasional untuk memerintah negeri peninggalan Maharaja Lela itu.Tetapi tiga ekor katak ini lah yang telah menyerahkan negeri Perak kepada Barisan Nasional.Maka tertaballah seorang mamak menjadi Menteri Besar.
Walaupun lima hakim memutuskan mamak itu sah sebagai Menteri Besar Perak,hakikat haramnya itu tak kan berubah.Tak pernah ada hukum agama yang menghalalkan khianat.
Untuk mudah faham kita kiaskan dengan seekor khinzir yang haram mutlak dimakan (kecuali darurah),kalau pun disembelih binatang haram itu oleh seorang alim,tak kan menjadikan ianya halal..Begitulah Zamri.
Wednesday, February 3, 2010
Nasihat Dari Pengerusi Disiplin Parti
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bilamana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti.
Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.Bilamana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor , Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu.
Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markaz PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapanan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum berbual-bual.
Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya hubunginya di luar Negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bilamana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin.
Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.”
Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid ( bukan menggantungnya ) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya.
Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada penglima baru bilamana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh.
Kami tidak boleh mengikuti kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran massa kepada satu hukuman jangkaan yang mereka ada agenda tersendiri.Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor.
Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?Saya sebenarnya cuba untuk menjawab tohmahan itu, tetapi sebarang jawapan hanya akan menimbulkan polimik yang lebih besar dan berpanjangan.
Tambahan pula ada beberapa fakta yang ditemui tidak sesuai jadi tatapan umum. Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli PAS atau penyokong PAS. Mungkin kerana simpati terhadap Khalid Samad, atau geram dengan Hassan Ali.
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar surat memaklumkan akan mengikuti isteri ke luar negara dalam tempoh yang panjang, dan sehubungan itu beliau melepaskan semua jawatan dalaman parti dan jawatan di peringkat Negeri Pahang.
Mesyuarat telahpun menerima permohonan beliau.sayangnya saat-saat akhir sebelum beliau keluar Negara, kesempatan diambil untuk menyerang JK Disiplin Parti. Kritik kemudiannya tinggal.Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak massa. Hukuman mestilah berdasarkan fakta yang kita temui dalam siasatan.
Seandainya ada fakta yang terselindung atau yang tudak dikemukan sebagai bahan kes, maka kita tidak boleh mengambilnya sebagai alasan penghakiman. Memang saya akui bahawa beliau ada menghantar satu laporan kepada JK Disiplin, tetapi saya telah maklumkan prosidur bahawa dia kena hantar kepada SU Agong untuk dibuat penilitian, kesahihan penama-penama yang disebut, apakah ia benar ahli PAS atau bukan, sejauh mana ada kes yang boleh dirujuk kepada JK Disiplin atau kes hanya melibatkan urusan pentadbiran parti.JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat.
Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti.
Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak diluar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu, tapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh.
Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah.
Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.Wassalam.