Saturday, October 31, 2009

Sri Gading Terlupa Dia Wakil BN

Dari segi kelantangan suara di Parlimen,Datuk Mohamad Aziz, MP Sri Gading mungkin sebaris dengan Shahrir Samad yang datang dari negeri yang sama.

Walaupun serangannya terhadap pembangkang di Parlimen sejak zaman Almarhum Dato Fadzil masih hidup tidak kurang pedihnya dan memanaskan cuping telinga kita,tetapi kadangkala dia juga akan memanaskan cuping telinga juak juak Barisan Nasional sendiri yang rata ratanya hanya datang ke Parlimen untuk mengampu sahaja.

Dua hari lepas dia bukan sahaja memanaskan telinga pemimpin BN,tetapi 'menembak' tepat di kepala dua pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional.

Ketika disampuk oleh Bung Mokhtar(MP Kinabatangan) dan Lim Kit Siang(Ipoh Timur),adakah orang yang dimaksudkan beliau dalam kritikannya itu ialah Presiden MCA dan Gerakan,dengan gahnya beliau menjawab 'Ya!Sudah terang lagi bersuluh! dan dibelasahnya lagi pemimpin itu dengan katanya"Masuk ikut pintu belakang,jadi menteri!Perdana Menteri datang dia datang,Perdana Menteri tak datang dia tak datang,ini menteri pengampu!

Datuk Mohamad mungkin rasa puas,dia sudah sampaikan apa yang patut dia sampaikan selaku Ahli Parlimen.Cuma barangkali ketika ucapannya yang lantang itu disuarakan,beliau mungkin terlupa bahawa dirinya itu ialah Ahli Parlimen Barisan Nasional,bukan wakil Pakatan rakyat!

Bukankah adab budaya parti komponen yang sedang mereput itu,pantang derhaka!Mana mungkin sesama rakan sekelambu hendak disanggah!Itu dosa yang tak terampun.Menyalahi adat.Lihat sahaja bekas Menteri dari Johor Baharu,kerana menyokong usul 'jiran sebelah' sudah dianggap berdosa besar.Tunggu saja esok lusa,kita boleh tengok serangan akan dihala kepada wakil Sri Gading itu hinggakan kelihatannya kedua dua pemimpin yang dikritiknya itu seolah olah begitu kudus dan maksum sekali.

Di dalam Fiqh Barisan Nasional,apa saja yang dibuat pembangkang itu salah belaka,dan apa saja yang dibuat Barisan Nasional itu semuanya baik belaka tiadalah salah akan dia.Maka menjadi fardhulah atas semua anggota untuk taat setia tanpa sebarang syak ,dzan dan waham walau sebesar zarah sekalipun.Wallahu a'lam

Utusan Malaysia
'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad

BATU PAHAT 31 Okt. _ Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz tidak akan menarik balik kenyataan agar Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meletakkan jawatan sebagai menteri Kabinet.

Selain itu, beliau juga tidak akan memohon maaf ekoran kenyataan berkenaan yang mendapat bantahan daripada ahli-ahli kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen," katanya ketika diminta mengulas tindakan lebih 30 anggota Pemuda dan Wanita Gerakan mengadakan protes selama 15 minit di hadapan Dewan Wawasan, Menara PGRM untuk menuntut Mohamad menarik balik kenyataannya yang dibuat semasa persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu.

Kumpulan tersebut turut menuntut agar beliau memohon maaf secara
terbuka kepada Tsu Koon ekoran kenyataan berkenaan. - Utusan

Friday, October 30, 2009

Rosmah Nak Perkenalkan Islam Di Sweden!

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan kerjasama dengan raja dan permaisuri Sweden bagi melakukan kerja-kerja amal dan mengutip derma untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh dunia.

Rosmah berkata, beliau telah berbincang bagaimana kerjasama dengan pihak raja dan permaisuri Sweden boleh dilakukan untuk mengutip derma dan hasilnya disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang memerlukan bantuan.

“Saya merasakan dengan cara begini Malaysia boleh membantu mereka yang memerlukan bantuan di samping mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjung hormat Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pengakap Sedunia (YPS), John Geoghegan bersama penasihat yayasan itu, Peter Michelson di kediamannya di sini hari ini.

Menurutnya, dalam perbincangan dengan John yang bekerja rapat dengan raja Sweden selaku penaung YPS, beberapa aktiviti termasuk mengutip derma akan diadakan bersama dan perkara itu akan diperhalusi bersama raja itu.

Rosmah berkata, pihaknya juga telah membuat perancangan untuk mengadakan pertunjukan fesyen berciri Islam di Monte Carlo tahun depan dan seterusnya di negara-negara lain.

Pertunjukan ini katanya, bagi menerangkan kepada yang tidak memahami agama itu melihat sendiri dan membuat penilaian bahawa Islam bukan agama kolot, agresif dan juga bukan pengganas.

“Walaupun kita Islam tetapi mempunyai minda yang progresif dan seterusnya ingin menunjukkan perkara ini melalui pertunjukan fesyen berciri Islam.

“Kita inginkan masyarakat seluruh dunia faham bahawa Islam agama sederhana, tidak agresif tetapi progresif, ” ujarnya.
Ulasan:
Betul ,Islam tidak ganas.Yang ganas ,sape yang guna C4 letupkan Altantuya.Islam agama sederhana,yang melampau orang yang habiskan duit rakyat berbelanja besar kat luar negara.

Wednesday, October 28, 2009

Live:Kereta 2 Driver di DUN Perak.

Kerusi Speaker Perompak dikawal ketat oleh 'lembu'

Terkini ,dua sidang DUN sedang berjalan.Speaker Perompak sedang mengendalikan pembentangan bajet haram.Lagi di sini

Sidang Dikendali Speaker Sah Tak Diganggu

Cina Islam melapurkan Speaker sah Sivakumar berjaya masuk ke dewan melalui tangga apabila semua lif dimatikan. brsama ADUN PR yang lain.

Sivakumar mengendalikan dewan dari tempat duduknya kerana kerusi speaker diduduki oleh Speaker perompak, Ganesan yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan.

YB Buntung telah mengemukakan usul mengecam Ganesan.Peliknya Ganesan dan YB BN tidak pula menganggu ucapan beliau.

Namun Ganesan terus berdegil untuk berada di kerusi tersebut walaupun di minta keluar oleh YB Buntong.

Usul ke dua dari DS Nizar meminta dewan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa tragedi Kuala Dipang yang terkorban.

11.08 Siva menangguhkan sidang.Tidak dipastikan apakah BN akan membuat sidangnya sendiri sebaik YB Pakatan meninggalkan dewan.Ikuti lintas langsung dari blog Cina Islam

Live dari Perak:'Lembu Lembu"Zamri Sedang Mengganas

Laporan terkini dari blog Cina Islam ,pihak polis sedang menghalang Speaker sah YB Sivakumar dari memasuki dewan undangan negeri Perak.Berlaku kekocohan tolak menolak.Ratusan polis bertaraf 'lembu' diheret hidung oleh Zamri untuk membuat kacau di sidang DUN Perak sekarang.Seekor 'lembu' beruniform biasa telah merampas songkok Speaker. Jubah beliau juga turut di rampas.

'Lembu lembu' juga menghalang ADUN PR untuk masuk ke Dewan.

Ikuti lintas langsung sekarang.Klik Cina Islam

Tuesday, October 27, 2009

Bekas Calon PAS Bagan Pinang Di Jengka 15

Ceramah Bagan Pinang

'Maruah vs Rasuah'

DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN NAIB PRESIDEN PAS

ZULKEFLY MOHAMAD OMAR CALON PAS BAGAN PINANG/PJ PAS N9

ABDULLAH ABD KARIM PEGUAM/EXCO PEMUDA PAS PUSAT

3 NOV 09 SELASA 9.15 MALAM

KEDAI MARA JENGKA 15




Monday, October 26, 2009

Dari Bagan Pinang Ke Pulau Pinang

Masjid Kapitan Keling,bahagian dalam

Masjid Kapitan Keling,dari luar
Pulau Pinang dari atas KOMTAR
Selesai rehat dari keletihan beberapa minggu berulang alik ke Bagan Pinang,Jumaat lalu bersama AJK Lujnah Tanah PAS Pusat kami bergerak dari beberapa lokasi ke utara tanahair bagi meneruskan tugas yang diamanahkan jamaah.Destinasi kami ialah Pulau Pinang yang di bawah tadbir Pakatan Rakyat.

Misi kami ialah meninjau nasib umat Melayu Islam Pulau Pinang yang perlukan perhatian kerajaan Pakatan Rakyat setelah lama sekali terpinggir di bawah Barisan Nasional.
Saya bersama saudara Mazlan Aliman ,pejuang generasi kedua Felda yang sentiasa gigih.Beliau ialah Pengerusi Lujnah Tanah Dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.Saya ialah Setiausahanya yang tentu sekali jauh tertinggal ke belakang berbanding Mazlan.Kami berdua bersama dengan Yuhanis sahabat saya ketika di INTIS yang kini AJK Lujnah.Kami sebuah kereta dari Taman Melewar.

Kumpulan yang lain ialah YB Iskandar Samad ,Exco Kerajaan Selangor bersama keluarga,Dr Abu Bakar Mohamad seorang pakar cendawan yang juga AJK Lujnah bersama isterinya.PJ PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar yang juga calon Bagan Pinang bersama rombongan sahabat dari Seremban turut serta dalam XPDC ke Pulau Mutiara ini walaupun letihnya di Bagan Pinang masih terasa.Beliau ialah Timbalan Pengerusi Lujnah.

Program kami bermula Jam 9.00 pagi Sabtu.Semua Ajk Lujnah berkumpul di Pejabat ADUN Permatang Pasir Ustaz Salleh Man yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.Selepas sarapan pagi yang disediakan tuan rumah program,kami mengikuti taklimat dari Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu diikuti dengan perbincangan mengenai rancangan mengadakan satu seminar khusus membincangkan masalah masalah yang dihadapi penduduk melayu Islam Pulau Pinang yang terabai sekian lama di bawah kerajaan Barisan Nasional.Harapannya tentulah mahu melihat ruang ruang yang ada di bawah kerajaan baru ini dapat dimanafaatkan bagi memperbaiki taraf hidup mereka yang memerlukan perhatian semua.

Jam 11.30 tengahari kami ke Bangunan KOMTAR yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.Di sana kami mengadakan dailog yang cukup bermanafaat dengan Exco Agama,YB Malek.Berbagai cadangan dan usaha sedang dilakukan oleh pihaknya untuk memajukan pembangunan agama di negeri tersebut.Antara yang menarik ialah hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan sekurang kurangnya satu hafiz dalam satu keluarga.Beliau juga sedang merancang mengadakan Ijtimak Hufaz yang akan menghimpunkan seluruh hafiz di Pulau Pinang.Satu anugerah khas kepada mereka juga akan diwujudkan.

Jam 2.00 petang kami ke Masjid Kapitan Keling,masjid kedua tertua di Pulau Pinang sambil meninjau kawasan tanah wakaf disekitarnya yang turut diabaikan.Terdapat sebuah pasar basah di atas tanah wakaf berhampiran masjid ini.Juga terdapat makam lama dipercayai milik peneroka awal yang membuka Masjid dan kawasan sekitarnya iaitu Syeikh Mustafa Wali ,yang kuburnya dalam keadaan tidak terurus.Lebih menyedihkan pasar basah disebelahnya menjual daging babi sejak sekian lama.

Jam 5.00 petang kami ke Tanjung Tokung bertemu penduduk yang bimbang kampung mereka bakal pupus terus dari bumi Pulau Pinang.

Jam 6.45 petang kami bergerak pulang ke distinasi masing masing.Manakala Mazlan dan Zul terus menunggu untuk ceramah semasa di sebelah malamnya.

Thursday, October 22, 2009

CERAMAH DI JENGKA

CERAMAH PERDANA
BAGAN PINANG:MARUAH VS RASUAH
1.DATO TUAN IBRAHIM TUAN MAN
NAIB PRESIDEN PAS
2.UST SUHAIMI SAAD
KETUA PEMUDA PAS PAHANG
25 OKT 09 AHAD 9.15 MALAM
MARKAZ PAS JENGKA 18

Tuesday, October 13, 2009

Terrorist Di Bagan Pinang

Samseng Umno sedang meroboh khemah PAS
Papan iklan PAS dimusnahkan

Banner PAS di bakar oleh budak budak Umno


Petugas PR berlumuran darah ditetak kesan tetakan


Petugas Markaz induk PAS bengkak mata dibelasah samseng Umno



Gula2 Rasuah Di Bagan Pinang 28 Sept-10 Okt 2009

1. 27 Sept: Menteri Pelancongan berjanji akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menarik sejumlah 6 juta pelancong yang transit di KLIA untuk melawat ke Negeri Sembilan.

2. 28 Sept: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan membina sebuah sekolah Menengah yang bernialai RM20 juta dalam tempoh masa 2 tahun. RM 3.8 juta pula telah diluluskan untuk kos memperbaiki 21 buah sekolah termasuk sekolah Cina dan Tamil.

3. 29 Sept: Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyerahkan 3 buah rumah teres di Taman Desa Pinang untuk dijadikan Pusat Permata Negara Bagan Pinang yang dipelopori oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. RM400,000 akan dibelanjakan untuk proses menaiktaraf rumah-rumah tersebut.

4. 4 Okt: Biro Penerangan UMNO akan menjadikan Persatuan Kebajikan Nelayan Bagan Pinang sebagai 'anak angkat' mereka dan Isa berjanji akan memberi tumpuan utama kepada Bandar Tentera Darat jika menang di PRK.

5. 5 Okt: Kementerian Sumber Manusia mengumumkan akan mengadakan program kursus dan peluang pekerjaan kepada golongan muda di Bagan Pinang.

6. 6 Okt: Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili mengumumkan bahawa Sirim Bhd akan membantu memberi bantuan teknikal dan khidmat nasihat kepada penduduk Kampong Baru Si Rusa untuk menjalankan perusahan ceramic menggunakan 'hydrostone'.

7. 7 Okt. MB Mohamad Hassan mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk pembinaan 150 unit rumah awam di Ladang Siliau.

8. 8 Okt: Zahid Hamidi mengumumkan perkara seperti di bawah:

a. Peruntukan RM3000 setahun untuk sebuah keluarga bagi anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan RM2,000 setahun kepada keluarga yang anak mereka melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan seterusnya.

b. 'Veterans Act' jika diluluskan akan dimasukkan faedah kesihatan.

c. Rumah Kelab untuk bekas-bekas perajurit di sebelah Kelab Golf PD dan MRSM untuk anak-anak bekas Perajurit. ( MB Mohamad Hassan telahpun bersetuju untuk menyediakan tanah)

d. Perpustakaan dan Kemudahan Wi-Fi untuk kemudahan anak-anak tentera.

e. RM100,000 untuk menaiktaraf surau di kawasan kem tentera. (cek sumbangan telah pun diserahkan).

Muhyiddin Yassin mengumumkan SRJK Tamil Sungai Salak yang beroperasi dari rumah kedai 2 tingkat akan menerima 1 hektar tanah untuk pembinaan Sekolah yang dijangka siap dalam masa setahun-12 bulan.

TPM juga mengarahkan semua PBT di negeri tersebut untuk memudahkan pemberian lesen perniagaan untuk tidak melemahkan semangat mereka untuk berniaga.TPM juga mengumumkan peruntukan RM480,000 kepada 3 buah sekolah ' Chinese Vernacular School' dan pemberian angpow sebanyak RM100 kepada 233 orang warga tua.
Rais Yatim menyerahkan sumbangan Mikro-komputer kepada 6 buah sekolah di Bagan Pinang.Menteri Sumber Manusia S Subramaniam berjanji akan memberikan jalan bertar, dewan komuniti, sebuah dewan untuk kuil dan sistem perparitan untuk kawasan perkuburan Cina dan India akan diperbaiki.Gelanggang Badminton dan mesin fotokopi akan disediakan kepada Sekolah Tamil, Tabung Kemudahan Pembiayaan Perumahan untuk pekerja Estet juga akan ditubuhkan.(Sumber Malaysiakini)

'Perasuah Godang' Kembali Ke DUN N9

Sejak Khamis lalu saya di Bagan Pinang bersama Ustaz Shahril Ketua Pemuda PAS Kuala Krau serta 20 orang lagi petugas pemuda kawasan yang berkampung di sana.Pulang ke Jengka malam Isnin.Pagi semalam bergegas semula ke Jempol kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.Pagi ini barulah free sikit,sempatlah jenguk jenguk blog yang banyak hari tak di update.

Mengenai kemenangan 'perasuah godang' Tan Sri Isa,sejak awal lagi saya jangka kan beliau akan menang cuma tidak lah sebesar keputusan yang diumumkan.3o tahun beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Telok Kemang,22 tahun menjadi Menteri Besar.Tentunya dari kanak kanak tadika hingga nenek tua,pasti mengenalinya.

Seperti yang disebut Tuan Guru Mursyidul Am,kemenangan Isa pastinya akan menjadi beban buat BN.Kembalinya 'perasuah godang' ini ke DUN N9 cukup menyiksakan juak juak MB yang meluat dengan bekas MB paling lama di Negeri Sembilan dan paling banyak menjual tanah kepada bangsa asing.Tanpa kedudukan selesa di DUN Negeri Sembilan,Isa bakal menjadi jelmaan Deris Jusuh di Terengganu,dan tiba gilirannya Mat Hasan akan jadi Mat Said MB Terengganu yang terganggu tugasnya dek kerana adanya seorang bekas MB yang ditolak istana di DUN Terengganu.

Kepada petugas PAS dan penyokong,usah bersedih ,kita masih mendahului.Kuala Terengganu berjaya kita rampas,semua enam kerusi PR kita pertahankan dalam PRK sebelum ini.BN hanya mampu merampas kerusi PR di Perak dan Kedah dengan cara tidak bermaruah.Calon yang kembali ke DUN N9 itu tokoh rasuah ternama yang bakal menambah barah dalam Umno.Biarkan mereka berpesta sehari dua untuk merayakan 'perasuah godang' .Tunggu esok lusa mereka akan bercakaran sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.Terus bersiap untuk PRU,kita ada kerja yang lebih besar.

Tuesday, October 6, 2009

Kemenangan awal:Tiga Pemimpin Umno Cawangan Istihar Keluar Umno.,

Berita yang baru saya terima dari Bagan Pinang sebentar tadi menyebutkan Ketua Umno Cawangan Taman Eastern di Bagan Pinang bersama Bendahari dan Ketua Penerangannya mengistiharkan keluar dari Umno yang sekaligus melumpuhkan jentera Umno di peti undi berkenaan.Ini adalah kemenangan awal bagi pihak Pakatan Rakyat.
Inilah berita yang kita nanti nantikan.Umno BN jangan lah terlalu takabbur dengan menganggap Bagan Pinang Telok Kemang sebagai kubu Umno selamanya.Allah mampu mengubah hati manusia dengan sekelip mata.
Kepada para petugas PAS jangan berputus asa dan lemah semangat,terus berusaha dan bermunajat kepada Allah,kerana segala ketentuan di tangan Allah.
Kerajaan Firaun ditewaskan dengan air laut,Namrud tumbang dengan nyamuk,Abrahah musnah dengan burung.Tiada yang mustahil untuk Allah tumbangkan BN di Bagan Pinang,di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.Allahu akbar.

Gambar dari Bagan Pinang


Banner yang dipercayai dipasang penyokong Mahathir dan Mat Hasan

Penyokong Isa Bertindak Balas


Mansuhkan ISA,Tolak Isa samad
Pelawak tanahair yang sedia dicucuk hidung




Bandar Tentera Darat@Bandar Tentera Lalat?

Apa kejadah sejak mula jejak bandar Port Dickson sampai le ke hujung jalan ke Pasir Panjang, Teluk Kemang tak sudah-sudah dengan LALAT. Duduk dihurung lalat, berdiri dihurung lalat, tidur dihurung lalat, makan dihurung lalat, dalam kereta ada lalat, diluar jangan kira, lalat di mana-mana. Dan itulah ISU paling besar Port Dickson sejak zaman Isa Samad menjadi MB sehinggalah dicalonkan semula sebagai calon BN di sini, dalam DUN Bagan Pinang.http://politikbanja%20r.blogspot.%20com/2009/%2010/siri-9-%20albanjari-%20n31-bandar-%20tentera.html
Selepas memenangi kerusi Parlimen 132 Telok Kemang, antara isu utama yang saya kemukakan di Dewan Rakyat adalah masalah asas tentang kebersihan. Tak jauh daripada DUN Bagan Pinang, ada sebuah pusat pelupusan sampah yang menjijikan. Tak ada teknologi moden. Tak lebih hanya mengharapkan aturan dan 'kekuatan' alam agar bukit sampah yang bertimbun di sana terhapus sendiri. Justeru itu, lalat merupakan masalah utama di seluruh pusat peranginan di sini. Masalah yang berlarutan lebih 15 tahun... masalah yang berpunca sejak zaman calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad menjadi menteri besar.http://telokkemang.%20blogspot.%20com/2009/%2010/di-sambut-%20dengan-lalat.%20html

Ketika ini, ladang ayam yang diusahakan secara konvensional mendatangkanmasalah bau dan pembiakan lalat yang semakin membimbangkan, terutama didaerah peranginan Port Dickson, Seremban dan Rembau. - Prof. Datuk Dr Zaini Ujanghttp://chem.%20eng.utm.my/%20staff/zaini/%20images/mindalest%20ari/bh-industri-%20tani-alamsekitar%20-3oct2007.%20pdf
Kerajaan negeri diminta campur tangan mengatasi masalah lalat serta bau busuk berpunca daripada sebuah tapak pelupusan sampah di Bukit Palong, Lukut, dekat sini yang berlarutan sejak dua tahun lalu sehingga mengganggu kehidupan masyarakat sekitar kawasan berkenaan.Antara yang terjejas ialah kakitangan Institut Memandu Port Dickson (IMPD) serta pelanggannya yang menjalani latihan di situ, terutama selepas sampah yang dilupuskan kini semakin menghampiri premis berkenaan.http://amkns.%20blogspot.%20com/2008/%2004/lalat-%20menyerang-%20port-dickson_%2008.html

Sumber:Suara N9