Buka yang tertutup,cerahkan yang gelap,pamer yang tersembunyi,cungkil yang terbenam,hanya kerana Allah.
Wednesday, April 29, 2009
Siaran Tertunda:Isu Bendera-Satu Turun ,Seratus Naik
Wednesday, April 15, 2009
Kata Dua Dato Tuan Kpd Majlis Daerah Maran!
Tuesday, April 14, 2009
Bendera Besar Di Jengka 15 Dibuang MD Maran
Sekarang pimpinan pemuda PAS Jengka 15 di ketuai Engku Amir Zahar,Saudara Rosdi Ismail dan tuan tanah Hj Suhaimi Shuib sedang membuat laporan polis di balai polis Maran. Pihak PAS mendesak agar mereka yang telah membuang bendera tersebut supaya memasang kembali kerana bendera tersebut berada dalam tanah persendirian milik Allahyarham Hj Shuib veteran PAS Jengka.
Thursday, April 9, 2009
Kabinet Baru:Menantu Pak Lah Tak Tersenarai
Anak lelaki Mahathir yang pernah lantang mengkritik Abdullah walaupun tewas dalam perlumbaan menjadi Ketua Pemuda Umno tetapi amat berharga sekali di sisi Najib apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri.Manakala menantu Abdullah yang menang Ketua Pemuda Umno@ahli Parlimen Rembau terus tidak dipandang oleh Najib. Kedudukan beliau adalah setaraf dengan Naib Presiden.
Lebih melukakan hati Khairy,apabila Timbalannya lebih mulia pada pandangan Perdana Menteri baru apabila Razali Ibrahim dilantik menganggotai kabinet.Barangkali benarlah desas desus yang mengatakan Khairy akan terus tersingkir apabila beliau sekali lagi akan dikaitkan dengan rasuah yang membawa kemenangan nya pada pemilihan Umno yang lalu.
Wednesday, April 8, 2009
Umno Takut Nga Kor Ming Faham Islam
Kalau atas alasan makhraj dan tajwidnya tak betul,bukankah wakil rakyat DAP tu masih dalam belajar dan baru sangat mengenali Islam semenjak berkawan dengan Hj Nizar ,baru setahun!Manalah fasih sebutan arabnya itu.
Kalau atas alasan dia mempergunakan ayat al Quran untuk menghalalkan sesuatu yang haram ,maka tunjuk lah kat mana dia salah gunakan?
Jika atas alasan Nga Kor Ming bukan Islam,tak boleh baca Quran,mana dalilnya?Ramai orang orang Cina di Kelantan yang bergaul dengan orang melayu suka juga menyebut Lailaha ilallah ketika melatah walaupun pelat sebutannya.
Tian Chua sejak sepuluh tanun lalu telah biasa memberi salam di awal ucapannya.Bala Subramaniam di Pahang pula sudah pandai menyebut Alhamdulillah dan selawat ke atas Rasulullah di awal ucapannya.Gobala pun selalu baca 'Wama karu wama karallah' .Kenapa tak dengarpun komen pemimpin Umno dan profesor kangkung sebelum ini?
Ya,kerana yang baca tu DAP!Itu saja sebenarnya.DAP yang dimomokkan Umno selamanya sebagai chauvanis,komunis,anti Islam dan berbagai label lagi.Maka jangan biarkan DAP itu dilihat baik pada pandangan rakyat.Biar ianya terus nampak bahaya walaupun baca Quran.
Umno tak pernah peduli pulak dengan gelagat penceramah penceramahnya dan beberapa kerat pemimpin Umno yang pernah menggunakan ayat Quran dan Hadis untuk mempertahankan kezaliman dan penyelewengan.
Di zaman PAS dipimpin Dato Asri,ada pemimpin Umno berceramah membaca Surah Al Asr dengan menterjemahkannya,"Demi Dato Asri,sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang orang Umno dan orang orang yang beramal soleh".
Penceramah Umno juga selalu membaca ayat Athi u'llah wa athi ur rasul wa ulil amriminkum dengan tujuan mengajak rakyat taat kepada pemimpin umno /BN.Mereka juga membaca Wa'tasimubihablillahi jami a,wa la tafarraku,jangan berpecah belah ,duduk dalam Umno semuanya.
Ada juga yang tak betul sebutannya,Amal maaruf Mungkar nankir!!! bukannya nahi mungkar.Ada juga yang kita dengar ,mengakhiri ceramah dengan Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun!!! bukannya wabillahi taufiq...
Banyaklah kalau saya nak senaraikan.Tapi itu Umno.Umno tak salah,dia maksum.DAP saja yang salah.
Sebenarnya yang lebih jelas lagi,Umno cukup takut apabila orang bukan Islam cuba memahami Islam.Seandainya mereka faham,maka pendeklah umur Umno kerana tembelangnya pasti akan pecah.
Kepada mereka yang berkenaan eloklah renung surat terbuka dari TG Nik Aziz kepada pemimpin DAP itu disini
Kenyanyukan Tun Mahathir Memilih Tempat Dan waktu Pulangnya
Parti rasuah itu masih lagi bergelumang dengan najis rasuah alias politik wang!Parti perkauman melayu itu juga masih dimurkai rakyat jelata angkara pengkhianatan terhadap bahasa sendiri hingga memaksa Tok Janggut alias Sasterawan Negara yang sudah tua turun ke jalan raya mengharungi gas pemedih mata bersama ratusan ribu rakyat jelata untuk selamatkan bahasa Melayu!
Ditengah tengah api kemurkaan rakyat jelata yang bersatu tak kira bangsa ,warna kulit dan anutan ,tiba tiba memanda Mantan PM yang bertanggungjawab membunuh bahasa anak watan sendiri dan tersohor dengan berbagai kezaliman selama 22 tahun pemerintahannya,telah memilih saat dan ketika ini untuk balik semula ke dalam tongkang yang sudah rosak dan sedang tenggelam!