Tuesday, February 21, 2012

Notis Pembatalan EGM Khas KPF Esok

Janji 'Durian Runtuh':Jangan Kelirukan Peneroka


Para peneroka yang dijanjikan imbuhan 'durian runtuh' berikutan cadangan penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia diingatkan jangan terlalu ghairah sehingga begitu mudah menyerahkan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan dan geran tanah kepada pihak tertentu dalam keadaan tidak ada sebarang keputusan hitam putih diperolehi.

Peringatan ini diberikan oleh Ketua Pemuda PAS Pahang,Shahril Azman Abdul Halim berikutan aduan para peneroka terdapat arahan daripada pengurusan Felda yang mengarahkan peneroka menyerahkan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan geran tanah kononnya untuk disalurkan apa yang disifatkan sebagai 'durian runtuh'.

Menurut Shahril dalam aduan yang diterima pihaknya,ramai peneroka yang keliru dengan arahan yang dikeluarkan pihak pengurusan Felda yang mengarahkan peneroka menyerahkan dokumen berkenaan.

Terdapat peneroka di beberapa rancangan Felda yang menerima surat rasmi dari Pengurus Rancangan dan ada juga yang menerima arahan lisan sahaja.

Peneroka juga dijanjikan secara lisan kononnya akan menerima durian runtuh antara lima ribu ringgit hingga lima belas ribu ringgit berikutan penyenaraian Felda Global Ventures(FGV) di Bursa Malaysia.

"Kalau nak bagi durian runtuh,kenapa minta salinan geran?",soal beliau.

Apa yang menghairankan pihaknya,bagaimana pihak berkenaan boleh menabur janji tersebut sedangkan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia masih belum muktamad.

Shahril juga hairan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Ahmad Maslan yang sebelum ini mengumumkan tarikh 10 Mei untuk FGV disenaraikan.

"Macamana beliau boleh tetapkan tarikh,sedangkan persetujuan dari anggota Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang memiliki 51 peratus syer di dalam Felda Holding belum lagi diperolehi",kata beliau.

Tambah Shahril lagi,Mahkamah Tinggi Kuantan Jumaat lalu telahpun meluluskan permohonan injunksi yang difailkan oleh ahli ahli KPF yang membantah pelupusan ekuiti mereka di dalam Felda Holding kepada Felda Global Ventures.

Perintah mahkamah yang telahpun diserahkan Peguam Mohd Haris Abdullah mewakili ahli ahli KPF yang memfailkan tuntutan tersebut kepada pihak KPF petang semalam telah melarang pihak KPF daripada membincangkan tentang pelupusan ekuiti tersebut kepada Felda Global Ventures.

Dalam perintah tersebut KPF juga dilarang menguatkuasa sebarang keputusan,sekiranya telah diperolehi untuk melupuskan ekuiti KPF di dalam Felda Holding Berhad(FHB) dan sepuluh anak syarikat milik FHB kepada FGV.

Beliau juga dimaklumkan oleh pihak peguam,sekiranya berlaku perbicaraan yang ditetapkan tarikh oleh mahkamah pada 8 Mac depan ianya akan berlanjutan hingga tempoh mencecah sembilan bulan,dan sepanjang tempoh itu pihak KPF tidak boleh membuat apa apa keputusan untuk melupuskan ekuitinya di dalam FHB kepada FGV.

Sehubungan itu pihak Felda diminta memberi penjelasan rasmi berkaitan dengan arahan yang dikeluarkan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan peneroka.

Monday, February 20, 2012

Perintah Mahkamah Diserah Pada KPF Petang Ini.

Jam 3.00 petang ini peguam Mohd Haris Abdullah mewakili lapan peneroka selaku plaintif yang merupakan pemegang saham di dalam Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad(KPF) yang berjaya mendapatkan injunksi daripada Mahkamah Tinggi Kuantan Jumaat lalu akan menyerahkan perintah mahkamah kepada pihak KPF selaku defendan yang sebelum ini telah mengeluarkan notis Mesyuarat Agung Khas yang dijadualkan pada 22 February ini.

Perintah perintah yang berjaya diperolehi plaintif ialah:

a)Satu injunksi interim melarang pihak KPF selaku defendan atau wakilnya untuk berbincang dan membuat sebarang keputusan untuk melupuskan samada kesemua atau sebahagian dari ekuiti yang dimilikinya di dalam Felda Holding Berhad(FHB) dan sepuluh anak syarikat milik FHB kepada Felda Global Ventures Holding Berhad(FGVH).

b) Satu injunksi interim melarang pihak KPF selaku defendan atau wakilnya untuk menguatkuasa sebarang keputusan (sekiranya telah diperolehi) untuk melupuskan samada kesemua atau sebahagian dari ekuiti yang dimilikinya di dalam Felda Holding Berhad(FHB) dan sepuluh anak syarikat milik FHB kepada Felda Global Ventures Holding Berhad(FGVH).

c)Satu injunksi interim melarang pihak KPF selaku defendan atau wakilnya untuk melupuskan samada kesemua atau sebahagian dari ekuiti yang dimilikinya di dalam Felda Holding Berhad(FHB) dan sepuluh anak syarikat milik FHB kepada Felda Global Ventures Holding Berhad(FGVH).

Sebelum ini pihak KPF telah membatalkan Mesyuarat Perwakilan Khas yang dijadualkan pada 5 January lepas beikutan saman pemula yang difailkan Mohd Haris di Mahkamah sama.Kesemua plaintif kemudiannya menarik balik saman tersebut selepas KPF menghantar notis pembatlan mesyuarat tersebut.

Usaha pihak berkepentingan untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia sebelum Jun sekali lagi terhalang dengan keputusan terbaru ini.Mesyuarat yang dijadualkan pada Rabu ini hanyalah sia sia kerana KPF dilarang berbincang dan membuat sebarang keputusan berkaitan cadangan pelupusan ekuitinya di dalam Felda Holding kepada Felda Global Ventures.

Sekiranya berlaku perbicaraan seperti tarikh yang diberikan mahkamah pada 8 Mac depan ianya akan berlanjutan hingga sembilan bulan.Difahamkan sekiranya penyenaraian FGV di Bursa Malaysia gagal dibuat hingga Jun,maka penyenaraiannya tidak boleh lagi dilakukan dalam tahun ini.Jika FGV disenaraikan pada tahun 2013,maka tidak ada apa apa makna lagi bagi konspirator yang bersungguh mahu menyenaraikannya sebelum pilihanraya umum akan datang.Mereka sudah tidak boleh melelong peneroka lagi.Bagaimana pulak kalau Pakatan Rakyat sudahpun menguasai Putrajaya?

Thursday, February 16, 2012

Injunksi Kedua Halang EGM KPF, Esok.

Ahli ahli Koperasi Permodalan Felda(KPF) sekali lagi akan memfailkan injunksi pada hari esok 17 Feb 2012 bagi menghalang mesyuarat Agong Khas Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dijadual akan diadakan minggu depan.

Saman yang akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan jam 10.30 pagi esok akan dibuat berikutan tindakan KPF yang akan meneruskan EGM Khas pada 22 Febuary yang sebelum ini telah dibatalkan.

Melalui pekeliling yang ditandatangani oleh Setiausaha KPF Abidin Abdul Rahman kepada perwakilan KPF menyebutkan tujuan mesyuarat tersebut adalah berkaitan dengan penyenaraian Felda Global Venture di Bursa Malaysia.Bagaimanapun dalam surat tersebut tidak diperincikan agenda mesyuarat seperti panggilan mesyuarat sebelum ini.

Dalam panggilan mesyuarat sebelum ini secara jelas mencatatkan 3 agenda termasuk salah satunya ialah untuk melupuskan pagangan saham KPF berjumlah 51% kepada FGVH.

Ahli ahli KPF yang memfailkan injunksi esok telah melantik Peguam Haris Mohan Abdullah untuk memfailkan kes tersebut.