Thursday, August 25, 2011

Haram Tazkirah:Nasihat Buat TYDP MUIP


Gempar di Pahang apabila TYDP Majlis Agama Islam Pahang(MUIP) Dato Sri Wan Wahid dilaporkan beberapa blog telah mengeluarkan kenyataan haramkan tazkirah di masjid dan surau kerana ganggu orang nak bertarawikh.

Salah satu blog melaporkan kenyataannya itu disiar oleh Buletin Utama jam 1.30 hari 22 Ogos lalu di TV3.

Saya ada bertanya beberapa orang pegawai Agama Islam di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Pahang berkaitan larangan tazkirah.Jika benar arahan tersebut ,mereka tidak bersetuju dengan larangan tersebut.Bagaimanapun tidak ada arahan bertulis dikeluarkan pihak MUIP setakat ini.Kalaupun ada hanya arahan lisan seperti yang dilaporkan media.

Untuk lebih shahih,seorang rakan telah menghubungi telefon Dato Wan.Inilah mesej yang saya terima dari sahabat itu selepas beliau menghubungi TYDP MUIP itu.

“Kecewa sungguh. Saya bertanya dengan baik pada Dato Wan Wahid,dia jawab dua sebab diharamkan, pertama nak tazkirah mesti ada tauliah,kedua tak perlulah tazkirah sebab mengganggu orang nak solat.saya tanya dimana nak katakan tazkirah itu mengganggu,kalau yang diajar itu Al Quran, hadis dan sirah.Dia jawab, senang ginilah, kalau tak setuju peraturan kita, letak jawatan.sy kata nak letak jwtn apa, sy hanya ahli jemaah masjid.dia matikan HP...:,

Maknanya shahihlah berita yang diterima sebelum itu.Kalau begitulah kepala hotak orang yang tadbir agama,jahanamlah Islam di negeri Pahang ini.Saya pun tak pelik.rakan rakan di MUIP ramai yang tak tahan dengan berbagai tindakan beliau yang membiarkan diri menjadi alat pemimpin pemimpin yang jahil.Hubungan akrabnya dengan pemimpin jahil di negeri Pahang sudah menjadi perbualan umum.Respon terhadap pemanggil yang mahukan penjelasan beliau menggambarkan keangkuhan seorang penjawat awam.

Saya sendiri hantar mesej ke Dato Wan menasihati beliau.Ini mesej saya,"Salam Dato.Tindakan mengharamkan tazkirah Ramadhan hanya akan menjadikan ummah terus dalam kejahilan.Sebahagian besar umat Islam jauh dari masjid kecuali dalam bulan Ramadhan.Maka kesempatan patut diambil pada bulan ini untuk memahamkan mereka tentang ajaran Islam.Tazkirah adalah satu kewajipan,manakala tarawikh adalah ibadah yang sunnat.Tidak pernah fadhilat sunat mengatasi ibadah yang wajib.Sekiranya Dato tak sanggup lagi memikul amanah Allah,meletakkan jawatan adalah lebih baik daripada membiarkan diri diperalat oleh orang yang jahil.Semoga Dato terselamat dari azab Allah.

Jawapan balas yang diberi beliau berbelit belit nak lepaskan diri.Jadi eloklah tuan tuan semua menelefon atau hantar sms kepada beliau pulak.Hubungi nombor beliau 0199313756

Perhatian:Saya menerima beberapa komentar daripada teman teman pembaca.Setelah meneliti ,sedikit pembetulan ayat dalam tulisan ini telah saya lakukan.Terima kasih.

Wednesday, August 24, 2011

KENYATAAN AKHBAR :LARANGAN TAZKIRAH SUATU KEJUTAN BARU KPD SEBUAH NEGARA ISLAM

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.

Thursday, August 4, 2011

Usaha Umno Menjadikan Felda Benteng Terakhirnya

Kerjasama erat antara Umno dan Felda untuk mempastikan tanah rancangan Felda terus menjadi kubu kuat Umno.Peneroka dijemput ke program di atas kononnya penerangan isu isu Felda,tetapi ceramah yang disampaikan jelas sebuah ceramah Umno yang penuh dengan caci maki terhadap Pakatan Rakyat.

Umno tidak mempunyai kekuatan tersendiri,terpaksa menggunakan platform Felda untuk tumpang berkokok.

Madrasah Ramadhan di Markaz Jengka 16