Friday, November 28, 2008

Dato Tuan ,Tokoh Prihatin Rakyat Jengka

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendahului tiga tokoh yang lain di Jengka terpilih sebagai Tokoh Prihatin Rakyat Jengka dengan perolehan undi tertinggi sekali.

Dalam poll yang dibuat blog ini(Tukulbesi.blogspot.com) selama seminggu sebanyak 78% pengunjung yang mengundi memilih bekas ADUN Jengka itu yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Pahang,manakala Ketua Pemuda PAS kawasan Kuala Krau Ustaz Shahril Azman Abdul Halim menduduki tempat kedua dengan 18% undi diperolehi.

Dua tokoh Umno,YB Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka yang baru hanya memperolehi 15% sokongan manakala Cikgu Sabri yang gagal beberapa kali menjadi calon BN di Jengka hanya memperolehi 6% undi.

Thursday, November 27, 2008

Kembara Ukhwah AMAL Pahang ke Selatan Thai

Pondok Darul Quran Kubang Puyu,Narathiwat
Ustaz Rosli sedang menyembelih lembu untuk aqiqah

Kunjungan ke Majlis Agama Islam Narathiwat


Atas tanda prihatin dengan nasib saudara seagama yang sedang menderita,Yayasan Amal Malaysia (Amal)Cawangan Pahang telah melebarkan amal baktinya ke Selatan Thailand,daearah umat Islam yang sedang bergolak.

Kumpulan seramai 6 orang diketuai Ustaz Rosli Abdul Jabar telah mengadakan program Kembara Ukhwah pada 21 dan 22 November lalu ke Narathiwat bagi meninjau perkembangan terkini kehidupan umat Islam di Selatan Thai itu yang mengalami berbagai konflik serta tekanan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kembara ukhwah pada kali ini juga diadakan bagi menyalurkan sumbangan lembu untuk ibadah korban 1429H di beberapa buah kampung dalam daerah Narathiwat.Dalam kunjungan tersebut rombongan dari AMAL Pahang itu sempat menziarahi 3 buah Pusat Pengajian Islam(Pondok Tradsional) di Kampung Kubang Puyu,Kg Dalam dan Kg Pulau Kapas Narathiwat.

Kembara ukhwah juga turut membuat kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Narathiwat Disana rombongan disambut oleh Ustaz Drs. Abdul Rahman Bulajama bersama beberapa orang pegawai agama.Sesi taklimat perkembangan semasa umat islam di Selatan Thailand juga turut diadakan.

Tahun ini merupakan tahun pertama Pihak Urusetia Korban Perdana AMAL Cawangan Pahang melaksanakan Ibadah Korban Di Selatan Thailand. Sebagai permulaan pihak AMAL menyalurkan 3 ekor lembu untuk ibadah korban dan 1 ekor lembu untuk jamuan aqiqah.

Menurut Ketua Penyelaras Korban Al-Fadzil Ustaz Rosli b Abdul Jabar yang juga selaku Naib Pengerusi 2 AMAL Cawangan Pahang, tahun ini merupakan tahun ke empat AMAL Pahang menyelaras perlaksanaan Ibadah Korban bagi misi kemanusian.

Pada tahun lepas sebanyak 80 ekor lembu Korban/Aqiqah telah diagihkan kepada umat islam di dalam dan luar negara.Diantara tempat yang telah disempurnakan penyembelihan Lembu Korban ialah di Perkampungan Tradisional Orang Asal kawasan Rompin dan Pekan, Perkampungan Islam Pendalaman Sabah,Pasentren & Asrama Anak Yatim Banda Aceh Indonesia,Negara Kemboja dan Vietnam.Pihak AMAL juga telah menyalurkan lembu untuk jamuan aqiqah di 5 buah tempat perpindahan Mangsa Banjir di beberapa kawasan dalam negeri pahang pada Disember 2007.

Menurut beliau, pada tahun ini pihak AMAL Pahang telah meluaskan lagi pengagihan lembu Korban ke Selatan Thailand dan Penempatan Mangsa Perang Di Mindanau Filipina.Kepada muslimin-muslimat yang berhajat untuk turut serta menyertai Ibadah Korban bagi tahun 1429H bolehlah berhubungan dengan Sdr. Johari bin Abdul Wahid(013- 984 4767)Harga bagi satu bahagian lembu korban ialah sebanyak RM 220.00 sahaja.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 2hb Disember 2008.Pembayaran juga boleh dibuat melalui Maybank atas Nama Yayasan Amal Malaysia(AMAL)Cawangan Pahang No 556011009756. Bagi Penyertaan Ibadah Aqiqah ianya dibuka sepanjang tahun dengan kadar RM 250.00 untuk satu bahagian.

Pihak urusetia Korban Amal Pahang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perlasanaan ibadah korban misi kemanusian bagi membantu mereka yang dalam kesusahan serta sebagai mengukuhkan ukhwah islamiah.

Perhatian:Bagi umat Islam yang berada sekitar Jengka yang berminat untuk menyertai ibadah korban anjuran AMAL Pahang,sila hubungi 0199855883(Ustaz Aris)

Tuesday, November 25, 2008

Ya Ampuun Baginda Razak

Oleh:Hishamudin Rais

Ya ampuun Baginda Razak. Hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ianya dapat dibaca oleh anak cucu cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti maka anak cucu cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.

Ya ampuun! Ya ampuun Baginda Razak, hamba telah mendengar surah dongeng labun lentong tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syiok lagi tawaidok molopong dan terngaga apabila tuan hamba membuka mulut.

Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya di ketahui Allah maka meleleh air mata hamba hingga ke lubang peha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhlok tuhan yang bagitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba.

Tidak pernah hamba terlihat seorang Syahdu, seorang Sufi, seorang Dukun dan seorang Bomoh dapat berkelentong seperti tuan hamba.Cakap tuan hamba at the Press Conference itu adalah benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.

Selanjutnya sila ke sini

Sokong Kezaliman ISA :Apa Jadi Dengan Dr Maamor?

Hidup Melayu, Hidup Islam???Islam mana yang halalkan kezaliman ISA? Wanita Cina yang tak berupaya dilempang hingga tersungkur kerana menentang ISA yang diperjuangkan PEWARIS

Tak puas lagi,kereta wanita Cina jadi mangsa keganasan PEWARIS,Musa Hasan tak nampak ke? PENGKID Haram,Colgate haram,ISA tak haram???Dr Maamor tolong jawab.

Dr Maamor Osman memang terkenal dengan kesungguhannya memperjuangkan produk halal dan suci untuk kegunaan umat Islam.Sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia usaha yang dilakukannya sebelum ini sangat saya hargai.

Walaupun terdapat cerita tidak sedap saya dengar dari kawan saya,orang penting di JAKIM berkenaan tokoh ini,saya abaikan saja apa yang sahabat saya ceritakan itu.

Ketika demontrasi di hadapan Kedutaan Thailand anjuran pemuda PAS membantah kekejaman tentera Thai ke atas umat Islam,Dr Maamor bersama pimpinan utama pemuda PAS telah masuk ke kedutaan menyerahkan memo bantahan.Tak ramai orang yang seberani itu untuk bersama pemuda PAS.

Tapi itu semua cerita lama.Dr Maamor tiba tiba menunjukkan sikap pelik apabila bersama dengan NgO baru bernama PEWARIS.Tidak tahu kemana arahnya hendak dituju apabila beliau bersekongkol menjadi alat Umno untuk mempertahankan ISA yang telah menzalimi ribuan rakyat Malaysia sejak diwujudkan.

Dalam masa yang sama beliau melaungkan Islam sebagai dasar perjuangan mereka,tetapi tergamak pula membiarkan umat Islam yang menjadi mangsa ISA terus dizalimi.Saya sudah tidak faham apa jadi dengan Dr Maamor hari ini.Apakah apa yang dicerita rakan saya di JAKIM dulu memang ada kebenarannya.

Lihat saja pada program mereka di Kuala Lumpur baru baru ini.Anggota kumpulan ini sanggup mengejar seorang wanita Cina hanya semata mata kerana wanita itu melahirkan protesnya menentang ISA.tak cukup dengan itu wanita itu tersungkur dilempang seorang peserta yang mengejarnya.

Dr Maamor bersama beberapa orang 'ayahanda' boleh menutup mata dengan kezaliman ISA dan telah diperangkap dalam isu perkauman.Kain kain rentang yang mereka pasang mengecam Teresa Kok yang menjadi mangsa fitnah pemimpin Umno,sedangkan pemimpin DAP itu tidak pernah mencabar umat Islam pun.

Satu kain rentang yang dipasang tertulis,"PENKID HARAM,bukan melayu jangan masuk campur hal Islam" cukup mengelirukan.Sejak bila pulak Islam menjadi milik mutlak orang Melayu.Kenapa ditulis 'bukan melayu' tidak 'bukan Islam'?Adakah mereka sengaja nak bangkitkan sentimen permusuhan melayu-cina.Tetapi buktinya memang jelas,apa jadi dengan wanita Cina yang memprotes mereka?Mereka memperjuangkan Islam atau perjuangkan Melayu.

Dr Maamor sewajarnya tidak menyeret PPIM dalam kemelut perkauman anjuran PEWARIS.
Kalau Dr Maamor benar benar nak jadi hero ,tolong bawa anak buahnya bersama 'ayahanda-ayahanda' dan semua anakandanya yang berarak di ibu kota baru baru ini ke Stadium Bukit Jalil 29 November ni untuk menghalau Inul Dangdut dan menyelamatkan anak anak melayu dari terus rosak.Jangan berdolak dalik.

Berita berkaitan di Harakah Daily

Lagi Ahli Parlimen di Gantung

Dewan Parlimen sedang panas sekarang,wakil DAP Puchong digantung dua hari kerana mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mempertahankan Menteri Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz yang mengelirukan dewan sebelum ini dengan mengatakan tiga hakim tidak dipecat tetapi hanya ditamatkan.Untuk siaran langsung sila ke sini

Monday, November 24, 2008

Tajol Rosli Berbohong!

IPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO.

Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong.

Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.
selanjutnya baca di sini

Terima Kasih DPP Marang

Ketua DPP Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Abdul Halim mengucapkan setingi tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh peserta Konvoi ARC DPP Marang yang sudi mengunjungi DUN Jengka dan menabur bakti sepanjang dua hari kunjungan mereka.

Bagi pihak tuan rumah beliau juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam meraikan peserta yang hadir.

"Bagi DPP Kuala Krau ,kami sangat berbesar hati di atas kunjungan tersebut dan InsyaAllah DPP Kuala Krau akan cuba mengatur kunjungan balas ke Marang sedikit masa lagi"jelas Ustaz Sahhril.

Tambahnya,kunjungan tersebut diharap dapat mengeratkan silaturrahim di samping menyuntik semangat kepada semua anggota pemuda di kawasan ini untuk memenangi pilihanraya akan datang sebagaimana kejayaan yang terus dapat dikekalkan di Parlimen Marang.

Laporan Tertunda:Kunjungan Konvoi ARC DPP Marang

Hujan lebat menyambut ketibaan peserta Konvoi ARC DPP Marang ke Jengka Jumaat lalu.Konvoi 120 orang pemuda yang tiba pada jam 5.00 petang 21 Nov disambut Ketua DPP Kuala Krau serta exco exco yang lain di Dataran Markaz MTD Rantau Perintis,Bandar Jengka.Turut menyambut ketibaan mereka,Timbalan YDP PAS Kuala Krau Hj Nazri Husin yang juga Pengarah MTD Jengka serta Encik Idris Talib,Bendahari PAS MTD Jengka.

Selepas ucapan ringkas dari Ketua Pemuda Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Abd Halim dan ucapan ketua rombongan Ustaz Abu Bakar Soleh yang juga selaku Ketua DPP Marang,peserta menikmati jamuan ringan sebelum bertolak ke Padang Awam Jengka 15.

Di tapak perlawanan ,cuaca dalam keadaan baik.Perlawanan bolasepak persahabatan sebagai pembuka tirai lawatan tersebut menyaksikan pihak tuan rumah tewas kepada tetamu dengan jaringan gol 3-1.Terdapat juga andaian yang mengatakan pihak tuan rumah sengaja memberi laluan mudah kepada DPP Marang untuk memenangi pertandingan sebagai menghargai kunjungan mereka.

Namun tidak dinafikan ,DPP Marang sememangnya memiliki pemain pemain handalan yang turut serta dalam konvoi tersebut.Apa pun perlawanan persahabatan ini dapat mewujudkan kemesraan antara kedua dua Dewan Pemuda ini.

Di sebelah malamnya selepas solat Maghrib di Masjid Jengka 15,peserta konvoi dihidangkan dengan hidangan rohani dari Al Fadzil Ustaz Hj Sharif Yusuf seorang penceramah agama di negeri Pahang.

Selepas solat Isya' dan makan malam yang disediakan PAS Cawangan Jengka 15 satu Ceramah Perdana di Markaz PAS Jengka 16 yang menampilkan kedua-dua Ketua Pemuda kawasan Marang dan Kuala Krau sebagai pemidato utama dan kehadiran Pemangku Ketua DPP Pahang Ustaz Suhaimi Saad dengan kisah Khutbah Jumaat di Keratong 4 dan tindakan Jamaludin Jarjis telah memeriahkan lagi susana.

Peserta yang bermalam di Masjid lama dan Markaz MTD Jengka kemudian berkesempatan berjemaah Subuh bersama Dato Tuan Ibrahim Tuan Man seterusnya mengikuti kuliah beliau.

Kehadiran peserta konvoi amat dihargai sekali apabila mereka turut menyumbangkan tenaga dalam gotong royong menyiapkan Markaz PAS Jengka 16 dan mengecat PASTI Jengka 11.

Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan.Jam 11 pagi Sabtu 22 Nov,selepas ucapan penutup dan penyampain cenderamata dan sijil kepada peserta,konvoi 120 orang dari ARC DPP Marang meningggalkan Bandar Jengka dengan suasana sayu menuju ke Maran untuk program selanjutnya.

Pewakaf tanah Kompleks PAS Pahang Meninggal Dunia

Seorang lagi ahli PAS yang mewakafkan tanah untuk Kompleks PAS Pahang di Kerdau meninggal dunia Jumaat lalu.Mahyudin bin Nong 70 yang juga peserta Takaful Wakaf sejak diwujudkan beberapa tahun lalu telah mewakafkan 5 ekar tanahnya kepada PAS Pahang untuk dibangunkan kompleks tersebut.
Awal tahun lalu,Hj Abdullah Nasarudin yang turut mewakafkan tanahnya juga telah meninggal dunia.Beliau ialah Setiausaha MTD PAS Kerdau.
Semoga amal jariyah mereka diterima Allah.Alfatihah

Pejabat PAS Pahang Mula Operasi di Bangunan Baru

Mesej yang baru diterima dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang,saudara Roslan Zainal sebentar tadi melaporkan pentadbiran Pejabat PAS Pahang telah mula beroperasi di bangunan barunya mulai hari ini.

Bangunan pejabat yang sebelum ini terletak di Jalan Sudirman 6 telahpun berpindah ke bangunan yang baru dibeli di No 3,Jln Dato Bahaman 4 ,Pusat Komersial Temerloh bersebelahan Restoren Kari Kepala Ikan yang juga berhampiran Bank Islam dan Takaful Malaysia.

Himpunan Bantah ISA Dihalang,Apa Lagi Alasan Musa?

Baru saja Musa Hasan keluar di kaca TV menafikan dakwaan polis bersikap double standard ketika bertindak kasar terhadap himpunan aman ulang tahun BERSIH baru baru ini.Katanya,penganjur tak minta permit,sebab tu lah polis bertindak.
Tiba tiba malam tadi,himpunan yang nak dibuat di Padang MPAJ,yang penganjurnya dah minta permit,tapi polis bertindak bodoh juga,menghalang orang ramai,menimbulkan kekecohan dan menangkap orang yang hadir.

Apa lagi Musa nak bagi alasan?Biasanya polis polis yang tak bermaruah ni akan terus bagi alasan bodoh mereka,perhimpunan mengganggu ketenteraman.Soalnya,bila polis bertindak,buat road block di merata tempat,halang orang pergi ceramah,mengasak orang yang berada dalam suasana tenteram sedang mengikuti ceramah,menangkap,memukul orang yang tak melawan,bukankah tindakan itulah yang mengganggu ketenteraman?

Belum pernah berlaku di ceramah pembangkang,ada penyokong BN yang dipukul ,diketuk kepala,dijentik telinga,dihalau atau diramas anunya macam polis buat pada Shaari Sungip.Kalau kerana ada bantahan dari orang ramai,biasalah orang Umno tak kan suka dengan ceramah Pakatan,sama juga dengan orang Pakatan tak kan suka dengan program Umno,neutral lah tu.

Bagaimana dengan himpunan penyokong BN yang menggelarkan diri sebagai PEWARIS di ibu kota semalam.TV memaparkan seorang wanita yang muncul berhampiran kumpulan ini dan memprotes PEWARIS yang menyokong ISA,telah dikejar oleh penunjuk perasaan hingga ke keretanya.

Apakah polis menahan orang orang yang mengejar perempuan tersebut?Kepada Ketua Polis Negara,jangan lagi memperbodohkan penyokong PAKATAN dengan alasan yang dibuat buat dan jangan salah guna institusi polis untuk mempertahankan kezaliman.Jangan memaksa rakyat menjadi ganas.

Sunday, November 23, 2008

Terima Kasih Kepada Anak Buah Tok Guru

Konvoi ARC DPP Marang selamat tiba di Jengka jam 5 ptg Jumaat lalu
Program Pembuka tirai:Perlawanan bolasepak persahabatan DPP Marang vs DPP Kuala Krau di Padang Awam Jengka 15 Gotong Royong di Markaz Jengka 16

Terima kasih sekali lagi kepada Konvoi ARC DPP Marang yang menabur bakti di bumi Jengka. Liputan lanjut menyusul kemudian,tuan blog baru balik Tamrin Qiadi sebentar tadi,masih keletihan

Friday, November 21, 2008

Jamaluddin Jarjis Solat Jumaat Kat Mana?

Hari ini hari Jumaat.Sebentar lagi masuk waktu solat.Sesiapa yang nampak Jamaludin Jarjis kat mana mana masjid,tolonglah bagi peluang dia baca khutbah Jumaat minggu ni.Minggu lepas dia dah mengaku boleh baca khutbah.Tolong jangan pinggirkan pemimpin yang boleh baca khutbah.Bukan senang nak cari pemimpin Umno yang berani macam dia.Tolong catit poin khutbah dia dan hantar kat Tukul Besi.Ok,kita gi masjid sekarang.

Kisah Media Penjilat Yang Pengecut

Betul seperti yang disiarkan Harakah ,pihak media tajaan BN sedang sepakat menghalakan tembakan mereka ke arah kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri.Ianya adalah usaha terancang untuk menhilangkan kepercayaan rakyat kepada pimpinan Pakatan Rakyat di negeri negeri yang diperintahnya.
Selepas cerita ladang babi di Selangor beberapa bulan lalu beralih pula cerita kandang babi di Kedah.Sebentar tadi berita jam 12 tengahari di TV1 ,tembakannya dihalakan pula ke arah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

Pembaca berita tadi menyebutkan ,"kerajaan Pembangkang di Perak",sedangkan pembangkang ialah Umno/BN.Mana ada istilah 'kerajaan pembangkang',yang memerintah ialah kerajaan,yang tak dapat perintah itulah pembangkang.Tetapi kerana nak burukkan Pakatan Rakyat,terpaksalah pembaca berita yang tentulah ada kelulusan akademik yang baik terpaksa menjadi orang bodoh membaca teks yang disediakan bos mereka.

Berapi-api ucapan Ketua Pembangkang,Tajol Rosli disiarkan di TV1 menghentam MB Perak,tetapi tak sepatahpun jawapan dari MB ataupun Exco disiarkan oleh TV tersebut.Yang ada hanyalah gambar MB yang bisu,tak ada suara.Itulah profesional agaknya.Kenapa tak berani siar jawapan MB Perak yang dianggap tak cerdik,atau RTM sebenarnya penakut,bimbang rakyat tahu keadaan sebenar.

Selepas Perak diserang,giliran Pulau Pinang pula menjadi mangsa.Kali ini tembakan dihala kepada Timbalan Ketua Menteri yang ditohmah dengan berbagai tohmahan.TKM itu Mohd Fairus juga dipaparkan wajahnya,tetapi mulutnya bergerak,suara dihilangkan.Lalu dikatakan TKM itu tak mesra media.Bagaimana nak mesra,apa yang diucapnya tak pula disiarkan.Dibisukan mulutnya yang masih mampu bersuara.

Begitulah adanya Umno,diikat kaki tangan,disumbat mulut,kemudian dimaki hamun ,dibelasah.Lalu mendabik dada 'akulah hero,aku belasah dia tak lawanpun'.Rupanya hilang 2/3 majoriti tak sedikitpun menyedarkan mereka.Lantas rakyat kena bekerja bersungguh sungguh untuk PRU ke 13,BN mesti ditamatkan terus usianya.

Thursday, November 20, 2008

Ahlan Wa Sahlan

Ustaz Shahril (Ketua DPP K.Krau)

Konvoi ARC DPP Marang

Aturcara Lawatan DPP Marang Ke Jengka

Jumaat:21 Nov 08

4.00 Ptg:Ketibaan Konvoi Motorsikal DPP Marang
di Dataran Pej PAS MTD Jengka
Solat Asar dan jamuan Ringan
Taaruf Pimpinan

5.30 Ptg: Perlawanan Bolasepak Persahabatan
DPP Marang vs DPP Kuala Krau
di Padang Awam Jengka 15

7.20 Mlm:Solat maghrib dan Kuliah Maghrib
di Masjid Jengka 15
Jamuan Makan Malam

9.20 Mlm:Ceramah Perdana
1.Ustaz Suhaimi Saad(Pemangku Ketua DPP Pahang)
2.Ustaz Abu Bakar Soleh(Ketua DPP Marang)
3.Ustaz Shahril Azman Abd Halim(Ketua DPP K.Krau)

Tempat:Markaz PAS Jengka 16

Sabtu:22 Nov 08

6.00 Pagi:Solat Subuh di Masjid Lama Rantau Perintis
Kuliah Subuh oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

8.00 Pagi:Sarapan dan Gotong Royong Perdana
di Markaz PAS Jengka 16 dan Jengka 11

10.30 Pagi:Bersurai

Lagi Ingatan Tentang Tragedi Memali


Ustaz Nasarudin Tantawi bersama Saudar Fadzil(Naib Ketua DPP Kuala Krau )di pusara syuhada Memali ,Parit Panjang,Baling

Walaupun 23 tahun berlalu,Tragedi Memali terus diingati dan tak mungkin dilupakan.Walaupun ada pengunjung yang berang dengan posting saya berkaitan tragedi ini,tetapi beliau tidak berani pula mempersoalkan tentang fakta fakta yang saya kemukakan.Untuk ulasan selanjutnya sila ke blog Ustaz Nasarudin Tantawi di sini

Isu Matau Di Pahang Daily

Lagi tulisan mengenai Matau,sila ke http://pahangdaily.blogspot.com/

17 Kanak Kanak Dikhatankan Di Jengka 15


Penantian satu seksaan.Menunggu dengan penuh debaranTolong!jangan habiskan.
Nak potong apa lagi tu!Lama nye!
Abang,adik nak potong jugak!
PAS Jengka 15 telah berjaya mengadakan Majlis Berkhatan beramai ramai pagi tadi bertempat di Markaz PAS Jengka 15.Seramai 17 orang kanak kanak dikhatankan oleh Pegawai Kesihatan dari Hospital Jengka.

Pak Lah Mati Dihempap Pokok

Seorang peneroka menunjukkan pokok yang tumbang menghempap

Seorang peneroka Felda Jengka 17 meninggal dunia akibat dihempap pokok jam 11 pagi tadi.Abdullah bin Abdul Rahman atau dikenali sebagai Pak Lah yang mengambil upah menebang pokok dihempap sebatang pokok yang reput bersebelahan pokok yang beliau sedang tebang.

Kejadian yang berlaku disebuah ladang sawit peneroka Jengka 17 berhampiran jalan utama Kg Awah -Bandar Jengka.

Menurut saksi kejadian,pokok yang reput itu tumbang kerana terdapat akar kayu dari pokok yang ditebang telah tersangkut di dahan pokok yang reput dan menghempap muka beliau.Pasukan Bomba dari Balai Bomba Jengka yang bergegas ke tempat kejadian berjaya mengeluarkan mayat beliau yang tersempit di bawah runtuhan pokok tersebut.

Jenazah beliau yang di bawa ke Hospital Jengka dijangka dikebumikan pada petang ini.

Wednesday, November 19, 2008

Memali Dalam Kenangan

Hari ini 19 November mengingatkan saya peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dulu di negara kita yang hampir dilupakan oleh umat Islam.Ketika itu saya baru selesai mengambil peperiksaan SRP di SMK Jengka Pusat tahun 1985.

Lepas solat Maghrib di Masjid Jengka 16,beberapa orang jemaah yang baru hadir untuk solat Isya mengkhabarkan berita panas dari utara tanahair.Ceritanya ,beberapa orang yang dikatakan pengganas dan terlibat dengan ajaran sesat terkorban dalam pertempuran dengan polis di Baling Kedah.

Bapa saya ketika itu masih ahli Umno, tumpang sekali dalam perbincangan tak rasmi di masjid sementara menunggu solat Isya'."Kumpulan selendang merah ke",celah beliau.Ketua kumpulan tersebut katanya bernamanya Man Libya.

"Kalau tak silap aku,Man Libya ni penceramah kat kawasan Baling tu",kata Pak Long Zaini yang berasal dari Kulim Kedah.

Esoknya terpampang didalam akhbar,14 orang pengganas,dan 4 anggota polis terkorban dalam pertempuran di Memali,Mukim Siong,Baling,Kedah.Ketua pengganas itu ialah Ibrahim Libya @Man Libya turut terkorban.Ibrahim Libya telahpun mengumpulkan penjenayah penjenayah yang dikehendaki polis di rumahnya yang dijadikan markaz kumpulan itu.

Sehari selepas itu keluar pula berita di akhbar,Haji Abdul Hadi Awang Naib Yang Dipertua PAS Pusat berkata,"Sekiranya Ibrahim Libya yang dimaksudkan itu ialah Ibrahim Libya yang saya kenali,maka dia bukanlah pengganas tetapi dia ialah seorang pejuang Islam".

Tanda tanya yang bermain di kepala rakyat mulai terungkai.Akhirnya isu Memali menjadi isu yang panas.Tuan Guru Haji Abdul Hadi pemidato terkenal ketika itu dalam ceramahnya mengenai kejadian Memali di Kg Sentosa Maran menyelar kekerasan polis ke atas penduduk kampung yang dhaif sehingga sanggup membunuh mereka.

Lebih kurang tiga bulan berlalu,isu itu terus panas.Berbagai berita dari Memali sampai ke Jengka membangkitkan semangat ahli ahli PAS untuk menziarahi tempat bersejarah itu.Bapa saya yang belum menjadi ahli PAS terpanggil untuk melihat dari dekat cerita yang sampai ke Jengka itu.

Bersama dengan beberapa orang jiran dan ahli ahli PAS yang baik hubungannya dengan bapa saya,mereka berangkat ke Kedah menziarahi Kampung Memali,kubur syuhada di Parit Panjang dan bertemu mangsa mangsa Memali yang baru dibebaskan dari tahanan polis.

Kubur syuhada ternyata masih berbau wangi walaupun Umno tak pernah percaya dengan kelebihan orang mati syahid sama seperti orang hari ini yang tidak percayakan syahidnya Imam Samudera,Amrozi dan Mukhlas.Semuanya dianggap bohong,mereka pengganas,mana mungkin dapat pangkat syuhada.Tetapi tanda tanda yang dikurniakan Allah kepada mereka menambahkan keyakinan hati akan kesyahidan mereka.

(Beberapa tahun lalu ketika Zainudin Maidin memainkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali,berlaku satu kejadian tanda kebesaran Allah.seorang penduduk Memali yang terlibat dalam kejadian tersebut telah menghidu bau wangi yang luar biasa dari bawah rumahnya.Apabila dicari,bau wangi itu rupanya datang dari kain yang sudah lusuh yang terselit di bawah rumahnya.Lalu dia teringatlah, kain itu terdapatnya kesan darah syuhada Memali hampir 20 tahun lalu yang disimpan di rasuk rumahnya.Begitulah tanda kemulian syuhada Memali)

Pulang dari Memali,bapa terus menyertai PAS bersama dangan beberapa orang rakannya dari Umno.Apa yang saya ingat bapa saya pernah menjadi Setiausaha Umno Cawangan Jengka 16.Saya sendiri pernah membantunya menyiapkan surat jemputan untuk mesyuarat Agung Umno Cawangan ketika itu.

Alhamdulillah kerana Peristiwa Memali ,bapa dan kami sekeluarga beserta jiran jiran telah bersama dengan perjuangan Islam sehinggalah ke hari ini.

Perjuangan membela mangsa Memali melalui tempoh yang cukup panjang.Setelah berpuluh orang mangsa kezaliman Memali selaku saksi saksi utama kembali ke rahmatullah,akhirnya selepas dua puluh tahun,Mahkamah Tinggi Alos star memutuskan tindakan polis membunuh orang Memali adalah tindakan yang salah.Kerajaan telah diarahkan membayar sejumlah ganti rugi kepada mangsa terlibat.

Dalam tempoh berlakunya kezaliman ke atas umat Islam di Memali,Umno tidak diizinkan Allah untuk mendapat apa -apa laba dari kezaliman mereka.walaupun dalam pilihanraya tahun 1986,PAS hanya dapat satu kerusi Parlimen melalui Almarhum Pak Nik Lah di Pengkalan Chepa,tetapi selepas itu Umno berpecah dua pada 1987 dengan lahirnya team A dan Team B yang kemudiannya saling tuduh menuduh tentang siapakah yang merancang kejadian Memali.

Mahathir menyalahkan Musa Hitam,Musa menuding kepada Mahathir.Tidak pula ketika itu mereka menyalahkan pembangkang.Apa yang nyata Peristiwa Memali adalah angkara kezaliman Umno.Umno akhirnya diharamkan .Kemudiannya muncul pula Semangat 46 dan Umno Baru.

Natijah dari kezalliman mereka tahun 1990,Kelantan jatuh ke tangan PAS sehinggalah hari ini.Selepas lebih 22 tahun,Kedah pula jatuh ke tangan PAS bersama Pakatan Rakyat.Kita menikmati kemenagan pada hari ini hasil pengorbanan orang terdahulu yang tidak sempat untuk melihat hasil perjuangan mereka.

Ustaz Ibrahim Libya,Pak Ya Junid,Ustaz Azahari,Cikgu Mustafa Long,Ustaz Suhaimi dan Dato Hj Fadzil Mohd Nor,mereka semua tidak sempat untuk melihat Kedah ditadbir Parti Islam.Itulah perjuangan dan pengorbanan.

Generasi hari ini yang tidak tau peristiwa Memali sila klik sini

Selamat Datang Konvoi Pemuda PAS Marang

Dewan Pemuda PAS Kuala Krau mengalu ngalukan kunjungan hormat 120 peserta Alternative Ridding Club(ARC)Dewan Pemuda PAS Marang ,Terengganu ke Jengka pada Jumaat ini.

Setiausahanya,saudara Engku Nurzaman Engku Mohammad berkata,konvoi motorsikal DPP Marang itu dijangka tiba ke Dataran Markaz MTD Jengka bersebelahan Masjid Lama Rantau Perintis,Bandar Jengka sekitar jam 4.00 petang.

Majlis taaruf bersama pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau serta jamuan ringan akan diadakan selepas solat Asar.Pada jam 5.30 petang satu perlawanan bolasepak persahabatan antara DPP Marang dengan DPP Kuala Krau akan diadakan di Padang Awam Jengka 15.

Selepas solat Maghrib semua peserta rombongan akan mengikuti Kuliah Maghrib di Jengka 15.
Sempena kunjungan ini juga,DPP Kuala Krau akan mengadakan ceramah perdana di Markaz PAS Jengka 16 yang akan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad(Pemangku Ketua DPP Pahang),Ustaz Abu Bakar Soleh(Ketua DPP Marang) dan Ustaz Shahril Azman AlHafiz(Ketua DPP Kuala Krau).

Pada hari keduanya 22 Nov(Sabtu) selepas Kuliah subuh yang akan disampaikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man(Pesuruhjaya PAS Pahang) di Masjid Lama Bandar Jengka,satu gotong royong perdana menyiapkan Markaz PAS Jengka 16 dan mengecat PASTI Jengka Sebelas akan diadakan.

Peserta dijangka bertolak ke Maran sekitar jam 10.30 pagi.Semua pemuda dan ahli PAS diminta turut serta dalam semua program yang disusun.

Tuesday, November 18, 2008

Catatan Pak Tam Jengka Untuk SK Jengka 16

SK Jengka 16 yang mencipta rekod setiap tahun

Blogger Pak Tam Jengka yang pernah dididik di SK Jengka 16 tak pernah lupa jasa gurunya.Dia pun tumpang gembira juga dengan kejayaan sekolah nya itu mencipta rekod terbaik UPSR daerah Maran tahun ini.Baca lah catatannya di sini

Monday, November 17, 2008

Perwakilan Umno Tolak Ulama Pimpin Parti

Islam Hadhari yang diasaskan Perdana Menteri Abdullah Badawi terus melalui hari hari gelapnya apabila golongan agama dan para ulama di dalam Umno yang selama ini membantu Pak Lah mempromosikan Islam Hadhari tidak sedikit pun mendapat tempat dihati para perwakilan Umno.

Berdasarkan senarai calon Majlis Tertinggi Umno yang dipaparkan di Utusan Online hari ini memperlihatkan hakikat itu.

Golongan agama yang mendapat pencalonan tertinggi iaitu Syamsul Najmi Syamsudin dan Zainal Abidin Sakom yang suatu ketika sering mengisi slot Islam Hadhari di Selamat Pagi Malaysia TV 1 bagaimanapun hanya mampu memperolehi 4 pencalonan dan menduduki tangga ke 90 dan 93 jauh lebih corot daripada Jamaluddin Jarjis yang dikait dengan kes raba punggung mampu menduduki tangga ke 44 dengan 29 pencalonan.

Lebih corot lagi,Dr Mashitah Ibrahim yang dipungut semula Pak Lah hanya mampu mendapat 2 pencalonan dengan menduduki tempat ke 101 daripada 142 calon.Manakala dr Yusof Nor jauh tertinggal ke belakang apabila hanya mendapat satu pencalonan dan menduduki tangga ke 132.
Nama Abdullah Mohd Zain,Firdaus Ismail,Nakhaie Ahmad ,Dato Mat bekas Ahli Parlimen Maran yang mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama tidak terdapat dalam senarai calon.

Daripada calon-calon untk merebut kerusi kerusi utama Timbalan Presiden,Naib,Ketua dan Naib Ketua Pemuda,Wanita dan Puteri,tidak ada seorangpun di kalangan mereka ini yang berkelulusan agama.

Persoalannya bagaimanakah Umno terus mendabik dada mendakwa mereka pembela agama dan bangsa walhal tidak ada seorangpun golongan agama menjadi pilihan hati mereka untuk diangkat menjadi pemimpin.Fikir fikirkanlah.

Senarai Calon Majlis Tertinggi Umno(drpd Utusan Online hari ini17 Nov 08)
1. Noh Omar ( 158)
2. Musa Aman ( 143)
3. Ir. Mohd. Zin Mohamed ( 143)
4. Mustapa Mohamed ( 138)
5. Abdul Ghani Othman ( 133)
6. Zainal Abidin Osman (132)
7. Ismail Sabri Yaakob ( 129)
8. Azian Osman ( 120)
9. Tajuddin Abdul Rahman ( 120)
10. Adnan Yaakob ( 113)
11. Azalina Othman Said ( 113)
12. Dr. Abdul Latif Ahmad ( 102)
13. Mohamad Hasan (99)
14. Shahrir Samad ( 98)
15. Mahdzir Khalid ( 94)
16. Hamzah Zainudin ( 92)
17. Dr. Mohd. Puad Zarkashi (89)
18. Husni Ahmad Hanadzlah (87)
19. Ahmad Shabery Cheek (86)
20. Noraini Ahmad (81)
21. Zulhasnan Rafique (77)
22. Dr. Awang Adek Hussin (74)
23.Johari Baharom (72)
24. Mohamad Norza Zakaria (72)
25.Shahidan Kassim (71)
26.Abdul Aziz Sheikh Fadzir (67)
27. Idris Haron (65)
28. Lajim Ukin (63)
29. Anifah Aman (62)
30. Dr. Zambry Abd. Kadir (61)
31. Saifuddin Abdullah (60)
32. Shaziman Abu Mansor (60)
33. Idris Jusoh (59)
34.Ahmad Said (59)
35.Mohd. Alwi Che Mat (48)
36. Dr. Md. Isa Sabu (44)
37. Syed Ali Alhabshee (43)
38. Bung Moktar Radin (41)
39.Abdul Latif Mirasa (40)
40. Dr. Hilmi Yahya (38)
41. Abdul Azeez Abdul Rahim (35)
42. Hasan Malek (33)
43. Dr. Noraesah Mohamad ( 29)
44. Dr. Jamaluddin Jarjis (29)
45. Shahrizat Abdul Jalil ( 27)
46. Abdul Rahman Bakar (26)
47. Abdul Aziz Shamsuddin (25)
48. Halimah Mohd. Sadique (24)
49. Raja Ropiah Raja Abdullah (23)
50. Radzi Manan (21)
51. Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (20)
52. Astaman Abdul Aziz (18)
53. Masidi Manjun (18)
54. Mohd. Tajol Rosli Ghazali (18)
55. Ghazali Ibrahim (17)
56. Ishak Ismail (16)
57. Salleh Said Keruak (16)
58. Siti Zaharah Sulaiman (16)
59. Subahan Kamal (15)
60. Ahmad Lebai Sudin (15)
61. Azhar Ibrahim (15)
62. Zahidi Zainul Abidin (14)
63. Wan Adnan Wan Mohammad (14)
64. Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (14)
65. Radzi Sheikh Ahmad (13)
66. Kapten (B) Abu Zahar Hashim (13)
67. Azimi Daim (13)
68. Dr. Abdullah Md. Zin (13)
69. Syed Hamid Albar ( 12)
70. Abdul Rahim Thamby Chik (12)
71. Tengku Putera Tengku Awang (12)
72. Sazmi Miah (11)
73. Dr. Ibrahim Saad (10)
74. Lillah Yassin ( 9)
75. Mohamed Khaled Nordin ( 8)
76. Abdul Jalil Abdul Majid ( 6)
77. Dr. Rais Yatim ( 6)
78. Abdul Jalil Abdul Majid ( 6)
79. Zein Isma ( 5)
80. Azmi Khalid ( 5)
81. Razali Ismail ( 5)
82.Tengku Adnan Tengku Mansor ( 5)
83.Mohamed Nazri Aziz ( 5)
84.Jins Shamsuddin ( 5)
85.Khalid Yunus ( 5)
86.Suhaili Abdul Rahman ( 5)
87.Aziz Jamaluddin Mohd. Tahir ( 5)
88.Shahiruddin Moin ( 4)
89.Mohd. Shariff Omar ( 4)
90.Shamsul Najmi Shamsuddin ( 4)
91.Mohd. Said Yusof ( 4)
92.Annuar Musa ( 4)
93.Zainal Abidin Sarkom ( 4)
94.Ruhanie Ahmad ( 4)
95.Seripah Noli Syed Hussin ( 3)
96.Khamsiyah Yeop ( 3)
97.Markiman Kobiran ( 3)
98.Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ( 3)
99.Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ( 2)
100.Mohd. Shafie Apdal ( 2)
101.Mashitah Ibrahim ( 2)
102.Mohd. Isa Samad ( 2)
103.Napsiah Omar ( 2)
104.Adam Abdul Hamid ( 2)
105.Shamsul Anuar Nasarah ( 2)
106.Ahmad Tajuddin Sulaiman ( 2)
107.Shafie Salleh ( 2)
108.Wan Khairil Wan Ahmad ( 2)
109.Kadar Shah Tun Sulaiman ( 2)
110.Ahmad Zahid Hamidi ( 1)
111.Abdullah Hisan ( 1)
112.Abdul Malik Hanafiah ( 1)
113.Sheikh Mansor ( 1)
114.Syed Razak Syed Zain ( 1)
115.Zainal Abidin Ahmad ( 1)
116.Wan Khairul Anuar ( 1)
117.Hashim Suboh ( 1)
118.Kamalia Ibrahim ( 1)
119.Md. Rozai Shafian ( 1)
120.Maznah Mazlan ( 1)
121.Mohd. Basiron ( 1)
122.Mohamad Mustapha Idris ( 1)
123.Dr. Mohamad Khir Toyo ( 1)
124.Nur Jazlan Mohamed ( 1)
125.Mohd. Fatmi Salleh ( 1)
126.Mahadzir Khir ( 1)
127.Mazlan Haron ( 1)
128.Sukri Mohamed ( 1)
129.Razali Ibrahim ( 1)
130.Abdul Ghapur Salleh ( 1)
131.Rosni Zahari ( 1)
132.Dr. Mohd. Yusof Noor ( 1)
133.Hamim Samuri ( 1)
134.Abdul Manan Osman ( 1)
135.Dr. Mohamad Shahrum Osman ( 1)
136.Mustaffa Mat Yassin ( 1)
137.Ismail Mutalib (1)
138.Tengku Razaleigh Hamzah ( 1)
139.Dr. Ahmad Sukri Ismail ( 1)
140.Azim Zabidi ( 1)
141.Abdul Rahman Ismail ( 1)
142.Azhar Osman ( 1)

JJ Perlu Berterima Kasih Kepada Ustaz Suhaimi

Rakan rakan di Rompin memaklumkan semenjak pilihanraya umum yang lalu,Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis yang dikaitkan dengan isu panas 'raba punggung' telah menyepikan diri.
Nama beliau hilang dari persada politik tanahair setelah namanya tidak tersenarai sebagai anggota kabinet Pak Lah selepas PRU 12.Hanya selepas Najib diistihar menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno baru lah saya ternampak gelagat beliau di parlimen ketika menganggu ucapan wakil Gombak YB Azmin Ali.

Gangguan JJ di parlimen sempat ditempelak Naib Presiden Keadilan itu dengan katanya,"Yang Berhormat, saya datang ke parlimen untuk berbahas,bukan nak raba punggung".Tidak pula terdengar suara JJ membalas sindiran tajam dari wakil Gombak itu.Hanya terdengar sorakan dari Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang tentunya muka JJ merah padam ketika itu.

Selaku sekutu rapat Najib Razak ,JJ yang baru saja melepasi kouta Naib Presiden sudah tentu sudah berangan angan untuk mendapat kedudukan istimewa disamping bossnya yang bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Mac tahun hadapan.Untuk itu JJ perlu bekerja kuat untuk mempastikan beliau memenangi Naib Presiden dengan undi yang besar.

Peluang untuk kembali popular agak sukar kerana dirinya telah terpalit dengan lumpur hitam yang masih berbau busuk dengan isu 'raba punggung' yang masih disebut-sebut.Tetapi takdir yang tidak diketahui,tiba tiba peluang itu muncul apabila beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid Keratong 4,Jumaat lalu.

Kenyataan beliau kepada Peguam Fadli Ramli yang menegur tindakan beliau itu dangan berkata,"Kalau tak buat macam ni ,tak merasa pulak jadi menteri",ternyata sememangnya peluang yang ditunggu tunggu untuk kembali semula ke kedudukan asalnya.
Peluangnya untuk memperolehi beberapa pencalonan lagi di samping mendapat undi ketika pemilihan Umno nanti sangat sangat diharapkan dengan isu ini.Pihak media massa yang turut membantu menonjolkan kembali dirinya sangatlah berharga.

JJ juga dilaporkan telah membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Pahang berkaitan imam yang membaca khutbah di Masjid Keratong 4 itu.

Kita akan saksikan apakah benar benar isu tersebut dapat membantu JJ untuk memperolehi undi yang lebik banyak atau isu itu bakal menguburkan terus cita cita beliau.Apa pun JJ perlu berterima kasih kepada Ustaz Suhaimi ,kerana kalau lah khatib itu hanya membaca teks khutbah yang disediakan JAIP,tentulah nama JJ akan terus tenggelam.

Sunday, November 16, 2008

Berita Panas Di Pahang Daily

ADUN Tahan,Wan Asnizam Bawa Lari Anak dara Orang








Dato Nan hadiahkan 400 ekar Tanah Kepada Rashid

Isu JJ vs Khatib Makin Hot












Isu JJ vs Khatib Jumaat di Keratong 4 terus panas.JJ melalui Sinar Harian dan Utusan Malaysia kini bertindak menyerang Ustaz Suhaimi Saad yang menjadi khatib pada hari Jumaat lalu di masjid tersebut.Untuk jawapan daripada Ustaz Suhaimi sila ke blog beliau http://najwasuhaimi.blogspot.com/

UiTM Jengka Bayar RM 7000 Kepada Syeikh Muszaffar

Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan ,pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor,Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini.

Menurut pemberi maklumat tersebut,angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan cermahnya.Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7000.

Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar,maka sewajarnya lah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan.

MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti.

Saturday, November 15, 2008

Haji Maarof Di Hospital Jengka

Hj Maarof berbaju putih membelakangkan kamera ketika Jamuan Raya Aidilfitri PAS Jengka 16

Makluman semua,
Tuan Hj Maarof Awang ,Naib Ketua PAS Cawangan Jengka 16 telahpun dimasukkan ke hospital Jengka tiga hari lalu kerana beberapa masalah kesihatan yang dialaminya.

Saya sempat mengunjungi beliau petang tadi dan kesihatannya beransur pulih.Sesiapa yang ingin menziarahi beliau bolehlah melawatnya di Wad Pesakit Lelaki Hospital Jengka.

Sekolah Perkasa Felda,Anugerah Kemulian Ibarat 'Raja Sehari'

SK Jengka 16 yang berjaya mencipta rekod mendapat keputusan UPSR terbaik Daerah Maran tahun ini,sebelum ini telah dipilih sebagai Sekolah Perkasa Felda kerana beberapa kejayaan yang dicapai dalam akademik semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam maklumat yang ada pada saya hanya dua buah sekolah di negeri Pahang ini tersenarai sebagai Sekolah Perkasa Felda.Felda ketika memberi anugerah tersebut sudah tentu mempunyai agenda untuk membantu sekolah berkenaan lebih kehadapan kerana potensi yang sedia ada pada sekolah tersebut.

Barangkali lah,dengan keuntungan besar yang diperolehi Felda sehingga menjadi badan koperat ternama dan berada di tempat kedua menyumbangkan sumber kewangan negara selepas Petronas,maka sudah tentulah sekolah sekolah yang tersenarai sebagai Sekolah Perkasa Felda ini akan menerima manafaat yang besar berbanding sekolah lain di kawasan Felda.

Sekurang kurangnya dari segi kemudahan infrastukturnya sudah tentu lah setaraf sekolah di kawasan bandar atau sekolah-sekolah pilihan yang lain.

Tetapi dari maklumat yang saya terima ,tidak ada apa sumbangan khas diterima pihak sekolah walaupun bergelar Sekolah Perkasa kecuaili Skim Boucer Tuisyen yang diperkenalkan di semua sekolah-sekolah dalam kawasan Felda.

Maka tak de lah bezanya antara Sekolah Perkasa dengan Sekolah Bukan Perkasa.Jadi tidak ada ertilah anugerah tersebut.Tak taulah pulak kalau Shahruk Khan lebih bertuah dengan gelaran Dato yang diberi pembesar Melaka yang pernah jadi Ahli Parlimen Maran berbanding SK Jengka 16 yang dapat gelaran kemulian tapi tak ada apa apa kelebihannya.
Samalah juga macam pengantin yang dinobatkan sebagai Raja Sehari,tetapi tak ada apa apa kekuasaannya ke atas rakyat jelata.Hanya sekadar untuk tontonan dan disimpan di dalam album kenangan.

Saya juga dimaklumkan kemudahan perpustakaan SK Jengka 16 ini masih ditakuk lama walaupun perpustakaan sekolah ini mendapat anugerah 4 bintang.

Selaku generasi kedua Felda yang menjadi generasi awal mendapat pendidikan di SK Jengka 16 dari tahun 1978 hingga 1982,saya merayu kepada pihak pentadbiran Felda Wilayah Jengka khususnya agar dapat menyalurkan peruntukkan khas kepada sekolah ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Perkasa Felda.

Saya percaya Tuan Hj Shaari,Pengurus Felda Wilayah Jengka yang baru yang pernah berkhidmat di Jengka 16 dapat mengambil tindakan sewajarnya sesuai dengan pengiktirafan yang diberikan Felda kepada sekolah ini.

Friday, November 14, 2008

JJ Dicabar Baca Khutbah Jumaat

Bandar Jengka:Calon Naib Presiden Umno yang dikaitkan dengan kes raba punggung Jamaluddin Jarjis yang mengaku boleh membaca khutbah Jumaat dipelawa untuk menyampaikan khutbah Jumaatnya di Masjid Sultan Ahmad Shah,Bandar Jengka atau mana mana masjid yang beliau pilih kalau beliau betul betul yakin layak membaca khutbah.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau,Ustaz Shahril Azman Abdul Halim mengulas tindakan yang dibuat Ahli Parlimen Rompin itu yang mempersoalkan khatib yang membaca khutbah Jumaat di Masjid Keratong 4 hari ini.
"Pemuda PAS sedia untuk membuat urusan dengan pihak masjid dan Pejabat Agama kalau beliau betul betul berminat",kata Ustaz Shahril

"Kita pun nak dengar macamana dia baca khutbah",tambahnya lagi.
Tindakan Jamaluddin yang memberi amaran kepada khatib Jumaat di masjid tersebut dan menimbulkan kekecohan serta mengaku boleh membaca khutbah disifatkan sebagai angkuh dan tidak profesional.

"Bagaimana beliau seorang pemimpin yang dipersoalkan akhlaknya berani memberi amaran kepada khatib yang menjelaskan tentang keadilan dalam Islam,sedangkan beliau sendiri begitu jahil tentang Islam",soal Ustaz Shahril.

Tambahnya,beliau sepatutnya bersikap profesional di khalayak ramai apatah lagi di dalam masjid.

"Sekiranya beliau rasa ada benda yang tak betul disampaikan dalam khutbah,beliau boleh membuat laporan kepada Pejabat Agama",ujar beliau.

Ustaz Shahril yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pahang turut melahirkan kebimbangan seandainya pemimpin seperti Jamaluddin terus diberi peluang menerajui negara,kalangan agama sudah setentunya tidak diberi penghormatan lagi.

"Beliau bukan nak ikut orang alim,tapi orang alim kena ikut kepala dia?kata Ustaz Shahril.

Wajah Terakhir

Wajah terakhir Amrozi dan saudaranya Ustaz Mukhlas@Ali Ghufron.Anda fikir sendiri apa petandanya.Ulasan lanjut di sini

Live Dari Keratong 4:JJ Dipersila Baca Khutbah Minggu Depan.

Wajah Calon Tok Imam dan Khatib Jumaat .Tukang gunting hati hati sikit,tengok tangan Tok Imam tu sebelah lagi kat mana.Tangan tu nakal ,suka merayau kat kawasan lembah.

Petang tadi saya sempat menghubungi Ustaz Suhaimi Saad,Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.Beliau masih lagi berada di Felda Keratong 4 untuk menyampaikan kuliah Maghrib.

Cerita mengenai calon Naib Presiden Umno yang naik minyak solat Jumaat siang tadi saya terima terus dari beliau.

Seperti yang disebut dalam Pahang Daily,Ustaz Suhaimi siang tadi telah dijemput membaca khutbah Jumaat di masjid tersebut.Tajuk khutbah beliau ialah Keadilan Dalam Islam.Beliau memfokoskan tentang kezaliman yang berlaku di bawah Akta ISA,tangkap tanpa bicara.Soal siasat yang begitu lama.Mangsa ditahan bertahun tahun di Kem tahanan tanpa sebarang bukti.

Akta yang hampir sama juga menurut Ustaz Suhaimi di dalam khutbahnya turut diamalkan oleh regim Israel.Beliau seterusnya menyebutkan bagaimana bentuk keadilan dalam Islam.Tiada satu patahpun dari khutbahnya menyebut tentang parti politik di negara ini baik parti pemerintah mahupun dari Pakatan Rakyat.

Selesai solat Jumaat ketika kebanyakkan makmum sudah keluar dari masjid tiba tiba beliau didatangi Jamaluddin Jarjis(JJ) Ahli Parlimen Rompin.Bekas menteri itu terus memberi amaran kepada Ustaz Suhaimi.

"Lain kali jangan datang baca khutbah kat sini,memecahbelah masyarakat",kata JJ.Ustaz Suhaimi yang terkejut dengan kenyataan JJ lantas bertanya,"Apa yang pecah belah masyarakatnya?"."Berpolitik dalam masjid",jawab JJ.

"Saya cerita tentang keadilan Islam,politik Islam ,bukan politik kepartian",jelas Ustaz Suhaimi.JJ tak puas hati,dengan angkuh dia berkata,"Kalau macam ni saya pun boleh baca khutbah".

"Silakan,Dato boleh baca khutbah minggu depan,sayapun nak dengar apa Dato nak cakap",jawab Ustaz Suhaimi.JJ makin naik angin,rasa tercabar,lalu mengajak Ustaz Suhaimi keluar masjid untuk berbahas di luar.

"Kita bincang dalam masjid lagi baik,Dato duduk dulu,Nabi pesan orang tengah marah kalau berdiri,suruh duduk",kata Ustaz Suhaimi.JJ tak puas hati terus keluar dan tunggu di luar bersama pengikutnya.

Atas nasihat Ustaz Shukri Ahmad YDP PAS Rompin,Ustaz Suhaimi tak dibenar keluar masjid kerana bimbang berlaku kejadian yang tak diingini.Setelah menunggu Ustaz Suhaimi tak keluar,JJ dan pengikutnya terus meninggalkan kawasan masjid tersebut.

Ustaz Suhaimi kemudiannya menghubungi Peguam Fadhli Ramli yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang dan memaklumkan kejadian tersebut.Fadhli kemudiannya terus menghubungi JJ dan menegur sikap beliau yang tak profesional.

Selepas memberi berbagai alasan,JJ kemudian berkata ,"Kalau saya tak buat macam tu tak merasa lah jadi menteri".

Itulah cerita yang saya dengar langsung dari Ustaz Suhaimi dan Peguam Fadhli yang sempat saya hubungi sebentar tadi.Ustaz Suhaimi dalam perjalanan pulang dari Keratong 4.InsyaAllah sebelum Subuh nanti anda bolehlah layari blog beliau http://www.najwasuhaimi.blogspot.com/ untuk cerita lanjut dari beliau.

Jamaludin Jarjis 'Naik Minyak' Di Masjid Keratong 4,Ustaz Suhaimi Mangsa Terbaru

Ahli Parlimen Rompin sekutu kanan bakal Perdana Menteri,Jamaludin Jarjis yang dikaitkan dengan kes raba punggung membuat kecoh di masjid Keratong 4 selepas solat Jumaat tadi.

Ustaz Suhaimi Saad Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang yang membaca khutbah di masjid tersebut telah manjadi mangsa herdikan bekas Timbalan Menteri yang 'naik minyak' sebaik saja selesai solat Jumaat tengahari tadi.

Beberapa tahun lepas ,kejadian yang sama telah dilakukan oleh Jamaludin Jarjis juga di gugusan Keratong.

Saya telah beberapa kali menghubungi Ustaz Suhaimi tapi tidak berjawab.

Untuk info selanjutnya sila ke http://pahangdaily.blogspot.com/ sekarang.

Sekolah Saya Terbaik UPSR Daerah Maran:Tahniah ! Cikgu.

Gambar Hiasan:Sebahagian tenaga pengajar di Jengka dalam satu program

Pagi tadi seramai 518,616 orang pelajar Tahun Enam di seluruh negara telah mengambil keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR 2008) di sekolah masing masing.

Ibu bapa yang mempunyai anak di Tahun Enam yang berjaya dalam UPSR tahun ini tentulah dapat tumpang gembira dengan kejayaan anak anak masing-masing.Tapi di sini saya yang tak ada anak mengambil UPSR pun nak tumpang gembira sama di atas kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh sekolah yang 30 tahun lalu,saya adalah salah seorang penuntutnya.

Sekolah saya itu dibuka pada tahun 1978 ketika saya dalam Darjah Dua.Guru Besar pertamanya ialah arwah Cikgu Daud ayah kepada Tuan Haji Halidan yang hari ini menerajui Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Hari ini saya terima berita sekolah saya itu mendapat keputusan terbaik dalam daerah Maran dengan pencapaian 40 peratus mendapat 5A meningkat daripada tahun lepas yang hanya mencapai 36 peratus.

Sejak beberapa tahun ini pencapaian UPSR nya terus meningkat mendahului sekolah di kawasan bandar dalam daerah ini.

Di atas kejayaan yang dicapai sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan kepada peneraju utama Tuan Guru Besar Encik Thirmizi M.Hashim,guru guru pembimbing UPSR,semua guru guru yang telah menyumbangkan tenaga dan masa mendidik para pelajar sehingga berjaya mendapat keputusan yang begitu cemerlang.

Tahniah juga kepada PIBG ,seluruh ibu bapa di atas keprihatinan bersama,dan tidak lupa kepada semua pelajar yang berjaya sekalung tahniah juga untuk anda dari Tukulbesi.blogspot.com.

InsyaAllah saya berhajat untuk menulis lagi berkaitan sekolah saya ini yang masih tetap dalam ingatan saya iaitulah SK Jengka 16,Bandar Jengka,Pahang.

Wednesday, November 12, 2008

Rakaman Kebesaran Ilahi,Tiga Burung Berlegar Di Udara

Arruhul Jadid dari Acheh menulis:

"Alhmdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam".

Untuk tonton rakaman kejadian tersebut klik di sini. Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian.Tetapi sebagai muslim ,haruslah kita berlaku adil dan berbaik sangka.

Umno Dengan Judi Tak Boleh Berpisah


Salah satu faktor kalangan ulama meninggalkan Umno diawal penubuhannya lalu menubuhkan PAS ialah kerana Umno memperkenalkan loteri untuk mencari dananya.Ternyata seawal penubuhannya Umno tak boleh berpisah dengan judi.Mertua kepada Tun Razak yang juga tokki kepada Najib dan Hishamudin adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan Malaysia satu satunya negara umat Islam di muka bumi ini yang mempunyai kasino untuk rakyat jelata menghabiskan duit dengan jalan yang dimurkai Allah.

Walaupun di zaman Pak Lah adanya Islam Hadhari yang tak sempat dipelajari oleh Almarhum Tun Razak,Tunku dan Husein Onn,tapi pusat judi di Genting Highland itu tak boleh juga nak ditutup.Ketika satu lagi Pusat judi nak dibuat di Bukit Tinggi,nama Setiausaha Agung Umno sekarang tersenarai sebagai salah seorang pemegang sahamnya disamping anak syarikat kerajaan negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob pun terlibat sama ketika itu.

Ketika Dato Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan dan menyerahkan memo bantahan kepada Menteri Besar itu di Pejabat Majlis Daerah Temerloh,mati matian MB itu mempertahankan pembukaan pusat judi itu dangan alasan mengikut Siyasah Syariah!Alasannya ,kita nak kawal kegiatan judi jangan merebak,kita sedia tempat khas,jadi tak lah merebak tempat lain.
Peliknya kenapa tak sediakan tempat anak anak peneroka nak hisap dadah ke,kesian dia orang terpaksa susah payah duduk dalam ladang sawit,peneroka juga susah.Apa pun itulah kepala hotak pemimpin Umno,benda yang dah jelas dalam Quran haramnya pun ,masih ada alasan syarie kononnya untuk diteruskan.

Hari Isnin 10 Nov,rakyat Pahang yang membaca akhbar Sinar Harian tentulah terbaca berita di muka hadapan bertajuk 'Ahli Umno Edar Nombor Ekor Di Mesyuarat Bahagian',boleh baca di sini. Ianya didedahkan sendiri oleh Ketua Umno Bahagian Temerloh Dato Sarit Yusuf ketika merasmikan mesyuarat bahagian tersebut.

Tiada pula laporan akhbar yang menyebutkan Dato Sarit marah ke,kesal ke,atas kejadian tersebut.Dato Sarit dilaporkan berkata, “Ini adalah antara gelagat yang ditonjolkan oleh ahli-ahli UMNO Temerloh bagi menghangatkan suasana pertandingan sedangkan dia sendiri sebenarnya tidak bertanding apa-apa jawatan dalam bahagian".

Lebih hebat lagi Dato Sarit pun dapat juga tiket loteri tersebut.Tak de apa yang pelik bagi Umno.Rakyat saja yang dok pening kepala.Umno dengan judi betullah tak boleh berpisah.Macam Amerika dengan Israel ler.Saling perlu memerlukan.

Hari ini lelaki berkenaan Che Wan mengaku dia edar tiket loteri itu untuk menghapuskan politik wang dalam Umno.Lawak betul! Dia guna pencuri nak lawan perompak!Minta tolong syaitan nak halau iblis.

Sayapun tak nak ulas apa dah,cuma kalau ada ustaz ustaz dan tok imam yang jadi perwakilan Umno tu jaga sikit tiket loteri tu,takut duduk dalam poket baju,tengah nak rukuk ,jatuh atas sejadah!Woi malu nya,nanti dapat gelaran Tok Imam Loteri.Fikir fikirkanlah ,nak duduk lagi ke dalam Umno ni.

Untuk ulasan seterusnya sila baca posting Ustaz Suhaimi,Pemangku Ketua DPP Pahang di sini.

Guru PASTI Bertindak Nekad Kejar Pencuri

Guru PASTI Nurul Iman Bandar Jengka yang dilarikan beg tangannya oleh tiga pencuri pagi tadi bertindak nekad mengejar pencuri pencuri yang menaiki tiga buah motorsikal.

Cikgu Khairul Azimah yang menonggang motorsikal seorang diri dari Rantau Perintis menuju Nadi Kota telah diekori 4 orang lelaki yang menaiki tiga buah motorsikal dan merampas beg tangannya di hadapan Balora Mastika.

Setelah tidak berhasil mengejar pencuri berkenaan,beliau dengan kerjasama Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau ,Ustaz shahril Azman telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka.

Beliau yang mengecam wajah pencuri berkenaan yakin pencuri pencuri terbabit menetap di sekitar Rantau Perintis.

Cikgu Azimah yang kehilangan Lesen Memandu ,Kad Pengenelan dan wangnya telah menerima sumbangan derma dari Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Tuesday, November 11, 2008

Guru PASTI di Ragut

Ketika membalas komen Abu Ishaq di artikel di bawah,beberapa minit tadi saya dihubungi Pengarah PASTI kawasan Saudara Syafie memaklumkan seorang guru PASTI Nurul Iman Bandar Jengka telah diragut sebentar tadi berhampiran Balora Mastika.

Ketua Pemuda PAS Ustaz Shahril sedang membawa guru berkenaan ke Balai Polis sekarang.Tunggu berita selanjutnya.Saya akan ke Balai Polis sekarang.

Monday, November 10, 2008

Menyelami Pengorbanan Guru PASTI ,Menggamit Keprihatinan Semua

Menyelami kehidupan para penggerak utama Pusat Asuhan Tunas Islam yang terdiri dari kalangan tenaga pengajarnya begitu menyentuh perasaan. Peluang bertemu beberapa orang guru PASTI di kawasan Kuala Krau ketika Hari Pendidikan PASTI Ahad lalu telah mendorong saya untuk mencatatkan sesuatu di sini.

PASTI yang diasaskan sekitar 25 tahun lalu di bawah Dewan Pemuda PAS sudah mendidik puluhan ribu anak anak yang hari ini sebahagiannya sedang berada di menara gading dan ada yang sudah memiliki kerjaya sendiri,menjadi orang terkenal seperti Fenda di MHI TV3 dan sebagainya lagi.

Setelah mengharungi berbagai cabaran dalam tempoh tersebut,PASTI terus mencipta nama di sebalik sumbangan yang diberikan dalam pendidikan di negara ini.Selepas menerima Anugerah dari Raja Permaisuri Agong,PASTI terus melangkah ke hadapan.

Hari ini dengan kurikulum PASTI yang tersusun,memiliki buku teks sendiri ,menjadikan institusi pengajian ini mampu bersaing dengan lain lain institusi pra sekolah.

Penyertaannya juga tidak terbatas kepada ahli PAS ataupun umat Islam sahaja,tetapi ahli ahli Umno sudah ramai yang meyakini pendidikan di PASTI lebih baik untuk anak anak mereka seawal usia lima tahun.(PASTI juga membuka penyertaan kepada kanak kanak berusia 4 tahun)

Lebih menarik lagi di kawasan kawasan bandar orang orang bukan Islam turut menghantar anak anak mereka ke PASTI.

Menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan PASTI 2005-2011 kematangan PASTI kian terserlah.

PASTI juga boleh berbangga kerana mampu memiliki sebuah bangunan empat tingkat berharga RM900 ribu di Taman Samudera ,Batu Caves.
Ya,terlalu banyak perubahan telah berjaya dilakukan oleh pengurusan PASTI khususnya di peringkat Pusat,syabas!

Namun ada hal yang perlu saya usik di sini yang mengharapkan kebersamaan semua dalam menyokongnya.



Ketika berbual dengan bekas pelajar saya yang kini sedang berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah PASTI di Jengka,beliau tersipu sipu malu bila saya tanyakan berapa elaun bulanan yang dibayar oleh PASTI kepada beliau yang mempunyai kelulusan STPM.

"Alhamdulillah dapatlah RM 200 sebulan",jawabnya tanpa rasa kesal."Ada pembantu ke yang sediakan makan pelajar",tanya saya lagi."Tak ada,saya buat sendiri makanan,tak pe pelajar taklah ramai sangat",jawab beliau.

"Berapa peruntukan di beri untuk sediakan makanan tu",soal saya."Duit RM 200 tu lah saya guna,tak de dah peruntukan lain,saya tak kisah tu,boleh buat,kadang kadang ada orang derma bahan bahan untuk masak",jelas guru berkenaan.

Ye lah,kalau nak cari pembantu pun sape yang sanggup,tak padan pulak upah yang nak diberi .

Aduh! saya terpinga pinga kepeningan.Sudahlah elaunnya hanya RM 200,tukang menyediakan makanan pun dia jugak,guna duit sendiri!Aduhai betapa tulusnya hati seorang guru yang sangup bekorban sehingga ke tahap itu.
Ke sana ke mari menghadiri kursus,taklimat,mesyuarat semuanya dengan wang poket sendiri.

Saya juga berpengalaman menempuh kesusahan dalam perjuangan,pernah menjadi guru agama dengan gaji yang juga rendah semata mata untuk menyampaikan ilmu agama.Tetapi bekas anak murid saya itu terlebih besar pengorbanannya jauh lebih baik dari gurunya sendiri.

Di awal awal saya bertugas sebagai guru agama di SAR milik ABIM Seremban,elaun yang dibayar kepada saya yang ketika itu memiliki STPM ,ialah RM 320 sebulan.Pendapatannya kecil,tapi cukuplah untuk saya yang masih bujang ketika itu.Tapi RM 320 itu bila?15 tahun yang lalu,tahun 1993.Ketika harga petrol belumpun sampai RM 1.00 seliter.Guru yang dapat RM 200 itu zaman Pak Lah,zaman semua benda naik harga kecuali getah dan sawit!

Guru berkenaan juga sempat memaklumkan ,bulan November ni kemungkinan tak ada elaun kerana sekolah hanya dua minggu sahaja,nak kutip yuran dari ibu bapa pun susah.Bulan Disember nanti dah tentu lah tak ada apa apa imbuhan untuk guru guru ini.

"Gaji tu saya tak kisah sangat,saya sanggup mengajar lagi,tapi yang penting kerjasama dari AJK itu sangat penting,apa apa masalah kita bincang sama sama",luahnya lagi penuh keikhlasan.

Seorang guru veteran yang memberi khidmat kepada PASTI lebih sepuluh tahun yang lalu juga berkongsi cerita yang hampir sama.

"Elaun saya RM 200,tapi kadang kadang RM 150 je,tak tentulah bergantung kepada duit yang terkumpul",cerita guru lulusan 4 Thanawi itu kepada saya.

Begitupun ada rupanya.Sebahagian besar mereka yang memilih kerjaya sebagai guru PASTI bukanlah berniat untuk mencari rezki semata mata tetapi lebih didorong rasa tanggungjawab untuk membantu mendidik anak anak PASTI,suatu kerja yang tidak ramai orang sanggup lakukan.

Kalau mereka hendak mencari rezki semata mata mereka ada peluang yang lebih baik kerana rata rata mereka mempunyai kelulusan akademik.Ada di kalangan guru PASTI di kawasan ini memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al Azhar,Diploma Sains dari UiTM,beberapa orang daripadanya memiliki STPM,STAM,Empat Thanawi dan sekurang kurangnya SPM.

Tugas guru PASTI dan juga guru guru lain satu tugas yang berat.Walaupun masa di sekolah hanya sekitar tiga jam,tetapi tugasnya tidak selesai di sekolah.Buku buku tulis anak murid dibawa pulang ke rumah,ada kerja yang perlu disambung oleh guru di rumah.Kalaulah nak dikira overtimenya tentulah berlipat ganda lah elaun guru PASTI.

Kalau ada pertandingan sukan,pertandingan ilmiah,ihtifal,dan lain lain aktiviti,bertambah tambahlah kagi bebanan yang terpaksa dilalui.Lantaran itu RM 200 atau RM300 masih tidak berbaloi dalam suasana ekonomi hari ini.

Apa yang saya perhatikan masalah kebajikan guru guru kadang kadang terabai apabila pihak pengurusan PASTI di cawangan hanya bergantung kepada kutipan yuran tanpa sumber kewangan lain yang boleh membantu.

Walaupun harga barang keperluan jauh melambung tinggi,tapi yuran pelajar PASTI masih tidak dinaikkan kerana tidak mahu memberatkan ibu bapa.Akhirnya kebajikan guru yang terpaksa dikorbankan. Apabila anak kita berjaya,kita bangga kerana anak kita memang pandai,tetapi bila dia gagal kita kecewa kerana 'guru tak pandai' mengajar!Guru juga yang kena.Harapnya kita tidak begitu.

Lantaran itu disini saya ingin merayu sokongan dari saudara semua untuk membantu kebajikan guru guru PASTI khususnya.Kadang kala ada di kalangan kita tidak tau ke mana nak disalurkan sumbangan derma hingga akhirnya duit kita mengalir kepada pihak pihak yang masih berupaya untuk meneruskan kelangsungan hidup sedangkan disekeliling kita masih ramai yang mengharapkan sumbangan wang ringgit dan sokongan daripada kita.

Dalam hal ini saya tidak mahu meletakkan kesalahan penuh kepada jawatankuasa PASTI di cawangan cawangan di atas kegagalan mereka menyediakan dana kewangan yang mencukupi untuk kebajikan guru guru dan pembangunan PASTI.Saya amat memahami berbagai kesusahan yang terpaksa dihadapi dalam usaha mereka membangunkan PASTI di kawasan ini.
Sebahagian yang menguruskan PASTI di cawangan cawangan terdiri dari kalangan veteran jamaah yang patutnya sudah berehat.Kadangkalanya mereka sendiri sudah buntu untuk memikirkan bagaimana mereka boleh mendapatkan sumber kewangan untuk terus menghidupkan PASTi.Apa pun,ketegasan mereka tidak membiarkan PASTI berkubur sudah cukup baik walaupun mereka tidak mampu untuk menambah elaun guru.

Pastikan anda menjadi orang terawal untuk menyumbang bantuan kewangan kepada PASTI Kawasan Kuala Krau dan terus istiqamah untuk membantunya.Nombor akaun DPPKK saya paparkan di ruang sebelah untuk saudara menyalurkan sumbangan derma.
Keterangan Gambar
1.Cikgu Rohani,18 tahun memberi khidmat
2.Ustazah Fatimah,memiliki Empat Thanawi
3.Cikgu Salwa,berkelulusan STPM

Info PASTI




Siaran Langsung Sidang DUN Perak

Ikuti siaran langsung sidang DUN Perak sekarang di sini dari hari ini hingga 14 Nov

Suara Hati Isteri Ali Ghufron

Ustazah Faridah Abbas isteri Ali Ghufron

Temuramah dengan Ustazah Faridah isteri Mukhlas @ Ali Ghufron,kelahiran Singapura menetap di Malaysia .Klik di sini