Wednesday, March 25, 2009

Rapidah Tumbang!

Rapidah Aziz tidak mampu bertahan lagi.Berita yang diterima sebentar tadi mengesahkan Ketua wanita Umno itu akhirnya tumbang menyembah bumi apabila tewas kepada pencabarnya Shahrizat Jalil yang memperolehi undi 5o7 undi manakala Rafidah hanya mampu memperolehi 280 undi.

Monday, March 23, 2009

Demokrasi Dibunuh Lagi!

Menjelang pertabalan Mahafiraun Two @ Menteri Fasola menerajui negara,demokrasi terus dirogol dan dibunuh.Selepas berjaya menculik Wakil Rakyat dan memeras ugut mereka kini akhbar Harakah dan Suara Keadilan telah dihentikan permit pengeluaran selama tiba bulan tanpa alasan munasabah.
Apa yang nyata ialah kebimbangan berulangnya Tragedi Permatang Pauh dan Kuala Trengganu berulang di dua bukit yang akan menghadapi PRK sedikit masa lagi.
Dengan penutupan dua akhbar penting yang berjaya mengubah pikiran rakyat dan menjahanamkan tahayul dan khurafat yang berakar umbi di dalam kepala rakyat Malaysia puluhan tahun lamanya,BN pastinya berharap rakyat akan dapat diperbodohkan kembali seperti yang mereka lakukan selama 50 tahun.

Namun pengundi Bukit Gantang,bukit Selambau dan Batang Ai pastinya mampu memberi jawapan terbaik untuk Barisan Nasional memahami bahawasanya rakyat tidak sebodoh itu.
Kepada para pelayar cyber dan pencinta keadilan keseluruhannya kita sama sama mempunyai tugas mencelikkan rakyat ,jangan biarkan rakyat ditipu lagi.Ayuh !

Thursday, March 12, 2009

3 Soalan Panas Untuk YB Wan Salman

Apa khabar abang Wan?Dah setahun bergelar YB.Sihat?Keretapun makin besar nampaknya.Hidup makin senang .Bertuah jadi YB Umno ni.Tapi sebelum YB terlupa ,sekadar nak ingatkan balik janji janji YB dan tukang tukang kempen YB masa PRU dulu.Kita ni sesama Islam kena selalu ingat mengingati.

1.Ingat tak lagi janji YB kat generasi kedua Felda masa hangat kempen dulu.Apa jadi dengan projek rumah generasi ke2 Felda di Jengka 11 yang riuh bagai nak rak masa pilihanraya dulu?Habis beratus borang diisi anak peneroka kononnya lepas pilihanraya projek perumahan tu akan bermula.Berapa ramai anak peneroka terpedaya dengan janji YB ketika itu.Ketua Pemuda UMNO Jengka 14 cukup semangat dalam kempen PRU ketika itu mengatakan ,mereka akan pastikan hanya anak orang Umno saja yang dapat rumah tu.Berapa orang dah pemuda Umno yang dapat rumah tersebut?

2.YB,masa musim kempen dulu,ada seorang pemimpin Umno Bahagian Kuala Krau yang tolong kempen untuk YB di Jengka dalam ceramahnya di Desa Jaya mengatakan kalau BN menang sebuah hotel tiga bintang akan dibina di Bandar Jengka.Barangkali peneroka yang boring tengok batang getah dan sawit bolehlah bawa anak bini berehat rehat di hotel 3 bintang sambil mandi manda di kolam renang dengan anak isteri.Mana dia Hotel bertaraf tiga bintang tu?YB,yang sebenarnya Hotel Tiga Bintang ke Hotel 'Bintang Tiga'?

3.Semasa kempen PRU 12,YB ingat tak masa tu YB tabur janji atas surau di Matau akan selesaikan masalah Matau seminggu lepas YB menang.Sekarang dah setahun.Barangkali notis supaya penduduk berpindah dan bersedia untuk dirobohkan rumah dan kedai kedai mereka bermula April depan itulah yang dimaksudakan dengan janji YB nak 'selesai'kan isu Matau tu.Tak gitu YB?

Saturday, March 7, 2009

Setiausaha Politik Azalina Yang Kena Siasat SPRM

Dari blog:Sayuti Omar
Pegawai Kanan seorang menteri yang dilaporkan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said.

Setiausaha Politik itu ditahan sejak Rabu lalu dan dibebaskan hari ini ditahan kerana dikatakan terbabit dengan rasuah wang sebanyak RM70,000.SPRM seperti mana dilaporkan oleh media maya enggan mengulas berhubung penahanan Seitausaha Menteri berkenaan.

Ada unsur-unsur untuk melindungi identiti setiausaha politik berkenaan dan majikannya, kementerian tempat beliau bertugas.Setiausaha menteri berkenaan berasal dari Kelantan dan pernah menjadi wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menang dalam pilihan raya umum 2004.

Ideniti setiasuaha politik ini disahkan oleh salah seorang pegawai pejabat Perdana Menteri didihubungi sekejap tadi.Apakah penahanan itu ada kena mengena dengan rasuah politik menjelang pemilihan agung Umno pada hujung bulan ini tidak dapat disahkan. "Saya tidak berani kata kenapa SP itu disiasat SPRM, tetapi dia adalah setiausaha politik Azlina," ujarnya.Azalina Othman Said adalah salah seorang calon yang akan bertanding sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno

Syabas Buat Pejuang Bahasa

Salam tahniah untuk pejuang bahasa.Syabas untuk semua pemuda Jengka yang bermandi asap di ibu negara.Saya cukup sedih tak dapat bersama kerana keuzuran.Syabas,syabas,syabas!Perjuangan anda tidak sia sia.(tukulbesi)
Tahniah para PERJUANG BANGSA. Anda semua lah sebenarnya PERJUANG BANGSA MELAYU.(Irfan Ghaib-tranungkite)

Pak Samad! Perjuangan tidak hanya pada tarian mata pena di atas kertas. Malah ianya harus melebar kepada meniti diatas titian yang penuh onak dan duri. Ada ketika menuntut titisan darah dan air mata. Tapi jangan berdetik gementar dihati. Jauh sekali dari menapak langkah mundur kerana cahaya kemilau di kaki langit sudah menjelma.(Gedebe-tranungkite)

Selamat berjuang wahai seluruh rakyat yang prihatin...Ubahlah sekadar kemampuan kita demi maruah bahasa... Dari jauh kami doakan kejayaan pejuangan ini.TERUSKAN!!!(Putat-tranungkite)

Thursday, March 5, 2009

Menteri Pasola Akan Mati Dengan Buluh Runcing Dari Monggolia



Ramai yang mengulas posting saya berkaitan Menteri Pasola yang huru harakan Perak yang disiarkan di Tranungkite.net.Ulasan paling menarik dan tepat ialah ,buluh runcing yang bakal menamatkan kekebalan Menteri Pasola (bekas Menteri Pertahanan) sedang berada di Monggolia.

Buluh runcing dari Monggolia ini pastinya menamatkan riwayat dan cita cita besar Menteri Pasola untuk menjadi Perdana Menteri.Soalnya siapakah yang akan menggunakan buluh runcing ini?Adakah Pakatan Rakyat atau Pak Lah sendiri yang akan menusuk kaki Menteri Pasola dengan buluh runcing dari Monggolia?
Gambar:Menteri Pasola

Wednesday, March 4, 2009

Laporan Polis Ke atas Felda

Satu laporan polis telah dibuat ke atas Felda bersabit beberapa peraturan yang dibuat agensi terbabit khusus berkaitan penjualan buah sawit yang telah menyekat hak peneroka Felda yang mengusahakan ladang secara persendirian.

Laporan polis tersebut yang telah dibuat oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man pada jam 12.30 hari tadi di Ibu Pejabat Polis Kontijen di Kuantan.

Hadir sama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ustaz Yusuf Embung,Ustaz Suhaimi Saad,Ustaz Fadhil Nor,wakil dari PKR dan kira kira hampir seratus peneroka Felda dari seluruh negeri ini.

'Menteri Pasola' Huru Harakan Perak

Pada tahun 1972 Allahyarham P.Ramlee barangkali telah meramalkan apa yang bakal terjadi di Perak pada tahun ini.Peristiwa Sidang DUN bawah pokok pagi semalam telahpun dikisahkan oleh P.Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi.

Pemerintah sah kerajaan negeri Pasir Dua Butir bersama beberapa menteri yang masih setia terus mendirikan kerajaannya di bawah pokok selepas negeri tersebut di landa huru hara angkara Menteri Pasola yang membuat khianat.

Menteri Pasola ialah bekas Menteri Pertahanan yang ingin memperisterikan puteri Tuanku pemerintah negeri Pasir Dua Butir,tetapi lantaran tidak diperkenankan ,Pasola bertindak merampas kuasa dan melarikan puteri Tuanku.
Menteri yang huru harakan Perak sekarang pun bekas Menteri Pertahanan juga!

Dengan bantuan 3 pendekar ,Laksamana Do Re Mi yang diutuskan Raja Damsyik Jani dari negeri Pasir Berdengung telah dapat membantu mengembalikan pemerintahan yang sah kepada kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

"Dinding dinding istana pun habis dikopak sampai bumbung pun tak de lagi ,ada ka patut?",cerita seorang Menteri yang terselamat."Tak patut,tak patut",jawab ketiga tiga Laksamana Do Re Mi."Sungguh kejam Menteri Pasola ,akai pun tak dak!",tambah menteri tersebut

Angkara Menteri Pasola lah,DUN Perak dikunci dikawal polis,nak bersidang pun tak boleh,bersidanglah dibawah pokok .Ada ka patut?Tak patut ,tak patut!

"Kenapa Tuanku tak lari bersembunyi?",tanya salah seorang Laksamana."Dato Laksamana Kalau Tuanku lari beerti negeri ini tak bekerajaan lagi,kami dato dato yang tertunggul di sini menjadi batu asas menandakan kerajaan Dua Butir ini dok ada lagi,kalau tidak kamipun dah lama blah!".

Tahniah kepada Menteri Besar Perak YAB Hj Nizar serta seluruh Exco dan YB Pakatan Rakyat yang terus bertahan walaupun di bawah pokok.Maka tahu lah rakyat Perak mereka masih ada kerajaan negeri lagi.

Bersabarlah,terus pertahan kerajaan yang sah,sampai masanya Menteri Pasola yang ada kekebalan itu akan mati juga .Carilah buluh runcing dan cucuk pada kakinya.Akan tamatlah riwayat Menteri Pasola itu.
Tiga orang,Laksamana Do Re Mi juga bakal turun ke Perak untuk membantu.Siapakah mereka?Adakah akan ada wakil rakyat Umno yang akan terbang ke Pakatan Rakyat.Tungguu..