Monday, July 20, 2009

Kes Teo:Kenyataan Ketua Polis Selangor,buktikan SPRM Penipu.

Dakwaan SPRM kononnya Teo Beng Hock telah dibebaskan jam 3.45 pagi dan menumpang tidur di lobi pejabat tersebut jelas pembohongnya berikutan pendedahan terbaru Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau dalam kenyataannya mengatakan handphone dan barang barang peribadi Teo masih berada dalam simpanan SPRM.Kalau beliau telah dibebaskan mengapa pulak barangan peribadinya masih berada dalam tangan mereka.Ini membuktikan Teo belum lagi dibebaskan dan beliau masih dalam pengawasan SPRM.

Oleh itu Mad said hamdan jangan uat mudah nak perbodohkan rakyat Malaysia.Tunggu satu demi satu rahsia akan terbongkar juga.

Orang Pahang Selalu Dapat Malu

Sebagai rakyat Pahang saya dan anda semua mungkin rasa malu dengan jolokan yang diberi kepada negeri ini sebagai 'Darul Maisir' kerana wujudnya pusat judi ketiga terbesar di dunia yang puluhan tahun melahirkan entah berapa ratus ribu tahi tahi judi di negara ini.
Lebih malu juga kami ada seorang Menteri Besar yang boleh tunjuk isyarat lucah pada orang ramai.Sanggup pula tonggeng punggung kepada rakyat tanpa rasa bersalah.
Menteri Besar yang sama juga boleh tipu syarikat balak dan degil tak mahu bayar gantirugi yang diputuskan mahkamah.
Rakyat Pahang dapat malu lagi kerana ada Perdana Menteri dari negeri ini yang belum pegang jawatan dah dipersoalkan akhlaknya oleh rakyat.Media luar negara dah kaitkan Najib dengan Altantuya,tetapi dia tak hingin pun nak bersihkan namanya.Isterinya PM dari Pahang menjadi wanita pertama mendapat gelaran 'Wanita Puaka'.
Hari ini ada lagi berita gempar dari Pahang yang cukup memalukan.Suami dipenjara edar gambar lucah isteri.Apa nak pelik,bagaimana akhlak pemimpin begitulah juga rakyatnya.

Ikuti berita dari Malaysiakini


Jul 20, 09 3:45pm
Seorang suami dihukum enam bulan penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini selepas mengakubersalah mengedar gambar lucah isterinya bulan lalu.Abdul Aziz Basri, 57, seorang pembekal alat ganti, didakwa mengedar enam keping gambar lucah adegan seks dalam bentuk salinan fotostat kertas bersaiz A4 di Court Mammoth, Jalan Abdul Aziz, Kuantan, kira-kira 8 pagi hingga 12 malam, antara 28 Jun dan 7 Julai lalu.

Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 13 Julai lalu, seorang kerani wanita berusia 41 tahun telah membuat laporan polis berkaitan pengedaran gambar lucah yang didakwa dilakukan oleh suaminya.Pendakwaan dijalankan oleh Cif Insp Muhamad Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Kempen Mansuhkan ISA Di Jengka

Rakyat Pahang dipersilakan ke Ceramah Umum Mansuhkan ISA anjuran Pemuda PAS Pahang pada 22 Julai ,Rabu ini jam 9 malam di Jengka 20.

Pemidato utama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Syafawi Abd Rani dan Puan Norlela isteri kepada mangsa kezaliman ISA yang masih ditahan di Kem Kemunting sejak lapan tahun lalu.

Puan Norlela akan bertemu kaum muslimat pada jam 3.00 petang di Markaz Jengka 17 untuk mendedahkan kezaliman ISA ke atas suaminya.Semua muslimat di jemput hadir.

Thursday, July 16, 2009

Misteri Beg Hitam TPM Di Manek Urai

Beg yang menjadi tanda tanya
kenderaan khas membawa beg rahsia
TPM disambut


Helikopter yang membawa TPM dan beg misteri

Untuk selanjutnya sila ke blog Ajijoi

Panas! Setpol Exco Selangor Terbunuh atau Dibunuh?

Panas!Panas!Politik Malaysia terus mendidih.Belum habis lagi cerita Manek Urai,tiba tiba gempar pula dengan tragedi penuh persoalan.
Bagaimana Setiausaha politik Ean Yong Hian Wah , Exco Serdang ,Teo Beng Hock mati semasa dalam tahanan SPRM?Beliau dikatakan terjatuh di tingkat 14th Ibu Pejabat SPRM , Shah Alam petang tadi.Apakah benar beliau terjatuh,terjun sendiri atau ada orang yang menjatuhkannya ke bawah!Semuanya bermain dipikiran pencinta demokrasi dan keadilan.
Berbagai kemungkinan boleh diramalkan berpandukan kes kes sebelum.Sudah ramai yang mati dalam tahanan.Mantan TPM sendiri menanggung derita kerana dibelasah separuh mati oleh pembesar utama polis.Pembunuhan politik bukanlah terlalu asing bagi Malaysia.
Sudah ada berita yang heboh tentang penderaan dilakukan oleh pegawai penyiasat SPRM ke atas mangsa dalam kes kes sebelum ini.
Apa perlu Teo Beng Hock disiasat hingga jam 3 pagi?Semuanya perlu dijawab oleh SPRM.
Peliknya kenapa SPRM bertindak terhadap YB YB Pakatan berbangsa Cina untuk disiasat!Apakah ada perancangan sebaliknya?Semuanya menjadi tanda tanya. Sehingga kini belum ada kenyataan resmi dari pihak SPRM.

Dalam berita TV tadi kelihatan Ronnie Liu sedang mengamuk di Ibu Pejabat SPRM tersebut kerana tidak ada pegawai SPRM yang boleh ditemuinya untuk mendapat penjelasan tentang kematian Beng Hock.

Wednesday, July 15, 2009

Pengumuman Penting Esok!

Pengumuman penting 5.28 petang esok ,Khamis 16 Julai.Betulkan kiblat anda.

Arah kiblat boleh disemak Khamis ini
TAWAU 13 Julai - Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.- BERNAMA

Felda Tak Serik Disaman!


Sudiro bin Ahmad Dini (kiri) dan Md Zin bin Awang ,peneroka Jengka 9
Kejayaan peneroka Felda Kemahang menyaman Felda kerana penipuan yang dilakukan agensi tersebut nampaknya belum dapat membuka mata pentadbiran Felda untuk sentiasa telus dan memperbaiki kelemahan yang berlaku.
Kini giliran peneroka Jengka pula menyaman pentadbiran Felda .Laporan terbaru menyebutkan peneroka peneroka dari Jengka 9 akan menyeret Pengurus Rancangan Felda tersebut untuk disiasat SPRM.Ikuti laporan Hj Suhaimi Said di bawah.

Lebih 100 orang Peneroka Felda Jengka 9, Bandar Jengka, Pahang akan membuat laporan kepada SPRM terhadap Pengurus Felda Jengka 9 kerana Pengurus tersebut telah memotong 20% daripada pendapatan peneroka-peneroka yang menjualkan buah sawit mereka kepada Kilang Sawit Felda.

Dua orang wakil peneroka tersebut telah menemui saya di Pejabat saya pada 8hb Julai 2009, iaitu En Md Zin bin Awang dan En Sudiro bin Ahmad Dini, dan mereka mewakili rakan-rakan mereka seramai lebihh kurang 100 orang.

En. Md Zin menerangkan bahawa kesemua 100 lebih peneroka tersebut telah menanam semula sawit di kebun masing-masing tanpa sebarang bantuan dan pertolongan Felda. "Usahkan bantuan, kami nak beli anak sawit dan baja dari Felda pun, tidak dibenarkan oleh Felda", kata Md Zin, "Tetapi apabila kebun kami sudah mengeluarkan hasil, Felda membuat potongan terhadap pendapatan kami, seolah-olah kami mengerjakan kebun kami Felda."

En Md Zin berkata bahawa semua peneroka-peneroka yang menanam secara bersendirian sangat tidak puas hati kenapa Felda mesti memotong 20% pendapatan mereka, dan potongan itu pula dibuat tanpa mengeluarkan apa-apa resit dan bukti. "Dipotong begitu saja," katanya.

Sebelum ini Koperasi Peneroka Felda Jengka 9 memilikki Lesen MPOB dan peneroka-peneroka Felda Jengka 9 boleh membuat timbangan sendiri, dan Koperasi pula mendapat bayaran untuk membolehkan peneroka-peneroka mengadakan khidmat bas kepada anak-anak peneroka yang bersekolah diluar daripada kawasan Jengka 9. Tetapi sejak Lesen MPOB dibatalkan dan semua timbangan dan jualan mesti dibuat kepada Kilang Sawit Felda di Jengka 8, pendapatan kepada Koperasi telah hilang dan Koperasi tidak lagi berupaya menyediakan khidmat bas persekolahan itu kerana kos yang tinggi untuk membeli minyak, gaji pemandu dan kos pembaikan bas.

Kini Felda dan Kilang Sawit Felda memonopoli pembelian dan timbangan buah kelapa sawit dan mereka mengenakan potongan yang tidak munasabah. "Kami, peneroka-peneroka yang menjalankan tanaman secara bersendirian menentang tindakan Felda ini kerana Felda telah menyempitkan pendapatan kami yang mempunyai tanggungan berat untuk keperluan keluarga dan persekolahan anak-anak," kata En Md Zin.

En Md Zin berkata lagi bahawa bukan sekadar peneroka-peneroka yang menanam bersendirian sahaja yang menentang tindakan Felda memotong 20% pendapatan itu, bahkan peneroka-peneroka yang menanam semula melalui agensi Felda juga tidak bersetuju dengan potongan itu, dan mereka juga akan mengambil tindakan kepada Felda, dan jika sekiranya Felda berdegil, maka mereka akan memberikan jawapan mereka semasa Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Sementara itu, En Md Zin menyatakan bahawa Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil cawangan Jengka 9 akan mengadakan perjumpaan dikalangan ahli-ahli mereka pada 26hb Julai 2009 di Dewan JKKR Felda Jengka 9 jam 2.00 petang. Perjumpaan itu akan dihadiri oleh beberapa orang peguam yang telah dilantik mewakili mereka.

Haji Suhaimi Said,
Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda,
Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang.
8hb Julai 2009.

Monday, July 13, 2009

Rumah Gen2:Janji Baru ADUN Jengka!

Satu sumber memberitahu saya,YB ADUN Jengka tabur janji lagi baru baru ini.Selepas gagal memenuhi janji kepada generasi kedua Felda untuk memiliki rumah di Jengka 11,Wan Salman dikatakan berjanji kepada anak anak peneroka di Jengka 19 yang bekerja dengan Technoplant hanya mereka sahaja yang layak memiliki rumah generasi kedua yang akan dibina di situ.

Saya telah meminta sumber tersebut mendapatkan maklumat terperinci kenyataan ADUN Jengka tersebut.Kalau benarlah kenyataan tersebut,maka ini satu lagi double standard ke atas anak peneroka sendiri.Bagaimana dengan nasib anak peneroka yang membantu mengusahakan ladang ibu bapa mereka yang tanam sendiri!Ini adalah pilih kasih yang keterlaluan.

Apakah istimewanya sangat pekerja Technoplant hingga dijadikan syarat penting untuk memiliki rumah generasi kedua.Saya harap sesiapa yang ada maklumat boleh hubungi saya segera untuk pendedahan lanjut.

Saturday, July 11, 2009

Natrah Sudah Tiada

Natrah@Maria Hertogh gadis Belanda yang berkahwin dengan Mansor Adabi yang mencetuskan kontrovesi di Singapura pada tahun 50an telahpun meninggal dunia dalam usia 72 tahun di Huijbergen,Belanda setelah melalui berbagai penderitaan selepas dipisahkan oleh Mahkamah di Singapura dari ibu angkatnya Puan Aminah yang tinggal di Kemaman.

Keputusan Mahkamah telah membangkitkan kemarahan umat Islam hingga tercetusnya tunjuk perasaan yang mengorbankan 18 orang umat Islam.Ada cerita yang menyebutkan seorang Inspektor Polis,Encik Taha Kalu turut sama berrdemontrasi bagi mempertahankan aqidah Natrah yang bakal dimurtadkan.

Tenyata umat Islam ketika itu termasuk anggota polis begitu sensitif sekali tentang persoalan aqidah umat Islam.Bebeza benar selepas negara ini berada di bawah pentadbiran BN selepas 50 tahun.Belum ada seorangpun yang terkoban kerana membela aqidah umat Islam yang dikatakan telah lebih 200 ibu yang murtad.

Pastinya tiada anggota polis seperti Taha Kalu untuk sama berdemontrasi,tetapi yang ada ialah ratusan polis yang berkumpul untuk membelasah penunjuk perasaan.

Lagi cerita Natrah klik sini

Wednesday, July 8, 2009

Salam,Bertemu Kembali

Assalamualaikum,jumpa kembali.Hampir dua minggu tak update blog.Semuanya gara gara mencuba pelbagai teknologi IT yang terkini.Baru saja mencuba Celcom Broadband yang diharap dapat banyak membantu memudahkan kerja kerja saya,tapi lagi susah ade lah..iklan saja cantik.Tak pasal pasal dua minggu kena sekat penggunaan walaupun belum lagi terima bil.Baru hari ini selesai.Insya Allah Tukul Besi akan terus melangkah.