Wednesday, August 26, 2009

PAS Menang:Alhamdulillah Doa Di sisi Kaabah Terkabul

Alhamdulillah kami telah selamat mengerjakan ibadah umrah dan kini dalam perjalanan pulang ke tanahair.Transit sebentar di airport Colombo.Tiada lah berita paling gembira bagi kami apabila mengetahui PAS terus mengekalkan kerusi Permatang Pasir semalam.Sejak di airport Jedah petang semalam,kami terus mendapat maklumat semasa dari rakan rakan di Permatang Pasir.Alhamdulillah doa akmi di hadapan kaabah supaya Barisan Nasional tersungkur dikabulkan Allah.Juak juak Umno yang mengunjungi blog ini marah benar bila saya nyatakan kami akan berdoa supaya umno tamat riwayatnya.Suka atau tidak,Allah telah kabulkan doa kita bersama.Insaflah rakan rakan Umno ,bertaubatlah segera sebelum kehancuran yang berterusan.

Saturday, August 22, 2009

HUJAN SAMBUT RAMADHAN DI MAKKAH


Cepatnya masa berlalu... Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kami akan berada di bumi kelahiran Rasulullah SAW ini. Terlalu banyak iktibar yang boleh diambil dan dikongsikan dalam meneruskan perjuangan.

Suasana Ramadhan sangat berbeza. Walaupun baru hari pertama. Cuaca yang mencengkam. Suhu antara
32°-42°c sangat luar biasa. Seawal 6.01 pagi, sang mentari mula memancar. Ia terus membakar cuaca bumi ini hinggalah terbenam pada jam 6.46 petang.

Semalam, Jumaat, dalam terik mentari memancar, tiba-tiba cuaca menjadi suram. Kecerahan bertukar kegelapan. Angin bertiup kencang. Hujan mula turun. Guruh berdentum dentam. Akhirnya suasana bertukar menjadi gelap bagaikan malam. Manusia lari bertempiaran. Masjidil Haram bergema dengan takbir membesarkan Allah.

Sesungguhnya suasana yang jarang-jarang berlaku ini memang menggemparkan. Menyambut kedatangan Ramadhan dalam suasana begini. Subhanallah. Begini rupanya hujan di bumi Hijaz. Patutlah Allah membandingkan amalan dan perbuatan orang-orang kafir dan munafiq seumpama orang yang kelam kabut di tengah hujan.


÷rr& 5=ÍhŠÁx. z`ÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# ÏmŠÏù ×M»uKè=àß Óôãuur ×-öt/ur tbqè=yèøgs ÷LàiyèÎ6»¹r& þÎû NÍkÍX#sŒ#uä z`ÏiB È,Ïãºuq¢Á9$# uxtn ÏNöqyJø9$# 4 ª!$#ur 8ÝŠÏtèC tûï̍Ïÿ»s3ø9$$Î/ ÇÊÒÈ ßŠ%s3tƒ ä-÷Žy9ø9$# ß#sÜøƒs öNèdt»Áö/r& ( !$yJ¯=ä. uä!$Êr& Nßgs9 (#öqt±¨B ÏmŠÏù !#sŒÎ)ur zNn=øßr& öNÍköŽn=tæ (#qãB$s% 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# =yds%s! öNÎgÏèôJ¡Î/ öNÏd̍»Áö/r&ur 4 žcÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏs% ÇËÉÈ

“Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”


“Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al Baqarah 19-20)


Sunday, August 16, 2009

IKTIBAR HARAMAIN


Selepas meninggalkan Sri Langka tempohari, rombongan Umrah Tarbawi Amal dan Dewan Muslimat Pusat terbang ke Jeddah dan seterusnya dibawa ke Madinah, bumi hijrah Rasulullah SAW. Setelah 3-4 hari di Madinah, kami di bawa ke Makkah sebagai destinasi paling utama dalam rehlah ini.

Di Madinah, kami telah diperlihatkan dengan pelbagai perkara yang sebelum ini hanya kami dengar menerusi cerita orang sahaja. Kini segala-galanya di hadapan mata kami. Kami telah saksikan Masjidin Nabawi yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Kami telah ziarahi pusara baginda, kami jejaki perkuburan ribuan sahabat di Baqi'. Kami telah masuk dan beribadat di dalam Raudhah, salah satu taman dari ribuan taman syurga.

Kami saksikan di hadapan mata, kemerahan Gunung Uhud yang menyaksikan pertembungan haq dan batil. Kami telah daki Jabal Rummah yang menjadi saksi kemenangan hanya berpihak kepada yang benar dan taat.

MADINAH... Sebuah kota yang tenang. Kota yang menerima kedatangan Islam sebelum kehadiran Rasulullah SAW dan para Muhajirin. Tidak seperti penduduk Makkah, yang agak keras sikap mereka dan sukar serta lambat menerima hidayah. Penduduk Madinah sedari awal menanti2 kehadiran Rasul Akhir Zaman.

Namun disebalik ketenangan kota Madinah, Rasulullah SAW terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih ramai dan pelbagai. Baginda terpaksa berhempas pulas dengan karenah kaum Yahudi. Baginda terpaksa berhadapan orang Arab yang belum menerima Islam, Kristian Najran yang datang semata-mata untuk berdebat. Baginda juga terpaksa menghadapi serangan musuh dari luar yang terdiri dari kaum Musyrikin Makkah, qabilah-qabilah Arab dan juga kuasa besar Rom di Utara.

Yang paling perit, paling sukar dan paling berserabut, Rasulullah SAW dan umat Islam terpaksa berhadapan dengan penentangan 'bawah tanah' kaum MUNAFIQIN. Golongan inilah yang paling sukar untuk dihadapi.

Madinah menyaksikan golongan munafiq menyelinap di celah-celah saf kaum muslimin, bersolat di belakang Rasulullah SAW, membaca ayat-ayat suci Al Quran, bahkan turut serta ke medan perang.

Malangnya, mereka ke medan perang hanya untuk memecah belahkan saf pejuang Islam. Mereka ke masjid hanya untuk menyembunyikan kekufuran. Mereka membaca Al Quran bukan untuk mengamalkan suruhannya. Mereka solat di belakang Rasulullah SAW, tetapi mereka menghina baginda. Dan mereka membina masjid hanya untuk bermegah dan untuk 'membahagi-duakan' umat Islam.

Mereka meniupkan semangat asabiyyah di antara Aus dan Khazraj supaya kembali bermusuhan seperti di zaman Jahiliyyah. Mereka hasut 300 orang sahabat supaya meninggalkan medan perang Badar.

Paling jahat, mereka bekerjasama dengan kaum Yahudi dan Musyrikin untuk memerangi Islam. Mereka memberi laluan mudah kepada kaum Yahudi dan Musyrikin untuk menyerang Madinah dalam peperangan Ahzab.

Sesungguhnya Allah mencela mereka dengan celaan yang amat dahsyat. Orang yang baru mula merangkak untuk baca Al Quran akan bertemu celaan ke atas golongan Munafiq ini seawal ayat 8 Surah Al Baqarah.

Jika di Makkah, Allah mencela Abu Lahab yang kafir itu dengan kalimah, "Celaka kedua tangan Abu Lahab." Maka di Madinah, golongan yang membaca ayat-ayat Allah, tetapi menolak hukum-hukumnya hanya untuk mendapatkan kepentingan dunia ini, Allah MAKI mereka seperti ANJING.


فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ذَّلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"...maka perumpamaannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Al A'raf 7:176)

Setiap apa yang dipaparkan di Madinah perlu diambil iktibar. Jika zaman nabi ada munafiq, maka zaman moden ini lebih ramai munafiq dan lebih canggih aktiviti mereka. Mereka mungkin membina masjid, bank Islam, Pusat Islam, musabaqah Al Quran dll, tapi mereka juga yang menghina hukum Al Quran, mereka jugalah yang mengekalkan arak dan judi tanpa ada usaha untuk mengurangkannya. Mereka jugalah yang menyingkir mufti, qadhi dan ahli-ahli agama yang cenderung kepada gerakan Islam. Mereka jugalah yang menangkap dan memenjarakan para ulama' tanpa sebarang dosa. Mereka jugalah yang membuka pintu dan ruang seluasnya kepada musuh Islam untuk mengkritik Islam. Dan mereka jugalah yang menyambung lidah kuffar menggelarkan pejuang Islam sebagai pengganas.

Paling diingati, mereka jugalah yang membunuh Ustaz Ibrahim Libya di dalam rumahnya sendiri hanya kerana Al Marhum Ustaz Ibrahim memperjuangkan Islam.

Betapa sukarnya Rasulullah SAW berhadapan dengan mereka. Maka demikian jugalah sukarnya kami hendak berhadapan golongan ini, bila balik Malaysia nanti. Allahu Akbar!

Tuesday, August 11, 2009

Salam Dari Negombo: Tolong Simpan Mayat Umno

Salam buat semua pengunjung. Saya beserta rombongan umrah anjuran Unit Amal Pahang dan Dewan Muslimat PAS Pusat sedang berada di Negombo, Sri lanka di tepi Laut Hindi. Kami transit dua hari di sini. Semalam siang hari kami begitu panjang sekali. Bertolak dari KLIA sudah pukul 2.30 petang, sampai di Sri Lanka baru jam 3.00 walhal sudah terbang lebih kurang 4 jam.

Bersama kami Ustazah Nuridah, Ketua Muslimat PAS Pusat. Kakitangan Harakah Anissofian turut bersama. Esok kami akan meneruskan perjalanan ke Jedah dan terus ke Madinah selama tiga hari. Kemudian akan ke Mekah selama 12 hari. InsyaAllah sempat berpuasa 4-5 hari di Tanah Suci.

Kami balik 26 Ogos, tak sempat nak tengok Muhyiddin terkencing di Permatang Pasir. Sahabat di Permatang Pasir tolong simpan mayat Umno untuk tatapan kami kali terakhir. Boleh awetkan guna mumia Firaun untuk tatapan anak cucu cicit kita.

Insya Allah kami tak lupa mendoakan kemangkatan Umno dalam PRK itu nanti.

Hidup Islam!

Hancur Umno, undur FRU!

Sunday, August 9, 2009

Tawaf, Saie Dari Masjid Jamek Ke Masjidil Haram

Saya berada di Kuala Lumpur sekarang. Jam 2.00 petang nanti saya bersama rombongan Unit Amal Pahang serta Dewan Muslimat PAS Pusat akan bertolak ke Tanah Suci Mekah dalam program Umrah Tarbawi. Kami akan singgah dua hari di Colombo sebelum meneruskan perjalanan.

Ini kali pertama saya mengerjakan Umrah. Tahun 2001 dulu ketika di Kaherah saya telah bersiap untuk ke Mekah menaiki kapal, tapi di saat akhir saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Rupanya saya terpaksa menunggu lapan tahun untuk memenuhi hasrat menziarahi Tanah Suci.

Mengerjakan umrah dan haji memerlukan stamina yang kuat. Orang seperti saya yang liat untuk beriadhah tentu bimbang kalau pancit ditengah jalan. Harap harapnya diberilah kesihatan oleh Allah untuk beribadat melakukan tawaf dan bersaie khususnya. Saya dimaklumkan jarak Safa Marwah tujuh kali pergi balik itu hampir 3 km juga.Boleh tahan.

Alhamdulillah 1 Ogos lalu, saya dah test di KL, tawaf dan Saie serta berlari lari anak dari Masjid Jamek ke Central Market, terus ke Daya Bumi, Pejabat Pos, Jalan Kucing, memanjat Bukit Aman, melompat dari Jalan Kucing terjun ke Sulaiman Club, berhenti sebentar. Terus ke Dataran Merdeka, kembali ke Centre Market, Masjid Jamek, Jalan Dang Wangi, bertembung dengan FRU di Sogo, terus ke Jalan Raja Laut dan berakhir di Hentian Pekeliling. Berapa kilometer ya?

Moga Allah bagi kesihatan pada saya seperti pada 1 Ogos ketika berhadapan dengan 'tunjuk perasaan ganas Polis Raja Di Malaysia'.

Insya Allah jumpa lagi Ramadhan nanti. Di Mekah mungkin tak sempat hantar berita. InsyaAllah saya akan mendoakan agar kerajaan BN akan tumbang bersama dengan FRU nya.


Wira Unit Amal Diberi Penghargaan

Wira kebanggaan kami yang ditahan FRU ketika 'tunjuk perasaan Polis Raja Di Malaysia' 1 Ogos lalu telah menerima penghargaan dari Unit Amal Kawasan Kuala Krau pada 4 Ogos lalu.Timbalan Presiden PAS telah menyampaikan sumbangan hamper sebagai tanada penghargaan dari seluruh warga Unit Amal Kawasan Kuala Krau serta Pemuda PAS MTD Jengka.Syabas buat saudara Rodzi (berlilit kepala)yang pastinya tidak akan serik untuk terus membantah kezaliman baik di mana jua.

Monday, August 3, 2009

Permatang Pasir:Musa Hasan vs Mat Sabu?

Musa Hasan dipetik berkata para penunjuk perasaan mempunyai motif lain,bukan nak mansuh ISA.Mereka laung 'Hidup Anwar' kata Musa.Nampak sangatlah mengampunya Ketua Polis yang nyawanya berada di tangan Najib.Dia yang patutnya pencen bulan September nanti tentulah mengharapkan Najib sambung nyawanya untuk terus bernafas.Dengan memburuk burukkan penyokong GMI,ada lah sahamnya untuk dapat bernafas lagi.
Malam tadi ketika ceramah di Telok Sentang,saya cadangkan BN calonkanlah Musa Hasan di Permatang Pasir,kerana dia lebih layak jadi orang politik dari jaga keselamatan negara.PAS boleh letak Mat Sabu anak tempatan .Kalau tak silap saya Dato Hasan Azahari pun berasal dari sana juga.

Kalau Musa Hasan kalah,saya cadang dia berniaga tong gas.Tapi lentang pukanglah orang kampung lari bila nampak lori gas Musa Hasan masuk kampung,sebab lorinya warna merah.Awas orang kampung kena pakai topeng tutup muka!

Saya tak menghina kan?Cuma cadangan.Kalau setuju katakan setuju kalau tidak katakan tidak.

Kezaliman ISA Memaksa Ayahku Turun Ke Jalanraya Selepas 20 tahun

Seingat saya, ayah saya pernah berdemontrasi dihadapan kedutaan Amerika 20 tahun dahulu ketika usianya awal 40an. Sebelum usianya 40 tahun mungkin dia belum pernah berdemontrasi kerana masih berada dalam dalam 'kapal layar' yang hari ni dah nak karam.

Berkat pengorbanan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang menggadaikan nyawanya demi menentang ISA yang haram, ayah terbuka hati untuk bersama perjuangan Islam sejak peristiwa Memali itu hinggalah saat ini.

Tetapi dalam tempoh beliau menyertai PAS, itu lah sekali yang setahu saya ayah hadir ke demontrasi.Bila usia makin meningkat, cukuplah kami yang makin membesar mengganti tempat ayah untuk berdepan dengan 'Si Topi Merah Otak Loceng'.

Beberapa kali demontrasi besar Bersih, Protes, PPSMI, kami pun tak mahu menggalakkan ayah pergi. Ayahpun dah mencecah usia akhir Rasululullah, dah 63 tahun. Dia pun selalu tak sihat, pening kepala dan macam macam penyakit orang tua.

Tetapi kezaliman ISA telah menyihatkan ayah. Kalau Ibrahim Libya boleh mengorbankan nyawanya, dua Tuan Guru yang juga selalu uzur sedia untuk turun ke jalan raya. Ayah juga tentu tak mahu lepaskan peluang. Demontrasi bukan boleh buat tiap tiap bulan. Belum tentu yang hadir demontrasi 1 Ogos dapat hadir lagi pada lain masa.

Ketika ayah hadir ke ceramah Puan Norlaila di Jengka 17 seminggu lalu, pendedahan isteri Mat Shah yang sudah lapan tahun dikurung tanpa bicara itu tentu sekali menyentuh perasaannya. Selesai ceramah ayah membeli mafla merah untuk digunakan ketika perarakan Mansuh ISA 1 Ogos.

Saya mengira ayah hanya mahu menderma.Tak mungkin dalam usia 63 tahun, tiba tiba ayah nak berdepan dengan FRU pula. Cukuplah saya berempat adik beradik turun termasuk adik saya aktivis GMI, berdemontrasi. Ayah solat hajat kat rumah pun memadailah.

Tetapi jangkaan saya meleset. Tak semena mena, seawal hari Khamis ayah dah mengikut adik saya ke Kuala Lumpur untuk bersama rakyat Malaysia menentang ISA. Saya dengan mak terpinga pinga! Ayah nak pergi demontrasi?

Saya yang masih sakit kaki kerana diserang gaut yang masih teragak agak untuk turun berdemontrasi terpaksa membuat keputusan nekad. Walaupun terpaksa mengheret kaki, saya kena turun juga ke KL. Sape nak cover ayah kalau apa apa jadi!

1 Ogos itu, ayah bersama puluhan ribu rakyat lagi berarak dari Masjid Negara menuju Dataran Merdeka. Saya dalam kumpulan lain di Masjid Jamek. Jam 3.30 petang saya terserempak ayah berhampiran Sulaiman Club di Dataran Merdeka. Mata ayah dah merah berair. Dalam beberapa minit kemudian kami sama sama diserang FRU yang lebih awal mengadakan demontrasi jalanan yang begitu ganas. Kami dua beranak dan ribuan yang lain berkejaran ke hulu ke hilir.

Ayah hampir muntah muntah di tepi longkang, kaki Bukit Aman. Air ditangan dah habis. Saya mencapai air mineral seorang lelaki yang sedang membasuh mukanya. Bila saya nak pulangkan botol air baru saya perasaan, lelaki itu ialah YB PAS dari Selangor.

Baru saja beberapa minit nak sedut oksigen, tiba tiba bertubi tubi lagi bom asap beterbangan ke arah kami. Kami terpaksa terjun beramai ramai dari tembok yang tinggi meluru masuk ke Sulaiman Club. Dapatlah kami berehat disitu, membasuh muka dan badan yang kepanasan.

Lebih kurang sejam terkurung di situ, kami bergerak perlahan lahan ke luar. FRU tidak menyerang lagi. Ayah selamat keluar dan di bawa pulang ke rumah adik. Hari ini ayah ceria. Dia puas dapat berdemontrasi. Seronok nya dia bercerita mendapat beberapa balang gas percuma kepada rakan rakan yang tak pergi berdemontrasi.

Silaplah Musa Hasan, kalau dia rasa tindakkan ganas polis itu dapat menggerunkan kami. Woi!! Kalau minggu depan ada demontrasi, ayah tentu akan ajak peneroka peneroka kat Jengka ni turun sama ke KL.
Hidup ayah! Mampus ISA!

1 Ogos:Tunjuk Perasaan Ganas Oleh Polis Raja Di Malaysia(PRDM)

Belum pun rakyat Malaysia berarak di ibu kota menuntut dihapuskan ISA,pihak polis telah lebih awal mengadakan demontrasi jalanan seawal hari Khamis.

Demontrasi polis bermula dengan mereka bertindak menyekat beberapa jalan utama tanpa apa apa sebab,menjadikan pengguna jalan raya terkurung di dalam kereta masing masing berjam jam sebelum sampai ke destinasi.Ibu kota Kuala Lumpur menjadi sesak lantaran tunjuk perasaan polis tersebut.

Pada pagi Sabtu ketika perjalanan saya ke Kuala Lumpur dari Jengka dengan bas ekspress Metrobus ,kami terpaksa menghabiskan masa 4 jam terkurung di dalam bas angkara demontrasi polis yang sengaja menyempitkan jalan yang dibina begitu lebar oleh kerajaan Malaysia.Ketika pulang dan hari hari kebiasaan,perjalanannya hanya memakan masa 2 jam sahaja.

Polis ternyata tidak bersyukur dengan susah payah kerajaan menyediakan jalan yang besar untuk keselesaan rakyat.Polis yang menyekat jalan di Bentong dan berhampiran tol Gombak tidak bertanya sepatah haram pun soalan kepada pemandu bas yang kami naiki dan kenderaan lain.

Cuma ada juga rakan rakan yang memaklumkan mereka ditahan kerana menampal steaker Mansuh ISA.Polis minta tanggalkan.Rakan rakan yang memakai ikat kepala berlogo Mansuhkan ISA juga diarah tanggal.Betullah kata saya ,polis lah yang tunjuk perasaan.Sebab tak ada pun dalam undang undang perbuatan mengikat kepala dan menampal steaker Anti ISA tu haram di sisi undang undang.

Pada 1 Ogos,polis terus mengadakan tunjuk perasaan ganas dengan menangkap orang awam yang memakai baju merah walaupun mereka tidak berada dalam mana mana perhimpunan haram.

Polis terus bertindak ganas menembak gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada orang ramai di hadapan Masjid Jamek,Sogo,Dataran Merdeka dan beberapa tempat lain.

Polis polis penunjuk perasaan juga memaksa peniaga menutup kedai mereka.Siapa yang degil,dihadiahkan berbalang balang gas percuma.

Polis meminta orang ramai bersurai,tetapi bila mereka mula bergerak untuk bersurai,polis yang lain akan menyerang dengan bom asap.

Saya ,ayah dan ribuan yang lain telah dikepung berhampiran kaki bukit Aman bersebelahan Sulaiman Club.Polis dari arah Dataran Merdeka menembak kami bertubi tubi dengan bom asap dan air asid.Kami nak bersurai kemana?Bila kami lari menghala Masjid Negara,kami diserang pula dari atas.

Sebenarnya polis yang buat tunjuk perasaan itu mahu apa?Nak kami bersurai,atau nak kami mati lemas dalam asap?