Wednesday, December 19, 2012

Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang Sabtu ini.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga Felda bagi mempertahankan Felda dari pihak yang sedang berusaha untuk mengaut segala kekayaan  Felda untuk kepentingan peribadi dan politik Umno khususnya ,dua lagi siri Kembara Oren Selamatkan Felda akan diteruskan pada minggu ini iaitu pada hari Sabtu 22 Disember di Pahang dan esoknya 23 Disember di Negeri Sembilan.

Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan Felda khususnya di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusinya.

Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.

Mereka juga perlu diberi kesedaran bagaimana tanah Felda Plantation seluas lebih 360 ribu hektar yang sepatutnya boleh diagihkan kepada 80 ribu keluarga di kalangan generasi kedua yang tidak bertanah telahpun dipajak kepada Felda Global Vanture yang sekarang ini haraga sahamnya Bursa Malaysia sedang merudum.Sekiranya keadaan ini berterusan,tanahyang boleh dimanafaatkan oleh generasi kedua Felda itu juga bakal tergadai.

Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka,generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi  2 bilion ringgit.

Terdapat usaha jahat sedang berjalan untuk menggunakan dana KPF bagi menyelamatkan penyenaraain FGVH yang semakin merudum.Dengan didalangi seorang menteri kabinet,Mesyauarat Agung KPF Jun lalu telah diistiharkan tidak sah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam suratnya yang bertarikh 4 Disember lalu.Satu Mesyuarat Agung semula akan diadakan pada 27 Disember depan yang kemungkinan besar Tan Sri Isa Samad dan kroninya bakal menguasai KPF dan akan memudahkan lagi proses mencairkan asett KPF ke dalam FGVH.Sekiranya ini dibiarkan kemungkinan KPF bakal menerima nasib seperti Koperasi MIC Maika Holding yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik.

Kembara Oren Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu ini akan bermula di Felda Bukit Kepayang,Bera dan berakhir di Jengka 11 akan turut disertai bekas CEO Felda Plantation Encik Mohamad Said Jonet yang juga merupakan Pengerusi Task Force Tanam Semula Felda yang akan menyampaikan ceramahnya bersama pimpinan ANAK dan PAS Pahang pada majlis kemuncaknya di Jengka 11 pada jam 9.00 malam.

Pihak Urusetia Kembara Oren ingin menasihatkan pihak pihak yang cuba melakukan provokasi dengan menghalang laluan Kembara Oren bakal berhadapan tindakan undang undang.Tindakan menghalang laluan awam adalah satu kesalahan di sisi undang undang.Antara aktiviti Kembara Oren juga adalah bersama dalam jamuan rakyat yang disediakan di rancangan rancangan Felda yang akan diziarahi.Sehubungan itu amat bertentangan sekali dengan undang undang sekiranya ada pihak yang cuba menghalang.Kami juga akan turut disertai team peguam yang akan membantu di sudut undang undang.Pihak polis juga telah dimaklumkan semua jadual perjalanan kami dan sepertimana dua Kembara Oren sebelum ini di Perak dan Terengganu,pihak polis telah memberi kerjasama sebaiknya.

Semua warga Felda adalah dijemput hadir untuk bersama dengan Kembara Oren Pahang bermula jam 9.00 pagi  di Felda Bukit Kepayang dengan berpakaian oren .

Friday, December 14, 2012

Umno Kata ANAK Bohong Apabila.....

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno 
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda.
2.Umno kata ANAK bohong apabila: 
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
Akhirnya:
  • Selepas tamat bercuti,Dato Dzul benar benar disingkir daripada Felda .Jawatannya tak dikembalikan.Faizoul Ahmad yang belum layak ke jawatan itu dilantik sebagai Pengarah yang baru dengan mengenepikan pegawai pegawai yang lebih kanan seperti Ahmad Ibrahim,Tuan Hj Abidin dan lainnya.
 4.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Penasihat Ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH akan gagal mendapat sambutan pelabur asing kerana pokok sawit Felda Plantation yang dipajak kepada FGVH sudah pun tua dan menunggu masa untuk ditebang.

Akhirnya:
  • CEO FGVH Sabri Ahmad memberi alasan yang sama apabila saham FGVH merudum

5.Umno kata ANAK bohong :
  • Apabila.ANAK mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH bukan untuk kepentingan peneroka tetapi untuk kepentingan Umno dan pemimpin tertentu.

Akhirnya:
  • Prospektus FGVH mengesahkan Tan Sri Isa Samad memperolehi 180,000 unit saham tetapi peneroka hanya diperuntukkan 800 unit sahaja.
  • Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Abdul Ghafur Saleh menuntut kerajaan menjelaskan ,bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holdings  (FGVH) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

6.Umno kata ANAK bohong
  • Kerana mendakwa Felda Iffco jual minyak sawit padaYahudi

Akhirnya :
  • Dato Mukhriz Mahathir akui terdapat kapal Israel yang berlabuh diperairan negara membawa minyak sawit melalui pelabuhan Ashdud,Israel kononnya untuk dihantar kepada umat Islam Palestin!Munasabah ker?Baiknya Israel.. 
  • Invois jualan minyak sawit yang didedahkan secara jelas membuktikan ia dijual kepada Bunge Agribussines yang berpengkalan di Singapore adalah anak syarikat Bunge Limited sebuah syarikat Yahudi..
  • Terdapat Sijil  Halal yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Yahudi ke atas kilang sawit Felda Ifco di Pasir Gudang.

Thursday, November 1, 2012

Agih 'Dividen' Pada Peneroka Untuk Kekalkan BN Berkuasa

Warga Felda dapat lagi RM 356.00 kononnya dividen FGV...tapi jangan selamanya kita meletakkan diri kita kasta paling rendah mudah sangat ditipu dengan DUIT...Dalam keadaan FGV sedang merangkak rangkak terjun ke dalam jurang(hari ini ditutup RM 4.68 hanya 14 sen di atas harga IPO) ,macamana pulak tiba tiba peneroka dapat dividen??Dimanakah logikmya FGV sudahpun mampu keluarkan dividen ketika Felda sendiri memerlukan bantuan oksigen.

Janji FGV untuk bayar kepada Felda 15% hasil Keuntungan Operasi  Pertanian lebih kurang RM 257 juta setahun berdasar kan harga Minyak Sawit Mentah(MSM) semasa RM 2900 setan sudah mulai tersasar jauh dari sasaran apabila harga sawit kini semakin tidak menentu.Semasa Persidangan Global Oil di India September lalu, penganalisis minyak sawit, Dorab Mistry meramalkan harga hadapan MSM akan jatuh kepada RM2,300 setan pada suku keempat.Harga pada 30 Oktober 2012 ialah RM 2328.50 setan.

Lebih buruk lagi, apabila seorang penganalisis, Dr. James Fry pula menjangkakan harga MSM susut kepada RM2,285 setiap tan menjelang akhir tahun ini seandainya minyak mentah Brent jatuh kepada AS$80 (RM240) setong
.

Dengan harga yang merudum ini FGV tak mungkin dapat melaksanakan janjinya untuk membayar kadar keuntungan 15% atau RM 257 juta serta nilai pajakan Tanah Felda Plantation sebanyak RM 251juta setahun menjadikan jumlah semuanya ialah sekitar RM 508 juta.Inilah sumber yang akan digunakan untuk kos pengurusan Felda  dan perbelanjaan pertanian serta s pembangunan sosio ekonomi peneroka yang keseluruhannya mencecah 2 bilion setahun.Jumlah yang mampu dibayar FGV kepada Felda tentu sekali jauh lebih rendah dari dijangkakan.Tentu sekali Felda cukup sukar untuk bernafas sekarang dan semestinya memerlukan bantuan oksigen untuk meneruskan kehidupannya.

Tatkala Felda tercungap cungap kelemasan tiba tiba peneroka Felda ditabur gula gula kononnya hasil keuntungan Felda Global Venture.Aneh sekali!!Graf di Bursa Malaysia setiap hari menyaksikan saham FGV lebih banyak menjunam daripada menegak,tiba tiba peneroka terus dibuai mimpi kononnya pelaburan FGV telah mencapai kejayaan hingga kan baru saja tiga bulan ,dividen sudah dikeluarkan kepada peneroka.

Permainan apa sebenarnya ini?Peneroka harus bertanya ,dari mana sebenarnya duit yang ditaburkan kepada mereka dalam keadaan kedudukan saham yang begitu parah ditambah dengan kejatuhan harga minyak sawit?Apakah selama lamanya warga Felda ini mudah tertipu dengan duit terutamanya ,supaya mereka terus memberi undi kepada BN walaupun mereka sendiri akan disembelih di kemudian hari,dan sembelihan itu sudah pun bermula sebaik saja peneroka menurunkan tandatangan ke atas borang loan yang mereka tidak pernah memahaminya.

Untuk mengelakkan peneroka merasai bebanan hutang dengan bank,maka diumumkan hutang peneroka tersebut diambil alih oleh Felda dan peneroka hanya perlu membayar RM 50 kepada Felda setiap bulan selama lima tahun tanpa faedah..Cukup licik permainannya...maka bila peneroka menjual sahamnya sebanyak 800 unit kalau pada harga sudah jatuh sekalipun,peneroka masih boleh bawa pulang RM 3000 lebih ke rumah walhal duit itu adalah pinjaman daripada bank...yang penting peneroka nampak duit bertimbun timbun di rumahnya walaupun itu milik bank....Begitu sekali lah diperbodohkan peneroka.

 Kalau hendak membayar bayaran baja atau bayaran kembali pun lintang pukang jadinya,apakah jaminan pembayaran balik pinjaman bank RM 50 sebulan itu dapat berjalan lancar dalam keadaan Felda sendiri ,kantongnya sudah kekeringan!!

Ingatlah warga Felda, Umno Bn sudah tidak relevan untuk pilihanraya akan datang.Sebab itu benteng terakhir BN iaitu kawasan Felda yang melibatkan lebih 50 kawasan parlimen mesti dipertahankan .Sebesar besar umpan akan ditabur kepada peneroka supaya terus bergantung hidup kepada BN walaupun terpaksa menggadai khazanah Felda.

Bangkit lah wahai warga Felda.Umat Islam itu tidak boleh disengat hingga dua kali pada  satu tempat,tapi kalau berkali kali kita boleh membiarkan diri kita disengat,maka nilai sendirilah apakah harga diri kita itu terlalu murah hingga boleh dilelong di Pasar Lambak!!


Thursday, August 9, 2012

Dr Asri Ingatkan Ulama Jangan Hanya Mementingkan Jubah

daripada blog shalehudin.blogspot.com

Oleh Dr MAZA

Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah:
“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah:
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..

~ DrMaza.Com
 
Iklan Teks

Friday, August 3, 2012

Umno Takut Bubur Lambuk,Tahlil Perdana & Tazkirah Macam Nampak Malaikat Maut

Minggu lalu rakan rakan dari PKR yang mengagihkan bubur lambuk sekitar Kuantan telah diganggu pemuda Umno yang tidak senang melihat aktiviti kebajikan itu berjalan.Tak taulah pulak kalau bubur lambuk itu mengancam keselamatan negara.

Di Masjid Jengka 15 pula,usaha PAS untuk mengadakan tahlil perdana sebelum berbuka puasa yang dihadiri Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah diberia amaran oleh Pengerusi Masjid supaya dibatalkan kerana mendapat tekanan daripada juak juak Umno yang baru nak kenal tangga masjid di bulan Ramadhan ini.Walhal golongan songkok hitam ini tak pernah hayatpun mengimarahkan masjid Jengka 15.

Tahlil Perdana ditakuti mungkin kerana ada nya 'Perdana' macam Ceramah Perdana pulak.Beriya iya Pengerusi Masjid bersoal jawab dengan ahli PAS apakah yang nak diisi dalam Tahlil Perdana itu.Begitulah jadinya bila Pengerusi yang penakut diperbodohkan oleh Umno.Tahlil Perdana tu tak ada bezapun dengan Tahlil Arwah yang dah berpuluh malah ratusan kali dibuat di mana mana masjid.Yang 'perdana'nya hanya bilangan arwah yang dikumpulkan sekali untuk dihadiahkan pahala tahlilnya.Arwah arwah tu tak der seorangpun yang datang memenuhi masjid pada malam itu,dan yang pastinya semua arwah tak kan mengundi PAS maupun Umno dalam pilihanraya akan datang.Jadi apa yang Umno nak takut.

Baru sebentar tadi sahabat dari Jengka 16 menelefon memaklumkan program Tazkirah Ramadhan dan berbuka puasa yang akan dibuat di Masjid Jengka 16 minggu depan cuba dihalang oleh pihak tertentu walaupun kelulusan dari Pejabat Agama telah diperolehi.Khabarnya Tok Imam Umno berdolak dalik dengan berbagai alasan untuk tidak membenarkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengisi program tersebut.

Mereka macam buta hati.Tak pernah dengar ker, kuliah Dato Tuan?Berapa kali dia menyentuh hal kepartian dalam masjid?Dia ulama yang profesional.Dia akan bercakap politik kepartian pada tempat yang sesuai.Juak juak Umno yang mengabaikan mengimarah masjid perlu diingatkan,Dato Tuan mempunyai tauliah besar untuk menyampaikan kuliah di mana mana masjid dalam negeri Pahang.Dia ialah guru agama kepada Tengku Mahkota Pahang.Apakah Umno mahu dituduh derhaka kepada Tuanku?

Kesian melihat gelagat Umno disaat menghadapi sakaratul maut.Tahlil Perdana,Bubur Lambuk,Tazkirah Ramadhan semuanya kelihatan seperti wajah Malaikat Maut yang menggerunkan Umno..Kalau dah rasa nak mati bawa bawalah bertaubat.Mengucaplah Umno!!

Thursday, August 2, 2012

Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa

Tak mampu saya  nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya  tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi  yang ketika itu bertugas sebagai  pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada  ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari  dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz  itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya  kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri  seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh  pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

Friday, May 18, 2012

Durian Runtuh:Pengerusi JKKR Berdepan Saman Fitnah



Akibat ghairah dan terpesona dengan ucapan biadab Perdana Menteri yang melabelkan pembangkang dan peneroka Felda yang menentang Felda Global Ventures sebagai 'haram jadah' seorang Pengerusi JKKR di Jengka bakal berhadapan saman fitnah akibat melemparkan tuduhan palsu dan memburuk burukkan lima daripada lapan  peneroka yang sebelum ini telah mendapatkan injunksi bagi menghalang KPF melupuskan ekuitinya ke dalam Felda Global Ventures.

Harian Metro semalam menyiarkan berita bertajuk 'Lima Sekawan Tak Muncul' mendedahkan kononnya lima peneroka daripada Jengka 15 yang terlibat dalam saman sebelum ini tidak hadir ke majlis penyerahan cek durian runtuh kerana menganggap ianya duit haram.

Berita tersebut turut memetik kenyataan Pengerusi JKKR Jengka 15,Adnan Darus yang mendakwa kelima lima peneroka terbabit angkuh dan sombong.Mereka juga dakwa beliau mungkin malu untuk hadir ke majlis tersebut.

Pengerusi JKKR tersebut turut menuduh peneroka berkenaan tidak mempunyai prinsip dan mudah ter makan hasutan pembangkang.

Adnan dilaporkan berkata,selepas kes tersebut dibawa ke mahkamah peneroka terbabit  mengasingkan diri dan tidak mahu bergaul dengan  peneroka lain.

Mengulas tuduhan tersebut,Abdul Rahim Abdul Rahman yang mewakili peneroka peneroka berkenaan menyelar tohmahan jahat yang dikeluarkan Pengerusi JKKR tersebut.

Katanya beliau dan rakan rakan yang memfail saman tidak pernah menyifatkan durian runtuh sebagai duit haram sebaliknya duit itu adalah hak peneroka yang mesti diambil.Saman yang difail juga tidak berkait dengan durian runtuh

Sebaliknya jelas beliau,ke semua lapan orang yang memfailkan saman terdiri dari ahli ahli KPF yang tidak mahu ekuiti KPF dipindahkan kepada Felda Global Ventures.Tambah beliau lagi pihaknya berhak memfailkan injunksi bagi menghalang pelupusan ekuiti tersebut kerana di kalangan mereka mempunyai syer yang besar hingga ada yang mencecah RM 250 ribu di dalam KPF.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kebangkitan Peneroka(BANGKIT) Negeri Pahang turut membidas Pengerusi JKKR yang juga Ketua Umno Cawangan Jengka 15 yang mereka reka cerita dengan membuat tohmahan kononnya mereka tidak bergaul dengan masyarakat.

"Masyarakat di sini kenal saya dan rakan rakan,kami sentiasa bersama masyarakat dalam aktiviti di masjid,urusan kematian,kenduri kendara dan sebagainya lagi"tambah beliau.

Abdul Rahim turut memberi amaran keras kepada semua pihak yang melemparkan tohmahan kepada beliau dan rakan rakannya agar bersedia menghadapi tindakan undang undang yang bakal diambil oleh pihaknya  dalam masa terdekat akibat keceluparan mereka.

Beliau telahpun mengarahkan Peguam Mohd Haris Abdullah untuk mengkaji tindakan undang undang yang bakal diambil.

Sementara itu akhbat Utusan Malaysia hari ini turut menyiarkan pada muka hadapannya gambar dua orang peneroka yang terlibat dalam saman tersebut sedang mengambil cek durian runtuh yang disampaikan oleh Pengurus Felda .Dalam laporannya Utusan turut melemparkan berbagai tohmahan kepada peneroka terbabit.

Kedua dua peneroka terbabit turut menyerahkan kepada pihak peguam untuk mengambil tindakan undang undang





Wednesday, April 25, 2012

KENAPA FGVH MESTI DITENTANG


Ø  Lebih 360 ribu hektar tanah Felda Plantation  akan dipajak kepada FGV selama 99 tahun.Ia sepatutnya  boleh dimanafaatkan oleh  80 ribu keluarga peneroka baru  dari kalangan generasi kedua Felda yang layak dan benar benar memerlukan tanah.

Ø  Felda bakal hilang pendapatan sekitar 1.9 bilion.FGV hanya akan membayar pajakan setiap tahun RM 201 juta(belum ditolak negeri Pakatan Rakyat yang tidak akan menyerahkan tanahnya) dan  RM 257 juta kadar keuntungan 15%  jika harga RM 2900 setan minyak sawit mentah.Jumlah maksima hanyalah RM 508juta.

Ø  Saham saham Felda akan dibuka kepada umum.Sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut termasuk syarikat asing seterusnya boleh menguasai Felda.Lihatlah apa yang berlaku kepada Felda Oil Product  yang kini saham milik Felda hanya tinggal 35% sahaja dan pihak asing telahpun dilantik menjadi CEO nya.

Ø  KPF dengan ahli lebih 220,000 yang memiliki saham majoriti 51%  dalam Felda Holding,selepas dilupuskan kepada FGV hanya  akan diberi  milikan saham berjumlah 37% sahaja.

Ø  Selepas penyenaraian ,KPF hanya memiliki saham pada namanya sahaja .Yang berkuasa penuh ialah IHC(Inverstment Holding Company/Syarikat pegangan Pelaburan) yang menafikan kuasa pengawalan KPF ke atas hartanya sendiri.Saham berjumlah 37% itu juga akan diserah kepada IHC.

Ø  Dividen yang sepatutnya diterima KPF pastinya akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan kepada IHC.

Ø  Hak Lembaga KPF untuk berada di dalam IHC juga telah dinafikan apabila menteri yang bertanggungjawab telah melantik Tan Sri Isa Samad sebagai wakil KPF di dalam IHC.

Ø  FGV akan menguasai tanah tanah di dalam kawasan Felda yang ada sekarang dan yang akan diberi kepada Felda pada masa akan  datang.FGV juga akan memperolehi segala peruntukan & bantuan daripada kerajaan yang selama ini diberikan kepada Felda.

Ø  Telah didedahkan dalam parlimen,syarikat FGV telah mengalami kerugian mencecah RM500 juta dalam pelaburannya di luar negara.Kenapakah asset Felda berbilion ringgit hendak dipindah kepada syarikat  bermasalah yang mempunyai trek rekod yang buruk?

Ø  CEO syarikat FGV Dato Sabri Ahmad juga mempunyai rekod buruk apabila beliau ditendang keluar dari syarikat Golden Hope kerana mengakibatkan kerugian mencecah RM 120 juta.Apakah yang hendak diharapkan kepada seorang yang mempunyai rekod buruk untuk membawa pulang keuntungan buat warga Felda khususnya. 

Tindakan Isa Samad Yang Mencurigakan

1.Cubaan Merampas Kuasa Jawatan Pengerusi KPF
Kenapakah Isa Samad cuba merampas kuasa jawatan Pengerusi KPF daripada Dato Dzulkefli Wahab yang dipilih oleh perwakilan pada Jun 2011 sedangkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli KPF.

2. Kenapakah Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli  Wahab diarah bercuti belajar sedangkan usianya sudah pun menghampiri usia pencen.Apakah terdapat satu muslihat jahat oleh pihak tertentu bagi mempastikan agenda kepentingan mereka tidak dihalang oleh sesiapa?

3.Kenapakah seorang yang berjasa kepada Felda seperti Encik Abidin Abd Rahman selaku Timbalan Pengarah Felda yang juga merangkap Pengarah Pilihanraya Felda ditendang ke Library Jabatan Perdana Menteri.Encik Abidin juga merupakan Setiausaha KPF.

SIAPA LAGI YANG MENENTANG PENYENARAIAN FGV?
Dato Ahmad Maslan mengatakan hanya Mazlan Aliman sahaja yang menentang FGV.Tetapi hakikatya berbagai pihak yang berautoriti turut menentang antaranya:

1.Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Samsudin Othman
yang juga merupakan satu satunya wakil peneroka seluruh Malaysia di dalam Lembaga Pengarah Felda meminta ditangguhkan penyenaraian sehingga satu kajian terperinci dilaksanakan.

2.Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) Tan Sri Rozali Ismail turut mendesak supaya ditangguhkan terlebih dahulu penyenaraian tersebut sehingga satu kajian terperinci dibuat untuk melihat kesan positif dan negative di sebalik penyenaraiannya.

3.Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah
yang juga bekas Menteri Kewangan memberi peringatan bahawa Felda bakal terlepas ke tangan asing bila penyenaraian FGV dilaksanakan kerana ia akan membuka ruang pihak luar untuk menguasai saham  .Pemilikan harta tanah akan terdedah kepada pasaran dan sesiapa saja boleh membeli jika mampu.Jika saham sudah dikuasai maka tanah akan menjadi milik orang lain.

4.Pakar Ekonomi yang juga mantan Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosly Yaakop
turut menentang penyenaraian FGV.Beliau sudah beberapa kali menulis dan mengeluarkan kenyataan akhbar mendedahkan berbagai kerugian yang dialami oleh Felda Global Vantures dalam perniagaannya di luar negara.

5.Sasterawan Negara Dato A.Samad Said
turut menentang dan telah turun ke jalan raya bersama peneroka Felda bagi membantah penyenaraian.

6.Terkini bekas Exco Kerajaan Pahang Dato Zainal Hasan(Wakil Rakyat Jengka hingga 1999) yang mewakili KPF telah disingkir dari Felda Holding kerana menentang penyenaraian Felda Global Ventures.

7.Dr Kamari Kasan bekas Pegawai Khas Tan Sri Yusuf Nor(Bekas Pengerusi Felda) turut bekerjasama dengan Gerakan Selamatkan Felda menentang FGVH.

Beberapa NgO  Turut Menentang Penyenaraian dan bergabung di dalam Gerakan Selamatkan Felda(GSF) iaitu:

Ø  Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ø  Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM)
Ø  Jemaah Islam Malysia(JIM)
Ø  Gabungan Mahasiswa Islam SeMalysia (Gamis)
Ø  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)
Ø  Soladariti Anak Muda(SAMM)
Ø  Teras Keupayaan Melayu(Teras)
Ø  Badan Bertindak Kebangkitan Peneroka(Bangkit)
Ø   Badan Bertindak Peserta Felcra(BAPAK)
Ø  Pertubuhan Ikram Malaysia(IKRAM)
Ø  Badan Bertindak Pewaris Bumi(WARIS)
Ø  Seniman Paksi Rakyat(PAKSI)
Ø  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

HALATUJU FELDA SELEPAS PENYENARAIAN FGVH DI BURSA SAHAM


PENGENALAN LAND (GROUP SETTLEMENT AREAS) ACT, 1960 DAN MISI AWAL FELDA SEPERTI YANG DIGAGASKAN OLEH TUN RAZAK
Mukaddimah:-
Tanggal 27/4/1960, Almarhum Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah membentang satu pelan Rancangan Kemajuan Tanah melalui pengenalan Akta GSA, dengan satu matlamat iaitu untuk memperbaiki keadaan hidup dan sosio ekonomi rakyat jelata di luar bandar. Akta GSA dibentangkan dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di Tanah Melayu bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar bandar.
Tun Razak memulakan ucapan pembentangannya dengan kata-kata berikut:-

Kerajaan Persekutuan pada ketika itu menyedari bahawa tanah adalah merupakan aset yang berada dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri, di mana tujuan asas kepada penggubalan Akta GSA adalah untuk memberikan panduan kepada Kerajaan Negeri  mengawal selia pemberian tanah kepada rakyat luar bandar:-

Menginsafi kemiskinan rakyat luar bandar, Tun Razak menegaskan bahawa pemberian tanah di kawasan GSA  adalah untuk membolehkan rakyat luar bandar mencari nafkah yang sempurna:-

Tun Razak meneruskan ucapan dengan memberikan penekanan bahawa Akta GSA adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah (giving land to the landless), serta menambah pemilikan tanah yang tidak mencukupi kepada penduduk luar bandar untuk membolehkan pencarian nafkah yang sempurna:-

Selaras dengan pelan untuk memajukan kehidupan rakyat, Tun Razak memohon bantuan dan ihsan Kerajaan Negeri   untuk membuka tanah baru melalui 3 kaedah berikut:-
PERUNTUKAN UMUM DI BAWAH AKTA GSA
Di bawah Akta GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan iaitu:-
Kawasan Petempatan Luar Bandar – Rural Settlement Areas (S. 5);
Kawasan Petempatan Bandar – Urban Settlement Areas (S. 6).
Pada hampir keseluruhan Akta GSA, pemilikan tanah akan diberikan secara individu yang tidak melibihi 10 ekar setiap seorang. Dalam sesetengah keadaan, pemilikan bersama yang tidak melebihi 2 individu bagi satu tanah dibenarkan.
Selain pemilikan individu, terdapat sebahagian kecil pemilikan dibenarkan secara pemilikan saham Koperasi. S. 35 GSA memberikan pengecualian kepada pemilikan secara saham koperasi bagi rancangan-rancangan yang dikendalikan oleh Felda. Namun, pemilikan secara saham koperasi juga tertakluk kepada Akta GSA, yang mana semua kuasa berkenaan tanah adalah terletak pada Pentadbir Tanah – Kerajaan Negeri.
Dalam konteks peneroka Felda, pemilikan tanah bagi untuk peneroka hanya melibatkan Rural Holdings sahaja.

Adalah diperhatikan bahawa keseluruhan peruntukan Akta GSA adalah HANYA berkait dengan proses pemilikan tanah dalam jangkaan untuk mendapatkan geran (occupation in expectation of title). Ia tidak meliputi tanah-tanah yang sudah diberikan Geran kepada peneroka, melainkan syarat-syarat, halangan dan sekatan yang dikenakan ke atas Geran Tanah selaras dengan S. 47 GSA – oleh Kerajaan Negeri.

GSA adalah merupakan satu instrumen undang-undang untuk memberikan kuasa kepada Kerajaan Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yang dipanggil 'peneroka' untuk membangunkan tanah-tanah dalam Rancangan Berkelompok tersebut.

Pada tujuan pengurusan Rancangan Berkelompok, Kerajaan Negeri berkuasa melantik mana-mana agensi, ATAU - tidak perlu melantik mana-mana agensi - untuk diuruskan sendiri oleh peneroka. Justeru ia adalah hak mutlak Kerajaan Negeri untuk memilih mana-mana agensi atau syarikat bagi menguruskan sesuatu Rancangan Berkelompok.

SEMUA kuasa ke atas tanah-tanah rancangan adalah terletak kepada “Collector” atau Pentadbir Tanah – yang berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Tiada satu pun peruntukan mutlak tentang apa-apa kuasa ke atas tanah peneroka diberikan kepada Felda atau mana-mana agensi lain.

S. 38 GSA (berkenaan dengan kawasan yang diuruskan oleh Felda) memperuntukkan bahawa semua kuasa pada Bahagian I – VI GSA adalah terpakai seolah-olah kawasan tersebut masih merupakan tanah Kerajaan Negeri (State Land).


KUASA-KUASA KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG DENGAN RANCANGAN FELDA


Menggubal Dasar/Polisi/Undang-Undang Kecil
Untuk Mengawal Selia Ladang dan Peneroka
Di bawah S. 37, Felda hanya boleh membuat apa-apa peraturan/polisi/undang-undang kecil di setiap Rancangan setelah “after the consultation with the State Authority” (selepas mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri).
Di bawah seksyen ini, setiap undang-undang kecil yang digubal oleh Felda, hendaklah dirujuk terlebih dahulu untuk kelulusan daripada Kerajaan Negeri.
Adalah diperhatikan bahawa semua polisi/peraturan/undang-undang untuk mengikat peneroka dan ladang peneroka digubal tanpa langsung dirujuk dan tanpa mempedulikan kuasa Kerajaan Negeri.

Dan semua Kerajaan Negeri pada ketika ini kelihatan tidak sedar akan kuasa melalui S. 37 untuk melindungi peneroka. Banyak Kerajaan Negeri seperti melepaskan tangan dan menganggap seolah-olah Felda mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap Rancangan.

RANCANGAN YANG TIDAK MEMILIKI PENEROKA
Seperti yang telah dijelaskan, di bawah Akta GSA, hanya terdapat 2 jenis pemilikan ke atas tanah, iaitu pemilikan individu peneroka (S. 7(2) dan 11(1)) dan melalui Koperasi yang diuruskan oleh Felda (S. 35).
Tiada apa-apa pemilikan yang lain dibenarkan oleh Akta GSA.

Tugas Felda di bawah GSA, bagi sebahagian Tanah yang mana Felda dilantik untuk menguruskannya, hanya untuk menjadi Pengurus kepada Rancangan, dan bukannya memiliki tanah atau “in occupation of the group settlement areas” (menduduki kawasan rancangan berkelompok).

Namun adalah diperhatikan bahawa Felda telah menyalahgunakan pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan Kawasan Rancangan Berkelompok untuk mencari peserta/peneroka dan mencadangkan, atau secara saham Koperasi, tetapi SEBALIKNYA Felda telah 'merompak' tanah Kerajaan Negeri (yang diwartakan sebagai Rancangan Berkelompok) untuk diusahakannya sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn. Bhd.

Berdasarkan website Felda Plantation Sdn. Bhd., Felda Plantation  kini memiliki ladang seluas 380,180 hektar (bersamaan dengan 840,244.6 ekar) di seluruh negara. Tanah ini diberikan oleh Kerajaan Negeri yang berkenaan di bawah Akta GSA untuk membolehkan pemilikan individu peneroka dalam Rancangan Berkelompok, pada asalnya.

Sekiranya ladang Felda Plantation tersebut diberikan kepada individu peneroka sebanyak 10 ekar seorang sebagaimana S. 11(1) GSA, maka seramai 84,024 orang peneroka baru akan mendapat manfaat. Namun tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini telah disalahgunakan oleh Felda dengan menubuhkan Felda Plantation, dan mengaut keuntungan berbillion ringgit tanpa apa-apa faedah tambahan kepada mana-mana Kerajaan Negeri selain dividen kepada peneroka. Tindakan ini bukan sahaja menghalang pertambahan peneroka baru, bahkan Kerajaan Negeri pun tidak mendapat apa-apa manfaat langsung dari kekayaan Felda melalui Felda Plantation.

FOKUS SPESIFIK: FELDA PLANTATION SDN BHD.
Sejak Tahun 1991, Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan FELDA menghentikan pengambilan peneroka baru. Ini kerana FELDA ingin mengaut keuntungan yang lebih dengan menyalahguna tanah yang diwartakan sebagai kawasan GSA (yang sepatutnya diberikan kepada peneroka) dengan menubuhkan satu entiti korporat yang bernama FELDA PLANTATION SDN BHD.
FELDA PLANTATION SDN BHD telah diperbadankan pada 13/1/1992. Entiti ini selepas penubuhan telah mengambil alih semua ladang/tanah yang masih belum diisi peneroka.
Felda Plantation ditubuhkan dengan Authorised Capital sebanyak RM45 juta sahaja.
Felda Plantation hanya memilik 2 pemegang saham sahaja iaitu Felda Holdings Sdn Bhd (RM15.3 juta– share) dan FELDA (RM14.7juta – share). Modal berbayar Felda Plantation hanya RM30 juta sahaja.
Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak memiliki apa-apa saham ke atas Felda Plantation.
KPF hanya memiliki saham dalam Felda Holding sebanyak lebih kurang 51%.
PERSOALANNYA: Adakah Plantation boleh menjadi Frontline untuk memiliki/mengurus tadbir tanah GSA – Coopertive Group Settlement Area?
35.  Development of group settlement areas by co-operative societies organised by the Development Authority.
(1) The Development Authority may permit any land vested in it under section 34, cultivated or to be cultivated collectively, to be developed or managed by such co-operative society as it may organise; and the Chairman of the Development Authority may direct that any such area (hereinafter referred to as "a co-operative group settlement area") shall be surveyed as one whole or in as many lots as may be convenient for cultivation.
(2) As respects a co-operative group settlement area, no person other than a member of the co-operative society concerned shall be registered as a holder in the register of holdings; and the Manager appointed under section 36 shall make no record of any specific lot number or of a survey lot but shall record only the share held in such society by the member registered in such register as the holder.
Berdasarkan S. 35(2) tersebut, pemilikan tanah GSA di bawah S. 35 hanya boleh diberimilik (alienate) kepada Koperasi atau ahli-ahli Koperasi sahaja.

Oleh itu, pada hemat saya, pemilikan ladang oleh Felda Plantation adalah bercanggah dengan Akta GSA, dan tidak menepati hasrat pewartaan Rancangan Berkelompok oleh Kerajaan Negeri di bawah S. 4 GSA

HALATUJU PENEROKA SELEPAS LISTING

TANAH INDIVIDU PENEROKA
Pada masakini terdapat sejumlah 112,635 orang peneroka.
Dari jumlah itu, HANYA 32% peneroka yang telah diberikan Geran Hakmilik, iaitu bersamaan dengan 35,977 orang peneroka.
MANAKALA sejumlah 68% masih belum diberikan Geran Hakmilik yang bersamaan dengan 76,658 peneroka.
ISUNYA: Apakah status tanah yang masih belum diberimilik? Berdasarkan kepada kenyataan  Felda dan Menteri dari masa ke semasa, kelihatan mereka menganggap tanah peneroka yang belum diberimilik tersebut adalah milik @ aset Felda.
JUSTERU, apabila penyenaraian berlaku, tanah ini akan bersama-sama dipajak kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd, dan peneroka selama-lamanya TIDAK AKAN diberi Geran Hakmilik kepada tanah-tanah yang mereka telah usahakan sejak 30/40 tahun terdahulu.

TANAH FELDA PLANTATION
Felda menganggap tanah Plantation adalah milik mereka. Inilah aset utama yang cuba dijual oleh Felda melalui pajakan kepada Felda Global Ventures.
Selepas penyenaraian, tanah seluas 840,244.6 ekar yang diurus oleh Plantation Plantation tersebut akan dilupuskan kepada Felda Global Ventures.
Oleh itu, peneroka dan KPF tidak lagi akan mendapatkan hasil secara langsung ke atas perniagaan Felda Plantation melalui 840,244.6 ekar tanah tersebut, sebaliknya KPF akan hanya bergantung kepada 20% (atau apa-apa percent jumlah saham) Felda Global Ventures.
Hakikat ini tentunya akan memansuhkan sebahagian besar dana yang menyumbangkan kepada pendapatan KPF.
DISEBALIK ITU, pemindahan aset KPF dalam Felda Plantation kepada Felda Global Venture tersebut akan melupuskan kepentingan pemilikan tanah GSA di bawah S. 35 GSA.
Ia bukan sahaja bercanggah dengan semangat penubuhan rancangan Felda, tetapi jugak telah membatalkan pemilikan GSA tanah secara koperasi di bawah S. 35 GSA.
Saya tidak berhajat membahaskan teknikal undang-undang berkenaan isu ini secara lebih panjang lebar di kesempetan ini pada hari ini

DURIAN RUNTUH
Perdana Menteri menjanjikan durian runtuh peneroka selepas penyenaraian.
Hakikatnya, peneroka-peneroka yang merupakan ahli-ahli dan pemegang saham KPF akan mendapat imbuhan/wang segera (one off payment) kerana semua aset KPF dalam anak-anak syarikat Felda dilupuskan/dicairkan kepada Felda Global Ventures.
Buat masa ini KPF memegang saham majoriti dalam 3 entiti Felda yang paling untung:-
i.          FELDA HOLDINGS BERHAD      =          51%
ii.         Felda Plantation – pemilikan melalui saham Felda Holdings
iii. Felda Palm Industries Sdn Bhd (Kilang Sawit) = 30% direct shares dan melalui saham Felda Holdings
Apabila penyenaraian berlaku, semua saham-saham yang menjana keuntungan besar kepada KPF saban tahun terutama dalam 3 entiti perniagaan tersebut, akan dicairkan dan dijual kepada pasaran melalui apungan saham Felda Global Ventures.
Selepas mendapatkan wang kononnya “Durian Runtuh” tersebut, maka berakhirlah zaman gemilang KPF, kerana tiada lagi aset-aset yang boleh menyumbang kepada pendapatannya.
Bolehlah kita gelarkan durian runtuh menamatkan zaman gemilang peneroka. Satu tendangan separuh maut.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI
Kerajaan Negeri (Pakatan Rakyat) boleh berusaha untuk menyelamatkan nasib peneroka dengan cara-cara berikut:-
GERAN HAKMILIK INDIVIDU
Segera mengeluarkan Geran Hakmilik Individu (bagi peneroka-peneroka yang telah lama menyelesaikan bayaran premium atau lain-lain bayaran kepada Pejabat Tanah);
Kerajaan Negeri tidak perlu menunggu rekomendasi Felda untuk mengeluarkan Geran Individu;
Kerajaan Negeri tidak perlu mempedulikan Hutang Bayaran Kembali (“Hutang BK”) antara peneroka dan Felda kerana hubungan tersebut adalah hubungan kontrak yang tiada kaitan dengan kerajaan negeri.
Pemberian Hakmilik boleh diberikan walaupun peneroka masih mempunyai hutang Bayaran Kembali dengan Felda. Urusan hutang peneroka, hanya melibatkan peneroka dengan Felda. Urusan pemberian Hakmilik adalah hubungan peneroka dengan Kerajaan Negeri – Pejabat Tanah – Pentadbir Tanah. Ia adalah dua hubungan yang berbeza dan berasingan.

KESAN kepada pemberian Hakmilik kepada peneroka, adalah membebaskan peneroka dari belenggu-belenggu berikut:-

Menghapuskan ruang ugutan Felda terhadap peneroka terutama berkenaan urusan Tanam Semula dan serah ladang;
Menghapuskan ruang ugutan berkenaan dengan pengusiran peneroka dari Kawasan Rancangan;
Pengaplikasian peruntukan Akta GSA hanya tertakluk kepada peneroka yang masih belum mendapatkan Hakmilik sahaja. Peneroka yang sudah mendapat Hakmilik adalah bebas dari Akta GSA, kecuali berkenaan dengan S. 47 GSA;
S. 47 Akta GSA memperuntukkan secara khusus berkenaan dengan keadaan bilamana seseorang peneroka telah dikurnikan Hakmilik, iaitu Hakmilik peneroka tersebut hanya terikat dengan sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri berhubung dengan kategori/jenis penggunaan tanah dan S. 124 Kanun Tanah Negara 1965 – Ini boleh dilihat pada belakang Geran Hakmilik – Sekatan Kepentingan;
Adalah jelas sekali selepas peneroka mendapat Hakmilik, undang-undang yang mengawal selia tanah itu secara umumnya bukan lagi Akta GSA, tetapi ia tertakluk kepada Kanun  Tanah Negara 1965, sama seperti tanah-tanah yang lain;
Tun Razak menegaskan seperti berikut (sewaktu menjawab soalan di Dewan Rakyat):-
Tun Razak: “Once title has been granted, the land ceases to be State Land....”
[Terjemahan: Apabila Hakmilik diberikan, tanah itu akan terhenti dari menjadi Tanah Kerajaan (State Land)]
Bahkan, selepas diberikan Hakmilik, Pentadbir Tanah juga sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa ke atas tanah tersebut (melainkan berkenaan dengan Sekatan Kepentingan dalam Hakmilik), termasuk kuasa mengusir peneroka dari Rancangan. Ini ditegaskan oleh Tun Razak sebagaimana berikut:-
[Terjemahan: Sekarang, tiada lagi kuasa bagi Pentadbir Tanah untuk mengambil balik tanah dari individu. Pentadbir hanya boleh mengambil balik tanah selagimana tanah itu milik Kerajaan Negeri. Apabila tanah itu terhenti dari menjadi Tanah Kerajaan, maka Pentadbir Tanah tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa untuk mengambil balik.]
Selanjutnya, memandangkan dengan pemberian Hakmilik akan menyebabkan pemakaian peruntukan Akta GSA terhenti ke atas tanah peneroka, maka hal yang sama juga berlaku kepada Perjanjian Peneroka (yang ditandatangani oleh Peneroka dan Felda seawal memasuki Rancangan);
Perjanjian Peneroka adalah untuk menyuratkan tanggungjawab dan obligasi peneroka seawal menjadi peserta rancangan, sementara pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title).

Perjanjian tersebut juga mensyaratkan bahawa peneroka hendaklah menjual buah sawit kepada Kilang Felda – sebelum 1996, Perbadanan Kilang Sawit Felda – selepas 1996, Felda Palm Industries Sdn. Bhd. – anak syarikat Felda selepas penswastaan yang ditubuhkan pada 14/9/1995.

Oleh yang demikian, selepas dikurniakan Hakmilik, Perjanjian Peneroka juga sudah TIDAK TERPAKAI atau tamat dengan sendirinya, kerana tanah tersebut sudah menjadi Hakmilik individu berdasarkan S. 47 GSA dan Kanun Tanah Negara 1965.

Justeru Felda tidak lagi berhak memaksa peneroka menjual buah sawit kepada Kilang Felda. Peneroka bebas menjual buah sawit kepada mana-mana kilang atau pusat pembelian yang menawarkan harga yang lebih tinggi
MENGAMBIL ALIH KAWASAN GSA YANG TIADA PENEROKA – FELDA PLANTATION.
Berkenaan dengan kuasa ini, setiap negeri dipercayai mempunyai hubungan@deal yang berbeza dengan Felda Plantation, dan dari sudut pewartaan/gazzette tanah GSA.
Justeru saya tidak dapat mengulas lanjut kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap.
Namun Pemajakan atau pemindahan milikan tanah-tanah yang diurus oleh Felda Plantation kepada Felda Global Ventures adalah bercanggah dengan motif Rancangan Berkelompok di wartakan oleh Kerajaan Negeri, dan bercanggah dengan konsep pemilikan di bawah Akta GSA.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri juga boleh meneliti kuasa-kuasa penamatan Rancangan Berkelompok berdasarkan S. 44 (1) GSA:-

TERMINATION OF GROUP SETTLEMENT AREAS
44.  Power to terminate group settlement areas.
(1) The State Authority, in consultation with the Minister, may by notification in the Gazette declare that the whole or any part of the area within a group settlement area shall cease to be a group settlement area for the purposes of this Act:
Provided that the consultation shall not be necessary where the land within a group settlement area does not constitute a Federal Development area.
 (2) Upon an area ceasing to be a group settlement area-
(a) every part of the area previously included in a designated area shall cease to be part of the designated area;
(b) any land reserved by the Director under section 8 for a public purpose shall be deemed to have been reserved by the State Authority under section 62 of the National Land Code;
(c) except as provided in this Part, this Act shall cease to apply to land in the area.
PENUTUP
Adalah penting untuk kita ketahui bahawa hasrat Tun Razak membentangkan Akta GSA, bukan untuk menjadikan Felda sebagai TUAN, dan peneroka sebagai HAMBA. Jika diteliti dengan baik, kita akan dapati bahawa matlamat sebenar Akta GSA ialah untuk semata-mata memberikan tanah kepada rakyat luar bandar YANG TIDAK BERTANAH dan dengan tanah untuk membangunkan sumber ekonomi rakyat luar bandar.
Apabila Kerajaan Negeri mewartakan sesuatu kawasan sebagai Rancangan Berkelompok, maka Felda dijemput sebagai Pengurus buat sementara waktu sahaja. Selepas tamat satu pusingan, iaitu apabila Hakmilik diberikan secara individu kepada peneroka, maka Felda perlu KELUAR dari kawasan Rancangan dan tidak berhak lagi bertenggek di atas tanah dan harta peneroka.

Hasrat Tun Razak dan Akta GSA, ialah apabila Hakmilik dikurniakan, maka kawasan Rancangan itu akan menjadi sebuah PERKAMPUNGAN. Felda tiada lagi hak dan tempat dalam KAMPONG PENEROKA ini. Pada hari ini, KAMPUNG ini hendak digadaikan.

Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Felda seboleh mungkin tanpa malu dan tanpa tunduk kepada Akta GSA dan Kanun Tanah Negara 1965, ingin mendiami dan menjajah harta peneroka  bagi tujuan-tujuan di luar dari niat asal penubuhan. 

Keadaan ini perlu dihentikan. Felda perlu diberikan kesedaran sempadan kuasa mereka. Maruah dan nasib peneroka perlu dibela. Dan semua ini akan berhasil sekiranya Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk menggunakan kuasa mereka di bawah Akta GSA.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk semua peneroka dikurniakan Hakmilik kerana itu adalah hak mereka. Dalam apa keadaan sekali pun, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri mengurniakan Hakmilik itu kepada peneroka, selepas puluhan tahun mereka menaburkan keringat dan airmata ke atas tanah itu, untuk sesuap dua menyara keluarga.
Adalah diharapkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dapat meneliti kembali kuasa-kuasa yang dimiliki di bawah Akta GSA, dan meneliti semula kandungan Perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Felda untuk mengkaji dengan lebih teliti tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membangunkan taraf hidup dan memperjuangkan kebajikan peneroka.

Penyenaraian ladang, bagi kes komersial biasa mungkin mendatangkan kebaikan tetapi dalam kes Felda, latarbelakang isu,  kedudukan dan kesannya adalah berbeza sama sekali.
Renungan penuh tanggungjawab dan pandangan kedua adalah sangat mustahak sebelum nasi menjadi bubur.
Kenyataan PM, Tan Sri Isa Dan Ahmad Maslan - bahawa penyenaraian ini perlu - seakan by hook or by crook - diselesaikan sebelum Jun - betul-betul menjurus kepada maksud dana pilihanraya.
Kepentingan peneroka adalah lebih penting dari percubaan mencari dana pilihanraya parti pemerentah ! Apa lagi jika terselit tujuan  mengaut keuntungan segera bagi segelintir yang berkuasa!  Dengan mengumpankan 'durian runtuh' yang akan mengakhiri segala keistimewaan peneroka untuk selama-lamanya, baik generasi pertama mahupun mana-mana generasi selepasnya!

Dato Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
22hb April 2011
30 Jamadil Awal 1433