Warga Felda dapat lagi RM 356.00 kononnya dividen FGV...tapi jangan selamanya kita meletakkan diri kita kasta paling rendah mudah sangat ditipu dengan DUIT...Dalam keadaan FGV sedang merangkak rangkak terjun ke dalam jurang(hari ini ditutup RM 4.68 hanya 14 sen di atas harga IPO) ,macamana pulak tiba tiba peneroka dapat dividen??Dimanakah logikmya FGV sudahpun mampu keluarkan dividen ketika Felda sendiri memerlukan bantuan oksigen.
Janji FGV untuk bayar kepada Felda 15% hasil Keuntungan Operasi Pertanian lebih kurang RM 257 juta setahun berdasar kan harga Minyak Sawit Mentah(MSM) semasa RM 2900 setan sudah mulai tersasar jauh dari sasaran apabila harga sawit kini semakin tidak menentu.Semasa Persidangan Global Oil di India September lalu, penganalisis minyak sawit, Dorab Mistry meramalkan harga hadapan MSM akan jatuh kepada RM2,300 setan pada suku keempat.Harga pada 30 Oktober 2012 ialah RM 2328.50 setan.
Lebih buruk lagi, apabila seorang penganalisis, Dr. James Fry pula menjangkakan harga MSM susut kepada RM2,285 setiap tan menjelang akhir tahun ini seandainya minyak mentah Brent jatuh kepada AS$80 (RM240) setong.
Dengan harga yang merudum ini FGV tak mungkin dapat melaksanakan janjinya untuk membayar kadar keuntungan 15% atau RM 257 juta serta nilai pajakan Tanah Felda Plantation sebanyak RM 251juta setahun menjadikan jumlah semuanya ialah sekitar RM 508 juta.Inilah sumber yang akan digunakan untuk kos pengurusan Felda dan perbelanjaan pertanian serta s pembangunan sosio ekonomi peneroka yang keseluruhannya mencecah 2 bilion setahun.Jumlah yang mampu dibayar FGV kepada Felda tentu sekali jauh lebih rendah dari dijangkakan.Tentu sekali Felda cukup sukar untuk bernafas sekarang dan semestinya memerlukan bantuan oksigen untuk meneruskan kehidupannya.

Tatkala Felda tercungap cungap kelemasan tiba tiba peneroka Felda ditabur gula gula kononnya hasil keuntungan Felda Global Venture.Aneh sekali!!Graf di Bursa Malaysia setiap hari menyaksikan saham FGV lebih banyak menjunam daripada menegak,tiba tiba peneroka terus dibuai mimpi kononnya pelaburan FGV telah mencapai kejayaan hingga kan baru saja tiga bulan ,dividen sudah dikeluarkan kepada peneroka.
Permainan apa sebenarnya ini?Peneroka harus bertanya ,dari mana sebenarnya duit yang ditaburkan kepada mereka dalam keadaan kedudukan saham yang begitu parah ditambah dengan kejatuhan harga minyak sawit?Apakah selama lamanya warga Felda ini mudah tertipu dengan duit terutamanya ,supaya mereka terus memberi undi kepada BN walaupun mereka sendiri akan disembelih di kemudian hari,dan sembelihan itu sudah pun bermula sebaik saja peneroka menurunkan tandatangan ke atas borang loan yang mereka tidak pernah memahaminya.
Untuk mengelakkan peneroka merasai bebanan hutang dengan bank,maka diumumkan hutang peneroka tersebut diambil alih oleh Felda dan peneroka hanya perlu membayar RM 50 kepada Felda setiap bulan selama lima tahun tanpa faedah..Cukup licik permainannya...maka bila peneroka menjual sahamnya sebanyak 800 unit kalau pada harga sudah jatuh sekalipun,peneroka masih boleh bawa pulang RM 3000 lebih ke rumah walhal duit itu adalah pinjaman daripada bank...yang penting peneroka nampak duit bertimbun timbun di rumahnya walaupun itu milik bank....Begitu sekali lah diperbodohkan peneroka.
Kalau hendak
membayar bayaran baja atau bayaran kembali pun lintang pukang
jadinya,apakah jaminan pembayaran balik pinjaman bank RM 50 sebulan itu
dapat berjalan lancar dalam keadaan Felda sendiri ,kantongnya sudah
kekeringan!!
Ingatlah warga Felda, Umno Bn sudah tidak relevan untuk pilihanraya akan datang.Sebab itu benteng terakhir BN iaitu kawasan Felda yang melibatkan lebih 50 kawasan parlimen mesti dipertahankan .Sebesar besar umpan akan ditabur kepada peneroka supaya terus bergantung hidup kepada BN walaupun terpaksa menggadai khazanah Felda.
Bangkit lah wahai warga Felda.Umat Islam itu tidak boleh disengat hingga dua kali pada satu tempat,tapi kalau berkali kali kita boleh membiarkan diri kita disengat,maka nilai sendirilah apakah harga diri kita itu terlalu murah hingga boleh dilelong di Pasar Lambak!!