PENGENALAN LAND (GROUP SETTLEMENT AREAS)
ACT, 1960 DAN MISI AWAL FELDA SEPERTI YANG DIGAGASKAN OLEH TUN RAZAK
Mukaddimah:-
Tanggal
27/4/1960, Almarhum Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika
itu, telah membentang satu pelan Rancangan Kemajuan Tanah melalui pengenalan
Akta GSA, dengan satu matlamat iaitu untuk memperbaiki keadaan hidup dan sosio
ekonomi rakyat jelata di luar bandar. Akta GSA dibentangkan dan digubal untuk
memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di Tanah Melayu
bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar
bandar.
Tun Razak
memulakan ucapan pembentangannya dengan kata-kata berikut:-
Kerajaan
Persekutuan pada ketika itu menyedari bahawa tanah adalah merupakan aset yang
berada dalam bidangkuasa Kerajaan Negeri, di mana tujuan asas kepada
penggubalan Akta GSA adalah untuk memberikan panduan kepada Kerajaan
Negeri mengawal selia pemberian tanah
kepada rakyat luar bandar:-
Menginsafi
kemiskinan rakyat luar bandar, Tun Razak menegaskan bahawa pemberian tanah di
kawasan GSA adalah untuk membolehkan
rakyat luar bandar mencari nafkah yang sempurna:-
Tun Razak
meneruskan ucapan dengan memberikan penekanan bahawa Akta GSA adalah bertujuan
untuk memberikan tanah kepada rakyat
yang tidak bertanah (giving land to the landless), serta menambah
pemilikan tanah yang tidak mencukupi kepada penduduk luar bandar untuk
membolehkan pencarian nafkah yang sempurna:-
Selaras dengan
pelan untuk memajukan kehidupan rakyat, Tun Razak memohon bantuan dan ihsan
Kerajaan Negeri untuk membuka tanah
baru melalui 3 kaedah berikut:-
PERUNTUKAN UMUM DI BAWAH AKTA GSA
Di bawah Akta
GSA, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk mewartakan dua kawasan penempatan
iaitu:-
Kawasan
Petempatan Luar Bandar – Rural Settlement Areas (S. 5);
Kawasan
Petempatan Bandar – Urban Settlement Areas (S. 6).
Pada hampir
keseluruhan Akta GSA, pemilikan tanah akan diberikan secara individu yang tidak
melibihi 10 ekar setiap seorang. Dalam sesetengah keadaan, pemilikan bersama
yang tidak melebihi 2 individu bagi satu tanah dibenarkan.
Selain
pemilikan individu, terdapat sebahagian kecil pemilikan dibenarkan secara pemilikan
saham Koperasi. S. 35 GSA memberikan pengecualian kepada pemilikan secara saham
koperasi bagi rancangan-rancangan yang dikendalikan oleh Felda. Namun,
pemilikan secara saham koperasi juga tertakluk kepada Akta GSA, yang mana semua
kuasa berkenaan tanah adalah terletak pada Pentadbir Tanah – Kerajaan Negeri.
Dalam konteks
peneroka Felda, pemilikan tanah bagi untuk peneroka hanya melibatkan Rural
Holdings sahaja.
Adalah
diperhatikan bahawa keseluruhan peruntukan Akta GSA adalah HANYA berkait dengan
proses pemilikan tanah dalam jangkaan untuk mendapatkan geran (occupation in
expectation of title). Ia tidak meliputi tanah-tanah yang sudah diberikan
Geran kepada peneroka, melainkan syarat-syarat, halangan dan sekatan yang
dikenakan ke atas Geran Tanah selaras dengan S. 47 GSA – oleh Kerajaan Negeri.
GSA adalah
merupakan satu instrumen undang-undang untuk memberikan kuasa kepada Kerajaan
Negeri bagi mewartakan satu Rancangan Berkelompok, dan mencari peserta yang
dipanggil 'peneroka' untuk membangunkan tanah-tanah dalam Rancangan Berkelompok
tersebut.
Pada tujuan
pengurusan Rancangan Berkelompok, Kerajaan Negeri berkuasa melantik mana-mana
agensi, ATAU - tidak perlu melantik mana-mana agensi - untuk diuruskan sendiri
oleh peneroka. Justeru ia adalah hak mutlak Kerajaan Negeri untuk memilih
mana-mana agensi atau syarikat bagi menguruskan sesuatu Rancangan Berkelompok.
SEMUA kuasa ke
atas tanah-tanah rancangan adalah terletak kepada “Collector” atau Pentadbir
Tanah – yang berada di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri. Tiada satu pun
peruntukan mutlak tentang apa-apa kuasa ke atas tanah peneroka diberikan kepada
Felda atau mana-mana agensi lain.
S. 38 GSA
(berkenaan dengan kawasan yang diuruskan oleh Felda) memperuntukkan bahawa
semua kuasa pada Bahagian I – VI GSA adalah terpakai seolah-olah kawasan
tersebut masih merupakan tanah Kerajaan Negeri (State Land).
KUASA-KUASA KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG
DENGAN RANCANGAN FELDA
Menggubal Dasar/Polisi/Undang-Undang
Kecil
Untuk Mengawal Selia Ladang dan Peneroka
Di bawah S.
37, Felda hanya boleh membuat apa-apa peraturan/polisi/undang-undang kecil di
setiap Rancangan setelah “after the
consultation with the State Authority” (selepas mendapat kebenaran Pihak
Berkuasa Negeri).
Di bawah
seksyen ini, setiap undang-undang kecil yang digubal oleh Felda, hendaklah
dirujuk terlebih dahulu untuk kelulusan daripada Kerajaan Negeri.
Adalah
diperhatikan bahawa semua polisi/peraturan/undang-undang untuk mengikat
peneroka dan ladang peneroka digubal tanpa langsung dirujuk dan tanpa
mempedulikan kuasa Kerajaan Negeri.
Dan semua
Kerajaan Negeri pada ketika ini kelihatan tidak sedar akan kuasa melalui S. 37
untuk melindungi peneroka. Banyak Kerajaan Negeri seperti melepaskan tangan dan
menganggap seolah-olah Felda mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap Rancangan.
RANCANGAN YANG
TIDAK MEMILIKI PENEROKA
Seperti yang
telah dijelaskan, di bawah Akta GSA, hanya terdapat 2 jenis pemilikan ke atas
tanah, iaitu pemilikan individu peneroka (S. 7(2) dan 11(1)) dan melalui
Koperasi yang diuruskan oleh Felda (S. 35).
Tiada
apa-apa pemilikan yang lain dibenarkan oleh Akta GSA.
Tugas Felda di
bawah GSA, bagi sebahagian Tanah yang mana Felda dilantik untuk menguruskannya,
hanya untuk menjadi Pengurus kepada Rancangan, dan bukannya memiliki tanah atau
“in occupation of the group settlement
areas” (menduduki kawasan rancangan berkelompok).
Namun adalah
diperhatikan bahawa Felda telah menyalahgunakan pemberian tanah oleh Kerajaan
Negeri untuk mewujudkan Kawasan Rancangan Berkelompok untuk mencari
peserta/peneroka dan mencadangkan, atau secara saham Koperasi, tetapi
SEBALIKNYA Felda telah 'merompak' tanah Kerajaan Negeri (yang diwartakan
sebagai Rancangan Berkelompok) untuk diusahakannya sendiri dengan menubuhkan
Felda Plantation Sdn. Bhd.
Berdasarkan
website Felda Plantation Sdn. Bhd., Felda Plantation kini memiliki ladang seluas 380,180 hektar
(bersamaan dengan 840,244.6 ekar) di seluruh negara. Tanah ini diberikan oleh
Kerajaan Negeri yang berkenaan di bawah Akta GSA untuk membolehkan pemilikan
individu peneroka dalam Rancangan Berkelompok, pada asalnya.
Sekiranya
ladang Felda Plantation tersebut diberikan kepada individu peneroka sebanyak 10
ekar seorang sebagaimana S. 11(1) GSA, maka seramai 84,024 orang peneroka baru akan mendapat manfaat. Namun
tanah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ini telah disalahgunakan oleh Felda
dengan menubuhkan Felda Plantation, dan mengaut keuntungan berbillion ringgit
tanpa apa-apa faedah tambahan kepada mana-mana Kerajaan Negeri selain dividen
kepada peneroka. Tindakan ini bukan sahaja menghalang pertambahan peneroka
baru, bahkan Kerajaan Negeri pun tidak mendapat apa-apa manfaat langsung dari
kekayaan Felda melalui Felda Plantation.
FOKUS SPESIFIK:
FELDA PLANTATION SDN BHD.
Sejak Tahun
1991, Kerajaan Persekutuan telah mengarahkan FELDA menghentikan pengambilan
peneroka baru. Ini kerana FELDA ingin mengaut keuntungan yang lebih dengan
menyalahguna tanah yang diwartakan sebagai kawasan GSA (yang sepatutnya
diberikan kepada peneroka) dengan menubuhkan satu entiti korporat yang bernama
FELDA PLANTATION SDN BHD.
FELDA
PLANTATION SDN BHD telah diperbadankan pada 13/1/1992. Entiti ini selepas
penubuhan telah mengambil alih semua ladang/tanah yang masih belum diisi
peneroka.
Felda
Plantation ditubuhkan dengan Authorised Capital sebanyak RM45
juta sahaja.
Felda
Plantation hanya memilik 2 pemegang saham sahaja iaitu Felda Holdings
Sdn Bhd (RM15.3 juta– share) dan FELDA (RM14.7juta – share). Modal berbayar
Felda Plantation hanya RM30 juta sahaja.
Koperasi
Permodalan Felda (KPF) tidak memiliki apa-apa saham ke atas Felda Plantation.
KPF hanya
memiliki saham dalam Felda Holding sebanyak lebih kurang 51%.
PERSOALANNYA:
Adakah Plantation boleh menjadi Frontline untuk memiliki/mengurus tadbir tanah
GSA – Coopertive Group Settlement Area?
35. Development of
group settlement areas by co-operative societies organised by the Development
Authority.
(1) The Development Authority may permit any land vested in it under
section 34, cultivated or to be cultivated collectively, to be developed or managed by such co-operative society as it may
organise; and the Chairman of the Development Authority may direct that
any such area (hereinafter referred to as "a co-operative group settlement
area") shall be surveyed as one whole or in as many lots as may be
convenient for cultivation.
(2) As
respects a co-operative group settlement area, no person other than a member of the co-operative society concerned
shall be registered as a holder in the register of holdings; and the
Manager appointed under section 36 shall make no record of any specific lot
number or of a survey lot but shall record only the share held in such society
by the member registered in such register as the holder.
Berdasarkan S.
35(2) tersebut, pemilikan tanah GSA di bawah S. 35 hanya boleh diberimilik
(alienate) kepada Koperasi atau ahli-ahli Koperasi sahaja.
Oleh itu, pada
hemat saya, pemilikan ladang oleh Felda Plantation adalah bercanggah dengan
Akta GSA, dan tidak menepati hasrat pewartaan Rancangan Berkelompok oleh Kerajaan
Negeri di bawah S. 4 GSA
HALATUJU PENEROKA SELEPAS LISTING
TANAH INDIVIDU PENEROKA
Pada masakini
terdapat sejumlah 112,635 orang peneroka.
Dari jumlah
itu, HANYA 32% peneroka yang telah diberikan Geran Hakmilik, iaitu bersamaan
dengan 35,977 orang peneroka.
MANAKALA
sejumlah 68% masih belum diberikan Geran Hakmilik yang bersamaan dengan 76,658
peneroka.
ISUNYA: Apakah
status tanah yang masih belum diberimilik? Berdasarkan kepada kenyataan Felda dan Menteri dari masa ke semasa,
kelihatan mereka menganggap tanah peneroka yang belum diberimilik tersebut
adalah milik @ aset Felda.
JUSTERU,
apabila penyenaraian berlaku, tanah ini akan bersama-sama dipajak kepada Felda
Global Ventures Sdn Bhd, dan peneroka selama-lamanya TIDAK AKAN diberi Geran Hakmilik
kepada tanah-tanah yang mereka telah usahakan sejak 30/40 tahun terdahulu.
TANAH FELDA PLANTATION
Felda
menganggap tanah Plantation adalah milik mereka. Inilah aset utama yang cuba
dijual oleh Felda melalui pajakan kepada Felda Global Ventures.
Selepas
penyenaraian, tanah seluas 840,244.6 ekar yang diurus oleh Plantation
Plantation tersebut akan dilupuskan kepada Felda Global Ventures.
Oleh itu,
peneroka dan KPF tidak lagi akan mendapatkan hasil secara langsung ke atas
perniagaan Felda Plantation melalui 840,244.6 ekar tanah tersebut, sebaliknya
KPF akan hanya bergantung kepada 20% (atau apa-apa percent jumlah saham) Felda
Global Ventures.
Hakikat ini
tentunya akan memansuhkan sebahagian besar dana yang menyumbangkan kepada
pendapatan KPF.
DISEBALIK ITU,
pemindahan aset KPF dalam Felda Plantation kepada Felda Global Venture tersebut
akan melupuskan kepentingan pemilikan tanah GSA di bawah S. 35 GSA.
Ia bukan
sahaja bercanggah dengan semangat penubuhan rancangan Felda, tetapi jugak telah
membatalkan pemilikan GSA tanah secara koperasi di bawah S. 35 GSA.
Saya tidak
berhajat membahaskan teknikal undang-undang berkenaan isu ini secara lebih
panjang lebar di kesempetan ini pada hari ini
DURIAN RUNTUH
Perdana
Menteri menjanjikan durian runtuh peneroka selepas penyenaraian.
Hakikatnya,
peneroka-peneroka yang merupakan ahli-ahli dan pemegang saham KPF akan mendapat
imbuhan/wang segera (one off payment) kerana semua aset KPF dalam anak-anak
syarikat Felda dilupuskan/dicairkan kepada Felda Global Ventures.
Buat masa ini
KPF memegang saham majoriti dalam 3 entiti Felda yang paling untung:-
i. FELDA HOLDINGS BERHAD = 51%
ii. Felda Plantation – pemilikan melalui
saham Felda Holdings
iii. Felda
Palm Industries Sdn Bhd (Kilang Sawit) = 30% direct shares dan melalui saham
Felda Holdings
Apabila
penyenaraian berlaku, semua saham-saham yang menjana keuntungan besar kepada
KPF saban tahun terutama dalam 3 entiti perniagaan tersebut, akan dicairkan dan
dijual kepada pasaran melalui apungan saham Felda Global Ventures.
Selepas
mendapatkan wang kononnya “Durian Runtuh” tersebut, maka berakhirlah zaman
gemilang KPF, kerana tiada lagi aset-aset yang boleh menyumbang kepada
pendapatannya.
Bolehlah kita
gelarkan durian runtuh menamatkan zaman gemilang peneroka. Satu tendangan
separuh maut.
APA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH KERAJAAN
NEGERI
Kerajaan
Negeri (Pakatan Rakyat) boleh berusaha untuk menyelamatkan nasib peneroka
dengan cara-cara berikut:-
GERAN HAKMILIK INDIVIDU
Segera
mengeluarkan Geran Hakmilik Individu (bagi peneroka-peneroka yang telah lama
menyelesaikan bayaran premium atau lain-lain bayaran kepada Pejabat Tanah);
Kerajaan
Negeri tidak perlu menunggu rekomendasi Felda untuk mengeluarkan Geran
Individu;
Kerajaan
Negeri tidak perlu mempedulikan Hutang Bayaran Kembali (“Hutang BK”) antara
peneroka dan Felda kerana hubungan tersebut adalah hubungan kontrak yang tiada
kaitan dengan kerajaan negeri.
Pemberian
Hakmilik boleh diberikan walaupun peneroka masih mempunyai hutang Bayaran
Kembali dengan Felda. Urusan hutang peneroka, hanya melibatkan peneroka dengan
Felda. Urusan pemberian Hakmilik adalah hubungan peneroka dengan Kerajaan
Negeri – Pejabat Tanah – Pentadbir Tanah. Ia adalah dua hubungan yang berbeza
dan berasingan.
KESAN kepada
pemberian Hakmilik kepada peneroka, adalah membebaskan peneroka dari
belenggu-belenggu berikut:-
Menghapuskan
ruang ugutan Felda terhadap peneroka terutama berkenaan urusan Tanam Semula dan
serah ladang;
Menghapuskan
ruang ugutan berkenaan dengan pengusiran peneroka dari Kawasan Rancangan;
Pengaplikasian
peruntukan Akta GSA hanya tertakluk kepada peneroka yang masih belum
mendapatkan Hakmilik sahaja. Peneroka yang sudah mendapat Hakmilik adalah bebas
dari Akta GSA, kecuali berkenaan dengan S. 47 GSA;
S. 47 Akta GSA
memperuntukkan secara khusus berkenaan dengan keadaan bilamana seseorang
peneroka telah dikurnikan Hakmilik, iaitu Hakmilik peneroka tersebut hanya
terikat dengan sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh Kerajaan
Negeri berhubung dengan kategori/jenis penggunaan tanah dan S. 124 Kanun Tanah
Negara 1965 – Ini boleh dilihat pada belakang Geran Hakmilik – Sekatan
Kepentingan;
Adalah jelas
sekali selepas peneroka mendapat Hakmilik, undang-undang yang mengawal selia
tanah itu secara umumnya bukan lagi Akta GSA, tetapi ia tertakluk kepada Kanun
Tanah Negara 1965, sama seperti tanah-tanah yang lain;
Tun Razak
menegaskan seperti berikut (sewaktu menjawab soalan di Dewan Rakyat):-
Tun Razak:
“Once title has been granted, the land ceases to be State Land....”
[Terjemahan:
Apabila Hakmilik diberikan, tanah itu akan terhenti dari menjadi Tanah Kerajaan
(State Land)]
Bahkan,
selepas diberikan Hakmilik, Pentadbir Tanah juga sudah tidak mempunyai apa-apa
kuasa ke atas tanah tersebut (melainkan berkenaan dengan Sekatan Kepentingan
dalam Hakmilik), termasuk kuasa mengusir peneroka dari Rancangan. Ini
ditegaskan oleh Tun Razak sebagaimana berikut:-
[Terjemahan:
Sekarang, tiada lagi kuasa bagi Pentadbir Tanah untuk mengambil balik tanah
dari individu. Pentadbir hanya boleh mengambil balik tanah selagimana tanah itu
milik Kerajaan Negeri. Apabila tanah itu terhenti dari menjadi Tanah
Kerajaan, maka Pentadbir Tanah tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa untuk
mengambil balik.]
Selanjutnya,
memandangkan dengan pemberian Hakmilik akan menyebabkan pemakaian peruntukan
Akta GSA terhenti ke atas tanah peneroka, maka hal yang sama juga berlaku
kepada Perjanjian Peneroka (yang ditandatangani oleh Peneroka dan Felda seawal
memasuki Rancangan);
Perjanjian
Peneroka adalah untuk menyuratkan tanggungjawab dan obligasi peneroka seawal
menjadi peserta rancangan, sementara pendudukan dalam jangkaan hakmilik (in expectation of title).
Perjanjian
tersebut juga mensyaratkan bahawa peneroka hendaklah menjual buah sawit kepada
Kilang Felda – sebelum 1996, Perbadanan Kilang Sawit Felda – selepas 1996,
Felda Palm Industries Sdn. Bhd. – anak syarikat Felda selepas penswastaan yang
ditubuhkan pada 14/9/1995.
Oleh yang
demikian, selepas dikurniakan Hakmilik, Perjanjian Peneroka juga sudah TIDAK
TERPAKAI atau tamat dengan sendirinya, kerana tanah tersebut sudah menjadi
Hakmilik individu berdasarkan S. 47 GSA dan Kanun Tanah Negara 1965.
Justeru Felda
tidak lagi berhak memaksa peneroka menjual buah sawit kepada Kilang Felda.
Peneroka bebas menjual buah sawit kepada mana-mana kilang atau pusat pembelian
yang menawarkan harga yang lebih tinggi
MENGAMBIL ALIH KAWASAN GSA YANG TIADA
PENEROKA – FELDA PLANTATION.
Berkenaan
dengan kuasa ini, setiap negeri dipercayai mempunyai hubungan@deal yang berbeza
dengan Felda Plantation, dan dari sudut pewartaan/gazzette tanah GSA.
Justeru saya
tidak dapat mengulas lanjut kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap.
Namun
Pemajakan atau pemindahan milikan tanah-tanah yang diurus oleh Felda Plantation
kepada Felda Global Ventures adalah bercanggah dengan motif Rancangan
Berkelompok di wartakan oleh Kerajaan Negeri, dan bercanggah dengan konsep
pemilikan di bawah Akta GSA.
Oleh yang
demikian, Kerajaan Negeri juga boleh meneliti kuasa-kuasa penamatan Rancangan
Berkelompok berdasarkan S. 44 (1) GSA:-
TERMINATION OF GROUP SETTLEMENT AREAS
44. Power
to terminate group settlement areas.
(1) The State Authority,
in consultation with the Minister, may by notification in the Gazette declare that the whole or any part
of the area within a group settlement area shall cease to be a group settlement
area for the purposes of this Act:
Provided
that the consultation shall not be necessary where the land within a group
settlement area does not constitute a
Federal Development area.
(2) Upon an
area ceasing to be a group settlement area-
(a) every part of the area previously included in a
designated area shall cease to be part of the designated area;
(b) any land reserved by the Director under section 8
for a public purpose shall be deemed to have been reserved by the State
Authority under section 62 of the National Land Code;
(c) except as provided in this Part, this Act shall
cease to apply to land in the area.
PENUTUP
Adalah penting
untuk kita ketahui bahawa hasrat Tun Razak membentangkan Akta GSA, bukan untuk
menjadikan Felda sebagai TUAN, dan peneroka sebagai HAMBA. Jika diteliti dengan
baik, kita akan dapati bahawa matlamat sebenar Akta GSA ialah untuk semata-mata
memberikan tanah kepada rakyat luar bandar YANG TIDAK BERTANAH dan dengan tanah
untuk membangunkan sumber ekonomi rakyat luar bandar.
Apabila
Kerajaan Negeri mewartakan sesuatu kawasan sebagai Rancangan Berkelompok, maka
Felda dijemput sebagai Pengurus buat sementara waktu sahaja. Selepas tamat satu
pusingan, iaitu apabila Hakmilik diberikan secara individu kepada peneroka,
maka Felda perlu KELUAR dari kawasan Rancangan dan tidak berhak lagi bertenggek
di atas tanah dan harta peneroka.
Hasrat Tun
Razak dan Akta GSA, ialah apabila Hakmilik dikurniakan, maka kawasan Rancangan
itu akan menjadi sebuah PERKAMPUNGAN. Felda tiada lagi hak dan tempat dalam
KAMPONG PENEROKA ini. Pada hari ini, KAMPUNG ini hendak digadaikan.
Tetapi apa
yang berlaku kini adalah sebaliknya. Felda seboleh mungkin tanpa malu dan tanpa
tunduk kepada Akta GSA dan Kanun Tanah Negara 1965, ingin mendiami dan menjajah
harta peneroka bagi tujuan-tujuan di
luar dari niat asal penubuhan.
Keadaan ini
perlu dihentikan. Felda perlu diberikan kesedaran sempadan kuasa mereka. Maruah
dan nasib peneroka perlu dibela. Dan semua ini akan berhasil sekiranya Kerajaan
Negeri bertanggungjawab untuk menggunakan kuasa mereka di bawah Akta GSA.
Oleh yang
demikian, adalah penting untuk semua peneroka dikurniakan Hakmilik kerana itu
adalah hak mereka. Dalam apa keadaan sekali pun, adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan Negeri mengurniakan Hakmilik itu kepada peneroka, selepas puluhan
tahun mereka menaburkan keringat dan airmata ke atas tanah itu, untuk sesuap
dua menyara keluarga.
Adalah
diharapkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dapat meneliti kembali kuasa-kuasa
yang dimiliki di bawah Akta GSA, dan meneliti semula kandungan Perjanjian
antara Kerajaan Negeri dan Felda untuk mengkaji dengan lebih teliti
tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membangunkan taraf hidup dan memperjuangkan
kebajikan peneroka.
Penyenaraian
ladang, bagi kes komersial biasa mungkin mendatangkan kebaikan tetapi dalam kes
Felda, latarbelakang isu, kedudukan dan
kesannya adalah berbeza sama sekali.
Renungan penuh
tanggungjawab dan pandangan kedua adalah sangat mustahak sebelum nasi menjadi
bubur.
Kenyataan PM,
Tan Sri Isa Dan Ahmad Maslan - bahawa penyenaraian ini perlu - seakan by hook or by crook - diselesaikan
sebelum Jun - betul-betul menjurus kepada maksud dana pilihanraya.
Kepentingan
peneroka adalah lebih penting dari percubaan mencari dana pilihanraya parti
pemerentah ! Apa lagi jika terselit tujuan
mengaut keuntungan segera bagi segelintir yang berkuasa! Dengan mengumpankan 'durian runtuh' yang akan
mengakhiri segala keistimewaan peneroka untuk selama-lamanya, baik generasi
pertama mahupun mana-mana generasi selepasnya!
Dato Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
22hb April
2011
30 Jamadil
Awal 1433