Wednesday, November 25, 2009

Tangguh Pilihanraya:Beri Peluang Umno Selongkar Kubur

Di zaman Najib ,tiada lah apa yang pelik dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam berkait kes Kota Seputeh yang membenarkan permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelumnya yang telah mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya.

Peluang penangguhan yang ada pastinya baik untuk memberi peluang SPR membantu Umno menyelongkar mana mana kubur di Kota Seputeh,kalau kalau ada penghuninya yang sudi dikejutkan untuk kembali mengundi pada Pilihanraya kecil yang bakal berlaku.Sempat lah juga buat upacara puja ruh untuk balik mengundi!
Kota Seputeh bukan Bagan Pinang yang sudah siap 5000 undi bonusnya.Umno pun sedar Bagan Pinang bukan kayu ukurnya menilai kekuatan sebenar Umno/BN.Kota Seputeh lah tempat sebaiknya bagi UBN.Begitu juga bagi Pakatan Rakyat.Di sinilah medan pertarungan sebenar.
Bagi BN yang ketinggalan 7 gol ,peluang yang ada mesti digunakan semaksima mungkin untuk mempastikan parti reput itu dilihat masih relevan.Kalau mampu dibangkitkan semula nenek moyang yang hanya kenal 'kapal layar' walaupun dah lama bersemadi,kena lah buat apa cara sekalipun.Kalau tak cukup jampi menteranya untuk memanggil ruh ruh itu pulang,mungkin boleh saja 'ruh ruh' itu dipindahkan ke dalam batang tubuh 'Awang Hitam' ke,Mat Indon pun ada.
Najib cukup pakar kerja kerja tersebut.Orang Pekan tentu tahu sangat dengan kisah rumah panjang di Sungai Miang yang munculo menjelkang PRU 2004 yang lalu.

Tuesday, November 24, 2009

Permit:Peraturan Polis yang Selalu Peningkan Kepala

Ketua Polis Kulaijaya yang kata dia tak keluarkan permit ceramah untuk Anwar menambah peningkan kepala kita.OCPD itu menegaskan dia tak pernah keluarkan permit ceramah pada musim bukan pilihanraya.
Sejak bila pula permit ceramah hanya boleh ketika pilihanraya?Tak boleh pada waktu lain.Cukup serabut,mana satu undang undang nak pakai.
Semasa PRU yang lalu,Ketua Polis Negara keluar kenyataan ,ceramah di permis persendirian tak perlukan permit.Tetapi pihak pemantau SPR dan polis yang datang ke Jengka 15 bertekak dengan saya kerana ceramah di rumah Hj Mat Isa tak ada permit.Saya dah jawab kepada pegawai berkenaan,ceramah ni tak perlu permit.Ini kenyataan Ketua Polis Negara!.Pegawai berkenaan jawab pada saya,kat kawasan Temerloh semua kena permit.Undang-undang tak sama ke?Tanya pegawai tersebut.
Saya jawab ,undang undang sama satu negara,yang menjalankan tugas saja tak ikut undang undang sebenar.
Pegawai berkenaan tak puas hati.Saya dimaklumkan ,pegawai tersebut hantar laporan kepada pihak atasan mengatakan saya buat kecoh!Undang undang mana mereka nak pakai pun saya tak faham!
Ketika Mazlan Aliman berceramah di Kota Gelanggi beberapa bulan lepas,seorang pegawai SB berasal dari Kelantan bersembang dengan saya,dia kata ceramah dalam permis sendiripun kena permit!!!!Huru hara lah jadinya kalau kepala otak polis macam JKKK!!

Monday, November 23, 2009

Kota Seputeh:SPR Gagal Lagi

Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) yang cuba mendahului kuasa Speaker DUN Kedah hari gagal lagi dalam usahanya menangguhkan keputusan Mahkamah yang mengistiharkan kerusi DUN Kota Seputeh kosong minggu lalu.

Hari ini Mahkamah Tinggi menolak permohonan SPR itu.Bagaimana pihak SPR akan terus membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung penolakan penangguhan tersebut.

Apa apa keputusan mahkamah berkaitan kes ini selepas ini pastinya akan turut memberi kesan kepada kes sama di negeri Perak yang masih tidak berkesudahan.

Demokrasi pada era Najib ternyata telah menyebabkan terlalu banyak calar berlaku yang membawa derita berpanjangan kepada rakyat.

Lima tuntutan Anak Kepada Felda

Terdapat lima tuntutan dalam memorandum Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) kepada Menteri Besar Pahang pada 17 November 2009

Pertama:
Memberikan lot tanah kosong di Felda bagi perumahan generasi baru. Tanah merupakan hak kerajaan negeri. Terdapat sejumlah tanah kosong yang belum dimajukan dalam penempatan Felda. Maka alangkah baiknya jika tanah tersebut di pecah lot dan dibina perumahan untuk anak-anak peneroka yang layak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di bawah program Rumah Mesra Rakyat. Contoh kejayaan projek tersebut dapat dilihat di Felda Sri Jaya, Pagoh Johor dengan siapnya 95 unit rumah generasi kedua.

Pilihan yang kedua ialah tapak lot-lot tanah yang telah mendapat hak milik diberi kebebasan mendirikan rumah kediaman mereka sendiri. Kaedah ini biasa diamalkan di banyak tempat. Sokongan dan dokongan kerajaan negeri akan mempercepatkan segala prosedur yang harus dipatuhi kerana selama ini generasi kedua berdepan karenah pentadbiran Felda yang begitu lokek untuk melepaskan pegangan atas tanah yang mereka dakwa miliknya.

Kedua
Batalkan Felda Plantation. Dasar kerajan membuka Tanah Rancangan Felda ialah membuka ruang pemilikan tanah kepada rakyat khusus orang Melayu. Selepas tahun 1990, dasar ini dihentikan dan diwujudkan Felda Plantation yang berkonsepkan estet yang menekan peserta tanpa jaminan masa depan. Walhal, seluas 367,710 hektar tanah milik kerajaan negeri telah dikorbankan. Adalah dianggarkan 79,000 anak peneroka beroleh manfaat jika Felda Plantation dimansuhkan dan ditukar kembali formatnya kepada pengambilan peneroka. Kerajaan negeri boleh memainkan peranan aktif membuat desakan tersebut.

Ketiga
Naiktarafkan penempatan Felda yang telah mendapat hak milik. Daripada sejumlah 317 rancangan Felda, 77 daripadanya telah selesai membuat bayaran kembali dan beroleh hak milik keperluan untuk penempatan ini ditadbir sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di bawah kerajaan negeri sangat mendesak.

Dengan erti kata lain, sudah sampai masanya kedudukan Felda sebagai ejen pengurusan dikaji semula. Peneroka sudah mampu berdikari dan disambung oleh anak peneroka tanpa cengkaman Felda, hutang piutang, bermacam-macam perjanjian, sekatan dan tentunya pendapatan mereka jauh lebih lebih lumayan apabila tiada penglibatan pihak ketiga yang mengaut keuntungan melampau.

Generasi baru Felda yang berpendidikan mampu untuk mentadbir penempatan mereka sendiri dengan kerjasama erat agensi kerajaan negeri termasuk badan-bdan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Persatuan Pekebun Kecil serta menikmati subsidi seperti masyarakat di kampung. Felda hanya berfungsi setakat urusniaga kedai D’Mart, pemasaran komoditi dan lain-lain berasaskan persaingan semasa. Pendekatan ini membuka ruang penyertaan generasi muda lebih terarah dan jaminan masa depan lebih baik.

Keempat
Menangani gejala sosial. Pendekatan menangani gejala sosial mesti lebih seimbang dengan memperbanyak aktiviti keagamaan. Penekanan kepada program sukan sama ada Akademi Bolasepak Felda, Rally Felda, Liga Futsal Felda dan pembinaan Kompleks Sukan Komuniti sememangnya wajar tetapi kesungguhan mempelbagaikan program kerohanian menjadi tanda tanya. Jika pasukan Rela, Rukun Tetangga dan sukarelawan boleh diwujudkan untuk membantu polis memerangi jenayah, sudah sampai masanya sukarelawan membanteras maksiat juga ditubuhkan. Mekanisme bersama JKKK, Jawatankuasa Masjid, Jabatan Agama dan lain-lain boleh dibentuk untuk tujuan tersebut.

Institusi masjid dan surau mesti diimarahkan dengan budaya ilmu dan tidak bersifat streotaip yang membosankan. Pendekatan menarik anak muda ke masjid harus ditangani segera kerana ketika ini 90 peratus yang mengimarahkannya adalah peneroka semata-mata.

Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pemadam dan Pengasih mesti bermula di peringkat sekolah lagi dan sejauh mana keberkesanan pembangunan belia melalui Kem Bina Remaja, kursus pembinaan sakhsiah dan Rakan Waja diselenggarakan.

Percambahan idea bagi menyegarkan semula aktiviti golongan muda harus disegerakan dengan penyertaan semua pihak tanpa mengira latar belakang agama dan politik. Penekanan berlebihan aspek sukan dan hiburan hingga menenggelamkan soal pembinaan akhlak telah dirasai padahnya pada ketika ini.

Kelima
Perbanyakkan peluang pendidikan dan kemahiran.Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di Wilayah Trolak walaupun terlewat 20 tahun, sangat dialu-alukan. Pakej pendidikan tajaan Felda dengan institusi swasta umpamanya Universiti Lim Kok Wing seharusnya bersifat sementara dengan langkah segera mewujudkan pusat pendidikan berskala besar milik Felda seperti dilakukan syarikat multi-nasional Petronas da TNB tetapi fokus kepada jurusan perladangan dan bio-teknologi.

Program kemahiran yang dibuat ketika ini seperti melepaskan batuk di tangga kerana langkah susulan tidak dilakukan yang akhirnya pasaran kerja tidak berasaskan kebolehan dimiliki. Mungkin karenah birokrasi mendapatkan peruntukan dan pinjaman meletihkan peserta kursus atau campurtangan politik menggagalkan tujuan asal yang baik.

Sikap pentadbiran Felda yang kurang meraikan keperluan generasi kedua di sesetengah tanah rancangan mesti ditegur segera atau campurtangan kerajaan negeri melalui agensi berkaitan dalam menyelaras peluang-peluang niaga, kemahiran dan pendidikan mesti dibuka seluas-luasnya dan info yang harus dihebahkan dengan pelbagai cara.

Matlamat awal ‘satu Felda satu produk pendidikan/kemahiran’
Sumber sidangonline.

MB Pahang Bertemu ANAK:Satu Pengiktirafan Untuk Perjuangan Generasi Kedua Felda

Ketika Majlis Belia Felda(MBF) mengambil sikap keanak anakan dalam menghadapi saingannya Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang di pimpin Mazlan Aliman dengan membakar buku hasil kajian 15 tahun aktivis generasi kedua Felda itu,Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob yang juga dikenali dengan 'brutal'nya memilih pendekatan berbeza yang sepatutnya dipelajari oleh MBF yang mendakwa mewakili generasi kedua Felda.

Pada 17 November lalu,Menteri Besar itu memilih jalan damai apabila bersedia menerima kunjungan rasmi deligasi ANAK Negeri Pahang yang turut disertai Presiden ANAK saudara Mazlan Aliman.

MB Pahang itu pastinya mengetahui latar belakang Mazlan yang sedang menghadapi saman dari Felda berkaitan dengan pembongkarannya berbagai salah laku Felda di dalam buku 'FELDA Dulu Tolong Sekarang Along'.

Tetapi tindakan beliau menerima kunjungan ANAK,menerima memo serta bersedia mendengar luahan pandangan dan keluhan dari wakil ANAK tentunya amat bermakna sekali.Soal melaksanakan apa apa tuntutan dari ANAK adalah soal kedua.Asasnya dengar dahulu,kemudian kaji lah dan laksanakan lah apa yang baik.

Kesudian beliau menerima kunjungan ANAK juga adalah satu pengiktirafan kepada sebuah pertubuhan yang sedang rancak memperjuangkan nasib peneroka dan generasi keduanya,walaupun ianya enggan diakui oleh MBF.

Majlis Belia Felda Malaysia sepatutnya tidak hanya menjadi pengampu atau memikirkan kepentingan beberapa kerat pemimpin mereka semata mata.Lihatlah betapa ramainya generasi kedua yang tidak mampu memiliki rumah sendiri dan masih menumpang dirumah ibu bapa mereka,berapa ramai yang terlibat dengan masalah sosial sehingga menjadikan Felda itu cukup sinonim dengan pelbagai gejala sosial.Mana pergi Pertubuhan Beliau di rancangan Felda?Hanya ada nama,tiada mesyuarat agong,tiada pimpinan,tiada aktiviti?Tapi kemana pergi peruntukan tahunan untuk persatuan persatuan belia ini?

Apa jadi dengan aktiviti keagamaan di rancangan Felda yang melibatkan golongan belia khususnya?Sukar sekali nak ditemui.Pertubuhan belia dibawah naungan MBF kadangkalanya hanya sibuk dengan karaoke,karaoke,karaoke!Siapa yang nak gantikan tok tok imam yang dah uzur menungggu hari untu kembali?Mampukah MBF melahirkan pengganti mereka untuk membaca tahlil dan talkin?
Berita lanjut pertemuan ANAK dengan MB Pahang baca di sini

Al Fatihah:YDP PAS Cameron Highland Kembali Ke Rahmatullah

Ustaz Ahmad bin Ludin, Yang Di Pertua PAS Kawasan Cameron Highlands kembali ke rahmatullah pada Jumaat 20 November 2009, semalam. Beliau yang baru selesai memberikan kuliah sebelum solah Jumaat rebah berhampiran tempat wuduk sebelum masuk wamtu solat Jumaat di Masjid Kg Keledek, Bukit Betong, Kuala Lipis. Beliau yg dilahirkan pada 28 Mei 1946 adalah anak jati Lipis dan merupakan lulusan Kuliah Abu Bakar di Pekan Pahang.

Beliau meninggalkan seorang balu dan 14 orang anak (11 lelaki dan 3 org perempuan). Semasa hayatnya pernah memegang pelbagai jawatan parti di peringkat Cawangan dan Kawasan Lipis sebelum Kawasan tersebut dipecah dua mewujudkan Kawasan Parlimen Cameron Hihghlands ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003.

Beliau mengambil alih jawatan YDP PAS Kawasan Cameron Highlands daripada Allahyarham Ustaz Kassim Yahya yang berundur membeli laluan pada tahun 2007.Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan berharap ahli keluarga dan seluruh ahli PAS Kawasan Cameron Highlands bersabar menghadapi ujian Allah untuk meneruskan perjuangan.

BPPNP diwakili oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr Hamzah Jaafar dan Setiausaha Perhubungan Negeri, En. Roslan Zainal menziarahi jenazah dan keluarga beliau di Masjid Kg Keledek pada lewat petang semalam. Jenazah beliau disemadikan di perkuburan Islam Kg Keledek lewat malam. PAS Pahang sesungguhnya kehilangan seorang tokoh pejuang yang amat komited, ikhlas dan banyak berkorban untuk jemaah Islam. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada.
Sumber:paspahang.net/sidangonline

Thursday, November 19, 2009

Memali:Sejarah Penentangan Ke atas 'Iblis Syaitan Act'-ISA

Lagi catatan di sini

PERISTIWA MEMALI:Mengeluarkan Ayahku Dari Umno

Suasana pagi ini 19 November 2009 di Jengka,hujan renyai renyai.Saya teringat 24 tahun yang lalu,20 November 1985 hujan juga renyai renyai seperti hari ini.Saya berjalan kaki menuju kedai makan Arwah Pak Ya dengan rakan seusia yang baru selesai menduduki SRP. Kami hendak membaca akhbar untuk mengetahui apa cerita yang berlaku di utara tanahair.Malam tadi sudah heboh di masjid ,18 orang terkorban dalam satu serangan pihak keselamatan ke atas kubu pengganas di Kampung Memali Mukim Siong Baling ,Kedah.

Sempena ulang tahun ke 24 Peristiwa Berdarah di Memali,saya paparkan kembali posting saya pada tahun lepas yang turut disiarkan akhbar Harakah.Selamat membaca

Hari ini 19 November mengingatkan saya peristiwa hitam yang berlaku 23 tahun dulu di negara kita yang hampir dilupakan oleh umat Islam.Ketika itu saya baru selesai mengambil peperiksaan SRP di SMK Jengka Pusat tahun 1985.

Lepas solat Maghrib di Masjid Jengka 16,beberapa orang jemaah yang baru hadir untuk solat Isya mengkhabarkan berita panas dari utara tanahair.Ceritanya ,beberapa orang yang dikatakan pengganas dan terlibat dengan ajaran sesat terkorban dalam pertempuran dengan polis di Baling Kedah.

Bapa saya ketika itu masih ahli Umno, tumpang sekali dalam perbincangan tak rasmi di masjid sementara menunggu solat Isya'."Kumpulan selendang merah ke",celah beliau.Ketua kumpulan tersebut katanya bernamanya Man Libya."Kalau tak silap aku,Man Libya ni penceramah kat kawasan Baling tu",kata Pak Long Zaini yang berasal dari Kulim Kedah. selanjutnya baca di sini

YB Saifudin Selamat Dalam Kemalangan

YB Saifudin Nasution tidak dapat berceramah di Bandar Jengka Selasa lalu setelah terlibat dalam kemalangan di Bukit Tinggi kertika dalam perjalanan menuju tempat ceramah tersebut.

Pemandunya yang mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika kereta itu terbabas terpaksa di kejarkan ke Hospital Sungai Buluh.Bagaimanapun YB Saifudin terselamat dalam kejadian tersebut.

Sementara itu di Bandar Jengka,Ustaz Ridwan Mo0hd Nor telah berceramah dari awal hingga jam 11.30 malam.Orang ramai tetap setia mengikuti ceramah beliau yang berjaya mengupas berbagai isu penyelewengan Umno BN di negara ini.

Friday, November 13, 2009

Aktiviti Terkini

Hari Pendidikan PASTI Kawasan Kuala Krau
15 Nov 09 Ahad 9.00 pagi-12.00 tengahari
Bertempat di Dewan Orang Ramai
Felda Semarak Jengka 15
Ceramah Isu Semasa
YB Saifudin Nasution
Ahli Parlimen Machang
Ust Ridwan Md Nor
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
17 Nov 09 Selasa 9.00 mlm
Dataran Markaz MTD Jengka
Rantau Perintis,Bdr Jengka

Wednesday, November 11, 2009

Apa yang nak disembunyikan Utusan?

Cari perbezaan dalam ketiga gambar di bawah bersabit kes suami tikam isteri beberapa hari lepas.Sumber Tranungkite.
Gambar Utusan
Gambar Harian Metro

Gambar The Star

Sunday, November 8, 2009

Petua Kesihatan

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)*
Info di terima dari ehozo.com

Friday, November 6, 2009

Daftar Pemilih :Keperluan Utama Pilihanraya

Dalam tempoh selepas PRU 12 hingga hari ini,pastinya tercatat satu sejarah apabila berlakunya pilihanraya kecil yang terbanyak dalam tempoh sekitar setahun lebih.Bagi aktivis parti,tidak sempat hendak berehat dan tidak sempat hendak merancang aktiviti di tempat sendiri.Banyak wang dan masa dihabiskan untuk membantu rakan rakan yang terlibat dengan PRK.

Pilihanraya berlaku tanpa perlu menunggu tempoh matang lima tahun.Kadangkala kerana keadaan politik negara memaksa pilihanraya diadakan begitu awal.Oleh itu jentera di semua peringkat parti perlu bersedia bila bila masa untuk hadapi pilihanraya.Asas paling utama ialah daftar pemilih.

Kalau berdegar degar semangat di kedai kopi,tapi namanya tak tersenarai di dalam daftar pemilih SPR,maka menghabiskan peluru kapur sahaja dan sama seperti menyalak bukit.Bukit tak terjejas,suara makin serak!

Kesedaran untuk mendaftar pemilih di kalangan remaja nampaknya masih di takuk lama.Bila ditanya kepada mereka,dah daftar ngundi?Jawabnya,"Eh baru lagi pilihanraya kan!","lambat lagi kan!".Itu lah jawapan.Sahabat sahabat yang nakal akan jawab,"Sekarang musim YB meninggal!".

Dalam tempoh selepas PRU 12,pendaftaran pemilih baru begitu lembab sekali walaupun kita ada pegawai 2P yang boleh membantu mendaftar pemilih baru.

Ketika PRU 12 yang lalu,ada remaja yang tak pernah daftar sebagai pengundi datang ke pondok panas parti parti bertanding bertanya kalau kalau nama mereka ada di dalam daftar pemilih!Mereka seakan akan tak tau mereka perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum nama mereka direkodkan sebagai pengundi.Masih ramai juga kalangan rakyat yang tidak tahu,proses pendaftaran pemilih berjalan sepanjang tahun.Kalau mereka rajin mereka boleh ke Pejabat Pos atau Pejabat SPR.

Kalau tak berapa rajin ,hubungi sahaja Penolong Pendaftar yang mewakili parti masing masing yang mendapat pengiktirafan dari SPR.

Bagi anda yang berada di sekitar Jengka boleh hubungi 0199855883 untuk mendaftar.

Thursday, November 5, 2009

Perbicaraan Menentukan MB sama Standard kes Dadah!

Permohonan DS Nizar supaya kes beliau didengar 11 hakim telah ditolak sebulat suara oleh mahkamah Persekutuan pagi tadi.Kes sebesar ini melibatkan rakyat sebuah negeri hanya di dengar oleh 5 hakim sama standardnya perbicaraan kes dadah sahaja.
DS Nizar dalam kenyataannya ketika sidang berhenti rehat berkata ,penglibatan 5 hakim melayu yang ada tidak mencerminkan semangat 1 Malaysia.Sepatutnya kata beliau Hakim Borneo juga perlu turut di libatkan.Kes ini bakal mencipta sejarah yang akan menjadi duluan pada kes kes akan datang.

Rakyat Malaysia dan dunia sedang menunggu keputusan dari kamar Mahkamah Persekutuan.Apakah keputusannya sudah ada?Nazri Aziz sendiri awal awal lagi telah mengatakan tiada pembubaran DUN Perak!Apa maksudnya?

Sebentar tadi ketika ditanya Peguam Sulaiman Abdullah tentang jadual perjalanan perbicaraan hari ini,pihak hakim memaklumkan keputusan akan dibuat hari ini juga!
Teruskanlah panjatkan doa pada Ilahi,moga keadilan dapat ditegakkan.
Sila ke blog Cina Muslim untuk ikuti perkembangan terkini.

Sunday, November 1, 2009

Najib Sanggah Sri Gading

Niat baik MP Sri Gading mengkritik dua pemimpin 'opera cina' akhirnya disanggah bosnya sendiri.

"Jangan persoal hak saya pilih ahli kabinet",kata Najib.Baca sini .
Bila bos besar sudah menyanggah kritikannya,apakah ahli parlimen Umno yang lantang dari Johor itu mampu bertahan lagi.Esok lusa mungkin dia akan berlutut memohon maaf dari 'tuan'nya itu.