Bulan Ramadhan sepatutnya menjadikan hati orang yang berpuasa penuh kepekaan rasa simpati sesama hamba Allah semakin mendalam.Apabila kelaparan menerpa,pastinya bangkit perasaan insaf dan rasa syukur dengan kurnian Allah sepanjang sebelas bulan berlalu.Pastinya juga rasa keinsafan melihat muslim yang hidup menderita.
Namun ianya tidak bagi Hamid Albar.Rasa simpati belas kasihan itu tidak ada pada hatinya maka akhirnya Raja Petra tidak bernasib baik seperti Teresa dan wartawan akhbar cina tersebut.Kerabat diraja itu terpaksa berpuasa di Kem Tahanan Kemunting dan akan beraya di sana sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun seandainya hayat Barisan Nasional masih panjang.Ternyata Hamid Albar gagal dalam menghayati hikmah ibadah puasa yang difardhukan Allah.
Ditakdirkan Anwar berjaya dalam misi terdekatnya mara ke Putrajaya,InsyaAllah penderitaan yang bakal dilalui Raja Petra Kamarudin(RPK) dan sedang dilalui Mat Shah Satray,dan puluhan yang lain di Kem Tahanan Kemunting akan berakhir.
Tetapi seandainya berlaku sebaliknya,Anwar pula tersenarai calun baru yang perlu direhatkan di kem tersebut maka semakin panjanglah derita mereka yang di tahan tanpa bicara itu.
Alasan menghina Islam yang dilontarkan ke atas RPK suatu yang begitu canggung.Apa yang ditulis RPK dalam blognya berkaitan hukum menutup aurat adalah salah faham dan salah tafsiran beliau terhadap perintah Allah tersebut
Sebab itu Mufti Perlis sendiri menegaskan tidak perlu ISA untuk orang menghina Islam.Kenapa tidak pihak berkuasa agama,JAKIM dan lainnya bersemuka dengan beliau ,memberi penjelasan ajaran Islam yang sebenar,bukan mengISAkannya.
Kalau atas alasan itulah, RPK diISAkan,mengapa tidak Astora Jabat yang menulis perkara yang sama berkaitan aurat,Sisters In Islam yang sama fikrah dengan RPK dan Tun Mahathir yang acapkali menghina Islam termasuk mempertikaikan Sunah Rasulullah menyimpan janggut,kenapa tidak di ISAkan? Kenapa tidak diISAkan Ayah Pin dan Haji Kahar yang mengaku Nabi bagi umat melayu?Kassim Ahmad yang tolak hadis?
Bukan sahaja tidak diISAkan,tetapi segala macam Jakim,JAWI,Jaip dan lainnya yang sayang sungguh kepada Islam tidak pula membuat sebarang laporan polis ke atas mereka ini yang juga boleh dianggap menghina Islam.
Ataupun dalam kes RPK,Jakim dan lainnya turut bersengkongkol atau ditunggangi pemimpin tertinggi Umno untuk menutup mulut RPK atas cerita Najib Altantuyanya!
Apa keadaan sekalipun ISA tetap perlu kita tentang walaupun yang disumbat ke dalamnya Tun Mahathir atau Hamid Albar sendiri.Mufti,MCA,MIC,GERAKAN dan Pakatan Rakyat semua sepakat menentang ,hanya Umno yang masih tergila-gila untuk terus mengekalkannya disaat-saat parti itu semakin mereput.