Tuesday, August 27, 2013

Keistimewaan Stokin Ajaib jenama Vken

 
Kalau anda berminat sms nama dan alamat  ke nombor  
HP 01119825085
serta bank in ke akaun 
Maybank ARIS FEZUL BIN ISMAIL  156141391979 
 atau 
Bank Islam AL AMAL RESOURCES  06037010034086
Harga RM 195 sepasang termasuk pos
Insya Allah jangka hayat mencecah 5 tahun

Bagaiman Produk Vken berfungsi?
Produk yang dihasilkan melalui teknologi moden gabungan Jerman dan Jepun ini telah menggabungkan mineral-mineral penting yang terdapat di dalam lahar gunung berapi, titanium serta arang buluh yang telah terbukti berkesan dan mendapat beberapa anugerah pengiktirafan dunia.


Mineral-mineral ini mempunyai fungsi ion negatif, ion Germanium dan Titanium serta Sinaran Inframerah Jauh yang mana antara fungsinya ialah mengaktifkan metabolisme badan, meningkatkan peredaran darah, meningkatkan daya imun, memberi gas oksigen kepada darah, menghilangkan tekanan mental, menyelaras pH darah ke arah alkali, meningkatkan tenaga,  serta banyak lagi kebaikannya. Bahan-bahan ini kemudiannya direnjut menggunakan kaedah anyaman 3D yang dipatenkan menjadi produk-produk V-ken yang berkualiti dan berkesan merawat pelbagai jenis penyakit. 
Oleh itu, apabila pesakit strok menggunakan produk-produk V-ken ini, ia dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengelakkan darah beku di dalam saluran darah yang mana baik untuk otak dan jantung. Ia juga membantu membekalkan lebih oksigen dan tenaga dalam darah yang penting untuk tubuh kita mengekalkan fungsinya.Penggunaan yang cukup mudah, dengan hanya menyarung sahaja, kita telah pun mendapat rawatan setanding pakar!

Kalau anda berminat untuk berniaga hubungi kami segera
                                          HP 01119825085


Wednesday, July 10, 2013

Kenapa Berbekam?

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. 

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. 

"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya." Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...(Sumber http://www.terapialternatifislam.com/)

Monday, July 8, 2013

Berbekam Di Bulan Ramadhan,Batalkah Puasanya?

Kebetulan sekali saya ditaqdirkan Allah memulakan khidmat mengurut refleks dan berbekam menjelang datangnya bulan Ramadhan tahun ini.Maka timbul pertanyaan yang memang biasa didengar sebelum ini tentang hukum berbekam pada bulan Ramadhan.


Di sini saya nukilkan beberapa perbahasan ulama berkaitannya yang kebetulan saya temui dari laman webhttp://darulilmi.org.Moga ianya memberi manafaat bagi merungkaikan kekeliruan yang berlaku.
HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA
Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:
PENDAPAT PERTAMA: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.
DALIL PENDAPAT INI:-
1. Hadis dari Ibnu Abbas:
أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم
“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari
2.
رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة
“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”
Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”
PENDAPAT KEDUA: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.
DALIL PENDAPAT INI:
1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.
Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”
Jawapan dr ULAMA JUMHUR
“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).
KESIMPULAN
Pendapat yg lebih kuat ialah puasa tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:
أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.
“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bg org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”
Hadis sahih Bukhari.

Tuesday, July 2, 2013

Morsi Ancaman Siapa?


Oleh :Mohd Nasaie Ismail-Kaherah

Mengapa Mesir begitu penting kepada pihak yang cukup takut dengan pemerintahan Dr Muhammad Mursi? Samada kumpulan tamarrud atau kuasa-kuasa besar dunia. Elok kita lihat kelompok yang bangkit atas nama 'Tamarrud' sehari dua ini. Tiga tokoh utama Tamarrud ini merupakan orang yang berhajatkan jawatan Presiden Mesir pasca Mubarak.Hamdan Sobahi dan Amru Musa calon yang tewas dalam pusingan pertama pilihanraya Presiden. Manakala Muhammad Al Barada'ie pula bekas bakal calon Presiden yang tidak tercalon pun dalam pilihanraya tersebut. 


Sebelum revolusi, Barada'ie yang pernah berkhidmat dengan agensi PBB telah melancarkan kempen untuk pembaharuan Mesir dengan meletakkan beliau sebagai calon Presiden yang akan berlawan dengan Mubarak. Ketika itu beliau menjalinkan hubungan dengan Ikhwan dan Dr Muhammad Mursi menjadi timbalan beliau dalam Pakatan Politik tersebut. Harapan beliau Ikhwan akan memberi sokongan kepada beliau sebagai calon Presiden. Malang bagi beliau apabila Ikhwan memutuskan untuk meletakkan calon Presiden iaitu Khairat As Syatir seorang dermawan yang banyak membuat kebajikan kepada rakyat. Manakala Mursi sebagai calon simpanan sekiranya pencalonan As Syatir ditolak. Maka hilang nama Barada'ie dalam senarai calon Presiden. Jadi asasnya tiga orang pemimpin Tamarrud ini adalah bekas calon yang tewas atau tidak tercalon dalam pilihanraya Presiden.

Manakala kelompok berikutnya ialah bekas-bekas kroni rejim Hosni Mubarak dahulu yang cukup bimbang jika kerajaan Mursi ini kuat dan mampi melaksanakan reformasi politik dan ekonomi, kedudukan mereka terancam akibat jenayah berat yang mereka lakukan dizaman Mubarak.Ibarat tali gantung atau penjara sentiasa terbayang di kepala. Sebab itulah dengan apa jalan sekalipun Mursi mesti dijatuhkan atau sekurang-kurangnya diganggu sepanjang masa agak pemerintahan menjadi semakin buruk.

Kelompok ketiga pula ialah sebahagian rakyat yang sememangnya marah dengan pemerintahan Mursi yang bagi mereka selama 1 tahun tiada perubahan seperti mereka kehendaki.Krisis petrol, sampah, roti sebagai makanan asasi, kemiskinan dan jenayah menjadi hambatan. Harus dilihat bagaimana dua kelompok teratas tadi yang memangkin kemarahan rakyat tersebut. Dengan kerjasama polis, gengster, hakim dan kakitangan kanan kerajaan yang setia dengan Mubarak dahulu, mereka tidak henti-henti melakukan sebotaj. Untuk menukar syarikat pembersihan sampah pun sukar dilakukan kerana sudah lama ia dikuasai oleh samseng-samseng yang besar rangkaiannya. Hakikat inilah yang melanda Malaysia juga khususnya di bandar-bandar besar. Ada kerajaan dalam kerajaan iaitu samseng yang mentadbir Chow Kit dan hampir keseluruhan lorong dalam Kuala Lumpur. Untuk berniaga tidak perlu bersusah ke PBT, cukup membayar kepada samseng yang menjadi 'penjaga kawasan' dan mereka akan selesaikan. Sebab itu kalau kita lihat kadang-kadang ada sebahagian perniagaan yang dijalankan secara salah sehingga mengganggu teruk jalan tetapi tiada tindakan.Sebab mereka sudah jadi raja setelah merasuah pihak berkuasa. 

Balai dekat dengan sarang pengedaran dadah, pelacuran dan judi di sesuatu tempat tetapi tiada masalah.Sebab Big Bos sudah bayar pada Jeneral. Anda tonton filem Gengster arahan anak Yusuf Haslam itu adalah sebahagian hakikat besar yang melanda negara.Hal yang sama melanda seluruh negara khususnya Mesir ini. Lebih hebat daripada itu mereka menguasai puluhan ribu stesen Petrol dan NGV dan telah melakukan sebotaj catuan petrol sehingga mendatangkan kemarahan rakyat. 

Mursi memerintah setahun tanpa Dewan Rakyat dan terbaru Dewan Senat pula dibubar oleh kroni Mubarak yang masih menguasai pemerintahan. Pihak polis yang tidak memberi kerjasama dan pelbagai kesulitan yang mereka wujudkan untuk mengganggu perubahan yang akan dibuat. Jika di negara dunia ketiga yang lain biasanya rakyat marah dengan permasalahan itu disebabkan pemerintahnya yang rasuah, membazir dan hidup dengan kemewahan. Sedangkan 1 tahun menjawat jawatan Presiden, Mursi hidup lebih susah dan bergaji lebih kecil daripada sebelumnya.

Negara-negara luar pula khususnya negara haram Israel cukup bimbang jika pintu sempadan Mesir dikawal oleh bukan kroninya di zaman Mubarak. Ia akan memberi kelebihan berganda kepada Hamas yang menguasai Ghaza. Begitu juga dengan kebergantungan ekonomi dan keperluan asasi negara haram ini yang terjalin erat dizaman Mubarak akan terganggu.Israel mengimport gas asli dari Mesir untuk kegunaan rakyatnya. Maka tidak hairan pemimpin Tamarud ini sanggup bekerjasama dengan Israel.

Hal yang terbesar bagi saya ialah kedudukan Terusan Suez yang merupakan laluan terpenting dunia duduk di dalam Mesir. Kapal-kapal daripada Barat mahupun Timur yang hendak berdagang antara sati sama lain mesti melalui Terusan Suez.Jika tidak menggunakan terusan laluan menjadi terlalu jauh berganda-ganda untuk sampai ke denstinasi masing-masing. Maka jika kerajaan yang tidak mesra Amerika mahupun kuasa-kuasa besar lain yang memerintah Mesir maka ialah suatu malapetaka besar bagi mereka. Sebab itulah melalui apa jalan sekalipun Mursi mesti ditumbangkan.Amerika boleh membiayai sebarang gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat tersebut. Pentingnya Terusan Suez ini dapat dilihat ketika zaman Jamal Abdul Nasir menjadi Presiden Mesir, ketika beliau berusaha untuk memilik negarakan Terusan Suez, ia telah mengundang segera tentera-tentera bersekutu dari tiga ke empat buah negara hendak menyerang Mesir. Inilah hakikat yang penting.

Manakala yang terakhirnya, jika Mesir aman dan membangun dengan baik, ia menjadi ancaman kepada negara Barat. Dalam keadaan mereka sedang bergelut dengan kemelut ekonomi yang parah, tiba-tiba Mesir yang hanya dipisahkan dengan Laut Mediteranium itu membangun pesat. Kerana semenangnya potensi Mesir besar. Maka rakyat dalam negara mereka akan menonton kehebatan ini dan tidak mustahil mereka akan menukar anutan mereka selepas itu.

Harus diingat Islam datang bukan untuk menakutkan, tetapi untuk menyelamat, mensejahterakan dan mengangkat martabat manusia dan negara. Sepatutnya jika mereka ikhlas, mereka tidak bimbanh dengan perubahan Mesir.

Apapun kita berserah pada Allah untuk menyelamatkan negara Mesir ini. Begitu juga Syria, Palestin dan lain-lain.

6.38PM.Haiyi Asyir, Kaherah.

Thursday, May 23, 2013

Takaful Khairat Dengan bayaran Serendah RM 15 Setahun

Ramai yang nak join insuran tapi tak mampu nak istiqamah bayar tiap tiap bulan.Saya ingin cadangkan anda sertai Pelan Takaful Khairat di bawah Takaful Malaysia yang dikendalikan oleh Pakatan Amal Sejagat.Anda boleh mencarum serendah RM 15 setahun dengan manafaat seperti di bawah.Paling penting ianya diluluskan oleh syarak dan dapat meringankan beban orang tersayang menguruskan jenazah anda.Maklumat lanjut boleh hubungi Perunding Takaful Pakatan Amal.Hubungi 0199855883.Penyertaan dibuka sepanjang masa.Pihak Pakatan Amal akan mendaftarkan sekali setiap bulan iaitu pada hari Jumaat minggu pertama.



Tuesday, May 21, 2013

'Lelaki Misteri ' Yang Menghuru harakan negara ini.

1.Zaman Reformasi sekitar 98-99 saya berada dalam satu himpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Orang ramai melaungkan slogan REFORMASI silih berganti.Seorang lelaki misteri bertubuh sasa dengan beg sandang menjerit jerit 'babi polis' berulang kali.Selang beberapa ketika FRU menyerang dan membelasah orang ramai.Lelaki lelaki bertubuh sasa dengan beg sandang mengeluarkan gari menangkap orang ramai.Setelah puas berlakon,lelaki misteri yang melaungkan 'babi polis' turut mengambil bahagian menjalankan tugas sebenarnya,menangkap peserta demontrasi.
 
2.Suatu malam di hadapan Masjid Kg Baru,K.Lumpur.Muncul seorang lelaki misteri juga dengan beg sandang ,menjerit jerit memaki hamun polis.Penyokong reformasi yang memeriahkan malam minggu di Kg Baru itu rasa kurang selesa.Petugas keselamatan,memegang lelaki tersebut dan meminta ditunjukkan kad pengenalan.Lelaki misteri enggan memberikan kerjasama.Dia cuba melarikan diri,orang ramai mengepungnya di tengah tengah jalan simpang empat berhampiran masjid.Tiba tiba dia mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan amaran ke udara.Dia berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah teksi.
 
3.Ketika Himpunan BERSIH,lelaki lelaki misteri yang menutup wajah mereka memprovok orang ramai untuk masuk ke Dataran Merdeka yang telah diistiharkan sebagai satu satunya 'tanah haram' di Malaysia yang siap berpagar dengan kawad berduri.Tiba tiba lelaki misteri ini muncul dengan pemotong besi,memotong kawad berduri.Orang ramai menyerbu masuk.FRU pun menjalankan tugasnya menembak pemedih mata ke arah orang ramai.
 
4.Di lokasi lain,sebuah kenderaan polis dipandu laju di tengah tengah peserta himpunan.Tindakannya mengundang kemarahan orang ramai.Kereta ini kemudiannya merempuh peserta himpunan.Terdengar jeritan,terdapat peserta himpunan tersepit di bawah kenderaan tersebut.Orang ramai menyerbu dan kereta itu diterbalikkan untuk menyelamat peserta yang dikatakan tersepit di bawahnya.Lelaki lelaki siap dengan kamera merakam kan gambar gambar tersebut.Esoknya terpampang di muka hadapan akhbar kononnya peserta demontrasi bertindak liar hingga terbalikkan kenderaan pihak keselamatan.
 
5.Sekitar tahun 2012,banyak sekali risalah risalah dan banner banner fitnah dan provokasi ditemui di merata tempat yang tidak diketahui siapakah yang memasangnya.Suatu malam di selatan tanahair.Para petugas keselamatan PAS berjaya mengintip kerja kerja khianat ini.Seorang lelaki berjaya ditangkap.Apabila pengenalan dirinya dikeluarkan ,amat memeranjatkan sekali,dia bukan lah aktivis mana mana parti,tetapi seorang penjawat awam yang dibayar gaji dari cukai rakyat,yang tugas sebenarnya ialah 'menjaga keselamatan' dalam negara ini....Tetapi mereka ini menjadi pengkhianat!!
 
Sekadar secebis  kisah lelaki misteri yang menjadikan himpunan yang halal bertukar menjadi haram.Mereka ini lah yang telah menghuru harakan negara ini yang sepatutnya diusir oleh Menteri Dalam Negeri zahid Hamidi.Oleh itu berhentilah menjadi pengkhianat kepada bangsa sendiri dengan mengadu domba cerita yang membawa pertelagahan sesama rakyat dalam negara ini..

Wednesday, April 17, 2013

Jawapan Kepada Mereka Yang Selalu Tohmah DAP

  Petang tadi saya di khabarkan oleh seorang teman muslimat di Bangi bahawa orang kuat ISMA kempen maklumat k...alau DAP menang..negara malaysia akan jadi negara kristian..saya sahkan.,.berita tu benar (tak guna saya bohong..saya belajar agama)..ditambah lagi dgn berita2 palsu ini di share geng isma di laman fb..fakta yang agak lucu dan songsang..tapi sedap amik dan sebar..saya sediakan beberapa fakta berkenaan dengan perkara ke 2 dan ke 3 dalam poster (POSTER 7 PERKARA YANG SAMA DIANTARA ISMA & PERKASA ( link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=528782183841360&set=a.498211783565067.131121.498199290232983&type=1&relevant_count=1 ) tu..menafikan berita songsang ini :

Hujah Pertama : DEKLARASI PAKATAR RAKYAT (Persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak memaksa dalam perbezaan. Secara bersama, permuafakatan Pakatan Rakyat telah mengisytiharkan resolusi ) :

1-Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agamaagama lain untuk diamalkan di Malaysia.
2- Hak Istimewa Bumiputra dan melaksanakan hak yangdil kepada semua kaum
3-Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hak bahasa ibunda berbagai
kaum.
4- Kedudukan Raja berperlembagaan (Ucapan Muktamar PAS 2012, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang)

Hujah kedua : Mengikut statistik dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini, penduduk Kristian merupakan 9.2% daripada jumlah penduduk di Malaysia. Ini bererti dari jumlah penduduk 28,334,135 orang di Malaysia, seramai 2,617,159 orang adalah penganut Kristian.- Daripada jumlah 2.6 juta orang Kristian di Malaysia, 710,447 orang tinggal di Semenanjung, sementara 853,726 orang tinggal di Sabah dan 1,052,986 orang menetap di Sarawak. Ini bererti bahawa majoriti orang Kristian di Malaysia (72.8%) tinggal di Sabah dan Sarawak, dan kebanyakannya adalah pengguna Bahasa Malaysia..dan 9 hingga 10 % tidak akan mampu dan MUSTAHIL menjadi penguasa negara kerana ia sangat minoriti dan juga memerlukan kuasa majoriti parlimen

Hujah ketiga :

1. Artikel 43 [1] (perlembagaan Malaysia) memberi kuasa kepada Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan Baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

2. Parlimen Malaysia (Dewan Rakyat) memiliki 222 kerusi yang mewakili seluruh Parlimen di setiap negeri di Malaysia. Berdasarkan mesyuarat dan persetujuan antara pimpinan Pakatan Rakyat, DAP hanya akan meletakkan calonnya untuk bertanding sekitar 46 - 50 kerusi Parlimen, manakala PAS dan PKR pula akan meletakkan calonnya masing-masing di 172 kerusi Parlimen yang lain yang mana majoriti mereka adalah ISLAM. Ini bermakna, jika PAKATAN RAKYAT menang di parlimen penguasaan majoriti kerusi Parlimen (Dewan Rakyat) masih di pihak Melayu Islam yang mana majoriti anggota parlimen ISLAM iakan bersama mewajili keyakinan dipersembah kepada Sultan untuk perlantikkan Perdana Menteri Islam.

3. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan Ketua Menteri LIM GUAN ENG pada PRU 2008,peruntukkan untuk Hal Ehwal Islam bertambah dari 2009 hingga 2012 sebanyak 33.2 pada 2009, 38.9 pada 2010 . 45.7 pada 2011 dan 64 juta pada tahun 2012. Fakta ini menjelaskan mereka tidak anti Islam malah membantu perjalanan Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang. Berbeza dengan zaman pentadbiran sebelumnya hanya 25.7 juta pada tahun 2006
ADAKAH MUNASABAH LIM GUAN ENG DARI DAP BANTU HAL EHWAL ISLAM TAPI MAHU MENUBUHKAN NEGARA KRISTIAN, SEOLAH INI BERTENTANG DENGAN PERANAN DIA MEMBANTU ISLAM DI PULAU PINANG.

Hujah keempat :

1.Untuk mengatakan DAP akan memerintah dengan kristianisasi jika menang, DAP sebagai parti politik sekular langsung tidak menggunakan atau mempergunakan mana-mana agama dalam dasar politiknya. Tuduhan konspirasi ‘negara Kristian’ adalah fitnah semata-mata.

2.Kedudukan istimewa Melayu yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipersoalkan oleh DAP. Malah, DAP dengan tegas mempertahankan apa-apa hak yang termakbul dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, termasuk agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ada beberapa fakta lagi yg saya tak kemukakan..hasil kajian saya sendiri..tapi itu pun dah cukup..tak guna juga saya post kalau depa ni geng MALAS baca dan kaji..bukan pertahankan DAP, ini bukan wayang kulit..ini politik..jangan di perbodohkan hanya dengan semangat. kdg2 lucu dengan depa ni..bersemangat tapi, atas angin sja, Islam ajar kita adil dgn manusia.ABCD !

Terima kasih Musafir Haraki diatas hujah-hujah anda..
(Petikan Dari Fbhttps://www.facebook.com/#!/BoikotIkatanMusliminMalaysiaIsma)

Friday, January 25, 2013

ULASAN PEGUAM WAN ROHIMI:LARANGAN FELDA TERHADAP NGO ANAK



Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud

Saya hanya mampu tergelak apabila seorang Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda, Dato’ Ahmad Maslan, dengan angkuhnya mengakui bahawa Felda telah mengenakan perintah larangan terhadap NGO Anak dari memasukki kawasan Rancangan Felda. Secara implikasinya, larangan itu membawa maksud Felda telah mengenakan larangan ke atas semua ceramah politik oleh mana-mana parti pembangkang. Berdasarkan petikan berita Malaysiakini pada 24/1/2013 yang bertajuk: “Felda Bans Anak From Coming Into Settler Areas Before Polls”, Ahmad Maslan mengesahkan larangan itu dengan bersandarkan Akta Land (Group Settlement Areas) Act 1960 (“Akta GSA”). Saya tidak tahu sepanjang menjadi Timbalan Menteri, berapa kali sudah beliau khatam Akta GSA. Tetapi kedangkalannya tentang Akta GSA amat ketara sekali. Bodoh sombong – itulah hadiah terbaik dari saya untuk beliau!!!

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, dan untuk menunjukkan kita ini jauh lebih cerdik dari otak seorang Timbalan Menteri UMNO, ada baiknya kita telusuri latarbelakang penubuhan Felda dan peruntukan-peruntukan Akta GSA yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27/4/1960.

LATAR BELAKANG UMUM TENTANG KONSEP GSA –
GROUP SETTLEMENT AREAS

1. Adalah penting untuk difahami prinsip dan falsafah asal penubuhan kawasan berkelompok atau GSA serta semangat Akta GSA yang digubal oleh Allayarham Tun Abdul Razak. Pemahaman sebenar terhadap ruh dan semangat penggubalan Akta GSA akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang hasrat asal penubuhan skim Rancangan Felda, dan dengan itu akan dapat memahami hubungan peneroka dan Felda, serta hak-hak peneroka yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan.

2. 53 tahun yang lampau, pada tanggal 27/4/1960, Almarhum Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar pada ketika itu, telah membentang satu pelan Rancangan Kemajuan Tanah melalui pengenalan Akta GSA, dengan satu maklamat iaitu untuk memperbaiki keadaan hidup dan sosio ekonomi rakyat jelata di luar bandar. Akta GSA dibentangkan dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di Tanah Melayu bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar bandar.

3. Menginsafi kemiskinan rakyat luar bandar, Tun Razak menegaskan bahawa pemberian tanah di kawasan GSA ini adalah untuk membolehkan rakyat luar bandar mencari nafkah yang sempurna. Tun Razak meneruskan ucapan dengan memberikan penekanan bahawa Akta GSA adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, serta menambah pemilikan tanah yang tidal mencukupi kepada penduduk luar bandar untuk membolehkan pencarian nafkah yang sempurna

(Rujuk: m/s 755 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 @ Photo – TunRazakGSA@5)

4. Dalam erti kata lain, Akta GSA digubal untuk memberi tanah secara bayaran tertangguh kepada rakyat seumpama skim hire-purchase. Ini digambarkan oleo Tun Razak seperti berikut:-

Rujuk: m/s 756 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 – Photo TunRazakGSA@2

5. Adalah jelas sekali hasrat sebenar penggubalan Akta GSA adalah untuk memandu dan memberi pedoman kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tanah kepada rakyat, dan bagi kepentingan ekonomi ia diberikan secara kelompok dengan syarat-syarat yang khusus untuk ditanam dengan tanaman komersial semata-mata, bagi menjamin pendapatan yang lumayan.

6. Segala pembayaran yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri didahulukan oleh agensi Kerajaan, samada Felda atau lain-lain agensi Pengurus. Manakala rakyat diberi peluang membuat bayaran beransur-ansur sehingga segala hutang piutang dilangsaikan sepenuhnya, termasuk keuntungan kepada agensi berkenaan dalam bentuk faedah pinjaman dan caj perkhidmatan. Dalam konteks Felda, bayaran ini dinamakan Bayaran Kembali (“BK”).

7. Setelah selesai semua hutang dibayar, pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberikan Suratan Hakmilik kepada setiap peneroka dan dengan itu akan membebaskan peneroka daripada ikatan yang perlu dengan agensi-agensi berkaitan.

8. Selepas Surat Hakmilik dikeluarkan kepada individu peneroka, maka dengan sendirinya tanah itu menjadi milik mutlak peneroka. Tanah-tanah tersebut bukan lagi milik Kerajaan Negeri, bahkan menjadi milik mutlak setiap individu. Ini dijelaskan oleh Tun Razak seperti berikut:-

(Rujuk: m/s 808 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 – Photo TunRazakGSA@4

9. Tun Razak menegaskan bahawa selepas Surat Hakmilik diberikan, tanah itu bukan lagi tanah milik Kerajaan. Cuma ia masih berada dalam tertakluk kepada kawasan GSA kerana berada dalam “designated area”.

10. Adalah difahami apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak bahawa tanah itu masih berada dalam lingkungan ‘designated area”, adalah atas sifat dan lokasi tanah yang berada dalam kawasan GSA, dengan itu tertakluk kepada syarat-syarat tanaman berkelompok, jenis tanaman yang perlu, tidak boleh mendirikan bangunan, serta tidak boleh dipajak dan pindahmilik (melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri) untuk mengekalkan kegiatan ekonomi dalam kawasan GSA akan terus menyumbang kepada pendapatan rakyat dan tuan tanah yang berkenaan.

11. Ringkasnya, tanah milikan individu tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA. Ia dikawal selia oleh Kanun Tanah Negara 1965. Walau pun semua syarat dan sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikekalkan (tidak berubah), namun sekatan-sekatan kepentingan (restriction in interest) hendaklah dianggap sebagai sekatan dibawah Kanun Tanah Negara 1965.

12. Ini selaras dengan Seskyen 47 Akta GSA yang memperuntukkan seperti berikut:-

47. Provisions applicable to holding under document of title

(a) In respect of the holding to which there is a document of title, the following provisions of this title shall apply;

(b) Subject to this section, the National Land Code shall apply to the holding;

(c) Express condition and restrictions in interest endorsed on the document of title shall continue to run with the land until amended or rescinded pursuant to subsection (4) and shall be deemed to be expressed conditions and restrictions in interest imposed under the National Land Code.

13. Oleh hal yang demikian, jelas sekali Akta GSA hanya mengawal selia hubungan pemilikan antara peneroka dan Felda sebelum sesuatu Hakmilik dikeluarkan. Hubungan ini terputus sejurus selepas Surat Hakmilik dikurniakan kepada setiap individu peneroka.

14. Jika diperhatikan dengan teliti peruntukan-peruntukan Akta GSA, hampir semuanya berbicara perihal tanah “dalam jangkaan hakmilik” (occupation in expectation of title). Hanya Seksyen kedua terakhir dalam Akta itu, iaitu Seksyen 47 sahaja, yang memperihalkan hal keadaan tanah selepas Surat Hakmilik dikeluarkan.

15. Ini bermakna selepas Surat Hakmilik diberikan kepada individu peneroka, maka tanah tersebut tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA, sebaliknya dikawal selia di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

16. Ringkasnya, hasrat murni Tun Razak yang menggubal Akta GSA hanyalah menyediakan mekanisme kepada Kerajaan Negeri memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, dan agar tanah itu dapat dibangunkan dengan sumber pendapatan yang kukuh. Selepas hakmilik diberikan, maka ia menjadi milik mutlak peneroka untuk menguruskan dengan cara yang difikirkan patut olehnya.

17. Bahkan, ini membawa maksud tujuan penubuhan Felda adalah hanya satu pusingan sahaja. Iaitu sebelum surat Hakmilik dikeluarkan. Selepas keseluruhan hutang BK dijelaskan, selepas Felda mengaut keuntungan atas faedah pinjaman, dan surat Hakmilik dikeluarkan kepada individu peneroka, Felda sepatutnya keluar dari tanah Rancangan, dan tanah Rancangan tersebut hendaklah diambil alih oleh Kerajaan Negeri dengan mengistiharkan kawasan perkampungan. Segala kemudahan awam yang dibina didalam tanah Rancangan, hendaklah dipulangkan kepada Majlis-Majlis Daerah atau Kerajaan Tempatan. Ringkasnya, Tun Razak tidak mengimpikan Felda mendiami tanah Rancangan sehingga kiamat. Tun Razak menubuhkan Felda hanya sebagai Pengurus yang sifatnya sementara. Selepas modal dan untung dikutip, dan peneroka memperolehi Hakmilik, maka sewajarnya Felda berundur dari tanah Rancangan. Inilah matlamat asal penubuhan Felda, wasiat Tun Razak.

LARANGAN KE ATAS NGO ANAK DIJENGKA 12 – POSISI UNDANG-UNDANG

18. Selepas menerima surat dari Pengurus Felda Jengka 12 bertarikh 11/1/2013, yang kononnya melarang sebarang ceramah politik sehingga pembubaran Parlimen, saudara Mazlan Aliman – Presiden NGO ANAK, mengambil keputusan untuk mencabar larangan tersebut di Mahkamah. Khabarnya tindakan Mahkamah akan difailkan pada Isnin depan.

19. Saya boleh faham, jika larangan tersebut dikeluarkan oleh seorang Pengurus Rancangan. Tentunya atas arahan Tuan politiknya. Beginilah sistem songsang demokrasi di negara ini.

20. Namun yang melucukan apabila seorang Timbalan Menteri, Dato Ahmad Maslan, yang menjaga urusan Felda tampil mengesahkan larangan tersebut. Kononnya bersandarkan Akta GSA. Tetapi tidak disebut dari manakah peruntukan di bawah Akta GSA yang memberikuasa kepada Felda atau Menteri Felda untuk membuat perintah larangan tersebut.

21. Saya telah menyemak status tanah-tanah peneroka di Jengka 12. Benar. Tanah-tanah peneroka di situ telah dikurniakan surat Hakmilik sejak tahun 2000. Suratan Hakmilik dikeluarkan kepada setiap peneroka untuk 10 ekar tanah ladang, dan ¼ ekar tapak rumah. Justeru berdasarkan Seksyen 47(c) Akta GSA, tanah peneroka tersebut telah bebas dari kongkongan Akta GSA. Tanah itu telah ditadbir di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Sama macam tanah-tanah lain diluar Rancangan Felda. Oleh itu, pemilik tanah mempunyai hak mutlak keatas tanahnya. Felda tiada kena mengena ke atas tanah itu, Perdana Menteri pun tiada hak, apatahlagi Ahmad Maslan!!! Justeru atas alasan apa larangan dikenakan ke atas harta seorang warganegara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, dan Kanun Tanah Negara 1965.

22. Ahmad Maslan patut baca dulu Fasal 9 (2) dan Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan. Ikutilah kelas tuisyen undang-undang. Ops jangan lupa jemput Majlis Belia Felda sekali. Berhentilah menyibuk atas harta peneroka, rumah peneroka, dan hak peneroka untuk berpolitik. Sudah-sudahlah memberi arahan politik kepada Pengurus Rancangan. Memalukan, nampaknya kamu lebih layak jadi peneroka dari menjadi Menteri!!!

Tuesday, January 22, 2013

Kes Kemahang 3:Peguam Wan Rahimi Pertahan Mazlan

Bismillah.... Segala2nya bermula dengan sekeping surat ini. Kes Kemahang 3 dilacurkan oleh pemfitnah jalanan utk menggambarkan saya dan barisan Peguam Kemahang 3 sebagai "songlap duit", "pecah amanah" dan segala macam lelehan hina dari manusia2 yg tiada mengenal batas iman dan kufur!! Hakikatnya apa yang berlaku adalah apabila terdapat sekumpulan peneroka yang tidak berpuas hati dengan fee@yuran guaman@komisyen Peguam. Sebolehnya mereka yang tamak ini tidak mahu satu sen pun kepada Peguam. Tidak mengapa, pertikaian tentang fee guaman adalah lumrah dalam urusan guaman. Nun di sana bersepah2 kes yang dilaporkan dalam jurnal undang-undang tentang anakguam menyaman Peguam mereka sendiri disebabkan ketidakpuasan hati... Itu tidak mengapa, mereka boleh ke Mahkamah dan biarkan Mahkamah sebagai "taxing master" untuk putuskan.

Tetapi yang membakar jiwa muda saya ialah apabila kes Kemahang 3 dikaitkan dengan insan2 yang tiada kena mengena. Mazlan Aliman, Presiden ANAK difitnah kononnya turut songlap wang itu. ADUN Kemahang (PAS), dan beberapa pemimpin PR yang lain, turut dikaitkan sama oleh Blogger UMNO. Simpati saya pada mereka tiada tutur yg bisa menterjemahkannya. Justeru saya mengambil ruangan itu untuk menyatakan, dengan nama Allah, Mazlan Aliman, ANAK, Dato' Mejar Anizam (ADUN Kemahang), PAS atau mana-mana pemimpin PR tiada kena mengena dengan kes Kemahang 3, tiada kaitan langsung dengan pembahagian wang pampasan.

Saya tahu ada tangan berselindung dari pejabat Felda, Menteri yang menjaga Felda, UMNO Bahagian Tanah Merah untuk menghasut bekas2 anakguam saya ini untuk memfailkan Saman terhadap firma saya. Motifnya mudah, nama saya perlu dihancurkan sebelum ramai lagi peneroka meminta khidmat saya. Surat ini memberi penjelasan bagaimana bermulanya komplot tersebut. Mereka sudah menyaman saya dan saya sudah pun menyaman mereka. Kita serahkan urusan perundangan kepada Mahkamah untuk memutuskannya!!!

Wahai blogger2 yang hina.... Jika fee guaman saya mahal, tidak munasabah sehingga tinggi melangit, itu bukan urusan politik. Itu urusan pernigaan guaman. Anakguam yang merasa tertindas dengan fee guaman, mereka boleh ke Mahkamah untuk mencabar fee guaman dan biarkan Mahkamah yang putuskan. Kamu boleh kutuk saya semahu mu kerana saya mungkin mengenakan fee guaman yang mahal... Tetapi usahlah kamu berdengki dengan rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada saya dan rakan2 peguam, hasil dari pengorbanan dan keihlasan, keringat dan titisan air mata kami selama 11 tahun (2000 - 2010).

Insyallah, jika diizinkan Allah, saya akan menyediakan penjelasan komprehensif untuk menjawab fitnah maha dahsyat ini dalam masa terdekat...!!!
 


Sumber:http://www.facebook.com/wan.rohimi.9/posts/10200316919146928?comment_id=5847808&notif_t=feed_comment_reply

Wednesday, January 9, 2013

Catatan 2:Kembara Oren Pahang Dihalang di Jengka 23

Mak Cik2 GPW yang tak faham apa apa berjaya diperbodohkan Pengurus Felda dan Ketua Umno untuk menghalang Kembara Oren singgah di Markaz PAS Jengka 23.Kelihatan beberapa orang kaum wanita seperti diserang histeria.Apakah racun yang telah disumbatkan ke mulut mereka sebenarnya.Felda mengajar peneroka melanggar undang undang negara.Ketika pihak polis mengeluarkan surat bertulis tidak menghalang Kembara Oren,tiba tiba Pengurus Felda boleh pulak menggunakan kuasanya menyekat konvoi untuk masuk ke Markaz PAS Jengka 23.



Rundingan Timbalan Presiden ANAK Aris Fezul Ismail dengan pihak OCPD Maran Tuan Sulaiman sia sia sahaja,kerana tuan punya diri tidak menghormati maruahnya sendiri.Dia yang mengeluarkan Respon Bertulis sehari sebelum itu terpaksa tunduk kepada Pengurus Felda.Apakah dia tak tahu laluan awam tak boleh disekat?Apatah lagi Konvoi ini hendak masuk ke permis partinya sendiri iaitu Markaz PAS.Tindakan yang menjatuhkan maruah polis.Pengurus bertopi putih dengan megah tidak membenarkan kami masuk ke markaz kami.Apakah Felda nak terus jadi penjajah ke atas tanah milik peneroka??Sebelum itu saya beberapa kali mendesak Pengurs Felda menurunkan tandatangan pada surat yang sediakan untuk bertanggungjawab di atas sekatan yang dia buat,tetapi ternyata dia tahu tindakannya salah dan dia tak bersedia untuk turunkan tanda tangan pertanggungjawaban.Apa lagi Felda nak hujah,bagi arahan dalam suasana penakut,tak berani bertanggung jawab.

 Gelagat samseng Umno
 Pemuda Umno yang meracau pada hari tersebut.Anak Ketua Umno cawangan ini merasakan tanah Felda Jengka 23 itu milik ayah dia.
 RELA yang kena pukau dek Umno,tak sedar tugas sebenar dirinya ialah untuk jaga keselamatan kampung bukan jaga keselamatan Umno


Ketua Umno Sulaiman Bakar mengamuk sakan hari tu,mungkin selama ini dia pikir segala tanah di rancangan Felda Jengka 23 itu milik peribadinya hinggakan orang PAS nak jejak markaz sendiri pun dihalang


Walaupun dihalang masuk ke Jengka 23,wakil kami dapat juga berucap di hadapan orang ramai.Ustaz Shahril Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang juga Ketua Pemuda PAS pahang bersama Mazlan Aliman memberi ucapan di hadapan halangan yang dibuat oleh penyokong Umno dan Pengurus Felda.Setelah segala usaha perundingan gagal,kerana bimbang suasana kekecuhan lebih teruk,kami memutuskan meneruskan perjalanan ke Jengka 21 untuk singgah solat Asar..bersambung

Catatan 1:Kembara Oren Pahang 22 Dis 12

Tanggal 22 Disember 2012 hari Sabtu jam 10.00 pagi,Kembara Oren Peringkat Negeri Pahang dimulakan dalam suasana ceria di Felda Bukit Kepayang dengan taklimat daripada Ketua Keselamatan Ustaz Ramli Abd Rahman,YDP PAS Bera dan turut serta ialah bekas CEO Felda Plantation En Said Jonet.Tiada sebarang kekecohan berlaku.Peserta turut mengedarkan risalah di Pekan Sari tanpa sebarang gangguan.Dato Tuan Ibrahim,Mazlan Aliman dan Musaniff Ab Rahman turut menyampaikan ucapan di atas Helux dalam suasana penuh ceria.

 
Ketua Keselamatan PAS Ustaz Ramli Abd Rahman sedang memberi taklimat
Bekas CEO Felda Plantation En Mohamad Said Jonet turut memberi ucapan dalam Kembara Oren.Beliau masih lagi Pengerusi Task Force Tanam Semula Felda sehingga 31 Dis 2013

YDP PAS Bera turut menyampaikan ucapan


Selesai mengedar risalah dan menyampaikan ucapan ringkas di Pekan Sari Felda Bukit Kepayang,konvoi bergerak penuh disiplin dengan bantuan Unit Amal menuju ke Felda Kg Awah.Walaupun pada sebelah pagi dilaporkan terdapatnya sekatan dibuat pihak RELA bagi menghalang Kembara Oren singgah di Jamuan Rakyat yang diadakan di Felda Awah,tetapi menjelang ketibaan konvoi,pihak RELA telah membuka sekatan dan sebahagian mereka sama sama mengikuti ucapan pimpinan PR dan NgO ANAK serta sama sama menjamu selera.Program berlaku dalam suasana aman.
 
 Hj Nasharudin bekas Pengurus Felda Awah disarungkan T-Shirt Kembara Oren oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mazlan Aliman

Suasana kemeriahan Jamuan Rakyat bersama peserta Kembara Oren dan penduduk tempatan

Wednesday, December 19, 2012

Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang Sabtu ini.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga Felda bagi mempertahankan Felda dari pihak yang sedang berusaha untuk mengaut segala kekayaan  Felda untuk kepentingan peribadi dan politik Umno khususnya ,dua lagi siri Kembara Oren Selamatkan Felda akan diteruskan pada minggu ini iaitu pada hari Sabtu 22 Disember di Pahang dan esoknya 23 Disember di Negeri Sembilan.

Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan Felda khususnya di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusinya.

Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.

Mereka juga perlu diberi kesedaran bagaimana tanah Felda Plantation seluas lebih 360 ribu hektar yang sepatutnya boleh diagihkan kepada 80 ribu keluarga di kalangan generasi kedua yang tidak bertanah telahpun dipajak kepada Felda Global Vanture yang sekarang ini haraga sahamnya Bursa Malaysia sedang merudum.Sekiranya keadaan ini berterusan,tanahyang boleh dimanafaatkan oleh generasi kedua Felda itu juga bakal tergadai.

Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka,generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi  2 bilion ringgit.

Terdapat usaha jahat sedang berjalan untuk menggunakan dana KPF bagi menyelamatkan penyenaraain FGVH yang semakin merudum.Dengan didalangi seorang menteri kabinet,Mesyauarat Agung KPF Jun lalu telah diistiharkan tidak sah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam suratnya yang bertarikh 4 Disember lalu.Satu Mesyuarat Agung semula akan diadakan pada 27 Disember depan yang kemungkinan besar Tan Sri Isa Samad dan kroninya bakal menguasai KPF dan akan memudahkan lagi proses mencairkan asett KPF ke dalam FGVH.Sekiranya ini dibiarkan kemungkinan KPF bakal menerima nasib seperti Koperasi MIC Maika Holding yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik.

Kembara Oren Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu ini akan bermula di Felda Bukit Kepayang,Bera dan berakhir di Jengka 11 akan turut disertai bekas CEO Felda Plantation Encik Mohamad Said Jonet yang juga merupakan Pengerusi Task Force Tanam Semula Felda yang akan menyampaikan ceramahnya bersama pimpinan ANAK dan PAS Pahang pada majlis kemuncaknya di Jengka 11 pada jam 9.00 malam.

Pihak Urusetia Kembara Oren ingin menasihatkan pihak pihak yang cuba melakukan provokasi dengan menghalang laluan Kembara Oren bakal berhadapan tindakan undang undang.Tindakan menghalang laluan awam adalah satu kesalahan di sisi undang undang.Antara aktiviti Kembara Oren juga adalah bersama dalam jamuan rakyat yang disediakan di rancangan rancangan Felda yang akan diziarahi.Sehubungan itu amat bertentangan sekali dengan undang undang sekiranya ada pihak yang cuba menghalang.Kami juga akan turut disertai team peguam yang akan membantu di sudut undang undang.Pihak polis juga telah dimaklumkan semua jadual perjalanan kami dan sepertimana dua Kembara Oren sebelum ini di Perak dan Terengganu,pihak polis telah memberi kerjasama sebaiknya.

Semua warga Felda adalah dijemput hadir untuk bersama dengan Kembara Oren Pahang bermula jam 9.00 pagi  di Felda Bukit Kepayang dengan berpakaian oren .

Friday, December 14, 2012

Umno Kata ANAK Bohong Apabila.....

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

  • Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno 
Akhirnya:
  • Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00  untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda.
2.Umno kata ANAK bohong apabila: 
  • Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP
Akhirnya:
  • Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.
3.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.
Akhirnya:
  • Selepas tamat bercuti,Dato Dzul benar benar disingkir daripada Felda .Jawatannya tak dikembalikan.Faizoul Ahmad yang belum layak ke jawatan itu dilantik sebagai Pengarah yang baru dengan mengenepikan pegawai pegawai yang lebih kanan seperti Ahmad Ibrahim,Tuan Hj Abidin dan lainnya.
 4.Umno kata ANAK bohong apabila:
  • Penasihat Ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH akan gagal mendapat sambutan pelabur asing kerana pokok sawit Felda Plantation yang dipajak kepada FGVH sudah pun tua dan menunggu masa untuk ditebang.

Akhirnya:
  • CEO FGVH Sabri Ahmad memberi alasan yang sama apabila saham FGVH merudum

5.Umno kata ANAK bohong :
  • Apabila.ANAK mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH bukan untuk kepentingan peneroka tetapi untuk kepentingan Umno dan pemimpin tertentu.

Akhirnya:
  • Prospektus FGVH mengesahkan Tan Sri Isa Samad memperolehi 180,000 unit saham tetapi peneroka hanya diperuntukkan 800 unit sahaja.
  • Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Abdul Ghafur Saleh menuntut kerajaan menjelaskan ,bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holdings  (FGVH) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

6.Umno kata ANAK bohong
  • Kerana mendakwa Felda Iffco jual minyak sawit padaYahudi

Akhirnya :
  • Dato Mukhriz Mahathir akui terdapat kapal Israel yang berlabuh diperairan negara membawa minyak sawit melalui pelabuhan Ashdud,Israel kononnya untuk dihantar kepada umat Islam Palestin!Munasabah ker?Baiknya Israel.. 
  • Invois jualan minyak sawit yang didedahkan secara jelas membuktikan ia dijual kepada Bunge Agribussines yang berpengkalan di Singapore adalah anak syarikat Bunge Limited sebuah syarikat Yahudi..
  • Terdapat Sijil  Halal yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Yahudi ke atas kilang sawit Felda Ifco di Pasir Gudang.

Thursday, November 1, 2012

Agih 'Dividen' Pada Peneroka Untuk Kekalkan BN Berkuasa

Warga Felda dapat lagi RM 356.00 kononnya dividen FGV...tapi jangan selamanya kita meletakkan diri kita kasta paling rendah mudah sangat ditipu dengan DUIT...Dalam keadaan FGV sedang merangkak rangkak terjun ke dalam jurang(hari ini ditutup RM 4.68 hanya 14 sen di atas harga IPO) ,macamana pulak tiba tiba peneroka dapat dividen??Dimanakah logikmya FGV sudahpun mampu keluarkan dividen ketika Felda sendiri memerlukan bantuan oksigen.

Janji FGV untuk bayar kepada Felda 15% hasil Keuntungan Operasi  Pertanian lebih kurang RM 257 juta setahun berdasar kan harga Minyak Sawit Mentah(MSM) semasa RM 2900 setan sudah mulai tersasar jauh dari sasaran apabila harga sawit kini semakin tidak menentu.Semasa Persidangan Global Oil di India September lalu, penganalisis minyak sawit, Dorab Mistry meramalkan harga hadapan MSM akan jatuh kepada RM2,300 setan pada suku keempat.Harga pada 30 Oktober 2012 ialah RM 2328.50 setan.

Lebih buruk lagi, apabila seorang penganalisis, Dr. James Fry pula menjangkakan harga MSM susut kepada RM2,285 setiap tan menjelang akhir tahun ini seandainya minyak mentah Brent jatuh kepada AS$80 (RM240) setong
.

Dengan harga yang merudum ini FGV tak mungkin dapat melaksanakan janjinya untuk membayar kadar keuntungan 15% atau RM 257 juta serta nilai pajakan Tanah Felda Plantation sebanyak RM 251juta setahun menjadikan jumlah semuanya ialah sekitar RM 508 juta.Inilah sumber yang akan digunakan untuk kos pengurusan Felda  dan perbelanjaan pertanian serta s pembangunan sosio ekonomi peneroka yang keseluruhannya mencecah 2 bilion setahun.Jumlah yang mampu dibayar FGV kepada Felda tentu sekali jauh lebih rendah dari dijangkakan.Tentu sekali Felda cukup sukar untuk bernafas sekarang dan semestinya memerlukan bantuan oksigen untuk meneruskan kehidupannya.

Tatkala Felda tercungap cungap kelemasan tiba tiba peneroka Felda ditabur gula gula kononnya hasil keuntungan Felda Global Venture.Aneh sekali!!Graf di Bursa Malaysia setiap hari menyaksikan saham FGV lebih banyak menjunam daripada menegak,tiba tiba peneroka terus dibuai mimpi kononnya pelaburan FGV telah mencapai kejayaan hingga kan baru saja tiga bulan ,dividen sudah dikeluarkan kepada peneroka.

Permainan apa sebenarnya ini?Peneroka harus bertanya ,dari mana sebenarnya duit yang ditaburkan kepada mereka dalam keadaan kedudukan saham yang begitu parah ditambah dengan kejatuhan harga minyak sawit?Apakah selama lamanya warga Felda ini mudah tertipu dengan duit terutamanya ,supaya mereka terus memberi undi kepada BN walaupun mereka sendiri akan disembelih di kemudian hari,dan sembelihan itu sudah pun bermula sebaik saja peneroka menurunkan tandatangan ke atas borang loan yang mereka tidak pernah memahaminya.

Untuk mengelakkan peneroka merasai bebanan hutang dengan bank,maka diumumkan hutang peneroka tersebut diambil alih oleh Felda dan peneroka hanya perlu membayar RM 50 kepada Felda setiap bulan selama lima tahun tanpa faedah..Cukup licik permainannya...maka bila peneroka menjual sahamnya sebanyak 800 unit kalau pada harga sudah jatuh sekalipun,peneroka masih boleh bawa pulang RM 3000 lebih ke rumah walhal duit itu adalah pinjaman daripada bank...yang penting peneroka nampak duit bertimbun timbun di rumahnya walaupun itu milik bank....Begitu sekali lah diperbodohkan peneroka.

 Kalau hendak membayar bayaran baja atau bayaran kembali pun lintang pukang jadinya,apakah jaminan pembayaran balik pinjaman bank RM 50 sebulan itu dapat berjalan lancar dalam keadaan Felda sendiri ,kantongnya sudah kekeringan!!

Ingatlah warga Felda, Umno Bn sudah tidak relevan untuk pilihanraya akan datang.Sebab itu benteng terakhir BN iaitu kawasan Felda yang melibatkan lebih 50 kawasan parlimen mesti dipertahankan .Sebesar besar umpan akan ditabur kepada peneroka supaya terus bergantung hidup kepada BN walaupun terpaksa menggadai khazanah Felda.

Bangkit lah wahai warga Felda.Umat Islam itu tidak boleh disengat hingga dua kali pada  satu tempat,tapi kalau berkali kali kita boleh membiarkan diri kita disengat,maka nilai sendirilah apakah harga diri kita itu terlalu murah hingga boleh dilelong di Pasar Lambak!!


Thursday, August 9, 2012

Dr Asri Ingatkan Ulama Jangan Hanya Mementingkan Jubah

daripada blog shalehudin.blogspot.com

Oleh Dr MAZA

Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar

Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
“Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”
Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah:
“Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.
Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah:
“Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka:
“Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.
Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”.
Jawab Ibn Taimiyyah:
“Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar..

~ DrMaza.Com
 
Iklan Teks