Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran warga Felda bagi mempertahankan Felda dari pihak yang sedang berusaha untuk mengaut segala kekayaan Felda untuk kepentingan peribadi dan politik Umno khususnya ,dua lagi siri Kembara Oren Selamatkan Felda akan diteruskan pada minggu ini iaitu pada hari Sabtu 22 Disember di Pahang dan esoknya 23 Disember di Negeri Sembilan.
Kembara Oren bertujuan memberi maklumat kepada peneroka khususnya kepincangan yang sedang berlaku di dalam pentadbiran Felda hasil campurtangan orang politik yang bakal membahayakan masa depan Felda khususnya di bawah pentadbiran Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusinya.
Warga Felda tidak seharusnya dibuai dengan keseronokan mendapat habuan durian runtuh tetapi dalam masa yang sama mereka terus dibebankan dengan hutang tanam semula pinjaman perumahan yang mencecah hingga ratusan ribu dalam keadaan harga sawit di pasaran sedang jatuh merudum.
Mereka juga perlu diberi kesedaran bagaimana tanah Felda Plantation seluas lebih 360 ribu hektar yang sepatutnya boleh diagihkan kepada 80 ribu keluarga di kalangan generasi kedua yang tidak bertanah telahpun dipajak kepada Felda Global Vanture yang sekarang ini haraga sahamnya Bursa Malaysia sedang merudum.Sekiranya keadaan ini berterusan,tanahyang boleh dimanafaatkan oleh generasi kedua Felda itu juga bakal tergadai.
Misi Kembara Oren juga adalah untuk mengajak peneroka mempertahankan satu satunya aset warga Felda yang masih ada iaitu Koperasi Permodalan Felda(KPF) yang dianggotai ahli seramai 240 ribu orang terdiri dari kalangan peneroka,generasi kedua dan kakitangan Felda dengan jumlah caruman melebihi 2 bilion ringgit.
Terdapat usaha jahat sedang berjalan untuk menggunakan dana KPF bagi menyelamatkan penyenaraain FGVH yang semakin merudum.Dengan didalangi seorang menteri kabinet,Mesyauarat Agung KPF Jun lalu telah diistiharkan tidak sah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dalam suratnya yang bertarikh 4 Disember lalu.Satu Mesyuarat Agung semula akan diadakan pada 27 Disember depan yang kemungkinan besar Tan Sri Isa Samad dan kroninya bakal menguasai KPF dan akan memudahkan lagi proses mencairkan asett KPF ke dalam FGVH.Sekiranya ini dibiarkan kemungkinan KPF bakal menerima nasib seperti Koperasi MIC Maika Holding yang hanya tinggal nama akibat campur tangan politik.
Kembara Oren Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu ini akan bermula di Felda Bukit Kepayang,Bera dan berakhir di Jengka 11 akan turut disertai bekas CEO Felda Plantation Encik Mohamad Said Jonet yang juga merupakan Pengerusi Task Force Tanam Semula Felda yang akan menyampaikan ceramahnya bersama pimpinan ANAK dan PAS Pahang pada majlis kemuncaknya di Jengka 11 pada jam 9.00 malam.
Pihak Urusetia Kembara Oren ingin menasihatkan pihak pihak yang cuba melakukan provokasi dengan menghalang laluan Kembara Oren bakal berhadapan tindakan undang undang.Tindakan menghalang laluan awam adalah satu kesalahan di sisi undang undang.Antara aktiviti Kembara Oren juga adalah bersama dalam jamuan rakyat yang disediakan di rancangan rancangan Felda yang akan diziarahi.Sehubungan itu amat bertentangan sekali dengan undang undang sekiranya ada pihak yang cuba menghalang.Kami juga akan turut disertai team peguam yang akan membantu di sudut undang undang.Pihak polis juga telah dimaklumkan semua jadual perjalanan kami dan sepertimana dua Kembara Oren sebelum ini di Perak dan Terengganu,pihak polis telah memberi kerjasama sebaiknya.
Semua warga Felda adalah dijemput hadir untuk bersama dengan Kembara Oren Pahang bermula jam 9.00 pagi di Felda Bukit Kepayang dengan berpakaian oren .
1 comment:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment