Thursday, June 26, 2008

Waris Peserta Dana Takwa Terima RM 10,500


Seorang isteri kepada peserta Dana Takwa PAS Pahang dari Felda Jengka Sebelas ,Bandar Pusat Jengka ,Puan Robaayah Arshad telah menerima sumbangan Khairat Kematian dari Syarikat Takaful Malaysia berjumlah RM 10,500 di atas kematian suaminya ,saudara Zulkifli Abdul Razak pada Januari yang lalu.

Penyerahan cek telah disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Penaung Program Dana Takwa kepada saudara Mohamad Ramlan Zulkipli yang mewakili ibunya dalam satu majlis di Masjid Lama Bandar Jengka Selasa lalu.

Allahyarham Zulkipli 58 tahun,yang meninggal dunia akibat sakit jantung merupakan pencarum skim Dana Takwa sejak ia diwujudkan tiga tahun lalu.

Skim Dana Takwa PAS Pahang yang menggabungkan Plan Takaful Wakaf dan Plan Takaful Keluarga Berkelompok yang diusahakan oleh PAS Negeri dengan kerjasama Syarikat Takaful Malaysia ini memberi peluang kepada peserta untuk membuat sumbangan wakaf kepada perjuangan Islam disamping mendapat berbagai manafaat sampingan kepada pencarum.

Kepada ahli-ahli yang berminat mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Perunding Dana Takwa PAS Kawasan Kuala Krau Ustaz Aris Fezul Ismail di talian 0199855883@094664077

No comments: