Sunday, November 9, 2008

Amaran Keras,Umno Akan Lingkup Kalau Matau di Musnahkan.

"Umno akan lingkup!",itulah jawapan tegas dari Pak Kob veteran Umno di Pekan Matau ketika ditanya adakah benar penempatan dan kedai di Matau akan di robohkan oleh pemaju, Mentiga Coorporation Bhd yang telah menandatangani perjanjian dengan Majlis Daerah .

Syarikat bermasalah yang dikaitkan dengan projek projek perumahan terbengkalai di seluruh Pahang itu telah itu telah diberi kuasa untuk membina projek membangunkan 200 unit kedai yang beharga sekitar 300 Ribu.

Pak Kob yang mengusahakan perniagaan bundle di Pekan Matau mengingatkan pihak yang berkenaan supaya mengambil iktibar dengan keputusan pilihanraya umum yang lalu yang menyaksikan Barisan Nasional kehilangan 4 buah negeri dan gagal menawan Kelantan.

"Selangor jatuh ke tangan pembangkang kerana ,projek setinggan sifar yang di buat pemimpin Barisan Nasional",tegas Pak Kob.

Menurut Pak Kob,pihak yang beriya iya untuk memajukan Pekan Matau dengan menghalau penduduk asal yang meneroka kawasan tersebut sejak 40 tahun sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi dalam projek yang akan dibuat.

"Notis yang dikeluarkan hanya untuk menakutkan penduduk,bila kita keluar,mereka masuk dan agih sesama mereka,tu tujuannya",kata beliau.

Lantaran itu Pak Kob bertegas tak akan meninggalkan penempatan tersebut dan akan meneruskan perniagaannya seperti biasa.

3 comments:

Anonymous said...

pak kob sapa nak ugut umno nanti umno kasi duit pak kob pun terlingkop dasar umno aprak

Anonymous said...

Umno lingkup ke Pas akan lingkup

Anonymous said...

yo lah..pak kob lah penaik umno tu, ok lah kena roboh..kan dulu pak kob kata jangan lawan kerajaan..