Wednesday, April 29, 2009

Siaran Tertunda:Isu Bendera-Satu Turun ,Seratus Naik

Menjelang berakhirnya tempoh 48 jam amaran di berikan Dato Tuan kepada Majlis Daerah Maran ,pemuda PAS Jengka telah siap sedia bertindak balas mengajar kebiadapan pihak penguatkuasa yang terang terangan mengamalkan sikap double standard dalam penguatkuasaan undang undang.

Jam 3.00 petang 16 April lalu,lebih 100 bendera dinaikkan ditiang tiang letrik sepanjang jalan besar Jengka 15 bermula dari Jambatan yang memisahkan Jengka 15 dan 14 hinggalah ke sempadan Jengka 16.

Petang itu menjadi Hari Melawat Jengka 15 apabila orang ramai dari cawangan berhampiran datang meronda ke Jengka 15 untuk melihat suasana kehijauan sepanjang jalan."Ada pilihanraya kecil ke?Ada YB mati ke?" itu lah soalan lazim yang bermain di mulut pelawat pelawat apabila singgah di kedai kopi sepanjang jalan di Jengka 15 itu.

Semua penyokong yang lalu berasa cukup puas ,walaupun bendera besar sudah tidak berkibar,tetapi kehadiran ratusan bendera yang menghijaukan Jengka 15 telah menyelamatkan maruah para ahli dan penyokong.Ya,tidak semudah itu kami hendak dipermainkan.

Kata seorang pemuda,kerana si ibu di ganggu maka ratusan anak anak keluar bertindak.Itu lah kiasannya.

3 comments:

tempursakti said...

Salam,tersengaja singgah untuk rehat,hebatnya langkah saudara,terlalu ekterim,apapun saya ucapkan syabas kerana keberanian anda,tetapi kalau boleh berfikirlah sebelum bertindak,carilah yang terbaik diantara yang baik-baik...

WARIS PAHANG said...

Pasal bendera pun sibuk!. Banyak lagi perkara yang penting perlu dilakukan.

Anonymous said...

Waris pahang tak baca sirah ke?Tahu tak kisah abdullah bin rawahah,jaafar bin abi talib dan zaid bin harisah yg syahid krn nak selamatkan bendera Islam.Bendera bukan perkara kecil.