Thursday, May 14, 2009

Profesionalisme PDRM Yang Semakin Dipersoal

Beberapa tahun lalu ketika Hisyamudin Rais ditanya apakah sebab sebab seorang boleh ditahan ISA,beliau menjawab,apa apa alasan pun boleh dibuat atas nama mengancam keselamatan negara .”Anda mungkin boleh ditahan kerana kesalahan memakai seluar dalam bewarna kuning yang dianggap mengancam keselamatan negara”,kata Hisyam.

Ketika itu saya ketawa sendirian membaca kenyataan beliau yang mungkin kelakar.Tetapi selepas beberapa kejadian yang berlaku di negara ini,apa yang disebut Hisyam bukan lagi bahan kelakar,ianya hampir menjadi reality.

Lihat sahaja apa yang berlaku 7 Mei lalu di Ipoh,rakyat Malaysia telah dilarang memakai T-Shirt bewarna hitam!Warna hitam pastinya telah mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.Lantaran itu pihak polis telah menahan orang orang yang memakai T-shirt hitam walaupun mereka tidak berarak,berdemontrasi,menjerit apatah lagi mengganggu orang ramai.

Tak cukup dengan itu T-shirtpun dirampas polis. T-shirt hitam dah jadi bahan larangan kepada rakyat Malaysia.

Ketika 100 ribu rakyat Malaysia berkumpul menuntut pilihanraya bersih sebelum PRU lalu,warna kuning telah menjadi bahan larangan.Bas bas yang membawa rakyat Malysia dari utara ke Kuala Lumpur telah digeledah polis.Habis semua t-shirt kuning,kain kuning dirampas mereka,nasib baik Tok Cha(sami Budha) dari Kelantan tak turun ke Kuala Lumpur ketika itu,kalau tak,bercawatlah mereka semuanya!

Dalam beberapa demontrasi,sahabat sahabat Unit Amal yang ditahan polis telah dirampas baju merah mereka,seakan akan baju tu barang seludup macam ganja ataupun setaraf dengan rokok Gudang Garam yang dijual di bawah meja.

Minggu lepas juga menyaksikan rakyat Malaysia yang membelah kek harijadi Altantuya juga menjadi sasaran polis.

Dalam pada itu,polis Malaysia terus mendabik dada bertindak profesional sepanjang masa.

Beberapa hari menjelang PRU tahun 2004,polis Maran telah menghalang orang ramai yang hendak hadir ke ceramah Mat Sabu yang di buat di dalam bangunan PASTI di Pekan Maran,walhal itu adalah permis parti.

OCPD Temerloh pula menghalang Mat Sabu berceramah di rumah Hasan Napiah di Felda Jenderak.Pasukan FRU berbaris di depan tangga rumah Hasan Napiah untuk menghalang ceramah diteruskan.OCPD Temerloh yang ada ketika itu dengan bangganya berkata kepada Dato Tuan Ibrahim,pihaknya sentiasa bersikap profesional!Loya tekak saya ketika itu.
OCPD yang mengaku profesional itu pernah naik ke atas Markaz Darul Amin Sungai Gau minta ceramah Saifudin Nasation dihentikan kerana tak de permit!Sampai ke ceruk dapur orang dia sibuk nak jaga.

Macam tu lah juga OCPD Ipoh dan Ketua Polis Perak,punya banyak kes jenayah kat Ipoh dia sibuk nak jaga BN di DUN Perak.Paling memalukan dalam sejarah Malaysia bila polis sudah menjadi samseng menceroboh masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri untuk membantu mempertahankan Speker haram dan MB Haram.Tapi itulah profesional agaknya!

Kita akui ramai lagi polis yang menjalankan tugas dengan betul betul profesional.Tetapi lantaran sekerat dua polis yang sanggup di cucuk hidung oleh Umno/BN maka imej polis yang banyak berjasa terus tercemar.Oleh itu jangan salahkan rakyat yang hilang rasa hormat terhadap polis,tetapi lihatlah sendiri siapa yang mencemarkn imej polis.

2 comments:

Anonymous said...

Polis..memang macam tu...cakap kena lain dari tindakan barulah kena dgn definasi P.O.L.I.S...kalau tak, bukan polis namanya...

1lagi..takkan lah polis tu yg sejak hari pertama ditubuhkan di Malaysia ni dah sinonim dgn arahan UMNO...boleh menerim arahan dari selain dari tu? Lu fikirlah sendiri...Mana boleh!

Sebab tulah..ramai rakyat berfikir..kalaupun PR menang persekutuan sekalipun...PDRM pasti halangan kerana mereka pegang kuasa dan tak akan ikut arahan atas alasan Professional..

Lu fikirlah jalan sesuai...

Hamba said...

Polis profesyionelll??? Perangai siol ada leee! P.I.G Musa tu muka pun muka mat rempit, mana ada sikap perofesyionel. Kesian kat ayah dia dan keluarga dia, semua mesti tension sbb ada ahli keluarga yg jadi samseng no 1 malaysia...Ayah dia tu dah le Ulama tp dapat anak perangai mcmtu... Kesian...