Monday, August 3, 2009

1 Ogos:Tunjuk Perasaan Ganas Oleh Polis Raja Di Malaysia(PRDM)

Belum pun rakyat Malaysia berarak di ibu kota menuntut dihapuskan ISA,pihak polis telah lebih awal mengadakan demontrasi jalanan seawal hari Khamis.

Demontrasi polis bermula dengan mereka bertindak menyekat beberapa jalan utama tanpa apa apa sebab,menjadikan pengguna jalan raya terkurung di dalam kereta masing masing berjam jam sebelum sampai ke destinasi.Ibu kota Kuala Lumpur menjadi sesak lantaran tunjuk perasaan polis tersebut.

Pada pagi Sabtu ketika perjalanan saya ke Kuala Lumpur dari Jengka dengan bas ekspress Metrobus ,kami terpaksa menghabiskan masa 4 jam terkurung di dalam bas angkara demontrasi polis yang sengaja menyempitkan jalan yang dibina begitu lebar oleh kerajaan Malaysia.Ketika pulang dan hari hari kebiasaan,perjalanannya hanya memakan masa 2 jam sahaja.

Polis ternyata tidak bersyukur dengan susah payah kerajaan menyediakan jalan yang besar untuk keselesaan rakyat.Polis yang menyekat jalan di Bentong dan berhampiran tol Gombak tidak bertanya sepatah haram pun soalan kepada pemandu bas yang kami naiki dan kenderaan lain.

Cuma ada juga rakan rakan yang memaklumkan mereka ditahan kerana menampal steaker Mansuh ISA.Polis minta tanggalkan.Rakan rakan yang memakai ikat kepala berlogo Mansuhkan ISA juga diarah tanggal.Betullah kata saya ,polis lah yang tunjuk perasaan.Sebab tak ada pun dalam undang undang perbuatan mengikat kepala dan menampal steaker Anti ISA tu haram di sisi undang undang.

Pada 1 Ogos,polis terus mengadakan tunjuk perasaan ganas dengan menangkap orang awam yang memakai baju merah walaupun mereka tidak berada dalam mana mana perhimpunan haram.

Polis terus bertindak ganas menembak gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada orang ramai di hadapan Masjid Jamek,Sogo,Dataran Merdeka dan beberapa tempat lain.

Polis polis penunjuk perasaan juga memaksa peniaga menutup kedai mereka.Siapa yang degil,dihadiahkan berbalang balang gas percuma.

Polis meminta orang ramai bersurai,tetapi bila mereka mula bergerak untuk bersurai,polis yang lain akan menyerang dengan bom asap.

Saya ,ayah dan ribuan yang lain telah dikepung berhampiran kaki bukit Aman bersebelahan Sulaiman Club.Polis dari arah Dataran Merdeka menembak kami bertubi tubi dengan bom asap dan air asid.Kami nak bersurai kemana?Bila kami lari menghala Masjid Negara,kami diserang pula dari atas.

Sebenarnya polis yang buat tunjuk perasaan itu mahu apa?Nak kami bersurai,atau nak kami mati lemas dalam asap?

No comments: