Saturday, September 19, 2009

Tazkirah Ramadhan Terus Berkembang

Suatu ketika dahulu ,program tazkirah di tengah tengah tarawikh atau sebelum solat witir telah dipandang serong oleh sesetengah pihak yang terpengaruh dengan dakyah kelompok saikular yang sememamgnya lebih selesa umat Islam berada dalam kejahilan berpanjangan.

Pernah di zaman Khir Toyo memerintah Selangor,beberapa orang Ustaz ditangkap pihak berkuasa Jabatan Agama kerana menyampaikan tazkirah dipertengahan tarawikh.Di beberapa negeri,arahan dikeluarkan supaya tarawikh diadakan sebanyak 20 rakaat tanpa sebarang tazkirah.

Tazkirah dikatakan mengganggu ibadah.Tazkirah tu bukan ibadah agaknya!Lawak jenaka ke?Begitulah teruknya pemikiran para pendokong saikular di negara ini,walhal tazkirah itupun ibadah ,malah disuruh sepanjang masa.Peliknya mereka yang mengejar ibadah sunat seperti tarawikh dan tadarus Al Quran tetapi menafikan pula ibadah tazkirah yang menjadi tugas utama umat Islam yakni ‘amru bil maaruf wa nahyu anil munkar’.

Namun demikian perkembangan terkini menyaksikan ibadah tazkirah telah diterima oleh masyarakat Islam tanpa sebarang rasa kekok lagi.Pihak yang dahulunya menentang sudah mula menerima.

Sepanjang Ramadhan ini hampir semua masjid dan surau yang saya bertarawikh telah menyelitkan agenda tazkirah sebelum selesai tarawikh.Selain di negeri negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,di Pahang sendiri pun masjid masjid turut mengadakan tazkirah setiap malam.Saya dimaklumkan terdapat arahan pihak berkuasa agama supaya tazkirah diadakan.

Alhamdulillah ,di tempat saya Tok Imam Umno pun dah baca tazkirah semasa tarawikh.Mudah mudahan ada manafaatnya.

No comments: