Sunday, January 24, 2010

Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Kening Lemas Di Sungai Pahang

Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Kening, Chenor, Mohd Khalil bin Khanurdin, yang hilang di Sungai Pahang semasa menjaring ikan berhadapan Masjid Batu Bor,Jumaat lalu telah ditemui jam 12.00 tengahari tadi.Demikian maklumat yang disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Maran Ustaz Ramli Abdul Rahman yang dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau ,jenazah Allahyarham sedang dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Ayah Allahyarham dalam kenyataannya berkata, mangsa menjaring bersama dengannya dan beberapa orang lagi di pinggir pasir sungai. Dalam keadaan asyik menarik jaring, mangsa tiba-tiba hilang dan disyaki jatuh ke dalam sungai.

Gerakan mencari bermula jam 3.40ptg Jumaat lalu oleh pemuda2 sekitar.Turut memberi bantuan ,pihak JPA3, Bomba, Polis & Rela yang datang selepas itu.Ketua Pas Cawangan Bukit Kening, Shamsuri telahpun melancarkan Tabung Bantuan Derma .

Ustaz Ramli turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari mayat Allahyarham.

No comments: