Friday, February 19, 2010

MBFM Jengka 16 Bacul !

Pengerusi dan Ahlijawatankuasa Penaja Majlis Belia Felda Malaysia Cawangan Jengka 16 ternyata tidak 'bertelor' belaka apabila tiada seorang pun dari kalangan mereka berani hadir ke Mesyuarat Agong cawangannya pada malam tadi seperti notis yang mereka keluarkan.

Kira kira 50 orang belia yang hadir terdiri dari generasi ke 2 Felda Jengka 16 yang selama ini di pinggirkan pulang dengan rasa kecewa apabila mesyuarat dibatalkan begitu sahaja dan ditunda pada hari lain.

Pengurus Felda Jengka 16 yang diminta campur tangannya turut kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak amanah yang dilakukan Pengerusi dan Ajk MBFM Jengka 16 yang menunda sesuka hati tarikh mesyuarat agong tanpa makluman kepada belia di cawangan ini.

Beliau juga kecewa kerana langsung tidak dimaklumkan berkenaan mesyuarat tersebut.

Lebih kelakar apabila Setiausaha MBFM Jengka 16 yang merupakan anak perempuan Abdul Rahman Basri AJK MBFM cuba berlepas tangan dengan mengatakan tidak tahu menahu berkaitan mesyuarat tersebut.

Notis yang dikeluarkan hanyalah wayang semata mata kerana seperti lazimnya mereka selama ini tidak pernahpun mengadakan mesyuarat agong sudah bertahun tahun lamanya.Mereka pastinya menghantar laporan palsu kepada Pendaftar Pertubuhan dan kepada Majlis Belia Felda di peringkat Wilayah.

Seperti biasanya juga juak juak yang menaja penubuhan Majlis Belia ini sudahpun siap senarai Jawatankuasanya dan perwakilannya setiap tahun untuk dilaporkan ke pihak atasan.

Dengar khabarnya nama MBFM Jengka 16 ini begitu gah di luarnya ,hingga mampu menjadi tuan rumah Himpunan Belia Felda seluruh Pahang .Tetapi hakikat sebenarnya seperti kata budak budak sekarang 'hampeh' habuk pun tarak.MBFM Jengka 16 itu hanyalah dua tiga kerat pencatur termasuk yang sudah sampai tempoh 'pencen wajib'.Mereka inilah penentu siapa akan jadi Pengerusi,siapa akan jadi Setiausaha.Apa yang pasti semua projek mesti lalu di bawah ketiak mereka terdahulu.

Kehadiran 50 orang belia ke balairaya Jengka 16 malam tadi tentulah diluar jangkaan yang menyebabkan mereka begitu 'kecut' tidak berani berhadapan dengan belia yang sudah siap dengan soalan soalan panas untuk mereka.

Tarikh 21 February ini yang ditetapkan sebagai tarikh ganti untuk mesyuarat agong itu dijalankan perlulah dimanafaatkan sepenuhnya oleh anak anak generasi kedua Jengka 16 untuk memperjuangkan hak mereka supaya tidak terus dipinggirkan oleh 'penyangak mata wang' yang sering mengintai intai peluang membuncitkan perut mereka dan memuas nafsu serakah.Hidup G2 Jengka 16!

No comments: