Saturday, April 17, 2010

PRK Hulu Selangor:Media BN Ulang Skrip Lama

Seperti lazimnya pada setiap Pilihanraya Kecil,media massa dan eletronik yang dikuasai BN akan memulakan berita sensasi kononnya di sana sini penyokong lawan BN istihar keluar parti beramai ramai dan ada yang menyertai BN kerana sudah insaf bahawa parti lawan BN gagal memperjuangkan nasib rakyat.
Justify Full
Itulah skrip sama yang diulang-ulang.Tajuk sensasi kedua dalam skrip yang sama ialah pada hari penamaan calon(hari ini) beritanya ialah 'penyokong pembangkang bertindak ganas' .Di Bagan Pinang ,Ketua Putera Umno yang bertubuh besar dikatakan dipukul penyokong PAS hingga terpaksa dirawat di hospital.

Sebuah stesyen TV hari ini menyiarkan Dato Seri Samy Vellu dan Syafie Afdhal tercedera.Rupa rupanya bukan kena belasah,tapi terlanggar kawad berduri yang dipasang pihak polis!Semuanya nak disensasikan.

Soalnya sampai bila 'berita berita bodoh' seumpama ini disensasikan.Bodoh sangat ke rakyat Malaysia nak percaya tentang keluar parti di sana sini?Adakah tahap pemikiran rakyat negara ini terlalu rendah hingga tiap kali PRK,maka pihak Pakatan Rakyat lah yang bertindak ganas.Untuk apa perlu bertindak ganas sedangkan mod rakyat di Semenanjung khususnya terus setia bersama PR?Kecuali Bagan Pinang.

Kalau nak berbohong pun tukar tukar lah skrip baru pulak!

No comments: