Saturday, June 25, 2011

Tokoh Pemuda Tersenarai dalam Kabinet baru PAS Pahang



Ketua Pemuda PAS Pusat Ust Nasruddin Hasan adalah antara tokoh pemuda yang tersenarai dalam kabinet baru PAS Pahang 2011-2013.Beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang menggantikan YB Syed Hamid ADUN Semantan yang tidak dilantik semula untuk sesi ini.

Selain beliau bekas Ketua Pemuda Ustaz Suhaimi Saad dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Hasanudin Salim.Bagaimanapun Hasanudin kekal sebagai Ajk Perhubungan.Ustaz Yusuf Embong dan Dr Hamzah kekal sebagai TPJ,manakala bagi jawatan Setiausaha dan bendahari,Roslan Zainal Al-Ahmadi dan Musaniff Ab Rahman dikekalkan di dalam kabinet baru PAS Pahang yang diputuskan dalam mesyuarat Perhubungan negeri pagi tadi.Muka baru Yuhanis Ahmad ,Ketua Pemuda PAS Jerantut yang juga Pengerusi ANAK negeri Pahang dilantik sebagai salah seorang Ajk tambahan.

Dengan perlantikan yang telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man sebentar tadi menjadikan Anggota Harian PAS Negeri Pahang untuk sesi 2011-2013 disertai tiga tokoh pemuda PAS Pahang yang pernah duduk sebumbung di dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dalam beberapa sesi yang lepas.

Mereka ialah Ustaz Nasruddin yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pahang,Ustaz Suhaimi Saad pula pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda di bawah Ustaz Nasruddin dan kemudiannya mengambil alih DPP Pahang .Manakala seorang lagi anggota harian ialah Shahril Azman yang merupakan Ketua Dewan DPP Pahang yang pernah menjadi Naib Ketua DPP Pahang di bawah Ustaz Nasruddin.

No comments: