Friday, January 25, 2013

ULASAN PEGUAM WAN ROHIMI:LARANGAN FELDA TERHADAP NGO ANAK



Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud

Saya hanya mampu tergelak apabila seorang Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda, Dato’ Ahmad Maslan, dengan angkuhnya mengakui bahawa Felda telah mengenakan perintah larangan terhadap NGO Anak dari memasukki kawasan Rancangan Felda. Secara implikasinya, larangan itu membawa maksud Felda telah mengenakan larangan ke atas semua ceramah politik oleh mana-mana parti pembangkang. Berdasarkan petikan berita Malaysiakini pada 24/1/2013 yang bertajuk: “Felda Bans Anak From Coming Into Settler Areas Before Polls”, Ahmad Maslan mengesahkan larangan itu dengan bersandarkan Akta Land (Group Settlement Areas) Act 1960 (“Akta GSA”). Saya tidak tahu sepanjang menjadi Timbalan Menteri, berapa kali sudah beliau khatam Akta GSA. Tetapi kedangkalannya tentang Akta GSA amat ketara sekali. Bodoh sombong – itulah hadiah terbaik dari saya untuk beliau!!!

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, dan untuk menunjukkan kita ini jauh lebih cerdik dari otak seorang Timbalan Menteri UMNO, ada baiknya kita telusuri latarbelakang penubuhan Felda dan peruntukan-peruntukan Akta GSA yang digubal dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27/4/1960.

LATAR BELAKANG UMUM TENTANG KONSEP GSA –
GROUP SETTLEMENT AREAS

1. Adalah penting untuk difahami prinsip dan falsafah asal penubuhan kawasan berkelompok atau GSA serta semangat Akta GSA yang digubal oleh Allayarham Tun Abdul Razak. Pemahaman sebenar terhadap ruh dan semangat penggubalan Akta GSA akan dapat memberikan gambaran sebenar tentang hasrat asal penubuhan skim Rancangan Felda, dan dengan itu akan dapat memahami hubungan peneroka dan Felda, serta hak-hak peneroka yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang yang berkaitan.

2. 53 tahun yang lampau, pada tanggal 27/4/1960, Almarhum Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Luar Bandar pada ketika itu, telah membentang satu pelan Rancangan Kemajuan Tanah melalui pengenalan Akta GSA, dengan satu maklamat iaitu untuk memperbaiki keadaan hidup dan sosio ekonomi rakyat jelata di luar bandar. Akta GSA dibentangkan dan digubal untuk memberikan panduan dan keseragaman kepada semua negeri-negeri di Tanah Melayu bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk membangunkan taraf kehidupan penduduk luar bandar.

3. Menginsafi kemiskinan rakyat luar bandar, Tun Razak menegaskan bahawa pemberian tanah di kawasan GSA ini adalah untuk membolehkan rakyat luar bandar mencari nafkah yang sempurna. Tun Razak meneruskan ucapan dengan memberikan penekanan bahawa Akta GSA adalah bertujuan untuk memberikan tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, serta menambah pemilikan tanah yang tidal mencukupi kepada penduduk luar bandar untuk membolehkan pencarian nafkah yang sempurna

(Rujuk: m/s 755 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 @ Photo – TunRazakGSA@5)

4. Dalam erti kata lain, Akta GSA digubal untuk memberi tanah secara bayaran tertangguh kepada rakyat seumpama skim hire-purchase. Ini digambarkan oleo Tun Razak seperti berikut:-

Rujuk: m/s 756 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 – Photo TunRazakGSA@2

5. Adalah jelas sekali hasrat sebenar penggubalan Akta GSA adalah untuk memandu dan memberi pedoman kepada Kerajaan Negeri untuk memberi tanah kepada rakyat, dan bagi kepentingan ekonomi ia diberikan secara kelompok dengan syarat-syarat yang khusus untuk ditanam dengan tanaman komersial semata-mata, bagi menjamin pendapatan yang lumayan.

6. Segala pembayaran yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri didahulukan oleh agensi Kerajaan, samada Felda atau lain-lain agensi Pengurus. Manakala rakyat diberi peluang membuat bayaran beransur-ansur sehingga segala hutang piutang dilangsaikan sepenuhnya, termasuk keuntungan kepada agensi berkenaan dalam bentuk faedah pinjaman dan caj perkhidmatan. Dalam konteks Felda, bayaran ini dinamakan Bayaran Kembali (“BK”).

7. Setelah selesai semua hutang dibayar, pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberikan Suratan Hakmilik kepada setiap peneroka dan dengan itu akan membebaskan peneroka daripada ikatan yang perlu dengan agensi-agensi berkaitan.

8. Selepas Surat Hakmilik dikeluarkan kepada individu peneroka, maka dengan sendirinya tanah itu menjadi milik mutlak peneroka. Tanah-tanah tersebut bukan lagi milik Kerajaan Negeri, bahkan menjadi milik mutlak setiap individu. Ini dijelaskan oleh Tun Razak seperti berikut:-

(Rujuk: m/s 808 Penyata Rasmi Dewan Rakyat 27/4/1960 – Photo TunRazakGSA@4

9. Tun Razak menegaskan bahawa selepas Surat Hakmilik diberikan, tanah itu bukan lagi tanah milik Kerajaan. Cuma ia masih berada dalam tertakluk kepada kawasan GSA kerana berada dalam “designated area”.

10. Adalah difahami apa yang dimaksudkan oleh Tun Razak bahawa tanah itu masih berada dalam lingkungan ‘designated area”, adalah atas sifat dan lokasi tanah yang berada dalam kawasan GSA, dengan itu tertakluk kepada syarat-syarat tanaman berkelompok, jenis tanaman yang perlu, tidak boleh mendirikan bangunan, serta tidak boleh dipajak dan pindahmilik (melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri) untuk mengekalkan kegiatan ekonomi dalam kawasan GSA akan terus menyumbang kepada pendapatan rakyat dan tuan tanah yang berkenaan.

11. Ringkasnya, tanah milikan individu tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA. Ia dikawal selia oleh Kanun Tanah Negara 1965. Walau pun semua syarat dan sekatan kepentingan ke atas tanah tersebut dikekalkan (tidak berubah), namun sekatan-sekatan kepentingan (restriction in interest) hendaklah dianggap sebagai sekatan dibawah Kanun Tanah Negara 1965.

12. Ini selaras dengan Seskyen 47 Akta GSA yang memperuntukkan seperti berikut:-

47. Provisions applicable to holding under document of title

(a) In respect of the holding to which there is a document of title, the following provisions of this title shall apply;

(b) Subject to this section, the National Land Code shall apply to the holding;

(c) Express condition and restrictions in interest endorsed on the document of title shall continue to run with the land until amended or rescinded pursuant to subsection (4) and shall be deemed to be expressed conditions and restrictions in interest imposed under the National Land Code.

13. Oleh hal yang demikian, jelas sekali Akta GSA hanya mengawal selia hubungan pemilikan antara peneroka dan Felda sebelum sesuatu Hakmilik dikeluarkan. Hubungan ini terputus sejurus selepas Surat Hakmilik dikurniakan kepada setiap individu peneroka.

14. Jika diperhatikan dengan teliti peruntukan-peruntukan Akta GSA, hampir semuanya berbicara perihal tanah “dalam jangkaan hakmilik” (occupation in expectation of title). Hanya Seksyen kedua terakhir dalam Akta itu, iaitu Seksyen 47 sahaja, yang memperihalkan hal keadaan tanah selepas Surat Hakmilik dikeluarkan.

15. Ini bermakna selepas Surat Hakmilik diberikan kepada individu peneroka, maka tanah tersebut tidak lagi tertakluk kepada Akta GSA, sebaliknya dikawal selia di bawah Kanun Tanah Negara 1965.

16. Ringkasnya, hasrat murni Tun Razak yang menggubal Akta GSA hanyalah menyediakan mekanisme kepada Kerajaan Negeri memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, dan agar tanah itu dapat dibangunkan dengan sumber pendapatan yang kukuh. Selepas hakmilik diberikan, maka ia menjadi milik mutlak peneroka untuk menguruskan dengan cara yang difikirkan patut olehnya.

17. Bahkan, ini membawa maksud tujuan penubuhan Felda adalah hanya satu pusingan sahaja. Iaitu sebelum surat Hakmilik dikeluarkan. Selepas keseluruhan hutang BK dijelaskan, selepas Felda mengaut keuntungan atas faedah pinjaman, dan surat Hakmilik dikeluarkan kepada individu peneroka, Felda sepatutnya keluar dari tanah Rancangan, dan tanah Rancangan tersebut hendaklah diambil alih oleh Kerajaan Negeri dengan mengistiharkan kawasan perkampungan. Segala kemudahan awam yang dibina didalam tanah Rancangan, hendaklah dipulangkan kepada Majlis-Majlis Daerah atau Kerajaan Tempatan. Ringkasnya, Tun Razak tidak mengimpikan Felda mendiami tanah Rancangan sehingga kiamat. Tun Razak menubuhkan Felda hanya sebagai Pengurus yang sifatnya sementara. Selepas modal dan untung dikutip, dan peneroka memperolehi Hakmilik, maka sewajarnya Felda berundur dari tanah Rancangan. Inilah matlamat asal penubuhan Felda, wasiat Tun Razak.

LARANGAN KE ATAS NGO ANAK DIJENGKA 12 – POSISI UNDANG-UNDANG

18. Selepas menerima surat dari Pengurus Felda Jengka 12 bertarikh 11/1/2013, yang kononnya melarang sebarang ceramah politik sehingga pembubaran Parlimen, saudara Mazlan Aliman – Presiden NGO ANAK, mengambil keputusan untuk mencabar larangan tersebut di Mahkamah. Khabarnya tindakan Mahkamah akan difailkan pada Isnin depan.

19. Saya boleh faham, jika larangan tersebut dikeluarkan oleh seorang Pengurus Rancangan. Tentunya atas arahan Tuan politiknya. Beginilah sistem songsang demokrasi di negara ini.

20. Namun yang melucukan apabila seorang Timbalan Menteri, Dato Ahmad Maslan, yang menjaga urusan Felda tampil mengesahkan larangan tersebut. Kononnya bersandarkan Akta GSA. Tetapi tidak disebut dari manakah peruntukan di bawah Akta GSA yang memberikuasa kepada Felda atau Menteri Felda untuk membuat perintah larangan tersebut.

21. Saya telah menyemak status tanah-tanah peneroka di Jengka 12. Benar. Tanah-tanah peneroka di situ telah dikurniakan surat Hakmilik sejak tahun 2000. Suratan Hakmilik dikeluarkan kepada setiap peneroka untuk 10 ekar tanah ladang, dan ¼ ekar tapak rumah. Justeru berdasarkan Seksyen 47(c) Akta GSA, tanah peneroka tersebut telah bebas dari kongkongan Akta GSA. Tanah itu telah ditadbir di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Sama macam tanah-tanah lain diluar Rancangan Felda. Oleh itu, pemilik tanah mempunyai hak mutlak keatas tanahnya. Felda tiada kena mengena ke atas tanah itu, Perdana Menteri pun tiada hak, apatahlagi Ahmad Maslan!!! Justeru atas alasan apa larangan dikenakan ke atas harta seorang warganegara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, dan Kanun Tanah Negara 1965.

22. Ahmad Maslan patut baca dulu Fasal 9 (2) dan Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan. Ikutilah kelas tuisyen undang-undang. Ops jangan lupa jemput Majlis Belia Felda sekali. Berhentilah menyibuk atas harta peneroka, rumah peneroka, dan hak peneroka untuk berpolitik. Sudah-sudahlah memberi arahan politik kepada Pengurus Rancangan. Memalukan, nampaknya kamu lebih layak jadi peneroka dari menjadi Menteri!!!

3 comments:

Anonymous said...

blog plg bodoh aku pernah baca

Anonymous said...

Tlg jelaskn apa mksud bodoh yg ada dlm blog ni bleh x???

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK