Saturday, January 5, 2008

AlFatihah Buat Hj Lah,Ustazah Yassirah,Pak Shuib

Jam 10 pagi tadi ,ketika berada di Gombak bersama beberapa rakan menghadiri satu kursus ICT,saya menerima SMS dari seorang rakan memaklumkan Hj Lah Kerdau meninggal dunia.Terkejut saya baru saja minggu lepas beliau hadir ke Masjid Lama Rantau Perintis mengikuti kuliah Dato Tuan Ibrahim Tuan Man seterusnya bermesyuarat di Markaz MTD Jengka.
Hj Lah atau nama penuhnya Abdullah bin Ahmad Nasarudin saya kenali sejak beberapa tahun lalu,seorang petugas jamaah yang aktif.Mewakafkan dirinya dan hartanya untuk agama Allah.Dalam usia separuh abad ,dan hampir 20 tahun usianya lebih tua daripada saya ,masih bersedia untuk belajar bersama saya dan rakan rakan lain setiap minggu di Pejabat PAS Pahang di Temerloh dan berjaya menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat tempat kedua dari keseluruhan 60 orang pelajar.
Kira-kira setahun yang lalu beliau berkahwin dengan seorang saudara baru dari Sabah selepas isteri beliau meninggal.Pengorbanan paling besar beliau dalam mendidik masyarakat setempat yang saya sangat kagumi ialah kesanggupan beliau menjadi guru PASTI ,mendidik anak kecil seawal usia lima tahun mengenal Allah,suatu tugas yang tak pernah di lakukan oleh orang lelaki.Pemergian beliau suatu kehilangan bagi kami.
Minggu lepas ketika bersama rakan rakan Unit Amal dari Negeri Sembilan membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kg Sekara Chenor,saya turut dikejutkan dengan kembalinya kerahmatullah isteri sahabat baik saya di Negeri Sembilan.
Ustaz Nazri Yusuf yang kami letakkan gelaran Tok Ayah ketika sama belajar di Gunung Semanggol awal 90an kehilangan isteri tercintanya,Ustazah Yassirah Djanifar yang menderita sakit hampir lima tahun yang lalu.Di waktu sihatnya ,Ustazah Yassirah juga seorang guru PASTI.Berkorban tenaga dengan gaji yang cukup rendah mendidik masyarakat.Dia pergi setelah selesai menjalankan tugasnya kepada Allah.
Tahun lalu mertua Ustaz Nazri kehilangan menantunya sdr Adli yang juga meninggal dunia kerana sakit.Tahun ini beliau kehilangan pula anaknya.
Ustaz Nazri juga tak kurang ujian yang di hadapi,selepas kakaknya meninggal dunia,ayahnya pula Hj Yusuf di Kg Senama Rembau turut meninggal dunia dalam waktu sam,a isteri beliau juga dalam keadaan uzur sukar untuk bergerak.Ibu beliau juga dalam keadaan uzur.Bersabarlah sahabatku.
Kira kira sebulan yang lalu seorang veteran PAS di Jengka Pak Shuib juga meninggal dunia.Beliau cukup rapat dengan anak muda.Waktu saya berkuliah untuk remaja-remaja di Jenmgka 15 beberapa tahun lalu beliau turut bersama mengikuti kuliah saya walaupun apa yang saya ajar sekadar ilmu fardhu aini yang mudah-mudah.Dalam keadaan uzur beliau terus bersemangat dalam perjuangan.Saya kehilangan mereka semua.Sukar untuk mencari pengganti,melainkan kita sendirilah yang akn meneruskan perjuangan yang mereka sma-sama perjuangankan.
Alfatihah buat ruh Hj Abdullah Ahmad nasaruddin,Puan Yassirah ,Hj Shuib Abd Hamid dan semua mereka yang kembali kerahmatullah dalam perjuangan Islam,moga mereka dimasukkan bersama orang yang beriman dan para syuhada ke dalam syurga Allah.Amin

No comments: