Thursday, August 28, 2008

Peringatan Ong Tee Kiat Untuk NC UiTM

Dr Aisar Yee Abdullah seorang kolumnis akhbar Sinar Harian ada mengulas mengenai isu 'Demo UiTM' bersabit kenyataan MB Selangor yang mencadangkan kuota 10% dibuka kepada bukan bumiputera.Tulisan yang disiarkan pada Ahad 24 Ogos lalu dalam akhbar tersebut amat wajar dibaca oleh mahasiswa yang dipaksa berdemontrasi dan berarak ke Pejabat MB Selangor itu.

Lebih wajar juga 'penternak-penternak jaya' yang mengemudi UiTM membaca tulisan yang mendedahkan pandangan pemimpin MCA Dato Seri Ong Tee Kiat yang membidas kumpulan yang berlagak menjadi hero melayu itu.
Antara lain Dr Aisar Yee mendedahkan tulisan pemimpin MCA itu,katanya,dia(Ong Tee Kiat) menulis bahawa para pengkritik kepada saranan Khalid ini telah lupa bahawa beberapa tahun dulu Kabinet telah bersetuju membuka kuota yang sama jumlahnya dengan cadangan Khalid untuk dikhususkan kepada bukan Melayu di semua MRSM dan Kolej Matrikulasi.

Sewaktu itu beliau memegang jawatan Timbalan Menteri. Beliau diberitahu bahawa tujuannya ialah untuk mendapatkan intergrasi nasional yang lebih baik. Beliau memberitahu bahawa UiTM sudah pun menidakkan peluang siswa Melayu dengan tindakan membuka ruang sebanyak 5% kepada pelajar luar negara.

Kalau dulu para pentadbir universiti UiTM dan para pemimpin UMNO boleh mengambil sikap tidak membantah dengan keputusan dibuat Kabinet, kenapa kali ini pendirian mereka berubah? Mereka adalah orang yang masih sama. Apakah hanya kerana ia dicetuskan oleh musuh politik? Para pentadbir universiti seharusnya tidak melibatkan diri dalam soal politik kepartian kerana itu bukan tugas mereka

Untuk membaca sepenuhnya tulisan tersebut silalah ke

Selepas membaca tulisan tersebut sama-samalah kita nantikan apakah Dr Ibrahim Abu Shah,Dr Himi di Pahang dan lain-lain yang berjaya mengheret mahasiswa ke jalan raya baru-baru ini bersedia pula untuk berarak ke Pejabat MCA ataupun ke Parlimen membantah persetujuan yang pernah dibuat oleh Kabinet itu.

Kalau mereka sanggup,pastinya pendek umur!

No comments: