Friday, December 25, 2009

Stesyen TV Bertanggungjawab Mengaktifkan 'Hantu Syaitan' dalam Masyarakat

Hantu atau Pengundi Hantu?
Baru saja pagi semalam saya menerima panggilan dari rakan di Nadi Kota yang mohon bantuan mencari sesiapa yang boleh membantu rakannya yang diganggu makhluk halus,tiba tiba malam tadi satu lagi sms saya terima dari sahabat lain di kawasan Jengka yang mengadu masalah yang sama,sepupunya dari Melaka datang ke rumah untuk minta bantuan kalau kalau ada sesiapa yang boleh menghalau makhluk halus yang menganggu hidupnya.

Rakan saya yang pertama tadi telah mengadu tentang kenalannya seorang perempuan yang sering melihat makhluk halus berada di bilik tidurnya.Gadis awal 20an itu kadangkala berubah personality asalnya,cepat marah dan tak tau apa yang dia lakukan.

Jin dan syaitan sememangnya wujud sebagaimana janji Allah ke atas setiap anak Adam yang lahir,maka akan ada syaitan yang
bakal menggodanya sepanjang hidup.Itulah juga sumpah iblis laknatullah.

Seperti lazimnya jin dan syaitan akan semakin aktif bilamana tuan punya diri sendiri begitu lemah pertahanan imannya.

Apa yang dikesalkan ialah ada pihak pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mengaktifkan segala jin ,syaitan,puaka puaka yang sudah tidak disebut orang namanya tapi kini sentiasa berada di bayangan mata sebahagian orang yang lemah benteng pertahanannya.

Lihat sahaja filem filem seram yang sepatutnya tidak ditayangkan tetapi semakin menjadi jadi di kaca TV.

Baru saja cerita bersiri Nenek Kebaya yang disiarkan TV3 berakhir,terus saja disambung dengan cerita seram Cucu Betong .Kisah Saka,Puntianak dan macam macam hantu lagi yang dipaparkan stesyen TV swasta terutamanaya pastinya menanamkan rasa seram di kalangan penonton yang lemah imannya.Maka inilah peluang yang ditunggu segala puaka ,hantu jembalang untuk kembali bermaharajalela menawan hati manusia supaya lebih takutkan hantu berbanding pencipta yang Maha Agung,Allah Taala.

Apakah tujuan kisah kisah ini dipaparkan di kaca TV sebenarnya untuk melihat pengajarannya atau untuk keuntungan perniagaan semata mata?Kalau pihak yang berkuasa dulunya bising dengan Video Sakaratul Maut yang dipasang cikgu cikgu sekolah dianggap boleh merosakkan pikiran anak anak,mengapa pula tidak bising dengan cerita cerita hantu yang sudah banyak memberi kesam buruk berbanding kebaikkannya.Remaja hari ini bukan saja mudah dirasuk hantu tetapi sebahagainnya sudahpun menjadi hantu!

No comments: