Monday, May 31, 2010

Mari Berdoa Untuk Sahabat kita Di perairan gaza

Abang Jamal,Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia,kanan sekali berbaju hitam di Istanbul sebelum belayar minggu lepas bersama rakan yang lain dari JIM,Haluan dan lain lain.


Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib rakyat Malaysia dan lebih 500 yang lain di dalam kapal bantuan ke Gaza yang diserang Israel.Sejak dari tengahari tadi,saya cuba mencari info terkini keadaan di perairan Gaza.Astro Awani dan lain lain stesyen TV termasul Aljazeera semuanya terputus hubungan dengan wakil masing masing yang menyertai misi bantuan ke Gaza itu.Saya pasti sekali gelisah kerana bersama kapal tersebut ialah pimpinanj Yayasan Amal saudara Jamaludin Alias yang merupakan sahabat dan pernah menjadi guru kami ketika di INTIS.


Baru sahaja menonton rakaman temuramah beliau di ASTRO semalam.Beliau yang sentiasa tersenyum seawal saya mengenali beliau.Tidak suka marah marah pada kami.Namun jiwanya tetap kental untuk teruskan perjuangan hatta syahid sekalipun.


Mesejnya beberapa hari lalu ,memohon maaf salah silap andainya beliau terkorban.Apakah nasib beliau bersama rakan yang lain.Moiga Allah selamatkan mereka dan datangkan tenteraNya untuk memusnahkan musuh Allah Israel yang dijadikan teman oleh Umno.


Mari kita berdoa,solat hajat dan qunut nazilah setiap waktu moga dimusnahkan segera musuh laknatullah ini.


Jangan lupa,kita berhimpun di hadapan Kedutaan sahabat Israel,Amerika Syarikat Jumaat ini.




No comments: