Monday, May 31, 2010

Kekejaman Israel:Ahli PAS Diarah Solat hajat

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengecam keras tindakan rejim haram Israel menyerang konvoi tersebut.

Menurutnya, tindakan biadap dan kejam itu diharap membuka mata pemimpin dunia khususnya Amerika dan sekutunya di Barat.

PAS, tegasnya melihat tindakan tidak bermoral itu mencerminkan sikap angkuh rejim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh negara Islam memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim tersebut.

Katanya, tindakan kerajaan menggunakan APCO juga mesti ditentang dan PAS mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membatalkan segera perjanjian itu.

“PAS memohon seluruh ahli mengadakan solat hajat seluruh negara dan membaca qunut nazilah agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

“PAS juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya para pejuang ini menyemarakkan usaha membebaskan saudara kita di Gaza,” ujarnya.

No comments: